Sunday, March 1, 2009

March

Pagi tadi kami ke Taman Tasik P, menyertai riadhah keluarga yang dianjurkan oleh sahabat-sahabat kami dari selatan Kuala L. Ini merupakan riadhah siri kedua untuk tahun ini selepas siri pertama yang diadakan pada 1 Februari lalu di lokasi yang sama. Aktiviti bulanan ini bertujuan untuk berkumpul sesama ahli keluarga sahabat handai dan mengeratkan lagi ukhuwwah Islamiah sesama kami. Kami sampai di sana lebih kurang pukul 9 pagi agak lewat daripada waktu yang dijadualkan iaitu pukul 8 pagi.

Kawasan tempat kami selalu berkumpul kelihatan lengang. Tidak kelihatan muka-muka yang kami kenali. Tiba-tiba anakku berkata, "Alim nak main dengan Muazlah". "Mana dia..?", tanyaku, menyedari tentu anakku telah melihat kelibat anak sahabatku A itu. Kemudiannya aku nampak Muaz sedang bermain jongkang jongkit moden yang berspring itu dengan seorang lagi kanak-kanak lain. Aku bertanya kepadanya, "Ummi mana..?". Jawabnya, "Ummi jogging". "Ummi letak barang kat mana?", tanyaku lagi. "Kat sana", tunjuknya ke arah sebuah pondok yang pernah kami duduki semasa riadhah sebelum-sebelum ini.

Kami menuju ke pondok itu untuk meletakkan bekalan yang kami bawa dan mendapati ia ditunggui oleh seorang anak sahabat kami, S manakala sahabat-sahabat yang lain telah beredar mengelilingi taman. Anakku menyertai Muaz selepas kami berpesan kepadanya agar tidak bermain jauh dari situ dan menunggu kami di pondok jika telah penat bermain. Kami juga memberitahunya ada seorang abang menunggu di pondok jika ada apa-apa dan turut berpesan kepada anak teruna sahabat kami yang sedang membaca itu agar menengok-nengokkan anak kami dan anak-anak yang lain juga.

Segera suamiku memulakan langkah ke kanan menaiki lereng berbukit dengan diikuti oleh aku, menuruninya di sebelah sana dan membelok ke kiri menghala ke tasik, menyusuri tepian kiri sebelah tasik dan membelok ke kiri mendaki anak bukit yang satu lagi, menghala ke 'parking', merentasi kawasan permainan kanak-kanak dan sampai semula ke tempat kami bermula dalam masa lebih kurang 1/2 jam. Di perjalanan kami bertembung dengan beberapa yang lain menghala dari arah yang bertentangan. Di pondok, sahabat-sahabat yang lain sudah sedia menunggu. Kami menghidangkan bekalan yang dibawa dan memakannya bersama-sama. Ketua riadhah menamatkan sessi dengan suatu peringatan pendek. Lebih kurang pukul 11 pagi kami bersurai dan sampai di rumah lebih kurang pukul 11.30 pagi.

Sesampai di rumah kulihat anak perempuan sulong kami sedang mengeluarkan ayam halalan toyyiban yang kami beli semalam dari peti sejuk. Oh..selamat aku hari ini..

Saturday, February 28, 2009

Februari II

Petang Sabtu lepas KJ singgah di rumahku untuk mengambil deraf sepucuk surat. Dia memperingatkan aku agar deraf itu ditandatangani. Aku meminta suamiku yang sedang bersiap-siap untuk ke Sepang kerana suatu agenda pada malam itu menandatanganinya. Aku turut menandatangani bagi pihak diriku dan anak saudaraku. Deraf itu sudah tidak menjadi deraf lagi.

Hari ini seperti hari-hari cuti di hujung minggu yang biasa, aku beserta suami dan anakku bersarapan di luar. Kami keluar dari rumah lebih kurang pukul 10.00 pagi, membeli tiga bungkus nasi lemak dari sebuah gerai di kawasan kedai di bawah dan menghantar pulang untuk dua orang anak dan dua orang cucu yang berada di rumah.

Kami berkereta semula ke Restoran D di Bukit I untuk bersarapan. Suamiku memilih untuk ke sana kerana berhajat untuk membeli ikan dan ayam untuk keperluan harian yang biasanya dibeli dari pasar tani atau pasar pokok celagi setiap pagi Ahad. Aku juga berhasrat untuk meninjau papan notis aktiviti di masjid di situ.

Seselesai bersarapan kami menuju ke kedai ikan yang selalu juga kami pergi itu tetapi tidak dibuka pula pada hari ini. Kami terus ke AzZain bersebelahan untuk membeli ayam halalan toyyiban HPA. Setelah itu, aku mengajak suami ke masjid. Kami meneliti informasi yang tertera di kain rentang berhampiran pintu pagar pertama masjid. Kursus bersiri yang telah bermula pada 14/2/2009 itu diadakan setiap hari Sabtu dari jam 11 pagi hingga jam 1 tengahari. "Dah dua minggu..", terpacul dari mulutku, sebenarnya sudah minggu ketiga tetapi aku tersilap mengira yang aku sedari kemudiannya.

Aku melihat jam di telefon yang menunjukkan sudah pukul 11.11 minit pagi. Aktiviti yang aku jangkakan untuk menyertainya esok pagi sedang dimulakan. ..Emm.. "..Sedang berjalan..", kataku. "Tak apa..", kata suamiku, ".. ini baru introduction..", tetapi akhirnya dia meninggalkan aku di situ untuk mengikuti kursus itu. "Dengan tak mandi ni..?", aku bertanya. Suamiku berkata, "tak apa". Dia memberikan aku sebatang pen dan dua tiga helai kertas dan terus beredar pulang bersama anakku.

Aku bertanya kepada seorang lelaki yang kujumpa sedang hendak menyarungkan kasut di pintu masuk utama masjid tempat kursus bersiri itu dijalankan. Dia memberitahu, "..dekat sana..", sambil menudingkan tangannya ke arah yang kuikut dengan pandangan mataku. Selepas mengucapkan terima kasih aku mencari arah untuk menuju ke situ. Aku perhatikan ruang itu dari tempat aku berjalan dan mengagak laluan masuk yang sesuai untukku adalah dari tangga sisi masjid di sebelah kanan. Laluan dari depan masjid yang bersebelahan dengan tempat wudhuk itu rasanya lebih sesuai untuk peserta lelaki.

Sebenarnya sudah dua kali sebelum ini aku memasuki ruang belakang masjid ini tetapi untuk solat sunat hari raya. Aku mengambil tempat duduk paling belakang dan bersalam dengan seorang wanita di sebelahku. Aku bertanya kepadanya beberapa soalan untuk mendapatkan sedikit sebanyak maklumat tambahan. Di depan, sebuah skrin putih sudah tersedia dengan sebuah meja dan sebuah kerusi untuk pengendalinya. Kebetulan kursus dimulakan agak lewat pada hari itu. Pukul 11.30 barulah kelihatan seorang lelaki berjubah putih mula memegang mikrofon.

