Tuesday, December 16, 2008

Erti 16 Dec Kepada Saya..

Apa erti 16 Dec kepada saya..?

Pada 16 Dec 2007, telah tercipta satu sejarah di kampung saya, apabila pada kali pertama banjir terbesar sejak sekian lama menenggelamkan puncak banggol di mana bertemunya empat arah jalan..dari arah jalan ke pekan, dari arah jalan ke lebuhraya, dari arah jalan ke sekolah rendah kebangsaan dan dari arah jalan ke masjid/rumah ibu saya di mana air bercantum daripada empat penjuru..

Di sekitar tarikh itu, 15-16 Dec, saya mengalami cirit birit selama lebih kurang 24 jam manakala suami saya menghadiri mesyuarat 2 hari di Bangkok..

Di sekitar tarikh itu juga, cucu kedua kami diserang virus chicken pox, selama lebih kurang dua minggu, diikuti anak bongsu kami di penghujung Dec/awal Jan.. mengakibatkan orientasi masuk sekolah/darjah satunya tergendala.. dan diakhiri dengan saya sendiri bermula pada pertengahan Januari 2008..lalu kami tidak dapat menghantar adik bongsu saya ke lapangan terbang untuk terbang ke luar negara sepulang dari bercuti belajar selama lebih kurang sebulan..

Pada malam sebelum 1 Dec 2004, suami saya diserang sakit jantung..pada awal dinihari 5 Dec 2004 kami menyambut kehadiran cucu pertama..pada awal pagi 26 Dec 2004 kejadian tsunami melanda negara-negara Indonesia, Thailand, Afrika, Burma, .. termasuk Malaysia mentraumakan ramai manusia..pada usia saya menyekitari 40 tahun..

Pada 16 Dec 2001, jatuhnya 1 Syawal pada tarikh ini, di mana Aidilfitri pada tahun itu disambut dengan kehadiran cahayamata 'bongsulong' yang baru berusia 44 hari.. sambil saya tersenyum duduk di sofa di samping suami sementara disalami oleh 3 puteri dan 3 putera kekanda-kekanda WA Alim..pada usia saya mencecah 37 tahun..

Sms baru diterima :

Congratulations & a glorious annivesary year of 44. May Allah guide and bless u with happiness. Thanks 4 all your support & patience all these years. Together we seek repetence from Allah.

Sender:
WASH

Sent:
09:58:05am
16-12-2008

Iya, 16 Dec adalah tarikh lahir saya sebagaimana tercatat di atas kad pengenalan dan surat beranak saya tetapi ..

Sebenarnya saya dilahirkan bukan pada tarikh ini kerana ibu bapa saya telah mendaftar lewat kelahiran saya. Begitu juga dengan 4 daripada adik beradik saya yang lain bermula daripada anak ketiga (Sept 1959) hingga ke anak ketujuh (July 1966). Alasannya kerana abang saya (anak kedua) yang dilahirkan di hujung tahun (Oct 1953), terlalu kecil untuk masuk sekolah pada waktu itu..?

Ceritanya, abang saya yang semasa itu berada di darjah satu, terpaksa dibangunkan seawal pukul 4 lebih pagi, dimandikan dan diletakkan di dalam tempayan hijau, sebuah tempayan yang bermulut besar di rumah pusaka keluarga kami kerana kesejukan sementara menunggu di 'kekkong' oleh bapa saudara kami, Abah Daud, ke stesen keretapi untuk menaiki keretapi yang biasanya tiba pada pukul 5 lebih pagi. Di stesen, beliau ditunggu oleh datuk kami sebelah ibu, Che Tok Jusoh, dari kampung sebelah, yang menemani cucu tirinya yang sebaya dengan abang saya untuk menaiki keretapi ke pekan yang berjarak lebih kurang 2 batu dari kampung kami. Mereka berdua belajar di sekolah rendah yang sama. Pada masa itu, rasanya masih belum wujud sekolah rendah di kampung kami. Che, akan menunggu di sekolah/pekan hingga tamat waktu persekolahan dan membawa mereka berdua pulang ke kampung dengan menaiki keretapi juga..? (Al Fatihah untuk kedua-dua mereka, Allahyarham Che Tok Jusoh dan Allahyarham Abah Daud..)

[Agaknya, disebabkan kesulitan-kesulitan yang dialami pada masa itulah, terwujudnya sebuah sekolah rendah di kampung kami atas inisiatif datuk kami (Che Tok Jusoh, Tok Penghulu), bapa saudara kami (Pak Cik Ya, Pengerusi PIBG) dan seorang lagi bapa saudara kami (Pak Su Tar, Guru) yang mendapat latihan perguruan. Kesemua maklumat penubuhan sekolah rendah di kampung kami ini boleh dilawati di laman web sekolah berkenaan! Al Fatihah untuk Allahyarham Pak Cik Ya juga].

