Monday, April 14, 2008

Air Soya Panas-Panas - Buatan Sendiri

Bahan-bahan
Kacang soya
Gula
Garam
Daun pandan
Halia
Air

Cara-cara
1. Bersihkan kacang soya dan rendam semalaman.
2. Buang air rendaman, bersihkan kacang sekali lagi dan blend dengan air biasa, dengan nisbah sukatan 1 cawan kacang : 2 cawan air.
3. Tapis bancuhan air kacang soya menggunakan kain kasa atau lain-lain yang sesuai.
4. Masukkan ke dalam sebuah periuk yang sesuai.
5. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
6. Masukkan daun pandan secukupnya supaya wangi.
7. Masukkan halia yang dititik secukupnya untuk rasa halia.
8. Masaklah di atas api sederhana sambil dikacau-kacau sehingga mendidih.
9. Angkat dan sedia untuk diminum panas-panas atau disejukkan untuk dijadikan minuman sejuk.

Cara-cara membuat air soya ini saya perolehi daripada jiran belakang rumah saya, Haryati semasa dihulurnya sekole air soya panas buatannya sendiri Sabtu lalu.

5 comments:

Yasmin's Mummy said...

Sedap nya.. boleh try nih. Boleh exclude halia tak?

ummuhani said...

kA dulu rajin buat air soya nih, bila simpan dlm freezer dia beku dan nampak macam tauhu kering yang hancur. Tapi bila panaskan semula ia jadi lebih pekat dan lebih sedap.Bagaimana pun kA tak bubuh halia...

Ibu WA Alim said...

Blh kot, yasmin's mummy, tu ummuhani tak bubuh tu..
Y ingat masa KA dan PBY buat dulu kat Lintang Pekaka 2..beb thn lps, dah jadi isteri org ni, Y try buat tp mcm mana/apa yg lupa entah, tak jadi. Resepi yg Y post ni Y sendiri blm cuba lagi..

Ibu WA Alim said...

Ummuhani, kenapa tak moderate comment kat latest post kat blog ummuhani tu? Perasan ke Y dah komen? Ke tak blh publish?

ummuhani said...

kA publish melalui email tapi tak masuk pulak. tak tau la apa masalahnya sebab dlm email pun dah hilang.