Assalamualaikum warahmatullah,
Kita sudah berada di 15 hari terakhir di bulan Ramadhan ini..maknanya bulan Ramadhan sudah mula menurun dan menuju ke penghujungnya untuk meninggalkan kita..mungkin ada yang sudah sibuk dengan persediaan menyambut hariraya dari segi biskut mikut dan langsir perabut..baju raya rasanya semuanya sudah disedia..
Badan kita juga mungkin sudah terkesan daripada 15 hari pertama berpuasa..sudah mula terasa letihnya..menjalani ibadah puasa apatah lagi untuk menunaikan solat terawih dan lain-lain ibadah di bulan yang mulia ini. Sudah tidak berkesanggupan mungkin untuk bertadarrus dan hilang selera tatkala berbuka dan bersahur..apatah lagi semakin mengantuk untuk bangun bersolat tahajjud dan berqiamullail ..
15 hari terakhir Ramadhan..sebaliknya Ramadhan sedang menuju ke kemuncaknya..ramai yang semakin memperhebatkan amal ibadah..untuk mendapat Laitul Qadar..suatu malam yang lebih baik daripada seribu bulan..yang sudah lama ditunggu oleh orang yang menunggunya.. layakkah kita mendapatnya..?
Mari bersama-sama saya mentelaah enam rahsia dan syarat kebatinan puasa agar kita dapat menghayati 15 hari atau 10 hari-hari terakhir Ramadhan ini dengan lebih bermakna..
Rahasia-rahasia Puasa dan Syarat-syarat Kebatinannya
1/ Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pandangan kepada semua perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh mengganggu hati, seperti melalaikannya dari berzikir dan mengingati Allah.
2/ Memelihara lidah daripada omong kosong, bohong, mencaci maki, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan riya'.
3/ Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah Allah swt telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firmanNya yang bermaksud ;
Mereka itu suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram.
4/ Memelihara seluruh anggota yang lain daripada berbuat dosa seperti tangan dan kaki, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian juga menahan perut daripada memakan barang-barang yang syubahat di waktu berbuka puasa. Apalah gunanya berpuasa daripada makanan yang halal, kemudian apabila berbuka pula dia memakan daripada makanan yang haram. Orang yang berpuasa seperti ini samalah seperti orang yang membangunkan sebuah istana yang indah, kemudian dia menghancurkan sebuah kota.
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud ;
Ada banyak orang yang berpuasa, tetapi ia tiada memperolehi daripada puasanya itu, selain daripada lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala).
Ada yang mengatakan, bahawa orang itu adalah orang yang berbuka puasanya dengan makanan yang haram. Yang lain pula mengatakan, orang itu adalah orang yang menahan dirinya (berpuasa) daripada makanan yang halal, lalu ia berbuka dengan memakan daging manusia; iaitu mencaci maki orang kerana yang demikian itu adalah haram hukumnya. Ada yang mengartikan dengan orang yang tiada memelihara anggota-anggotanya daripada dosa.
5/ Janganlah dia memperbanyakkan makan di waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci oleh Allah swt daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal. Cubalah renungkan bagaimanakah dapat menentang musuh Allah (syaitan) dan melawan syahwat, kiranya apa yang dilakukan oleh orang yang berpuasa di waktu berbuka itu, ialah mengisikan perut yang kosong itu dengan berbagai makanan semata-mata kerana dia tidak mengisikannya di waktu siang tadi. Kadangkala makanan-makanan yang disediakan itu berbagai-bagai rencamnya, sehingga menjadi semacam adat pula kemudiannya. Akhirnya dikumpulkanlah bermacam-ragam makanan untuk persediaan menyambut Ramadhan, dan dihidangkanlah pula dalam satu bulan itu bermacam-macam makanan yang tidak pernah dihidangkan pada bulan-bulan sebelumnya. Sebagaimana yang termaklum, bahawa maksud puasa itu adalah menahan selera dan mengekang nafsu, agar diri menjadi kuat untuk taat dan bertaqwa kepada Allah. Tetapi kalaulah hanya sekadar mengekang perut di siang hari hingga ke masa berbuka, lalu membiarkan syahwat berlonjak-lonjak dengan kemahuannya kepada makanan, dan dihidangkan pula dengan berbagai makanan yang lazat-lazat, sehingga perut kekenyangan, tentulah perut akan bertambah keinginannya kepada makanan-makanan itu. Malah akan timbul daripada syahwat pula keinginan yang baru, yang kalau tidak dibiasakan sebelumnya, mungkin ia tetap pada kebiasaannya. Semua ini adalah bertentangan dengan maksud dan tujuan puasa yang sebenarnya. Sebab hakikat puasa dan rahasianya adalah untuk melemahkan kemahuan dan keinginan, yang digunakan oleh syaitan, sebagai cara-cara untuk menarik manusia kepada berbagai kejahatan. Padahal kemahuan dan keinginan ini tiada dapat ditentang, melainkan dengan mengurangkan syahwat. Barangsiapa yang menjadikan di antara hatinya dan dadanya tempat untuk dipenuhi dengan makanan, maka ia terlindung daripada kerajaan langit.
6/ Hendaklah hatinya merasa bimbang antara takut dan harapan, kerana ia tiada mengetahui apakah amalan puasanya itu diterima oleh Allah, sehingga tergolonglah ia ke dalam puak muqarrabin (hampir kepada Allah), ataupun puasanya tertolak, maka terkiralah ia ke dalam golongan orang yang terjauh daripada rahmat Allah Taala. Perasaan seumpama ini seharusnya sentiasa ada pada diri seseorang, setiap kali selesai melakukan sesuatu ibadat kepada Allah Taala.
Rahasia-rahasia puasa dan syarat-syarat kebatinanya ini saya petik daripada kitab Bimbingan Mu'minin Untuk Mencapai Tingkat Mau'idzatul Mukminin - Pada Mencari Redha Rabil-'Alamin Jilid 1-2, ms 115-117 daripada judul asal Mau'idzatul Mukminin ringkasan daripada Ihya' 'Ulumuddin karangan Imam Alghazali sususan APAllamah Almarhum Asysyaikh Muhammad Jamaluddin Alqasimi Addimasyqi terbitan Al-Maktabah At-Tijjariyyah Al-Kubro (tidak bertahun) terjemahan Moh. Abdai Rathomy, 1979.
Wahai saudara-saudaraku sekelian, ketahuilah kita mengapa sebelum ini terasa betapa jauhnya kita daripada Allah swt dan amalan puasa kita terasa biasa-biasa sahaja. Betapa sukarnya kita untuk bangun bersolat malam dan susahnya untuk beristiqamah bertadarrus di sepanjang bulan Ramadhan apatah lagi dapat mengkhatami 30 juzuk daripada al Quran. Sungguh payahnya kita untuk membersihkan hati daripada segala sifat kekejian dan mengikhlaskan hati dalam beramal kebaikan. Moga-moga Allah swt mengampunkan dosa-dosa kita yang telah lalu dan yang akan datang dan membuka seluas-luas jalan di hadapan kita untuk menuju ke keredhaanNya. Amin.
Eid mubarrak buat semua muslimin dan muslimat di seluruh pelusuk alam serta maaf dzahir dan batin.
(Siri Peringatan Buat Diriku Yang Lalai dan Lupa)

(Al-Maidah : 42)

8 comments:
akum.memang betulah nak bgn sahur pun mlas akhir2 ni.tp tpaksa bgn ada anak and suami ni.ms jd warden dulu sy togok air ppala tdo jah.
sy and famly ze dok Gs ni.smale lagi dok baca hok awak ni. lepas sahur ni baru buleh nnulis. dok kecek ngan Mek and ze ni mmg confirm pak sulah and pak su che we ada lg.
mek nak dok gs 10 ari t,akher poso ni.kmarin sy gi ambek umah bi.nak buat psiapan anak dia blk raya la tu.Che jah and abg omarla kena wak tu.
m ek tu bkn sihat sgt sakit perutla,batukla, smale tak leh tdo rasa lemasla.tp nak dok Gs jg.tak th la org tua mmg gitula gamaknya begitu teruja utk lihat anak2 blk raya.
Bestnya balik Gs..balik posa GS..
Thn lps je saya berpeluang balik sambut posa d GS..lps ni bila pulak tak tau..
Abe We mmg ada sebut nak balik sambut posa kkg pulak thn ni..dia tak sbt la kg mana..tp masalahnya..anak sekolah..
Mek tak lelah dah ke?
Eh..d rumah GS ada internet line ko..? Guna comp mana?
best blk posa sini.gi round kedai beli kuih dan lauk buka posa.mek tak lelah dah. dulu umah mek ada line internet.la ni tak dok dah.potong dah line tel sbb kabel kena curi sokmo.asyik dok byr sewa bulene,gunanya takleh.
masa umah mek kita org guna celcom broadband.ze punya.laptop tu hok sy ngan dia wak kelik belako.dia tak leh nak bls lg ngan awak sbb tak ingat pw.
sy tak dok jg internet kat umah.gena wireless kat sek.kdg2 guna cel bb ze bl dia wak gi umah sy.natila nak beli jg cel bb sne nak bw gi mana2.
sukanya dpt balik posa d gs. suka lagi kalu dpt balik raya awal2 sblum ore lain balik, tapi sejak terkawin dgan ore ada anak ni payahnya nak balik , byak kena jaga hati dan prasaan ore ,hati sdiri Tuhan je la yg tau.....
Duhai anonymous,
Sabarlah dgn keadaan yg ada..wp senang utk diucap dan sukar utk dilaksana..mudah2an berkat kesabaran itu mendtgkan pahala yg besar buat diri sendiri juga buat ibubapa, adik beradik dan sanak saudara yg menanggung kerinduan menunggu kemunculan kita..
Agaknya Allah swt sengaja meletakkan anda dlm situasi ini agar anda menjadi salah seorg drp org yg dpt memahami situasi org lain yg lbh krg sama keadaannya dgn diri anda..
Apa2pun setiap ketetapan Allah swt tentu ada rahmatNya..
Dan alangkah baiknya jika kita dan setiap ahli keluarga kita memahami situasi dan dpt menerimanya dgn penuh redha..
Salam anonymous,
Jika anda menampilkan diri sbg anonymous, saya mungkin dpt meneka @ tidak tau langsung siapa anda..wb pun saya menghormati pilihan anda.
Ttp jika anda terpaksa menggunakan akaun anonymous atas sbb2 tertentu ttp tidak bermaksud merahsiakan identiti diri anda, silakan membuat catatan pengenalan diri di akhir komentar anda spt saya di bwh ini..
-drp Ibu WA Alim
Kalu lagu tu bestnye guna celcom broadband, Cekna..blh wat gi mana2..tak tau pulak saya kelebihannya sblm ini..
Kalu tak ingat password Ze, awak blh tuka ke password lain..
Caranya, masa awak nak sign in ke blogger tu, awak kena mmasuk user name dan password ke..kalu awak mmasuk password salah..dia ake tanya..forgot your password? Change password? Awak klik la kat change password tu dan ikut arahan2 dia..nanti dia ake suruh awak mmasuk password baru..de password baru tu awak blh guna seterusnya tanpa awak perlu ingat lagi password lama tu..
hai anynomous.sy th dah awk tak ingat pw.ikutla cr cyah ajar kat atas td.tukar pw lainlah.
InsyaAllah, saya akan bertolak balik ke Kelate slps solat sunat aidilfitri pd 1 Syawal nanti.. Semoga semua yang sdg/akan dlm perjalanan selamat sampai ke destinasi..termasuk saya sekeluarga.
Post a Comment