Oleh sebab itu, kami 5 beradik tidak mengetahui dengan tepat tarikh lahir kami yang sebenar.. walau bagaimana pun secara congakan berdasarkan ingatan ibu tentang jarak umur di antara setiap kami berapa tahun dan berapa bulan, saya mengagak bahawa saya dilahirkan di sekitar Feb tahun itu.. walaupun ada di antara adik beradik kami beralih tahun kelahiran disebabkan kelewatan ini..? (Kalau saya pilih 16 Feb sebagai tarikh lahir saya boleh..?)

Hm..

Walau bagaimana pun saya tidak terkilan..memang keadaan hidup pada masa itu dan takdir telah menentukan..lagipun kami dari generasi lalu tidak biasa dengan sambutan-sambutan harijadi ni..tak kisah pun!

13 comments:

Anonymous said...

SELAMAT HARI LAHIR.....CIKYAH KU SAYANG

from kaklong & izzah P.MAS

aida said...

selamat hari lahir cik yah yang ke 44

nida said...

happy belated b'day MLA! Semoga sentiasa dirahmatiNya..Sori terlewat wish...hmmmm tak de kek ke ?

Ummu Auni said...

sebenarnya birthday bila?
takpelah, wish happy birthday jugok

Ibu WA Alim said...

Tk KLong dan Izzah, KLong buat ggapa d PMas tu..? Ponteng 'sekolah' ko? Izzah buat ggapa cuti sekolah ni..? Kirim sale ko Ma dgn Pa, dll d rumah tu.

Tk Aida.
Tk Ida. Kek dpt 19 hb..sedap..! Tp kena share, takleh make sore..

Tk Aini, ke royat dah, tak tau tarikh lahir sbnr..nak wish spjg thn pun blh..

Ptg nati Cy nak gi dderat pulak..nak gi Bagan Lalang, dekat2 dgn Morib..tgh hari esok balik la..

Sbnrnya Cy dok bercuti2 M'sia ni dok rai org nak bersara hjg thn dpn..

Anonymous said...

sedap ke? nnt aina & dina beli lagi ye tok ibu hohoo ;) boleh kita makan sama² *grin*

Ibu WA Alim said...

Ingat nak share juga kek tu dgn Ayah Su..
Eh kome suma dah wish Ayah Su ke? Birthday dia 18 hb..Dia punya mmg tepat!
Nampaknya Dec ni penuh dgn tarikh2 special family ye?
Amp tu apa Ummu Aina?

Anonymous said...

amp;? ohh.. tu sebenarnya '&' tapi x boleh nak post wajah asal. malu agaknya

Ibu WA Alim said...

Lupa pulak nak ucap terima kasih kat org yg bagi kek..tk ya..
Juga ucapan selamat tahun baru Hijriah buat semua umat Islam d mana2..moga thn baru ini membawa lbh kesedaran dan keinsafan buat kita semua..

Ummu Auni said...

CY, nak ghoyat ni. hari tu mok ada kirim daging kat CY, tapi kan ummi termasak daging tu. dan portion daging basah tinggal sikit je. last2 bagi kat mak mertua mak su. nak cakap dengan CY ni, minta halalkan deh

p/s wah munirah beli kek tu...tak ada gambar kek ke

Ibu WA Alim said...

Ya, halal..
Happy belated birthday to Alia too..
YA ALLAH TOLONGLAH PALESTIN
WAHAI SAUDARA2KU TOLONGLAH PALESTIN

cekna said...

a,kum.kembali bertemu di tahun baru 1430 &2009.Selamat tahun baru dan biar lambatpun nak ucap jg happy belated bday buat IWA.dah lama sy bcuti samada cuti sekolah atau cuti berblog. bukan apa dapat org baru.dah nak masuk 3 bln usia puteri sy nik nur imani.harijadi puteri sy memang sama dgn pak saudaranya.dlam usia 40 sy melahirkan anak yg kelima.
Sy pun rasa memang byk peristiwa yg berlaku pd bln dis.sryla tak jwb salam Alimpun dlm blog tu,cuti he..he..tak dak internet

Ibu WA Alim said...

Salam kembali Dekna dan tk, gembira mendgr semula drp awak..saya tahu awak bercuti tp sengaja juga meninggalkan pesanan2 d blog awak agar tak ketara lama masa berlalu..dan agar jarak masa tidak memisahkan kita..tak kisahlah awak tak dpt membaca/jwbnya dgn segera..kelmaren saya dah tgk mesej awak ni..tp saya tgh takde mood utk menbalasnya..ni pun saya tgh terbawa2 perasaan slps habis tgk cerita Bila Tsunami Melanda d saluran AstroRia..