Aku juga bernasib baik kerana pengendali kursus mengulang balik beberapa perkara daripada dua siri sebelumnya kerana beliau menyedari ada peserta yang baru kali pertama menghadirkan diri. Kami dianjurkan membeli sebuah buku panduan kursus berharga RM20.00 yang disusuntulis oleh pengendali kursus dan dijual di situ.

Lima minit sebelum pukul 1 suamiku menelefon bertanya, "Dah selesai ke?". Aku memaklumkan, "Tengah soal jawab ni..dari pukul 12.45 tadi.. dah nak habis la ni..sepatutnya habis pukul 1.. bolehlah mula datang slow-slow..". Kursus ditamatkan dua tiga minit selepas pukul 1. Aku bersalam dengan dua tiga orang yang duduk berdekatan denganku dan kami semua bangun untuk turun dari ruang legar masjid. Aku menuju ke halaman depan dan terus keluar melalui pintu pagar yang kami masuk tadi untuk menunggu suamiku datang menjemputku pulang. Suamiku tiba tidak lama kemudian. Setelah menurunkanku di rumah beberapa minit sebelum pukul 1.30 dan anakku pula masuk ke kereta untuk menyertainya, dia terus memandu ke surau untuk menunaikan solat Zohor.

Petangnya, tatkala aku sedang hendak membancuh kopi untuk minum petang kami, suamiku masuk dari laman depan dan memberitahu, "dia orang ajak makan-makan". "Siapa?", tanyaku. Katanya, "orang sebelah". "Belum mandi", kataku. "Balik satgi mandilah". katanya. Dia mengajak anakku yang sedang hendak meminum minumannya dan terus ke rumah jiran sebelah sedang aku berkira-kira hendak mandi dulu atau pergi dulu. Memandangkan masa petang yang sudah suntuk akhirnya aku memutuskan untuk pergi saja ke rumah jiran mudaku Sarah yang merupakan finalis dan naib johan program realiti Cari Menantu TV9 musim pertama itu.

Di sana barulah ku ketahui, makan-makan itu diadakan kerana meraikan ulangtahun kelahiran anak sulongnya yang akan berusia 1 tahun pada 29 February 2009 yang tiada dalam kalendar 2009 itu. Apa-apa pun selamat hari lahir si comel K, moga jadi anak yang soleh ya..yang membanggakan kedua ibu bapa!

Saturday, February 21, 2009

Februari

Februari telah datang...dan akan pergi..dan akan datang lagi..dan akan pergi lagi..
Hari ini Sabtu 21 Februari..Esok Ahad 22 Februari..
Minggu lepas Sabtu 14 Februari..
Suami dan anakku baru pulang dari bersolat Asar di Surau As Syakirin, surau taman bersebelahan taman perumahan kami. Seperti biasa suamiku tidak terus masuk ke rumah tetapi menjenguk anak-anak ikan di dalam kolam di penjuru pagar kami. Anakku masuk dan menyampaikan mesej ayahnya kepadaku yang sedang duduk-duduk di sofa di ruang tamu, "Ibu, ayah suruh tanya ibu nak ikut tak pergi ...... .....". Aku menyuruh anakku keluar semula menyampaikan balasan mesej itu, "Cakap dekat ayah..ibu kata..kalau ayah nak pergi..ibu pergila..".

Selepas itu suamiku masuk ke dalam rumah, terus naik ke atas dan turun semula dengan pakaian yang sudah bertukar. Aku berkata kepadanya, "Tunggula..orang nak pergi sembahyang dulu dan bersiap".

Selepas selesai menunaikan solat, aku, suami dan anakku menaiki kereta menyusuri jalan taman perumahan, keluar ke lebuhraya berdekatan, menaiki bukit dan menuruninya di sebelah sana dan terus menyimpang ke kanan. Aku berkata kepada suamiku, "Bukan ke sepatutnya kena belok ke kiri..?". "Tak", jawabnya. Aku mengambil peta di sebelah kananku lalu membeleknya. Akhirnya, kami membelok ke sebuah lorong di kiri jalan berhampiran sebuah jambatan.

Tanah yang menurun dari bahu jalan dan bertemu dengan belokan Sungai Langat di hujungnya itu sedang ditakluki oleh beberapa orang pemancing dan kanak-kanak, dengan sesuatu di tangan sebagai pencedok mengharungi aliran air yang cetek merentasi dataran di hadapan kami, cuba menangkap ikan kepala putih dan ikan bberah yang sedang bermain-main di air yang mengalir. Kami menyeberangi rentasan air selebar lima enam kaki itu dengan meniti sekeping papan yang diletakkan merentangi kedalaman searas buku lali, menuju ke tepi sungai dan berdiri betul-betul di pinggirnya lalu menjenguk ke bawah ke dalam sungai. Suamiku bertanya, "Dalam ke air sungai ni?". Aku sendiri tidak tahu jawapannya.

Aku memandang ke kiri, ke arah dari mana sungai itu datang menuju ke tempat aku berdiri dan membelok di depanku mengalir terus ke depan sana. Sungai itu sempit sahaja dan airnya berwarna coklat keperangan.

Kami meninjau pemandangan sekitar dan pandangan kami tertumpu kepada sebuah jentera yang sedang berehat di situ kerana berhujung minggu barangkali sambil bertanya-tanya di dalam hati apakah urusannya gerangannya berada di sini. Akhirnya barulah kami menyedari rupa-rupanya dataran yang sedang kami pijak ini sedang menjalani kerja-kerja penambakan. "Mengapa ditambak?", terpacul pertanyaan dari mulut suamiku yang tidak dapat aku menjawabnya.

Aku berfikir-fikir sambil memijak-mijak tanah tambakan yang mengandungi banyak pepasir dan bebatu itu. Dataran tambakan ini milik siapa? Pihak berwajib atau tuan tanah atau sesiapa? Kerja penambakan ini dilakukan oleh siapa? Adakah dulu belokan sungai ini sebegitu luas dan ditambak oleh sesiapa untuk melebarkan datarannya? Ataukah dulu tanah ini yang luas tetapi menjadi sempit dek hakisan sungai yang membelok sehingga terpaksa menambaknya semula? Ataukah dataran ini lebih rendah sebelum ini dan ditambak untuk meninggikannya daripada paras air? Adakah tambakan ini dapat bertahan lama atau bakal dihakis air sungai sedikit demi sedikit bertahun kemudiannya? Aku juga melihat ke dalam sungai dan mendapati kesan batuan dan tanah tambakan yang telah dihanyutkan berada di tepi-tepi dan di tengah sungai.

Aku bertanya-tanya lagi di dalam hati, di musim hujan lebat, berapa banyakkah jumlah air di sungai ini, berapa tinggikah parasnya dan berapa lajukah ia mengalir? Adakah dataran ini akan dilimpahi air bah di musim banjir?

