Showing posts with label Saja2/Merah Jingga Selat Teberau. Show all posts
Showing posts with label Saja2/Merah Jingga Selat Teberau. Show all posts

Friday, July 31, 2009

Julai VI Merah Jingga Selat Teberau

31/7 Jumaat 1.30-3.30 petang Drama TV3 Merah Jingga Selat Teberau

Lakunan Ako Mustafa (sebagai Roslan), Intan Azura (Maria/Salina), Wan Maimunah (Ibu Roslan), Ismail Din (Bapa Roslan), Shukri Hasyim (Bapa Maria & Salina), Azizah Mahzan (Ibu Maria & Salina) dan Rosdi Ramli (Doktor).

Cerita ini saya tonton bermula dari babak Roslan dan Salina bernikah iaitu selepas separuh jalan ianya berlangsung Saya terlepas bahagian kehidupan Roslan bersama Maria sehingga ke bahagian Maria mati bersalin dan Roslan menderita selepas kematian isteri dan anak yang dikandung itu.

Salina pula redha menggantikan tempat kakak kandungnya sebagai isteri Roslan walaupun Roslan masih tidak dapat melupakan Maria.

Suatu hari semasa mereka berdua dalam perjalanan pulang ke rumah ibu bapa Roslan, Salina yang sedang sarat mengandung mengusik Roslan yang sedang memandu. Kereta mereka lalu terbabas dan melanggar sebatang pokok. Salina yang tidak sedarkan diri dibedah untuk menyelamatkan bayinya. Salina terus berada di dalam keadaan koma walaupun selepas sebulan kemalangan itu berlaku.
Ibu Salina yang tidak dapat menerima apa yang telah berlaku menuduh Roslan sebagai puncanya termasuk punca kematian Maria. Ibu Roslan yang tidak tahan anaknya dipersalahkan menyanggah ibu Salina yang tidak terkawal. Roslan tertekan dengan keadaan yang berlaku. Dia bersolat dan berdoa supaya Salina selamat. Dia sanggup walaupun dirinya mati asalkan isterinya selamat. Katanya, anak-anak mereka memerlukan Salina.
Rupanya dengan demikian ajalnya sampai. Ibunya yang masuk ke biliknya menjumpai Roslan terbaring di tikar sembahyang.

Ibu Roslan pula kemudiannya meratapi kematian anaknya sehingga keadaannya menjadi tidak keruan.

Setelah lima bulan Salina berada di dalam keadaan koma dan tiada harapan untuk pulih, ibu bapa Salina datang ke rumah ibubapa Roslan untuk memberitahu keadaannya. Mereka membawa bersama bayi kembar itu. Bapa Roslan mengatakan bahawa mereka bereempatlah yang harus memikul tanggungjawab untuk membesarkan bayi-bayi anak-anak mereka itu.

Ibu Salina meminta maaf di atas keterlanjurannya sebelum ini daripada ibu Roslan dan memberitahu bahawa ibu bapa Roslan berhak tahu keadaan Salina yang sudah tiada harapan lagi.

Tiba-tiba telefon bimbit bapa Salina berdering. Suatu panggilan daripada hospital tempat Salina dirawat. Mereka semua bergegas ke sana kemudiannya untuk melihat Salina yang sudah sedarkan diri. Salina yang melihat kedatangan mereka bertanyakan Roslan. Setelah pertanyaannya yang berulangkali tidak berjawab Salina akhirnya faham Roslan sudah tiada.