Tuesday, May 6, 2008

Onde-onde, Kepek Idung, Bute Nako...Sedap, Sedap... Mari, Mari...

Bahan-bahan
Beberapa helai daun pandan
Air

Tepung beras pulut
Manisan
Kelapa parut
Sedikit garam

Cara-cara
1. Bersihkan beberapa helai daun pandan dan diblend dengan sedikit air. Perahkan.
2. Masukkan tepung beras pulut ke dalam sebuah bekas dan tambahkan air daun pandan sedikit demi sedikit, agar tak berlebih air nanti, sambil digaul dengan menggunakan tangan sehingga adunan sebati dan tidak melekat di tangan.
3. Jerangkan satu periuk air sehingga mendidih.
4. Racik-racikkan manisan ke bentuk kiub dan saiz yang sesuai, untuk dimasukkan ke dalam onde-onde sebagai inti.
5. Gaul rata kelapa parut dengan sedikit garam, di dalam sebuah besen kecil.
6. Tekan kelapa parut yang sudah digaul garam itu ke dasar besen agar mampat sedikit.
7. Ambil adunan sebesar ibu jari lebih kurang, dan digentel membentuk sebiji bola kecil.
8. Leperkan bola kecil itu dan letakkan kiub manisan di tengah-tengahnya.
9. Tutup manisan dengan menggenggam adunan di tangan dan digentel bulat semula.
10. Masukkan bola onde-onde ke dalam air yang sedang mendidih.
11. Buat sehingga habis.
12. Apabila bebola onde-onde mula timbul ke permukaan air mendidih, sauk dengan penapis, goyang-goyangkan untuk mengetos airnya, dan terus diletakkan di atas mampatan kelapa parut.
13. Gerakkan besen kelapa parut ke depan dan ke belakang agar bebola onde-onde bergolek di dalamnya sehingga onde-onde disalut rata dengan kelapa parut tadi.
14. Siap untuk dihidang.

Kepek Idung
Bahan-bahan
Sama seperti bahan-bahan untuk onde-onde di atas
Cara-cara
1. Kelapa parut, manisan, garam dan daun pandan dimasak bersama-sama, sebentar, sambil mengacaunya. Matikan api dan biarkan di tepi.
2. Ikut cara-cara 1-3 di atas.
3. Ikut cara-cara 7-8, cuma tidak dimasukkan inti manisan setelah dileperkan, sebaliknya ditekan di tengah-tengah leperan itu dengan perut jari telunjuk agar membentuk lekuk.
4. Ikut cara-cara 10-12, cuma setelah disauk diletakkan ke dalam kuali kelapa dan manisan yang telah dimasak tadi.
5. Masak sebentar, sambil dikacau-kacau sehingga bergaul rata. Jangan dibiar hingga kering, kerana kueh ini dihidang dengan salutan yg basah dan sedikit berair.
6. Angkat dan hidang.

Bute Nako
Bahan-bahan

Sama seperti bahan-bahan untuk onde-onde dan kepek idung di atas cuma ditambah sedikit halba.
Cara-cara
1. Ikut cara-cara membuat onde-onde 1-2 di atas.
2. Perahkan santan secukupnya untuk membuat kuah. Tambahkan manisan, garam, halba dan daun pandan. Jerangkan sehingga mendidih.
3. Ikut cara-cara 7-8 onde-onde di atas, cuma adunan dibentuk seperti bentuk biji nangka dan tidak dimasukkan inti manisan ke dalamnya.
4. Seperti cara-cara 10-11, biji nangka dimasukkan ke dalam kuah santan yang sedang dijerang.
5. Seperti cara 12, apabila kesemua biji nangka telah timbul ke permukaan, itu menandakan ia telah siap dimasak dan bolehlah dihidangkan.

