Thursday, July 16, 2009

Julai - Pemeriksaan Kesihatan

Eh nak cerita pasal pemeriksaan kesihatan jugalah..

18/6 yang lalu suami membawa saya ke sebuah pusat perubatan. Appointment telah disetup semalamnya untuk pemeriksaan kesihatan saya pada pagi itu.

Pemeriksaan merangkumi ujian air kencing, ujian darah, pap smear, chest (PA view), mammogram, ultra sound, scan jantung, pemeriksaan mata, ECG dan ujian stress dan analisa komposisi badan.

Sebelum itu saya disoaljawab untuk masalah-masalah kesihatan yang telah dan sedang saya hadapi dan sejarah kesihatan saya dan keluarga. Saya memaklumkan masalah sesak nafas apabila naik tangga atau berjalan mendaki, sakit lutut kanan dan tumit kiri yang sedang dihidapi serta kebas tangan/lengan kanan yang telahpun dirawati/fisioterapi di HKL pada Jan - Jun 2005.

Keputusan keseluruhan ujian boleh dikatakan ok, cuma seperti biasa obesiti adalah masalah yang paling ketara dengan berat badan yang ditimbang pada hari itu selepas berpuasa selama 8 jam dari pukul 12 malam hingga ke 8 pagi ialah 96.1 kg, tinggi 154.6 cm dan BMI 40.2.

Daripada blood and urine tests, keputusannya ialah total cholestrol normal, 5.1 mmol/L kurang daripada 5.2 mmol/L dengan bad cholestrol, LDL 3.5 melebihi paras normal, 2.5 mmol/L dan good cholestrol, HDL 0.8 mmol/L kurang daripada paras normal, 0.9 mmol/L. Selain itu bacaan uric acid 399 umol/L lebih tinggi daripada paras normal (140-340 umol/L) dan ada sedikit darah (1+) dalam air kencing. Kumpulan darah A +ve.
Keputusan keseluruhan ujian darah dan air kencing ini adalah :
Lipid profile : Abnormal, LDL 3.5, HDL 0.8, TG 1.7
Liver function tests : Abnormal, Glo 45, AG ratio 0.9
Renal function : Abnormal, UA 399
Electrolytes : Abnormal, Sod 135
Serology : Abnormal, Hep BsAb negative
Urinalysis : Abnormal, Blood 1+
hsCRP : Abnormal, 23.3
Daripada ujian pap smear keputusannya belum diketahui.
Daripada CXR keputusannya adalah normal.
Daripada ultrasound scan of abdomen and pelvis keputusannya ialah no significant abnormality detected apart from fatty liver with cholelithiasis. (Gall bladder appears normal with multiple gall stones seen, the largest measuring about 1.1 cm).
Daripada mammogram both breasts keputusannya adalah no significant abnormality detected. Please compare with previous mammograms to assess if there is any significant interval change.

Daripada MSCT heart scan calcium score-risk keputusannya adalah 0 dengan 1% 10 years risk of heart desease.

Daripada ECG dan exercise stress test, keputusannya adalah normal.

Daripada optometry eye screening pula dicatatkan refractive error, otherwise normal eyes.

Lapuran doktor mencatitkan :

Diagnosis :

CAD risk factor : Dyslipidaemia. raised hsCRP

Hyperuricaemia

Hep BsAb negative

Microscopic hematuria

Fatty liver & choletithiasis

Rekomen :

Risk factor control - Low cholestrol diet & regular exercise. Lipid control

Advised for cardiac echo and MRI cervical spine

Low fat and purine diet

Advised for hepatitis B vaccination - 3 doses

Repeat urine FEME in 1-2 months. Advise to see urologist if haematoria is persistent

Repeat ultrasound abdomen/pelvis in 6 months to assess fatty liver & GB stone

Saya diprescribekan dengan glucosamine untuk masalah lutut dan tumit, neorobion untuk masalah kebas tangan dan omega-3 fish oil untuk kesihatan keseluruhan, lebih kepada jantung rasanya. Saya difahamkan sebelum ini bahawa glucosamine ialah vitamin untuk sendi manakala neurobion pula vitamin untuk saraf.

Akhir sekali jumpa dietitian. Tentulah cara pemakanan sihat dinasihatkan kepada saya, apa yang saya makan, jumlahnya dan bila. Daripada perbincangan dengan Cik Diet itu saya menyedari DI MANA saya telah terlebih makan..selama ini saya rasa saya makan macam orang lain juga, tak berlebih-lebih.

Dapatan terbaru daripada perbincangan ini ialah apa yang saya makan untuk sarapan pagi sahaja sudah cover keseluruhan keperluan makan/calori saya untuk sehari yang berjumlah lebih kurang 1000 Cal itu.

Nak tau macam mana kira..begini..
1 plate beehoon goreng = 510 Cal = 2 1/2 bowl of rice
2 biji karipap = 1 x 256 Cal = 256 Cal = 1 1/4 bowl of rice
2 cawan teh o = 2 x 20 Cal = 40 Cal
Jumlah = 806 Cal
(1 bowl of rice = 207 Cal)

Tak ke dasyat tu..? Dah hampir 1000 Cal dengan sekali makan je. Ataupun dengan makan macam tu je saya dah tak perlu makan seharian..?