Teringat aliran cetek yang merentangi dataran itu tadi, aku cuba mengesan dari manakah punca ia datang. Rupa-rupanya memang ada sebuah alur di sebelah kiri kami tetapi tidak kelihatan dengan jelas dilindungi semak samun yang agak tebal dan meninggi, sehingga aku terpaksa menginjak-injakkan kakiku beberapa kali namun aku tetap tidak dapat melihat keseluruhan alur itu. Yang kelihatan hanyalah sebahagian kecilnya sahaja. Sebenarnya aku sendiri tidak pasti adakah ianya sebuah alur atau pun parit yang dibina untuk tujuan penyaliran. Mengetahui dataran tambakan melebar di hadapannya, aku tertanya-tanya adakah alur ini telah tersekat daripada laluan asalnya menuju ke sungai lalu ia membentuk takungan yang kemudiannya melimpah memintas di permukaan dataran menjadi satu aliran cetek dan bercantum dengan aliran air dari bawah jambatan di sebelah kanan sebelum memasuki belokan sungai.

Menyedari seakan ada aroma busuk semasa kami menjengah keluar dari kereta tadi aku memerhati keadaan sekeliling dan menyediakan seluas hidungku untuk mengesan dari manakah datangnya bau yang tidak menyenangkan itu samada ia berpunca dari alur yang berkemungkinan telah tersekat itu atau aliran air dari bawah jambatan di sebelah kananku tetapi aku terpandang beberapa longgokan sampah di tepi-tepi lorong, walaupun ianya baru terbina kesan laluan jentera penambak, aku agak pasti, tetapi ia dengan cepat diekori oleh pembuang-pembuang sampah pula.

Seorang pemuda yang sedang duduk bertinggung memegang batang kail di belokan sungai itu memandang ke arahku dan anakku dengan suatu pandangan seperti berminat, seolah-olah beliau telah mendengar apa yang baru aku bisikkan ke telinga anakku..

Aku hanya tertawa mendengar respon anakku itu..yang sibuk meminta untuk ikut memancing sedangkan kami ke situ tanpa membawa suatu peralatan menangkap ikan pun. Justeru, aku mengesyorkannya menangkap ikan kepala putih dan ikan bberah seperti yang dilakukan oleh budak-budak yang lain itu.

Melihatkan kesungguhannya untuk mendapatkan hasil sedangkan aku tahu anakku manalah tahu untuk berbuat seperti apa yang pernah aku dan adik beradikku telah perbuat semasa zaman kanak-kanak kami dulu, aku pun membantunya, mencedok ikan kepala putih dengan bekas pembungkus makanan daripada polisterin yang ada di tepi-tepi situ. Aku dapat menangkap beberapa ekor dengan sekali cedokan sahaja sedangkan semasa kecil dulu tidaklah semudah itu untuk menangkapnya. Anakku pun ingin mencuba mencedok tetapi tidak berjaya.

Aku tidak dapat menangkapkannya ikan bberas yang sedikit lebih besar kerana ikan-ikan itu berenang-renang di tengah-tengah aliran air yang tidak sampai untuk tanganku mencapai, tidak seperti ikan kepala putih yang bermain-bermain di gigi air sahaja, sedangkan aku tidak sudi untuk mencemarkan kakiku memasuki aliran air itu. Aku berjaya mendapat satu cedokan lagi ikan kepala putih, terus mengisinya ke dalam sebuah tin bekas minuman yang aku jumpa di tepi semak, membasuhnya sedikit dengan air alur walaupun hatiku ragu apakah sebenarnya ia air alur atau air longkang, begitupun ia agak jernih. Sesudah itu, aku terus menuju ke kereta dan bergegas masuk ke dalamnya di mana suamiku sudah bersedia menunggu untuk bergerak semula ke arah dari mana kami datang sedari mula. Hidungku tidak selesa menahan bau bekas minuman yang kupegang dengan beralaskan dua keping kertas tisu dan kesan air alur yang masih melekat di tanganku walaupun sudah aku mengelapinya.

Di atas bukit, suamiku memberhentikan kereta di tepi sebuah gerai makanan. Kelihatan beberapa orang pemuda berketayap mengendalikan gerai itu. Berdasarkan penampilan mereka aku mengagak mereka adalah pelajar dan/atau bekas pelajar sekolah pondok atau tahfiz. Daripada dua sahaja menunya kami memesan nasi lemak ayam goreng berempah dan memakannya di situ sebagai makan malam kami untuk hari itu serta membungkus nasi lemak yang sama ditambah char kue teow untuk dibawa pulang untuk dua orang lagi yang berada di rumah dan di perjalanan balik ke rumah. Aku mengambil kesempatan mencuci tangan dan menukar rumah sementara ikan kepala putih ke dalam botol kaca bekas minuman jus mangga yang baru dikosongkan oleh suamiku, yang didatangkan dari sebuah negara Timur Tengah, sebelum menjamah hidanganku. Selepas itu kami bergegas pulang kerana petang sedang merembang dan waktu Maghrib hampir tiba.

Esoknya aku mendapati suamiku telah menuangkan ikan-ikan kecil itu ke dalam kolam ikan di rumah kami. Aku berkata kepadanya, "Habislah nanti dimakan oleh ikan yang lain". Suamiku menjawab, "Tak". Aku tidak menaruh harapan kerana sudah menjadi fenomena ikan besar memakan ikan kecil, tidakpun, perbezaan air kolam buatan dengan air semulajadi boleh membuatkan ia mati.

Selang beberapa hari, ketika aku berdiri di tepi kolam, aku terlihat seekor daripada makhluk kecil itu sedang meneroka permukaan samudera kolamku..ohh..dia dapat bertahan rupa-rupanya..sekurang-kurangnya sampai saat ini. Aku tercari-cari beberapa ekor yang lain tetapi tidak kelihatan. Mungkinkah mereka masih bernyawa tetapi tersembunyi daripada pandangan zahirku ataupun sudah berkubur di dasar kolam itu..?

Thursday, January 1, 2009

Jan II

Palestine dan Pengganas Zionis

Ucapan Aluan oleh Ustaz Abdul Manaf, Imam Besar Masjid Puterajaya :


Sempena sambutan tahun baru Masehi dan sambutan Maal Hijrah, bersama dentuman bunga api di seluruh dunia dan bom-bom di bumi Palestine..

Seorang pemuda yatim Arab merayu berkali-kali untuk ikut berjuang di Palestine, akhirnya dengan keizinan ibunya, sedangkan dia menjadi tempat bergantung keluarga, pemuda itu gugur syahid..

Semoga memberi suntikan semangat kepada anak-anak muda kita di tahun baru ini..


Taklimat Pertama oleh Saudara Norazman, Ketua Biro Pemuda Haluan :

Tiada lagi hijrah selepas pembukaan Kota Makkah melainkan niat untuk berjihad..

Sewaktu demonstrasi yang disertai oleh 45 NGO hendak menyerahkan memorandum, mereka disuruh menyerahkannya kepada security sahaja..alangkah angkuhnya Amerika..

Darah-darah orang Islam lebih murah daripada darah binatang sembelihan..

Daripada hadis Nabi :
..mereka ada di sekitar Baitul Maqdis, golongan yang sentiasa memperjuangkan kebenaran..sentiasa berlaku pertembungan..sehingga Allah memberi kemenangan kepada orang Islam.. sehingga orang Yahudi bersembunyi di sebalik pokok-pokok dan batu-batu, sehingga pokok-pokok dan batu-batu berkata,"Hai orang Islam, inilah orang Yahudi sedang bersembunyi, marilah menangkap mereka..

Siri 1 : Mari Mengenal Musuh Kita
Siapa Yahudi???
Pegangan mereka :
Mereka umat terpilih, orang lain kena tunduk kepada mereka.

Taurat > Talmut > Kabbala > Protokol Zionis
Kejam > Makin kejam > Semakin kejam
Menghalalkan segala kezaliman kepada manusia.

Di dalam kitab mereka, Israel bertanya kepada Tuhannya,"Mengapa Engkau mencipta manusia lain selain Yahudi?" Tuhan menjawab,"Agar kamu boleh menunggang mereka, mengotorkan apa yang suci, merobohkan apa yang dibina.."

Yahudi menghina agama-agama lain termasuk Islam dan Kristian..
Pada mereka, orang bukan Yahudi adalah separuh manusia dan separuh binatang dan boleh dibunuh..

Daripada Taurat ;
Jika Yahudi berkumpul di satu tempat, maka akan berlaku kemusnahan kepada dunia..

Oleh sebab itu golongan kanan (rabai-rabai) menentang keganasan Zionis. Mereka tidak mahu Yahudi berkumpul di Israel kerana meyakini ayat daripada kitab Taurat di atas.

9 Perkara/Kewajipan Kita
1. Wajib tahu dan faham isu Palestine
Perang dunia pertama, kedua dan ketiga?, semuanya ada kaitan dengan Zionis..
Semua presiden Amerika adalah free mason kecuali Abraham Lincoln, Obama tak tahu lagi?.. Sebab itu walaupun rakyat mereka sendiri menentang tetapi bantuan tetap disalurkan kerana mereka adalah jentera Zionis..

2. Bantuan kewangan
Amat diperlukan. Melalui bank tidak akan sampai sebab Zionis dah 'freeze'kan..Bantuan yang boleh sampai adalah melalui NGO atau jalan belakang..

3. Bantuan perubatan dan sukarelawan
Beberapa NGO bergabung, government dan non government, politik walaupun di parti mana, muslim dan non muslim..

4. Penulisan
Supaya yang boleh menulis, tulislah..dalam bentuk mudah dan senang difahami..

5. Boikot produk-produk yang sepatutnya diboikot

6. Sampaikan/Sebarkan
Menyampaikan/menyebarkan kepada semua/yang lain..

8. Sentiasa berdoa dan bermunajat
Agar Zionis dihapuskan/ditewaskan..
Agar saudara-saudara kita di sana terus bersabar..

9. Hindari kehidupan bermewah
Kerana ia menjadikan hati kita keras dan buta..langsung tidak peka dengan permasalahan saudara-saudara kita..

9. Dekatkan hati dengan Allah
Agar kita dapat rasakan keperitan saudara-saudara kita di Palestine..

Akhirnya. Perbaikilah iman kita kepada Allah. Perbaiki niat kita. Marilah kita menyayangi saudara-saudara kita di Palestin.

(Catatan di atas hanyalah sekadar salinan daripada buku nota kecil saya. Mungkin ada yang tersilap dan tercicir .. Oleh itu maafkanlah saya..)

Jan

Penjernihan Jiwa Sebagai Prasyarat Untuk Kecemerlangan Diri

AsSyams : 7,
...dan jiwa serta penyempurnaannya...
Di dalam ayat ini, Allah swt bersumpah dengan jiwa..
Sesungguhnya sesuatu yang Allah bersumpah dengannya, kita hendaklah berhati-hati..

Suatu amalan di Mekah, digandakan 100, 000 kali pahala.
Suatu kejahatan di Mekah, digandakan 100, 000 kali dosa.

Allah swt juga bersumpah dengan masa,
Demi masa,...

Allah juga bersumpah dengan waktu Dhuha,
Demi waktu Dhuha,...
Dilarang tidur di waktu ini kerana :
rezeki bertambah-tambah,
waktu yang paling segar,
..dan bermacam-macam lagi..

Mata, kenapa tak tengok yang elok-elok..
Telinga, kenapa tak dengar yang baik-baik..

Di antara 15 perkara yang menyebabkan ditimpa azab Allah :
1. Artis disanjung-sanjung...
2. Muzik dimainkan di mana-mana

AsSyams : 8,
...maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya...

Aku bagi ilham kepada kamu, yang baik ada, yang tak baik pun ada..
Masuk tahun baru Allah bagi diari baru..dulu-dulu..muda-muda dulu-dulu macam-macam sudah kita buat..

AsSyams : 9 - 10,
...sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu...
...dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya...

Rugilah orang yang mengotorkan jiwanya.
Allah tidak akan menurunkan bala melainkan ada sebab-sebabnya. Contohnya Tsunami di Acheh dibersihkan segala-galanya..


10 Penyakit yang dihasilkan oleh jiwa yang kotor :

Intro : Orang sakit cancer, syaitan mahu orang sakit cepat mati sebab syaitan nak orang itu mati dalam keadaaan tidak redha dengan nikmat sakit yang Allah beri. Oleh sebab itu, kita hendaklah memberikan semangat kepada orang yang menderita sakit. Moga-moga, dengan bertambah walaupun seminggu usianya, dia mati dalam taubat, doa, harap, redha kepada Allah.

1. Sombong/bongkak/takabur
Allah Taala tidak memberi peluang kepada orang yang sombong. Oleh itu, jangan pandang rendah atau pandang hina kepada orang lain.
Dalam rumahtangga, contohnya, suami hendaklah menghormati isteri dan isteri pula hendaklah menghormati suami..
Kita mesti ada niat untuk mengIslamkan sekurang-kurangnya seorang orang kafir, sekurang-kurangnya dengan menunjukkan akhlak yang baik..

2. Albukh/bakhil/kedekut
Kedekut, berkira...
Nabi Muhammad suka umatnya bertukar-tukar hadiah, contohnya di antara suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, anak-anak..
Termasuklah anda bakhil dengan Allah swt..ibadah kurang..tahajjud tiada..

3. Tamak haloba/gelojoh
Tamak dan rakus dengan harta benda dunia tetapi tidak tamak dan rakus dengan pahala..
Ibarat rezeki dalam mulut orang lain hendak dikorek-korek keluar..

4. Cepat marah/panas baran/cepat naik angin
Jiwa kotor, terserlahlah jiwa kotor.
Main switch : tapak kaki, telinga..sebab itu orang yang pergi ke negeri sejuk memadai dengan menutup yang dua ini sahaja.
Merah mata, merah telinga, merah muka..
Marah-marah daripada api, api daripada syaitan/iblis.
Penawarnya ialah air.
Oleh sebab itu, padamkan marah dengan berwudhuk.
Amalkan Surah Thoha : 1-5. Baca pada air minum, eg. air biasa/kopi/milo/@ll.
Pada diri sendiri, niatkan : Ya Allah, hilangkan panas baranku.
@ Pada suami dibaca 3/5/7 kali beserta selawat dengan niat : Ya Allah, lembutkan hati suamiku, ya Allah. Untuk hilangkan panas barannya.
@ Sambil membasuh beras, baca : Ya Latif..Ya Latif... sambil diniatkan : Ya Allah, Engkau lembutkanlah hati suamiku, Ya Allah, sepertimana Engkau lembutkan beras ini...

5. Hasad/dengki
Membaca 4 Qul/2 Qul (AlKafirun, Al Ikhlas, Al Falaq, An Nas) boleh menghalang daripada terkena hasad dengki, rompak dsb.

6. Buruk sangka
Bila anda mula bertanya/check handset/belek diari suami..bermakna anda mula menanam syak wasangka terhadap dirinya. Kes fail mahkamah syariah : punca paling banyak perceraian ialah buruk sangka.

7. Hubbu dunia/Cinta dunia dan Takut mati/Benci mati
Anak I, harta I, syarikat I, company I...dok cerita pada orang yang tiada..
Untuk hilangkan penyakit ini, hadirkan diri di tempat orang mati..
Doktor kata : Biar dia mati di hospital dengan tenang, dengan bantuan oksigen dan morfin..
Ikut hukum : Mati dengan tenang bukan dengan wayar-wayar..dia dah lama terima rahmat Allah dengan menahan sakit dan redha..

8. Bermegah-megah
Sembang tak pernah lekeh..
Pakai tak pernah lekeh..
Dalam masa yang sama menghina orang yang lekeh..

9. Ria
Buat apa pun semua nak tunjuk.
"yang paling aku takut ialah syirik yang paling kecil iaitulah ria'.

10. Ujub/Bangga Diri
Sedikit sahaja berbeza dengan ria'.

Iblis dan syaitan sentiasa mencari jalan agar amalan kita terhakis sedikit demi sedikit.

Cara mengatasi :
1. Banyakkan amal ibadah
2. Usaha bina rumahtangga bahagia

Banyakkan bertaubat
Hadir di majlis-majlis ilmu.
Beri makanan kepada hati :
-zikir banyak-banyak,
-baca al Quran banyak-banyak,
-istighfar banyak-banyak
Sentiasa berwudhu'
Banyakkan bersedeqah

Sempena tahun baru ini, perbaikilah diri..mungkin ia tahun terakhir buat kita..?

(Ceramah di atas disalin berdasarkan catatan dalam buku nota kecil saya yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Dato' Haji Muhd Khalid Mat Isa pada 2 Muharram 1430H bersamaan 30 Dec 2008 sempena Sambutan Maal Hijrah 1430H RTTH, iaitu di peringkat rukun tetangga taman kami)

Wednesday, December 31, 2008

Cuti-cuti Malaysiaku

Saya telah menghabiskan hujung tahun 2008 ini dengan 'bercuti-cuti Malaysia'..Nak tahu ke/di mana saya telah pergi/berada di sepanjang musim cuti persekolahan November/Disember lalu? Berikut adalah jawapannya :

15 Nov - 25 Nov 2008 Redh A House, Ampang
26 Nov - 28 Nov 2008 The Best Western Suria Beach Resort, Cherating
29 Nov - 30 Nov 2008 Vistana Hotel, Kuantan
01 Dec - 05 Dec 2008 Bayview Hotel, George Town
06 Dec - 11 Dec 2008 Redh A House, Ampang

12 Dec - 15 Dec 2008 Sofitel Palm Resort, Senai
16 Dec - 22 Dec 2008 Redh A House, Ampang
23 Dec - 24 Dec 2008 Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang
25 Dec - 31 Dec 2008 Redh A House, Ampang

Nak tahu apa yang menarik tentang program percutian kami pada kali ini..?

Pertamanya, kerana saya telah mengambil peluang untuk betul-betul 'bercuti' pada hujung tahun ini demi 'meraikan' suami saya yang akan menamatkan 32 tahun perkhidmatan separa kerajaannya pada penghujung tahun 2009 nanti. Yang keduanya kerana sebenarnya percutian kami hanyalah sekadar mengikuti suami saya yang bertugas di luar daerah samada kerana menghadiri mesyuarat, berkursus atau berseminar ataupun kerana memenuhi undangan 'talk'. Jadi sebetulnya yang bercuti -cuti itu hanyalah saya dan anggota rombongan saya yang terbuka kepada anak-anak yang bercuti sekolah/ipt/lain sedangkan suami saya bekerja. Yang ketiganya, untuk musim cuti sekolah kali ini, tiada satu pun pemergian keluar daerah suami saya yang tidak disertai oleh kami, semestinya saya dan WAAlim sedangkan WAAli hanya mengikuti 'ekspedisi' kami ke Cherating sahaja.

Di pantai timur, sambil mendengar deburan ombak menghempas pantai, walaupun air lautnya kelihatan tenang sahaja tetapi nampak lebih banyak daripada biasa, seperti biasa kami menjalani aktiviti berendam di 'swimming pool' selain melepak dan berkubang di bilik tidur. Vision Four pula menayangkan tiga empat buah filem yang sama bersileh ganti dalam tiga empat hari kami di sana. Salah satu tajuk yang masih saya ingat ialah V For Vandetta, WAAlim yang tolong ingatkan saya nama Vandetta tu. Menarik juga filemnya, kami pun menonton berulang kali juga kerana bukannya ada aktiviti lain yang hendak dibuat di samping pada satu-satu masa bukan dapat tengok sampai habis pun satu-satu filem samada tengok di awalnya sahaja ataupun di tengah-tengahnya sahaja ataupun di penghujungnya sahaja disebabkan kami berkejar juga dengan aktiviti-aktiviti berendam dan keluar makan-makan, lantaran jadual mesyuarat suami saya yang agak ketat dan saya pula tidak memandu. Budak-budak berdua ini pula hanya keluar berendam (bukan berenang..sebab tak reti..) setelah hampir tengah hari daripada pukul 12 lebih hingga pukul dua lebih memandangkan cuaca pagi musim tengkujuh yang sejuk dan tengah hari yang kurang bermatahari. Teruskan juga walaupun hujan turun merembas halus. Kedalaman kolam dewasa ialah 1.2m dan kolam kanak-kanak 0.6m - 0.9m. Saya mencuri-curi turun juga ke kolam renang selepas waktu tengahari itu semasa tetamu-tetamu lain berada di bilik/bilik seminar masing-masing, untuk melepaskan gian apatah lagi tatacara berpakaian yang tercatat di papan tanda kolam renang hanyalah 'tidak dibenarkan pakaian berwarna'. Dari kolam renang dewasa saya cepat-cepat beralih ke kolam renang kanak-kanak kerana merasa takut apabila air kolam itu seperti cuba mengapungkan badan saya. Satu atau dua jam juga saya berendam. Menarik di resort yang terletak berhampiran pantai ini ialah kerana kami juga boleh menggunakan kemudahan-kemudahan sauna dan gym juga beberapa kemudahan sukan 'indoor' seperti 'pool' dan 'table tennis', juga berbasikal, dengan jumlah caj sewaan tertentu tetapi entah macam mana WAAli boleh mendapat sebuah basikal tanpa membayar sewa? lalu keluar ke 'main road' dan membeli sedikit keropok lekor dan sata. Sedapnya saya dan dia meratah makanan yang masih panas-panas baru dimasak itu sedangkan WAAlim ketiduran keletihan..

Kuantan, kami hanya singgah sekejap sahaja di bandar ini dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur, tidak sampai 24 jam tetapi bermalam, sengaja kerana bilik hotel telah dibayar, rugilah kalau tidak dipergunakan dengan seoptimanya. Kami sampai di sini di sekitar waktu tengah hari. Selepas makan tengah hari, suami menghantar kami balik ke hotel sedangkan beliau diminta menggantikan seseorang ke majlis perasmian sebuah projek majikannya yang dijadualkan bermula di sekitar pukul dua petang. Kami pula menunggu di hotel untuk ikut beliau balik ke KL yang dijangka di sekitar pukul 5 atau 6 petangnya. Saya mengambil peluang membawa WAAlim ke kolam renang kanak-kanak sementara menunggu suami menyelesaikan tugasan tetapi apabila beliau datang semula ke hotel dia bertanya samada kami hendak bermalam di bandar ini atau terus balik dan bermalam di rumah. Kesudahannya, esok pagi barulah kami bertolak pulang tetapi terus ke khenduri perkahwinan anak seorang staf di Kuang. Kami sampai di rumah pukul 2 lebih petang.

Pada musim cuti sekolah hujung tahun ini juga suami saya perlu menghadiri kursus pra persaraan. Kami bertolak pukul 12 lebih tengah hari selepas tidak sampai 24 jam 'mendarat' di rumah pada hari sebelumnya. Kami diinapkan di sebuah hotel yang dilengkapi dengan 'rounding restaurant' di tingkat paling atas yang dipusingkan perlahan-lahan untuk menikmati pemandangan 'bay' sambil bersantai menyantap juadah hidangan selain 'gymnasium' di tingkat bawah yang menghadap kolam renang yang berkedalaman 1.2m yang mencerun pula ke kedalaman 3.5m, kolam kanak-kanak sedalam 0.6m dan kolam berjakuzi sedalam 0.9m. Ada spa dan 'Japanesse restaurant' juga. WAAlim yang tidak pandai berenang sebelum ini berpeluang mencuba beberapa kayuhan dengan disepara'instruct'kan dari jauh oleh seorang pemuda petugas kolam renang. Saya rasa wajah pemuda itu 'familiar' samada saya pernah mengenalinya dulu ataupun dia adalah seseorang yang pernah muncul di kaca TV atau majalah ataupun sebenarnya mungkin saya tidak pernah pun melihatnya di mana-mana tetapi hati saya agak kuat/berat mengatakan/merasakan wajahnya seperti suami kepada anak saudara kawan saya dulu-dulu, Hjh Maznah Kassim dari Tmn Free School. Seronoknya saya memerhati sambil mengawasi tubuh kecil anak saya ber'loklek' di dalam air, mula pandai untuk berenang dan menyelam. Semangat saya untuk meneruskan 'ekspedisi' ke destinasi seterusnya tambah berkobar lantaran ini. Saya juga tidak mahu melepaskan peluang untuk berendam di kolam berjakuzi dan dengan diam-diam melungsurkan badan saya ke dalamnya pada hari kedua walaupun tatacara berpakaian yang ditetapkan di papan tanda kolam renang agak ketat. Di hari ketiga, saya berjakuzi bersama seorang kawan, isteri kepada Hj. Wahab, kawan suami saya yang ikut berkursus tetapi kerana bersara pilihan. Sambil merasakan urutan semburan air kolam ke badan, beliau sempat menitipkan saya resepi masak tempoyak ikan patin yang tersangatlah 'simple'nya, sedikit cili padi ditumbuk dengan sedikit kunyit hidup, sekadar cukup kepedasan yang dikehendaki, boleh dicampur sedikit cili merah untuk mem'balance'kan kepedasan cili api tersebut, 2 sudu besar tempoyak yang agak baru, sedikit garam, daun kesom dan sejenis daun lagi yang saya sudah lupa apa dia, dijerang bersama seekor ikan patin sepanjang lebihkurang 6 inci sehingga mendidih, dibiarkan sekejap dan siap. Saya juga berpeluang menghadiri salah satu slot kursus pra persaraan walaupun memasukinya setengah atau satu jam lebih lewat daripada para peserta. Sebaik saja masuk ke bilik kursus, terus menatap VCD nyanyian kumpulan Far East dengan lagu Barzakh Menanti. Walaupun Ustaz pengendali meminta para audien menumpukan perhatian kepada senikatanya tetapi saya tidak berani dan asyik menundukkan kepala mengelak daripada terlalu menumpukan perhatian takut terbawa-bawa oleh perasaan. Di sini juga saya melihat suatu 'peringatan' semasa bersarapan, 'leftover' yang mencapai berat 100g akan dicaj RM10 untuk setiap 100g dan berikutnya. Dalam perjalanan balik saya membabai pulau ini di dalam hati buat kali kedua. Banyak perkara yang bermain di fikiran saya. Kami sampai di rumah di sekitar pukul 4 atau 4 lebih tetapi tidak dapat memasuki rumah kerana rumah berkunci dan WAM yang sepatutnya membukakan pintu untuk kami tiada di rumah pada ketika itu. Kami terus ke Carrefore berhampiran membeli beberapa barangan keperluan dan pulang semula selepas dua jam.

Di rumah esoknya, tidak banyak perkara yang telah saya buat tetapi suami saya ke Ulu Langat untuk merebus ketupat peringkat daerah/zon rukun tetangga bersama dua lagi AJK RT taman kami. Malamnya, kami ke dataran RT kerana jamuan pra-sambutan hari raya Aidil Adha diadakan.

