Aku baru saja masuk dari laman depan selepas memberikan ikan-ikan di kolam makan. Yang seronoknya, aku melihat sekawanan anak-anak ikan kecil di permukaan air. Ikan kemeras seperti yang disebut oleh anakku sebagaimana diberitahu oleh ayahnya walaupun aku menyangka nama ikan itu adalah ikan kepala putih, ikan yang kutangkap dari aliran cetek di dataran belokan Sg. Langat pada 14 Februari lalu..
Mula-mula aku mengira aku nampak 2-3 ekor anak ikan itu, aku terus menetapkan mata untuk mendapatkan ketepatan jumlahnya. Aku mula membilang 1, 2, 3.. kemudian aku nampak 4, 5 ekor anak ikan. Aku tetapkan mata dan terus membilang..sah 5 ekor. Kemudian kelihatan seperti enam, aku kira lagi..nampak seperti 7..sah 7. Aku hendak pastikan lagi aku terus mengira..8 ekor..sah 8. Aku hitung lagi..9 ekor.. Akhirnya aku tidak pasti, berapa ekor sebenarnya..mungkin 8, mungkin 9, mungkin 10.. Hanya satu yang aku pasti..aku gumbira..
Gembira melihat generasi baru ikan-ikanku. Gembira melihat mereka berjuang dan bertahan meneruskan kehidupan..di samping ikan-ikan besar di kolam kecil itu..
Patutlah aku dapati salah seekor daripada dua ekor ikan kemeras yang 'survive' itu besar dan bulat badannya sebelum ini, setelah beberapa minggu menghuni kolam kami. Aku beritahu suamiku," Ikan kepala putih tu dah besar..badannya (termasuk bahagian perutnya) besar..besar daripada yang biasa kita pernah lihat..", tetapi suamiku seperti terpinga-pinga sahaja. Aku ingatkan kerana daripada habitat semulajadi yang membekalkan nutrien semulajadi itu berubah ke kolam kami yang membekalkan makanan 'orang bandar' membuatkan ianya bersaiz lebih besar daripada kebiasaan, tak sangka pula ia telah mereproduksi..
Aku berharap ikan-ikan kecil itu dapat bertahan seperti ibu bapa mereka juga..
10 comments:
IWA tak tau atau tak prasan yang ikan tu bunting.... lain kali kena lah kaji sikit... he..he..he..
Terkeliru sbb berubah habitat..dan pemakanan..
Skrg ni pun bulat semcm je perutnya..jgn2 nak keluar baby lagi lps ni tak taula..
Balik2 dr beli sarapan td pegi kat kolam ikan nak bg mkn..rupanya dah ada org bg mkn..Abg Wan kot..
Tp yg seronok tu..meremut d permukaan air lbh krg 30 ekor anak ikan kemeras yg masih sgt kecil..baru lahir/menetas kot..
Dlm seronok2 tu tiba2 sedih..sbb terfikir nanti bila pulak ibu ikan tu nak beranak ke 3 dan seterusnya..tiba2 terfikir blh ke dia beranak lagi..krn dah lama juga saya tak nampak kelibat bapa ikan tu..
Anak pertama yg kembar 9 tu..lps kami balik dr Pangkor, hari Ahad, AWan cuci kolam..dah tinggal 6..mak bapak ada lagi..lps seminggu Awan cuci kolam lagi..tinggal 5..
Sejak itu @ sejak bila saya tak nampak bapanya lagi..
Anak ikan kap yg awan beli 10-15 ekor.. RM1 je harga semuanya..sbb anak2 ikan ini sbnrnya dijual sbg makanan kpd ikan besar2..tp kami jadikan belaan..survive 7-8 ekor..balik2 dr Pangkor tinggal 1..
AWan beli lagi 15-16 ekor..balik2 dr rumah T Ahad lalu..habis licin..dmakan dek ikan besar @ kucing tak taulah..!
@pun hanyut bersama air yg dialir keluar dr kolam semasa menggantikannya dgn air bersih..
Tp utk anak ikan kap tak logiklah..sbb warnanya terang..oren..blh kelihatan dgn jelas samada ia ada/tiada dlm kolam..dan saiznya..yg 7-8 ekor tu dah selebar +-1 cm..yg 15-16 ekor tu +- 0.5 cm..
Utk ikan kemeras mungkinlah..bapanya..kalau masih ada +-0.25cm..anak ke 2 yg kembar 30 yg baru lahir ni adala selebar +- 0.1 cm..abg/kakaknya sikembar 9 tu +-0.2 cm..maknya +-0.5 cm..
Boleh la bagi kat saya sikit. Bila lagi nak datang sleepover?
Masa saya tgk pasu awak hari tu mmg saya dok terfikir nak tangguk dr kolam saya @pun pegi cedok lagi kat Sg. Langat tu bg kat awak..
Bila tu blm blh jwblah..kalu Awan o/s d hjg minggu lagi ada peluanglah..melainkan dia bawa saya pegi o/s juga..
Aini pun dok tunggu peluang dpt buat mcm tu lagi juga rasanya..
ida x tgk lagi kolam ikan cy, ambikla gambar
amboi seronoknya tgk baby baru ikan ppala putih. Ikan guppi sy pun beranak jg.ari tu abih mati ikan2 sy tak tahu kenapa.padahal dah seth lebih bela.bila beli yg baru ni beranak lak 5 ekor tu yg seronok semula.imani pun suka tgk ikan tu wp dlm pasu kecil.
Sorila Cy tak blh tangkap/upload gamba..AChik pulak blh tangkap gamba tp tak reti upload..gamba2 yg ada dlm comp ni semuanya ehsan anak2..
Gamba kolam yg dah ada dlm comp ni tak jelas sgt..Cy dah cuba masukkan ke sini sblm sek cuti hari tu tp tak dpt2..sbb apa tak taula..
Kalu Da perasan kolam tu berada d sblh Cy d gamba Evening Tea @ Halamanku..berdinding kayu setinggi +-sekaki dr paras tanah..
Keseronokan saya hilang seminggu slps saya balik dr Pangkor Na..habis anak ikan seramai 30 ekor tu tinggal sekor je..geng abgnya tinggal 3-4 ekor..maknya masih wujud masa tu..AWan cuci kolam lagi Sabtu/Ahad tu..
Semlm pula baru saya dpt jenguk lagi kolam ikan slps sek bercuti 2 minggu..meremut pulak anak2 ikan tu..18-19 ekor masa saya bilang mulanya..lps tu 22-23 ekor..lps tu saya malas nak mengira..sbb pencahayaan d kolam tu mcm teruk sikit..geng abg2 dah tak kelihatan..begitu juga maknya..
Begitulah resam kehidupan..agaknya..silih berganti..antara suka dan duka..antara hidup dan mati..antara generasi ke generasi..
Post a Comment