So, advice Cik D kepada saya, tukar diet anda..jangan ambil beehoon goreng, nasi goreng, nasi lemak dan apa-apa lagi yang sepertinya..yang bergoreng..sebenarnya sama jugalah rasanya dengan karipap, popia dll kueh mueh..yang bergoreng atau tidak..sebaliknya makan oat atau roti atau lain-lain yang tak berminyak dan tak tinggi calori. diet yang tinggi kandungan fiber..lebih makan buah dan sayur..dan makan dengan kerap..5 kali sehari..dan jangan skip makan..dan jangan makan lewat..dgn kata lain ikut jadualla..

Dia juga menunjukkan saiz mangkuk untuk saya agak jumlah nasi yang saya perlu makan setiap kali..uh tak kenyang getus hati saya.

Tetapi saya cuba juga mengikuti caranya walaupun tidak yakin pada mulanya..selepas mencuba baru saya yakin boleh ikut cadangannya..sebab rupanya minda kita amat berperanan sekali dalam menentukan cukup atau belum cukup kita makan, lapar atau tak lapar kita dan kita boleh cakap kat diri kita "tahanlah sikit lapar ia baik utk diri kita krn tenaga/lemak simpanan sdg dicairkan.." "blh tunggu/tangguh makan ke masa makan yg seterusnya" dan saya kena ucapkan selamat tinggal kepada selera sedap mulut saya ini dan nafsu..InsyaAllah. Lagipun En. A dah janji nak bagi saya RM1000 kalau saya dapat turunkan berat badan saya kepada 90 Kg Disember ini berdasarkan cadangan dietitian saya itu. Apatah lagi bila saya iklankan ada lagi penaja yg bersetuju nak bagi ganjaran..he..he..
Di bawah ini adalah senarai rekomen dietitian kepada saya :
  • Avoid any coconut milk containing food products
  • Minimized intake of fried foods, fatty meat, animal skin, oily foods, meat sauce
  • Limit to no more than 3 egg yolks per week
  • Reduce intake of products made from partially dehydrogenated oils (crackers, cookies, doughnuts, instant noodle, snack food, fries, frozen processed foods & pastry)
  • Uses of healthier cooking techniques using minimum oil (steam, boil, grill, baked, roast, stew, microwaves)
  • Increase vegetable and fruit intake to at least 3 servings each daily
  • Increase intake of soluble fibers (oats, oatmeal, bran, beans, legumes, barley, citrus fruits)
  • Lose weight (Goal 90 kg in 6 months)
  • Eat small regular meal/snack focus on low fat, low calories food choices
  • Brisk walking : minimum 3-5 times a week for 30 -45 minutes
  • Select food choices appropriately when eating out
  • Rx : fenugreek chocolate
Goal :
Improve lipid profile, increase fiber intake, increase exercise

4 comments:

Ummu Auni said...

hmph, kalau nak kurus, mmglah terseksa jiwa raga. as if my journey, makan buah je..hohoho..

p/s semalam goreng french fries dgn keropok lekor untuk auni, sekali ibu dia pun duk makan :P

Ibu WA Alim said...

Cy rasa taklah sampai kena makan sayur dgn buah je utk diet berkesan..sbb still badan kita memerlukan zat2 lain..carbohidrat dan protein malahan lemak..sbb kalu badan kita short dgn zat2 ptg ni..takut masalah lain pula akan timbul..
Ada lagi formula selain krgkan makanan2 tinggi calori iaitu :
food intake = energy consumed
Maknanya blh byk makan tp kenalah imbangkan dgn byk fisical activity juga..
Menurut perkiraan kalu kita krgkan pengambilan seharian sebyk 500 calori kita blh krgkan berat badan sebyk 500g seminggu..tp kalu mmg kita dah ambil cukup2 je ie 1000 cal sehari tentulah pengurangan 500 cal itu sesuatu yg menyalahi..takut tak cukup energy nanti..
Cuma bagi yg dah biasa ambil berlebih2 dr 1000cal yg blh apply kot..mcm Cy..
Cth kalu Cy tinggalkan mihun goreng yg blh dikatakan Cy ambil sbg sarapan setiap hari d awal 2009 ni..ada chan la Cy blh krgkan berat badan 2kg sebulan..betul tak?
p/s Benda mcm yg Aini bisikkan itulah yg byk juga mengganggu kelancaran diet kita sbb kalu dah ada kat depan mata dan utk memeriahkan suasana tentu kita join sekali dgn penuh lupa diri..

Nida said...

betulla cy..apa yg kita fikirkan memainkan peranan, kena +ve sokmo. Mace ida dok sini, kul 4.00am bangun solat subuh, sokmo2 tok leh tido doh lepas tu..bila otak fikir x cukup tido, mulala rasa nok qodho tido siang hari sepuas2 hati (masa awal2 sampai sokmo pulun tido), loni bangun kul 4am pun, x tido siang hari tak po doh, tapi gak kul 8.00pm nguap tok berhenti2 lah..

cy..folowla deh diet hok cik D oyak tu...fikirkan ganjaran kewangan tuh..hihihi..

Ibu WA Alim said...

InsyaAllah, tp Da dgn Aini pun kena follow jugak..