Friday, July 31, 2009

Julai VI Merah Jingga Selat Teberau

31/7 Jumaat 1.30-3.30 petang Drama TV3 Merah Jingga Selat Teberau

Lakunan Ako Mustafa (sebagai Roslan), Intan Azura (Maria/Salina), Wan Maimunah (Ibu Roslan), Ismail Din (Bapa Roslan), Shukri Hasyim (Bapa Maria & Salina), Azizah Mahzan (Ibu Maria & Salina) dan Rosdi Ramli (Doktor).

Cerita ini saya tonton bermula dari babak Roslan dan Salina bernikah iaitu selepas separuh jalan ianya berlangsung Saya terlepas bahagian kehidupan Roslan bersama Maria sehingga ke bahagian Maria mati bersalin dan Roslan menderita selepas kematian isteri dan anak yang dikandung itu.

Salina pula redha menggantikan tempat kakak kandungnya sebagai isteri Roslan walaupun Roslan masih tidak dapat melupakan Maria.

Suatu hari semasa mereka berdua dalam perjalanan pulang ke rumah ibu bapa Roslan, Salina yang sedang sarat mengandung mengusik Roslan yang sedang memandu. Kereta mereka lalu terbabas dan melanggar sebatang pokok. Salina yang tidak sedarkan diri dibedah untuk menyelamatkan bayinya. Salina terus berada di dalam keadaan koma walaupun selepas sebulan kemalangan itu berlaku.
Ibu Salina yang tidak dapat menerima apa yang telah berlaku menuduh Roslan sebagai puncanya termasuk punca kematian Maria. Ibu Roslan yang tidak tahan anaknya dipersalahkan menyanggah ibu Salina yang tidak terkawal. Roslan tertekan dengan keadaan yang berlaku. Dia bersolat dan berdoa supaya Salina selamat. Dia sanggup walaupun dirinya mati asalkan isterinya selamat. Katanya, anak-anak mereka memerlukan Salina.
Rupanya dengan demikian ajalnya sampai. Ibunya yang masuk ke biliknya menjumpai Roslan terbaring di tikar sembahyang.

Ibu Roslan pula kemudiannya meratapi kematian anaknya sehingga keadaannya menjadi tidak keruan.

Setelah lima bulan Salina berada di dalam keadaan koma dan tiada harapan untuk pulih, ibu bapa Salina datang ke rumah ibubapa Roslan untuk memberitahu keadaannya. Mereka membawa bersama bayi kembar itu. Bapa Roslan mengatakan bahawa mereka bereempatlah yang harus memikul tanggungjawab untuk membesarkan bayi-bayi anak-anak mereka itu.

Ibu Salina meminta maaf di atas keterlanjurannya sebelum ini daripada ibu Roslan dan memberitahu bahawa ibu bapa Roslan berhak tahu keadaan Salina yang sudah tiada harapan lagi.

Tiba-tiba telefon bimbit bapa Salina berdering. Suatu panggilan daripada hospital tempat Salina dirawat. Mereka semua bergegas ke sana kemudiannya untuk melihat Salina yang sudah sedarkan diri. Salina yang melihat kedatangan mereka bertanyakan Roslan. Setelah pertanyaannya yang berulangkali tidak berjawab Salina akhirnya faham Roslan sudah tiada.

5 comments:

Nida said...

minat kat ako esp watak2 romantik... mcm real jer..

noah said...

sy minat gak kat ako, tapi sejak ada astro sy tak berpeluang pun nak tengok cerita, anakanak asyik tengok cartoon dan cerita indon je, dah tu kitapun bukan ada masa sangat nak tengok tv

Ibu WA Alim said...

Sori Da, Cy ttolak balik Kelate +-4.15 pagi Jumaat 21/8 lalu..abg Ac hok dudok Llemal mati..terus berpeluang hadir khenduri arwah d rumah kakak ipar AC d SMachang..ziarah sepupu AC d HUSM..serta ziarah umi dan ayah dan tgk baby Arfah sekali..
Pahtu sambut posa bersama Mok dan CNa sekeluarga..dan menambah bilangan masa berbuka dgn keluarga CNun, Cb, Cz dan ASu..yg takde keluarga MSu, AMad dan Umi..
Tk kpd CNa yg buat arrangement.. utk family gathering ini..
Pahtu AC terus buat lawatan kerja di KB, KT dan Kuantan..sapa balik ke rumah +-6 ptg smlm..
Saya berpeluang tgk TV sepenuhnya time diorg takde d rumah Zest..kalu diorg ada..katunla jugak jwbnya..@lain2 cerita diorg..

cekna said...

sama2.itupun secara tak sengajalah bila dpt tahu IWA dan Adik balik.maka saya pun mesej kat semua org ngepen suruh balik.

Ibu WA Alim said...

Mula2 saya ingat toksahlah ganggu plan asal Adik..lps tu (biasala saya ni lambat pickup)baru saya perasan apa yg awak buat tu Na mat besar maknanya buat bunda..dan saya..dan kita semua..Alhamdulillah!