Monday, February 1, 2010

Terima Kasih

Sebenarnya saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada ibunda saya kerana sudi menjaga anak kecil saya sepeninggalan saya ke tanah suci tempohari.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada adik beradik saya yang turut serta membantu ibu menjaga anak saya itu..kakak-kakak saya Nun dan B dan adik-adik saya Ze dan Na. Juga abang-abang ipar saya Abang Din dan Abang Har dan adik-adik ipar saya Yaman dan Pin. Serta anak-anak saudara saya yang turut melayan kemahuan dan kerenah si kecil ini..Izzah, Nani, Raihan, Bazli, KLong dan Abe..Aiman, Abidzar dan Ellisya..Afiq, Aifa, Izie, Amsyar dan Imani..Ze aku tak ingat nama anak2mu..Along jah aku ingat..sori..

Juga Adek dan Lin serta Daniel H yang telah menyampaikan hasrat saya dan ibu dengan menjadi tempat transit dan tukang angkut pergi dan balik.

T dan G juga Yasmin pun sempat kan jumpa Alim kat kampung masa raya haji tu..

Abang Mad yang balik masa KLong bertunang agaknya nak juga tolong bawa Alim balik KL..Kak Ani yang banyak memberi galakan dan dorongan untuk saya menunaikan fardhu haji..selain Mek..Aida dan Firdaus..juga Aini sendiri..

Jah dan Abang Hasan serta sekeluarga..walaupun tidak menolong secara langsung tetapi memadai dengan hati dan budi yang telah ditabur selama ini..tidak terbalas dengan harta dan nyawa..

Terima kasih semua. Budi kalian tidak terbalas oleh saya. Saya serahkan kepada Allah Taala sahajalah untuk membalasnya.

Ambil juga kesempatan ini untuk mengenang Allahyarham abang saya Jailani..dan isterinya Lina..walaupun telah terpisah dek maut yang datang menjemput..juga bapa saudara saya Allahyarham Pak Su Tar..dan isterinya Mak Su Limah..serta keluarga..

Allahyarham abah saya..kalaulah abah masih ada..

Mek Limoh..Aboh Daod..Moknik..Mok Teh..Pok Cik..

Saya juga tiba-tiba teringat kat Allahyarhamah Mah Bisu dan Tok Muye baru-baru ini..juga Mok Soh..Pok Mud..Moksu Jizah..

Ada lagi yang saya teringat tapi kalau tulis semua kat sini nanti post ni panjang lagi..

Wednesday, January 27, 2010

Alhamdulillah. Telah Kembali Ke Tanah Air

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Telah selamat kembali ke tanah air pada 1 January 2010. KT90 mendarat di KLIA tepat pada jam 8 pagi waktu tempatan awal sejam dari yang dijadualkan setelah meninggalkan lapangan terbang Madinah pada jam 7.50 waktu Arab Saudi.

Wednesday, January 20, 2010

Doa dan Ucapan

Muhd AbHamid 17-Nov-2009 12:51:31
Selamat berangkat. Banyakan doa dlm permusafiran. Doa musafir mustajab iA.

Muhd AbHamid 17-Nov-2009 06:37:28
Tahniah krn dijemput menjadi tetamu Allah pd tahun ini. Selamat tunaikan fardhu haji moga dapat haji mabrur. Kenang kami dlm doa kalian

Sapiah6JH8 16-Nov-2009 20:43:50
Salam.Maaf kacau kak.Bagi la no hp sy kat Munira,kalo ade masalah suruh dia kol sy.Lg satu pesan dia jgn basuh baju kak n hj wan yg pakai mlm ni sbb utk alim

SBNunAHamid 16-Nov-2009 19:38:04
Selamat jalan dan semoga peroleh haji yang mabrur. Doakan yg terbaik utk saya juga

NNadhirahMD 16-Nov-2009 19:03:49
Salam cikyah.selamat bertOlak ke tanah suci.semoga dpt jalankn ibada haji dgn baik dan mdpt haji mabrur. DOakan kesejahteraan k.lOng jgk nti dsana.smOga kt mdapt kebahagian n ktenangan dlm hdup. Kak lOng syg cik yah

Bee 16-Nov-2009 17:37:54
Slamat brangkat dan semoga dpt mgerjakan haji dgn tenang

FasihahMY 10-Nov-2009 15:24:04
Alhamdulillah yah dpt pegi hj tahun ni. Kalau adalah yg tersilap tersalah tu kak as maafkan/halalkan dan k as minta yg sama in return. Slmt menunaikan hj semoga di terima sbg hj yg mabrur

Madihah13JH3 10 Nov-2009 14:11:39
Tp 4 the info. InsyaAllah saya akan cari masa untuk jumpa Yah seblm berngkt ke tnh suci.

10-Nov-2009 14:00:24
Tahniah! Kak doakan semoga selamat gi & balek.banyak bersabar disana.

CheYamDaud 10-Nov-2009 13:59:36
:-D:-D...meme sanubari 99.99...% oyat kata kak doh, cuma nak confirm je..k lah jumpa lg nak msuk kelas....

CheYamDaud 10-Nov-2009 13:01:38
* some text missing * thn dpn...2 thn doh wak rayuan x dpt..oyat deh sapo ni...x tau nama x leh doa...

BSbriah29JH4 10-N0v-2009 12:++:++
Salam smoga mendapat haji yg mabrur slamat prgi dan slamat kmbali ktanah air. Sampaikan salam kbi dmakam rasulullah SAW apabila ziarah dMADINAH nanti. j* some text missing *

SNorAishahAW 29-Oct-2009 19:25:40
Salam..Alhamdulillah..rezeki akak tahun ni dpt mnunaikan haji di Rahmatullah, semoga selamat pergi dan kembali dan nor doakan akak dpt haji yg mabrur..amin.

W Marina 29-Oct-2009 07:57:11
sama2 ..semoga Allah Taala permudahkan segala urusan ...selamat pergi dan kembali dgn hj yg mabrur.amin ..flight no berapa pkl berapa turun dr rmh? K yah perlu bantuan apa2 ?

MazuraBahari 29-Oct-2009 07:53:09
Salam.smoga kak slmt pergi dan kembali dgn diampuni sgala dosa & dpt haji yg mabrur.Maaf jika ada salah silap .mazura

Muhd AbHamid 29-Oct-2009 07:15:52
Wsalam wbt, tahniah krn djemput mnjadi tetamu olehNya. Moga semua urusan dpermudahkn oleh Allah & dpt haji mabrur. Doakan utk kami, keluarga & umat Islam semuanya