Sunday, April 20, 2008

Panduan Asas IB/Mengesan Punca Bayi dan Anak Kecil Menangis

Apa sebab bayi/anak kecil menangis? Anda tentu tertanya-tanya sebab bayi/anak kecil tak dapat memberitahu anda dengan bahasa yang boleh anda fahami. Tapi saya percaya, anda tentu dapat meneka daripada sumber-sumber yang pernah anda baca/dengar. Mungkin bayi/anak kecil anda kelaparan, atau basah, atau tak selesa atau mengantuk, atau sakit..apalah baby ni asyik-asyik nak menangis je..
Anda pun mula memeriksa satu persatu, jika anda tak suka bayi/anak kecil anda terus menangis, melainkan anda suka..? Mulakan dengan lampin basah rasanya paling senang untuk dikesan. Intai saja di celah-celah lampinnya, kalau ya selesai masalah, kalau menangis lagi 'check' yang lain pula. Hulur botol susu, langkah yang mudah juga. Kalau masalah tak selesai juga dodoikan, tak tidur juga, dan masih menangis lagi..kepanasan ke? Cuba buka/lajukan kipas ataupun 'on'kan 'aircond'. Atau kesejukan, tutup kipas/aircond? Kalau tak 'settle' juga, sakit ke anak aku ni?
Macam mana nak periksa yang ini? Letakkan tapak tangan anda di dahinya, panas ke? Genggam telapak tangannya, sejukke? Sentuh tapak kakinya, sejuk ke? Begitu juga labu betisnya, sejuk atau suam biasa. Periksa perutnya adakah kembung, dengan meletakkan telapak tangan anda di atas mana-mana bahagian perutnya yang disyaki, biasanya di antara pusat dan ulu hati, di bahagian kiri dan kanan pusat, juga di bawah pusat. Jentik belakang jari anda. Anda akan dapat dengar/bezakan bunyi perut kembung/berangin daripada biasa.
Kalau demam, tentulah badannya panas, berilah ubat demam atau lebih baik bawa ke klinik supaya doktor tentukan masalah dan ubatannya..Kalau selsema dan banyak lendir mengganggu pernafasannya dan menyukarkannya apabila berbaring/minum susu, sapulah 'vick' atau 'tiger balm' atau 'balm' kayu putih dengan mengikut salur tenggorok/pernafasannya. Juga di bahagian belakang badannya dengan mengikut jalur tulang belakangnya.
Kalau sakit perut atau kembung, biasanya telapak kaki dan labu betisnya sejuk dan dahinya mungkin berpeluh. Cubalah sapu minyak angin yang sesuai ke perut, belakang, labu betis dan telapak kaki. Urutlah perlahan bersesuaian dengan bayi/anak yang masih kecil. Anda mungkin dapat redakan tangisannya.
Untuk rawatan lanjut bawalah berjumpa doktor.
Mungkin juga, bayi/anak kecil anda menangis kerana mengada-ngada. Puncanya tentulah inginkan perhatian anda. Nilaikan, perlukah anda layan agar anak anda mendapat cukup perhatian dan belaian kasih sayang anda atau anda abaikan agar tak berlebih-lebih/berlanjutan 'ada'nya. Janganlah terus mengambil langkah membiarkan kerana anda mungkin seorang ibu bekerja yang telah meletakkan bayi/anak anda dalam jagaan/belaian orang lain sepanjang hari. Hanya baki hari setelah anda pulang dari bekerja dan sebelum anak atau anda melelapkan mata dan di hari-hari cuti saja anda bersama mereka. Janganlah jadikan penat (dan malas) sebagai alasan anda. Janganlah juga membiarkan orang lain mengambil alih tempat anda sebagai ibunya.
Selain itu, tangisan itu juga mengganggu ketenteraman orang lain yang berada/turut mendiami rumah anda. Kalaulah ada nenek anda yang sudah tua/uzur, bapa anda yang sakit jantung, malahan jiran-jiran pun boleh mendengar jeritan/raungan anak anda. Perhatikanlah.

9 comments:

nida said...

Tips yang ditunggu2, anak kecil ida kerap yg 'ada-ada' tu.. yg tak keje ni cam ne pulak ye, nak gak rehat sekejappppp je dari dengar jerit pekik anak2....

Ibu WA Alim said...

Itulah Da org asyik ckp cabaran ibu bekerja, dia org tak rasa cabaran ibu surirumah sepenuh masa, MMG SEPENUH MASA, tak dpt nak mengelak langsung dan punyalah penatnye..melayan kerenah sikecil ni sehari2, yg merengek, merengek..,yg mengekor, mengekor.., yg bergaduh, bergaduh, yg melalak, melalak.., yg mengusik, mengusik..tp kalau nak jadi ibu mithali kenalah bersabar, dgn sabar yg sesabar2nya!

Ibu WA Alim said...

Da, mana blog Da nya? CY siap nak bagi dah pilih nama link ni, anak saudara yg apa2 pulak..

Ummu Auni said...

aduh, bila baca benda2 ni, rasa tak laratnya nak ada baby baru. lagi le kalau dekat2, rasa tak abis ilang penat. tapi semangat dan suka tgk baby...

nida said...

tula tengok semua orang ada blog, nak gak berblog ni. so, createla satu. tapikan since create last week, sempat tulis tajuk je...lama dah bercita2 nak tulis buku matematik... hmmm...nak tulis kat blog pun x sempat...camne ye?
...one day....maybe...

Ibu WA Alim said...

'semangat dan suka tgk baby'.. CY rasa itulah sifat yg septtnya ada pd wanita sejati ummu auni. CY ni krg sikit kut kewanitaan dan kesejatian tu..
CY tunggu dgn penuh kobaran ni Nida, bila nak open kat kita org blog tu, tgk tajuk saja pun takpalah, kitaorg blh komen jugak, kalau nak suruh kitaorg karang isipun blh kot..janji dpt communicate..hey..dunia siber..

Ummu Auni said...

kak ida, mana blognya
bagilah link
nanti boleh aini link

nida said...

Alaa..cik yah, janganla cucuk2 suruh duduk depan komputer ni. I'm kind of hook with cyber staff ni..... Actually, masa baca n tulis komen ni, baby dok atas riba ni ha, yang no 3 ni dok tekan2 sekali menaip. Kalau post uneditted komen pasti panjang lebar....

Aini..ada tajuk jer. Nantila, k.ida try this weekend. Empat2 anak tu, k.ida minta tolong my hubby jaga while I'll dok tercongok depan komputer ni. Pasti dapat jelingan manja from my hubby.... he..he..

Baby dah start merengek, chowla dulu

Ibu WA Alim said...

Tak nak la cucuk2 sgt Da, nanti kalu nasi hangit ko, lauk tak dan siap ke, anak terbiar ke, tak nakla CY tanggung rasa bersalah tu. Eh, hubby Da pun pandai buat jelingan manja jugak ke? Ingat ke hubby CY je blh! Biarkan jela Da depa tekan punat2 keypad tu, pjg sikit isi yg kami blh baca, semua ni mak2 org yg dah faham sgt keletah/kerenah si kecil ni. My DS pun selalu sebok nak tolong taip my comments/posts/email, cucu2 tu pun sebok nak dok atas riba, nak test skill jari/jemari mrk!