Tuesday, September 9, 2008

Tazkirah Ramadhan I : Memakmurkan Rumah Allah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Tazkirah ringkas 10 minit ini saya dengar di surau semasa menunaikan solat terawih tadi, ditazkirahkan selepas 4 rakaat pertama iaitu sebagai penengah kepada solat terawih 8 rakaat itu. Ia berkenaan kepentingan memakmurkan rumah Allah.

Dimulai dengan perintah solat berjemaah turun ke atas kumpulan atau kolektif ataupun dalam bahasa Arabnya fardhu kifayah bukan bermaksud seperti yang difahami masyarakat Melayu iaitu kalau seorang sudah buat yang lain sudah terlepas pula malahan ia bermaksud kefardhuan itu turun ke atas kumpulan secara kolektif.

Laungan azan pula bermula dengan Allahuakbar yang diulangi sebanyak 4 kali yang bermaksud Allah Maha Besar. Ertinya Allah lebih besar daripada segala yang lain samada kita sedang mencuci kereta mahupun mencuci pinggan hendaklah ditinggalkan demi menyahut seruan azan untuk menunaikan fardhu solat. Lainlah kalau doktor yang sedang bertugas di operation theatre, takkan boleh meninggalkan pesakit yang sedang dioperasinya untuk menunaikan solat jemaah, ini kes dharuri.

Kemudian azan diteruskan dengan penyaksian asyhadu anllailahaillallah yang bermaksud aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah menunjukkan bahawa kewajiban solat berkait dengan penyaksian kalimah thoyyibah ini.

Seterusnya penyaksian asyhadu anna muhammadurrasulullah yang bermaksud aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah yang menunjukkan bahawa Nabi Muhammad mengajarkan dan menganjurkan solat berjemaah ini.

Selepas itu barulah diteruskan dengan ajakan menunaikan solat, haiyya alassolah yang bermaksud marilah menunaikan solat dan seterusnya.

Untuk menunaikan solat jemaah ini ada imam yang memimpin yang hendaklah dipatuhi dan makmum pula boleh menegur jika imam melakukan kesalahan yakni kesalahan yang besar. Kalau kesalahan kecil tidak perlu ditegur. Menegur pula ada caranya yakni dengan melafazkan subhanallah.

Imam hendaklah menoleh ke belakang sebelum mengimami solat untuk memastikan keadaan makmum dan disesuaikan dengan pengimaman solat samada memilih untuk membaca surah yang panjang atau pendek. Untuk solat fardu, hendaklah tidak membebankan makmum dengan bacaan surah yang panjang-panjang kerana solat fardu didirikan dalam keadaan wajib berdiri, takut-takut ada orang yang lemah seperti orang tua-tua dan kanak-kanak. Untuk solat sunat boleh memilih surah yang panjang sebab ia adalah pilihan dan kalau penat boleh dilaksanakan sambil duduk.

Imam juga hendaklah memastikan saf-saf lurus, penuh dan rapat. Saf ditentukan sedemikian untuk mengeratkan ukhwah sesama jemaah dan saling bermaafan sekiranya tergesel mahupun tertindih. Hendaklah memakai bau-bauan untuk menyelesakan jemaah yang berada di sebelah kita.

Bagi kaum wanita, untuk datang mengerjakan solat di masjid atau surau, hendaklah menepati 3 syarat iaitu ;
1/ Mendapat izin suami/wali
2/ Tidak menimbulkan fitnah
3/ Tidak berhias diri berlebih-lebihan

Alhamdulillah, kata pentazkirah sebagai mengakhiri tazkirah pendek tetapi bermakna itu, dengan pembaharuan dan renovasi yang dilakukan ke atas surau ini yang makin menyelesakan kita untuk memakmurkan rumah Allah ini.

Sesungguhnya yang baik itu adalah daripada Allah swt dan yang lemah itu adalah daripada penulis blog ini sendiri.

2 comments:

nida said...

salam cy...tq for the tazkirah. Pakai bau-bauan utk selesa makmum lain dikhaskan utk laki je kot, wanita rasanya x lehkan?

Cantiknya laman cy..

Ibu WA Alim said...

Salam kembali..muncul juga akhirnya..ingatkan dah tak nak berblog lagi..
Pasal bau2an utk wanita tu hari tu rasanya Cy dah pernah tulis..kat mana tak ingat..mungkin masa komen kat blog Aini/Aida kot..
Ustaz yg ngaja ngaji Cy kata..blh pakai kalau..1/duduk sama dia je..sesama perempuanlah tu.. 2/parking kereta jauh pd org..jauh pd lelaki lah tu..3/tak lalu d laluan jemaah lelaki..sampaikan si lelaki tu blh cam bau minyak wangi isteri si Dol tu..
Fhm kan maksudnya..asalkan tak dpt dibau oleh lelaki lain..tp susah juga nak cari surau/masjid yg blh dicecah dgn sedemikian ciri..
Apasal komen d post lama Cy ni..tak perasan ke Cy dah tulis 3 posts baru slps yg ini..
Ni mesti dtg sini dgn klik nama blog Cy dr Blog List Ida tu..
Laman tu nampak cantik sbb Cy taruk gamba lama..masa mula2 siap dulu..skrg dah berlapuk..tak serupa dlm gamba lagi..
Ni tentu dah lama tak dtg rumah Cy ni..bila nak dtg?
Esok Cy nak pegi beraya dgn kawan2 d Putrajaya, ingat nak singgah d rumah Ida sekejap..blh?