Thursday, April 30, 2009

April II

Aku baru saja masuk dari laman depan selepas memberikan ikan-ikan di kolam makan. Yang seronoknya, aku melihat sekawanan anak-anak ikan kecil di permukaan air. Ikan kemeras seperti yang disebut oleh anakku sebagaimana diberitahu oleh ayahnya walaupun aku menyangka nama ikan itu adalah ikan kepala putih, ikan yang kutangkap dari aliran cetek di dataran belokan Sg. Langat pada 14 Februari lalu..

Mula-mula aku mengira aku nampak 2-3 ekor anak ikan itu, aku terus menetapkan mata untuk mendapatkan ketepatan jumlahnya. Aku mula membilang 1, 2, 3.. kemudian aku nampak 4, 5 ekor anak ikan. Aku tetapkan mata dan terus membilang..sah 5 ekor. Kemudian kelihatan seperti enam, aku kira lagi..nampak seperti 7..sah 7. Aku hendak pastikan lagi aku terus mengira..8 ekor..sah 8. Aku hitung lagi..9 ekor.. Akhirnya aku tidak pasti, berapa ekor sebenarnya..mungkin 8, mungkin 9, mungkin 10.. Hanya satu yang aku pasti..aku gumbira..

Gembira melihat generasi baru ikan-ikanku. Gembira melihat mereka berjuang dan bertahan meneruskan kehidupan..di samping ikan-ikan besar di kolam kecil itu..

Patutlah aku dapati salah seekor daripada dua ekor ikan kemeras yang 'survive' itu besar dan bulat badannya sebelum ini, setelah beberapa minggu menghuni kolam kami. Aku beritahu suamiku," Ikan kepala putih tu dah besar..badannya (termasuk bahagian perutnya) besar..besar daripada yang biasa kita pernah lihat..", tetapi suamiku seperti terpinga-pinga sahaja. Aku ingatkan kerana daripada habitat semulajadi yang membekalkan nutrien semulajadi itu berubah ke kolam kami yang membekalkan makanan 'orang bandar' membuatkan ianya bersaiz lebih besar daripada kebiasaan, tak sangka pula ia telah mereproduksi..

Aku berharap ikan-ikan kecil itu dapat bertahan seperti ibu bapa mereka juga..

Tuesday, April 28, 2009

April

Segala2-galanya dalam hidupku ini telah ditentukan oleh Illahi.
Telah ditentukan sejak aku masih berada di dalam rahim ibuku lagi.

Aku harap aku redha dengan ketentuan itu.
Aku harap ya Allah aku redha..
Aku benar2 berharap Ya Allah aku redha dengan ketentuanMu..

Jika sedemikian mudahlah redha itu boleh kucapai ya Allah tidaklah perlu aku merayu kepadaMu..

Sedangkan ujian redha itu melingkari dan menghunjam diriku setiap saat dan ketika..

Wahai Allah, redhailah aku...
Wahai ayah dan ibu, redhailah aku..
Wahai adik beradikku, redhailah aku..

Wahai diri, redhalah menerima ketentuan Illahi..

Wahai hati, redhalah dengan ketetapan Illahi..