Monday, September 14, 2009

Sept II - Jihadun Nafs

Ada berbagai ragam jihad.

Ada jihad qitali iaitu berjihad dengan senjata seperti yang berlaku di Palestine sekarang ini. Ada jihad daa'wi iaitu jihad untuk menyebarkan syiar Islam. Ada jihad iktisadi iaitu jihad di bidang ekonomi seperti yang diperjuangkan oleh sebuah badan berkanun demi mewujudkan usahawan Melayu Islam.

Dan ada bermacam-macam ragam lagi.

Namun semua jihad-jihad itu tidak akan berjaya tanpa dimulai dengan jihadun nafs.


Jihad ialah bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk mencapai sesuatu matlamat.


Menurut Imam Ibnu Qayim ada 4 peringkat jihad melawan nafsu :


1. Jihad melawan nafsu untuk mendapatkan ilmu dan kefahaman yang dengannya untuk mendapat hidayah daripada Allah swt.

Hidayah tidak datang dengan bergolek. Perlu ada mujahadah untuk mendapatkannya.


2. Jihad melawan nafsu untuk mengamalkan ilmu yang dipelajari dan difahami.


3. Jihad melawan nafsu untuk mendakwahkan ilmu dan kefahaman.


4. Jihad melawan nafsu untuk tetap sabar di dalam dakwah tersebut.



(Masjid Saidina Othman Majlis Iftar KLS 12/9 5.30 ptg Sdr Abdullah Thaidi)

No comments: