Thursday, September 4, 2008

Ramadhan Datang Lagi

Hari ini Khamis, 4 September bersamaan dengan 4 Ramadhan..di luar sana hujan sedang turun dengan lebatnya..memang sudah sejak minggu lepas lagi hujan turun..demikian juga minggu-minggu sebelumnya..agaknya memang bermula dari pertengahan tahun sudah musim hujan pula..walau bagaimanapun syukur ke hadrat Illahi dengan sunnah alam ini..yang menjadikan bumi tidak gersang dan segala kelebihannya..

Izinkan saya memetik sedikit catatatan dari kitab Bimbingan Mukmin berkenaan ibadah puasa yang baru 3-4 hari kita jalani untuk renungan bersama..

Kitab Rahasia Puasa
Sebesar-besar nikmat yang pernah dikurniakan Allah ke atas hamba-hambaNya ialah dengan menjadikan ibadah puasa benteng bagi para wali, dan perlindungan bagi mereka dari segala tipu daya syaitan dan angan-angannya, sebagaimana Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud ;
Puasa itu separuh kesabaran.

Allah telah berfirman yang bermaksud ;
Hanyasanya orang-orang yang bersabar itu dipenuhi pahalanya tanpa perhitungan.
(Az Zumar : 10)

Kalau begitu pahalanya kesabaran itu telah melampaui batas-batas perkiraan dan perhitungan, dan memadailah kalau kita mengetahui keutamaannya dengan sabda Rasululullah saw yang bermaksud ;
Demi Allah yang jiwaku berada di dalam genggamanNya, bahawa bau mulut seorang yang berpuasa adalah lebih harum pada sisi Allah dari bau-bau minyak kasturi. Allah azzawajalla berkata ; Sesungguhnya ia telah meninggalkan syahwatnya, makannya dan minumannya kerana Aku. Puasa itu (dilakukan) kerana Aku, dan akulah yang akan memberikan balasannya sendiri.

Orang yang berpuasa itu dijanjikan Allah akan bertemu denganNya untuk menerima balasan puasanya itu.

Rasulullah saw bersabda pula yang bermaksud :
Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan: Kegembiraan yang pertama ketika masa berbuka puasanya, dan kegembiraan yang lain ialah ketika masa menemui Tuhannya.

Dalam penafsiran makna ayat yang berikut yang bermaksud ;
Tiada seorang pun yang mengetahui apa-apa yang telah disembunyikan daripada mereka itu dari cahaya mata iaitu sebagai pembalasan terhadap segala yang mereka kerjakan.
(As Sajdah : 17)

Yakni amalan yang mereka kerjakan itu ialah berpuasa, sebab Allah berfirman pula pada ayat yang lain yang bermaksud ;
Hanyasanya orang-orang yang bersabar itu dipenuhi pahalanya tanpa perhitungan.
(Az Zumar : 10)

Nyatalah orang yang berpuasa itu akan diberikan balasan secukup-cukupnya dan dilipatgandakan pahalanya tanpa dapat diragukan lagi atau diperhitungkan banyaknya. Sudah sewajarnyalah ia menerima balasan yang begitu besar, sebab puasa itu adalah dikerjakan kerana Allah semata-mata dan ditujukan kepadaNya, tiada lain. Walaupun ibadat-ibadat yang lain itupun ditujukan kepada Allah jua, tetapi ada dua perbedaannya :

(1) Bahawasanya puasa itu adalah menahan diri dan meninggalkan hawa nafsu, dan ia adalah rahsia di dalam diri seseorang dan bukan merupakan amalan yang boleh dilihat. Semua ketaatan dibuat di mata ramai dan dapat diketahui, melainkan puasa saja, tiada yang melihatnya selain Allah azzawajalla. Ia adalah suatu amalan dalam kebatinan yang disertai dengan kesabaran semata-mata.

(2) Bahawasanya pahala itu merupakan penentangan terhadap musuh Allah azzawajalla, sebab jalan syaitan itu, ialah melalui syahwat dan hawanafsu yang meminta banyak makan dan minum. Jadi dalam menekan dan menentang kemahuan musuh Allah itu adalah suatu pertolongan kepada Allah Taala, sedangkan pertolongan Allah kepada kita itu tergantung atas petolongan dari Allah Taala.

Allah telah berfirman yang bermaksud ;
Jika kamu sekelian menolong Allah (menurut perintah Allah), tentulah Allah akan menolong kamu, dan akan menetapkan kaki kamu (kedudukan kamu).
(Muhammad : 7)

Dengan jalan inilah puasa itu menjadi pintu bagi segala peribadatan dan perlindungan dari hawanafsu. Jika kita telah mengetahui keutamaannya begitu besar sekali, maka hendaklah kita menurut syarat-syaratnya lahir dan batin dengan mempelajari rukun-rukunnya, sunnat-sunnatnya dan syarat-syarat kebatinannya.

Petikan daripada kitab Bimbingan Mu'minin Untuk Mencapai Tingkat Mau'izhatul Mukminin Jilid 1-2 daripada judul asal Mau'izhatul Mukminin Ringkasan Dari Ihya' 'Ulumuddin karangan Imam Alghazali susunan APAllamah Almarhum Assyaikh Muhammad Jamaluddin Alqasimi Addimasyqi terbitan Al-Maktabah At-tijariyyah Al-Kubra (tidak bertahun) terjemahan Moh. Abdai Rathomy, 1979, ms 110-112.

Ramadhan mubarrak kepada semua muslimin dan muslimat di segenap pelusuk alam, moga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang lalu..

Ahlan wasahlan ya Ramadhan..!

4 comments:

Ummu Auni said...

IWA, boleh tinggal komen dan buka blog, cumanya agah payah sikit, sebab kena refresh page banyak kali. TM block blogger la ni

Ibu WA Alim said...

Oo..
Tadi masa IWA nak tinggal komen d blog Aida, kena byk kali taip words verification..baru blh..
Kemarin pun..ggitu juga.. masa nak tinggal komen d blog Lumy rasanya..IWA masuk blog Lumy ni dr blog Aini..tanpa sign in sendiri..
Itupun atas sbb yg sama ke..?

nida said...

selamat berpose...sorila lambat wish, komputer kat rumah x leh nak bertenet, ni pakai komputer hubby...bila dia balik s'pore esok, sengih pulokla....

Ibu WA Alim said...

Alhamdulillah, sekrg2nya dptla dgr suara Ida..
Selamat berpose kembali dan selamat bersengih juga..
Balik Kelate ko rraya ni..?
Ada satu sora lg hak tak dgr2..