Poli Ubi Kayu
Bahan-bahan
Beberapa ketul ubi kayu
Manisan
Sedikit air
Kelapa parut
Sedikit garam
Daun pisang untuk membungkus
Cara-cara
1. Sediakan pengukus dan didihkan air di dalamnya.
2. Kupas ubi kayu, bersihkan dan sagat halus.
3. Bungkus besar-besar dalam daun pisang, 4 atau 6 inci persegi dgn ketebalan 1/2-1 inci.
4. Atur bungkusan di dalam pengukus dan kukuslah sehingga masak, sejukkan.
5. Manisan dicairkan dengan sedikit air dan dipanaskan di atas api sederhana sehingga mendidih. Ketepikan.
6. Kelapa parut digaul dgn sedikit garam.
7. Potong kiub poli yang dah disejukkan tadi, macam potongan nasi himpit.
8. Gaulkan kiub poli dengan kelapa parut sehingga bersalut rata.
9. Hidangkan bersama cairan manisan.
Tepung Manis Ubi Kayu
Bahan-bahan
Bahan-bahan yang sama seperti poli di atas.
Cara-cara
1. Ikut cara-cara 1-2 di atas.
2. Racik manisan halus-halus, sehalus cincangan daging.
3. Gaulkan parutan ubi kayu dengan manisan racik, parutan kelapa dan sedikit garam.
4. Bungkus kecil-kecil dalam daun pisang, macam saiz kueh koci.
5. Susun ke dalam pengukus dan kukuslah sehingga masak.
6. Sedia untuk dihidangkan.
Tepung Boko Ubi Kayu
Bahan-bahan
Bahan-bahan yang sama dengan di atas, ditambah satu sudu tepung beras.
Cara-cara
1. Ikut cara 2 untuk poli di atas.
2. Kacau parutan ubi kayu dengan sedikit air di dalam periuk menggunakan api sederhana sehingga masak. Ketepikan.
3. Ikut cara 5 untuk poli di atas, untuk membuat cairan manisan.
4. Perah kelapa parut untuk mendapatkan santan pekat.
5. Tambahkan sesudu tepung dan sedikit garam dan dimasak di atas api sederhana sehingga mendidih.
6. Sendukkan parutan ubi kayu yang dah dimasak tadi, siramkan manisan cair dan kepala santan di atasnya.
7. Sedia untuk dimakan.
Cara-cara Menyangai
Jika anda tidak mempunyai pengukus, anda boleh ikut cara-cara kami menyangai poli dan tepung manis seperti di bawah :
1. Sediakan sebuah periuk.
2. Potong pendek pelepah pisang yang dah diambil daunnya untuk membungkus kueh, dalam 6-8 inci panjang mengikut saiz periuk.
3. Susun pelepah pisang secara bersilang di dasar periuk.
3. Masukkan sedikit air ke dasar periuk itu.
4. Susunaturkan bungkusan poli/tepung manis di atas sangai pelepah pisang.
5. Jerangkan di atas api sehingga masak.
Gelagat Penjaja
10 years ago
6 comments:
dulu2 umi suka buat poli...hampir2 lupa pasal poli ni nasib baik CY ingatkan balik...
kA tak pernah dengar poli ni..campuran ubi kayu manisan dan kelapa parut boleh digambarkan sedap.Ingin cuba, tapi tak jumpa ubikayu lagi. KA sekarang suka makan ubi kayu goreng yang di potong memanjang mcm kentang goreng KFC tu. Goreng masa beku..huh sedap betul.Beli yg ready made..
hmm..lama tak update blog?
CY pun bila tulis resepi poli ni teringat nak buat poli tapi tak terbeli lagila ubi kayunya Nida..
KA kena cuba poli tu, sedap..Pasal ubikayu goreng tu buat sendiripun blh KA, potong pjg2, gaul dgn bawang putih tumbuk dan jintan manis, lps tu goreng..
Lama tak update blog ni Mohammad sbb computer asyik down hampir sebulan jugala..perbaik2 down balik..beberapa kali..tukang perbaiknya hanya balik hujung minggu je, elok dia perbaik Sabtu/Ahad, lps tu sehari, down balik..harap2 lps ni tak down lagila..baru hari ni dpt tekan punat2 ni..every hujung minggu dlm Mei ni takde d KL..melainkan hjg minggu yag terakhir ni kot..
Hmm...bila nak kuar resepi seterusnya nih...asyik komen org punyer blog je. Hu hu.
Ada beberapa resepi/idea dok q kat dlm minda ni, stuck sikit, tak mau keluar..sabar ye sabar..
Post a Comment