Pagi Ahad, kami ke Pasar Pohon Celagi untuk membeli barangan basah untuk keperluan minggu berikutnya juga untuk sambutan hari raya keesokannya. Malamnya, kami ke Seafood Terminal di Sri Ukay yang berkonsepkan '3 in 1' iaitu sebuah alat memasak 3 tingkat yang berfungsi untuk stim (paling atas), grill (tengah) dan steam boat (paling bawah), kerana anak sulong kami hendak belanja kami makan. Sambil gelak-gelak saya berbisik kepada suami, bukan 3 dalam 1 tetapi empat sebab kepanasan turut menjalar ke dalam kain yang saya pakai. Caj ikut kepala dan kami boleh makan sebanyak mana yang kami suka tetapi setiap 'leftover' yang mencapai berat 100g akan dicaj RM8 per 100g dan berikutnya. Sebelumnya, petang, anak perempuan sulong kami telah membawa sebuah mangkuk tingkat berisi kek lapis batik (yang disediakan oleh adik ipar bongsunya, Afifah), ayam masak merah (yang disediakan oleh adik ipar bujangnya, Fadhil), rendang daging (yang disediakan oleh ibu mertuanya), kuah kacang (yang disediakan oleh suaminya), kuah lodeh (yang disediakannya olehnya sendiri) dan juga ketupat (yang disediakan oleh mereka sekeluarga) memadailah untuk kami sekeluarga bersarapan di pagi Aidil Adha. Nasib baik!

Pada pagi hari raya, selepas bersembahyang dan bersarapan, suami saya ke surau seperti tahun-tahun sebelumnya untuk melapah lembu korban. Tengah hari saya mula memasak nasi bukhara seperti yang diminta oleh suami saya tetapi malangnya nasi mentah dan tidak mahu masak-masak sehinggalah ke petang. Walau bagaimana pun, hasil masakan saya itu dapat dimakan juga akhirnya selepas saya dan anak dara kami KW berhempas pulas selama beberapa jam dalam kerisauan. Seekor ayam organik HPA yang dibeli semalam lunyai di dalam periuk nasi berkenaan. Hari itu pula dipenuhi dengan hujan. Sebenarnya saya telah mengulangi kejadian di pagi 1 Syawal yang lalu di mana sambal nasi lemak yang saya masak tidak mahu menjadi sedari 5 pagi saya menumis sehingga ke 7 pagi, rasanya tetap pahit-pahit tetapi bila dimakan pada waktu tengahari dalam perjalanan balik ke Kelantan, di sebuah masjid dalam daerah Merapoh, okey pula rasanya..entahlah!

Dua hari berikutnya aktiviti saya dipenuhi dengan mendobi; membasuh dan menjemur pakaian walaupun keadaan cuaca kurang memberangsangkan. Hari ketiga, sambil meneruskan kerja mendobi, saya menolongtengokkan 3 cucu perempuan kami yang dijaga oleh dua bapa saudara mereka. Mereka tidak ke taska seperti biasa kerana taska bercuti umum di peringkat negeri lantaran Harijadi Sultan. Esoknya kami hendak bergerak ke negeri Johor pula.

Pada percutian kali ini juga kami dapat menikmati bilik paling luas yang pernah kami inap dengan 'room rate' yang agak rendah, mungkin juga disebabkan penganjur seminar berkenaan membuat 'group booking'? Bilik berhadapan dengan kolam renang yang juga agak luas dengan kedalaman 1.2m di samping kolam kanak-kanak sedalam 0.3m. Saya agak hampa dengan kecetekan kolam kanak-kanak ini lantaran saya sedang bersemangat untuk memberi peluang kepada anak saya yang sedang belajar berenang walaupun ianya dilengkapi dengan air pancur dan kedalaman beransur seperti di pinggiran pantai, sesuai untuk kanak-kanak yang berusia lebih muda. Kehampaan saya ini diperitkan lagi apabila saya terpandang seorang wanita tempatan/Asia Tenggara yang dengan bebasnya melenggeng di tepi kolam renang itu dengan sut baju mandi ala-ala bra sukan dan seluar dalam, sedangkan suaminya yang berbangsa Eropah itu bermandi manda dengan berseluar pendek. Alangkah mudahnya bangsa dari rantau kita ini mengikut sahaja rencah budaya yang bukan daripada cara gaya hidup tempatan kita. Cara gaya itulah pula yang akan diperkembangkan dalam masyarakat kita sehingga tata kehidupan kita yang murni menjadi porak peranda. Dan alangkah sedihnya juga kerana kita seperti dipencilkan di negara kita sendiri lantaran kita tidak mengikut tata gaya berpakaian kolam renang seperti mereka. Mujorlah juga keperitan ini sedikit diubati dengan kemeriahan di kolam renang pada petang Sabtu itu dengan ramainya kanak-kanak tempatan/Melayu juga ibubapa mereka yang ber'swimming suit' Muslim/Muslimah. Hotel resort ini juga mempunyai kemudahan 'sport house' yang dilengkapi gelanggang 'bowling', 'squash', 'table tennis', 'snooker', 'gym' dan kolam renang 'olimpik' dengan kedalaman 1.2m-1.5m dan sebuah lagi kolam renang kanak-kanak dengan kedalaman 0.5m, juga padang golf. Saya juga berkesempatan berkenalan dan beramah mesra dengan dua orang isteri, Khairani dan Nurul, yang lebih muda daripada saya, yang juga mengikuti suami mereka berseminar yang sama tetapi daripada sebuah perbadanan, bersama anak-anak mereka. Di sini juga saya dipanggil 'makcik' oleh seorang petugas hotel resort yang genit yang mungkin sebaya dengan salah seorang daripada anak-anak kami yang membuatkan saya agak kehairanan di samping merasa agak terganggu bila diingatkan masa bersarapan yang masih tinggal 20 minit lagi dan ditunggu untuk dikemas meja oleh seorang petugas yang lain dan pintu tempat mengambil makanan telah ditutup 15 minit lebih awal daripada waktu yang diperuntukkan untuk bersarapan tamat. Entahlah, mungkin mereka merasakan saya yang tidak 'sofisticated' ini tidak layak untuk berada di tempat sedemikian seperti mereka. Ataukah mereka sendiri yang merasa tersindir..

Sepulang dari Johor, seperti dijanjikan, 3 hari seterusnya saya sekali lagi menolong menengokkan 3 puteri kepada puteri sulong kami yang terbang ke Langkawi kerana mesyuarat kerja, tetapi saya turut dibantu oleh 2 lagi anak lelaki kami, mujorlah.

Pada hari Sabtu, saya dan suami berkunjung ke klinik gigi kerana saya telah mengalami bengkak-bengkak gusi sejak beberapa hari lalu dan selepas pemeriksaan dibuat, temujanji seterusnya untuk kami berdua ditetapkan, 23 hb jam 2.00 petang (suami) dan 24 hb jam 3.30 petang (saya) yang kemudiannya diubah (untuk saya sahaja) kepada 5.30 petang hari yang sama. Suami saya pula mengambil cuti tahunan daripada 22 hb hingga ke hujungnya.