Agar dapat membantu anda dalam membuat kueh mueh tradisional, elementary level.
Ini adalah berdasarkan pembelajaran saya di madrasah keluarga.. Masa tu kueh mueh yang biasa dibuat di rumah kita berasaskan beras jemah/jawi, beras pulut dan ubi kayu.
Kakak saya Nun selalu menyediakan kuehmueh di atas dan lain-lain semasa saya kecil dan remaja, terutama sebagai juadah berbuka puasa. Kakak saya ini telah mula memasak untuk hidangan keluarga semenjak darjah tiga lagi..yala mak beranak kecil tek tek..Kesempatan ini saya ambil untuk beri best compliment untuk kakak saya yang saya kasihi dan sayangi itu kerana banyak jasanya dalam membantu ibu menguruskan rumahtangga.

9 comments:

nida said...

Aduhai CY, gelak sakan ida baca cara buat onde-onde tu. Detail camana nak gelek onde-onde tu ye... he..he..

Dulu masa mula2 pindah umah ni, dalam bulan puasa pernahla buat onde2. Kononnya cara nak mula berbaik ngan jiran2la, nak kasi onde2 kat jiran2. Abang amran pun tolong sekali gote onde2 tu, maklumla nak kasi kat banyak rumah ni... dah siap letak kat dalam piring ni, my hubby pun pila hantar kat satu rumah dulu. Bila dia balik, dia belek2 onde2 yang kat rumah, eh kerasnya, kata dia.

Rupa2nya, tersilaplak pi buat ngan tepung beras...nasib baik sempat kasi satu rumah je. Kalau x sah jadi jenaka kat jalan rumah ida ni...

Sempat buat balik dgn tepung beras pulut, minta jiran yang dah dapat tu buang je yang keras tu...

Ibu WA Alim said...

Cy mmg suka tulis detail2, manalah tau ada org tak pernah tengok org gote onde2, jadi panduan ini tentu berguna baginya..
Ini juga berdasarkan pengalaman Cy refer buku resepi, apabila resepi tu kita tak pernah tengok org buat dan tak pernah pula tgk hasilnya, tiada gamba, pening jugak nak memikirkan tekniknya..
Cerita Ida tu lucu jugala..Oo dah pandai buat nonde ya..? Kepek idung panda..? Nanti Cy ajar buat sira pise dgn pengat pise pulak..? Nak..?

Yasmin's Mummy said...

Panduan buat onde2 no 13 tu, kenapa kena gerak depan belakang? Gerak kiri kanan tak leh ke?
Kat rumah ni kalau buat kueh manis, saya sorang la yang makan. Kalau buat kueh masin cam karipap, sardin roll dan popia baru la dapat sambutan.

nida said...

Maksu, No 13 tula yang ida dok gelak sakan semalam. Hari ni, bila baca komen maksu sampai keluar air mata ida dok gelak...

dulu2 masa ngandung kat anak sulung, buat jgk kuih muih manis2 ni, dah anak 4 ni, x de mood nak gote onde2, takut jadi lain...

Ibu WA Alim said...

Byk2 soal ni dah abih periksa ke Yasmin's Mummy? Acu ambil dulang, pegang, pahtu gerakkkan ke kiri-kanan..,pahtu try pulak gerak ke dpn-belakang, mana lbh mudah..? Kekok we..nak gerak kiri-kanan..! Ee..kena bukti dgn experimen nih! Kueh masin tu awakla aja Ida buat! Acu explain secara terperinci, step by step tu..

Ida suko tu jange sapa gguling dahla..Cy ni pun tgh tubek air mata jugak ni, tp keh lain..

aida said...

wah, cik nun dari darjah 3 dah memasak?
kite darjah 3 dok sibuk main kat padang sebelah rumah

Ibu WA Alim said...

Bezalah org dulu dgn org skrg, org kg dgn org bandar, org sekolah biasa dgn org sekolah asrama penuh.., Puan Aida.

Yasmin's Mummy said...

ya baru abih periksa mid-term semalam. banyak soal sebab nak clarification, biar jelas :)
sorry to say tapi panduan no 13 tu kalau silap baca boleh jadi double meaning.

Anonymous said...

bangganya jd ank Puan Seri Banun....hehehehe...ni tgh tgk resipi CY nk buat onde2 kt umah k. da..sama cm mama ajar k.long masa bln puasa ari tu.. wakil mama ni,thanks for the compliment..Sayang CY.