Destinasi terakhir kami, tidak sampai 24 jam kami di sana. Sampai +-8.40malam selepas melalui Ampang-Sepang-Banting-Kanchong-Pantai Morib-Sg Pelek-Bagan Lalang, melalui jarak 139.6 km, selepas bertolak dari rumah pada jam 5.40 petang. Rasanya, suami saya sudah mula merasa pelik apabila kami sudah agak lama berada di perjalanan yang sepatutnya tidaklah terlalu lama tetapi masih belum sampai-sampai, malahan tidak jumpa/nampak tanda arah ke Pantai Bagan Lalang manakala sudah 2 kali kami berhenti bertanya arah jalan. Apatah lagi jawapan daripada lelaki China dengan wajah yang berkerut dan lelaki Melayu di bengkel di simpang jalan tadi mengatakan jauh atas lagi dan masa yang perlu diambil lebihkurang 40 minit lagi. Suami saya memberhentikan kereta 1 atau 2 km selepas simpang itu dan makan di sebuah kedai makan pada waktu maghrib itu. Saya lihat label nama di kedai ukiran batu bersebelahan menunjukkan kami sedang berada di Kanchong. Rasanya suami saya sengaja berhenti di sini untuk berfikir semula dan juga mengelak daripada memandu di waktu remang senja/Maghrib kerana memandu di waktu sebegini adalah merbahaya dan macam-macam perkara buruk boleh terjadi. Logik, disebabkan masa, suasana dan pencahayaan yang sedang bertukar boleh mempengaruhi hati dan fikiran kita dan juga gangguan-gangguan halus tatkala syaitan sedang berkeliaran. Kemudiannya, setelah menghampiri Pantai Morib dan baru menjumpai label arah ke Pantai Bagan Lalang, Sg. Pelek dan Sepang, barulah kami menyedari bahawa kami telah tersilap mengambil jalan 'long cut'. Apabila saya berkata, "kita telah sesat", suami saya menidakkannya sebaliknya mengatakan, "Allah nak beri kita kemudahan". "Macam mana tu?", saya bertanya. Katanya, "sebab dengan itu kita boleh solat jamak dan qasar". Suami saya dijemput membuat penyampaian di salah sebuah slot kursus pada pagi esoknya. Kami juga tidak berpeluang menghadiri satu slot kursus (opsyenal) pada malam ketibaan dan merasa agak rugi kerana penyampainya adalah seseorang yang didatangkan dari luar negara. Kami diberi bilik yang agak besar juga dengan sebuah katil 'double' dan sebuah lagi katil 'single', juga set sofa 2+1+1. Pada paginya, sementara suami saya memenuhi slot muhasabahnya, saya menemani dan mengawasi WAAlim di kolam renang. Kedalaman di bawah paras mata punggungnya sesuai untuknya mencuba beberapa kayuhan. Selepas satu jam kami bersiap untuk pulang dengan saya tidak mandi pagi kerana suami saya terpaksa berkejar untuk menghadiri mesyuarat pada pukul 2 petang di ibu pejabat. Perjalanan balik yang bermula +-12 tengah hari itu hanya mengambil masa 1 1/2 jam berbanding pergi (3 jam) kerana kami mengambil jalan Bagan Lalang-Sg Pelek-Sepang-Ampang, dengan jarak +-89.6 km. Bermakna kami telah membuat lebihkurang dua pertiga bulatan untuk sampai ke Sg. Pelek dan menggenapkan sepertiga bulatan lagi daripada Sg. Pelek ke Ampang. Kami berhenti makan tengahari pada +- 1.30 di sebuah restoran berhampiran taman perumahan kami kerana saya keberatan untuk memasak hidangan tengahari..dan suami saya kata saya 'agah'..

Aktiviti kami seterusnya selepas itu ialah membeli pakaian sekolah WAAlim, yang kami laksanakan pada 25 hb. Sebenarnya suami saya yang menguruskan kesemua pembelian pakaian sekolah agama, sekolah kebangsaan dan kasut-kasut untuk kedua-dua sekolah berkenaan memandangkan saya berada di sebuah salon untuk memotong rambut lantaran tidak tertahan lagi dengan masalah kegatalan di kulit kepala yang telah saya alami sejak sekian lama. Pembelian buku-buku untuk kedua-dua sekolah telah suami saya uruskan sebelumnya, rasanya pada pagi sebelum kami bertolak ke Bagan Lalang.

Kami juga berkesempatan menghadiri ceramah sempena sambutan Maal Hijrah di peringkat RT taman kami pada malam 30 hb. (2 Muharram 1403 H) dengan tajuk Penjernihan Jiwa Sebagai Prasyarat Kecemerlangan Diri. Pada malam 31 hb (3 Muharram 1403 H) pula, kami ke Masjid Puterajaya untuk mendengar sedikit taklimat berkenaan Palestin dan Keganasan Zionis. Seperti sedia dimaklumi, sebenarnya tentera Israel telah melancarkan serangan terbesar sejak 60 tahun ke bumi Palestin bermula Sabtu 27 hb. Disember 2008. Seusai program kami menuju ke kereta untuk bergerak pulang tetapi jalan masuk ke bulatan Dataran Putrajaya telah ditutup kerana kesesakan lantaran ramainya orang datang untuk menyaksikan percikan bebunga api detik 12 malam. Terpaksalah kami menyusuri jalan keluar yang lain.

Di perjalanan-perjalanan kami ini, saya teringatkan sebuah lagu lama nyanyian Orkes El-Suraya ..

Berjalanlah di muka bumiii
lihat gunung-gunung yg menjulang tinggiii
lautan dalammm bermacam ragam isinya
tak terduuga manusiaa

Betaapaaa Tuuuhann jadiiikan
aalam yg peenuuuh keeeinndaahan
betaapaaa tuuuhann jadiiikan
aalam yg peenuuh keeinndaahan

..dan kenangan-kenangan semasa saya masih bergelar seorang pelajar di pulau mutiara. Agaknya saya sudah banyak lalai di tahun-tahun kebelakangan ini..?

Tuesday, December 16, 2008

Erti 16 Dec Kepada Saya..

Apa erti 16 Dec kepada saya..?

Pada 16 Dec 2007, telah tercipta satu sejarah di kampung saya, apabila pada kali pertama banjir terbesar sejak sekian lama menenggelamkan puncak banggol di mana bertemunya empat arah jalan..dari arah jalan ke pekan, dari arah jalan ke lebuhraya, dari arah jalan ke sekolah rendah kebangsaan dan dari arah jalan ke masjid/rumah ibu saya di mana air bercantum daripada empat penjuru..

Di sekitar tarikh itu, 15-16 Dec, saya mengalami cirit birit selama lebih kurang 24 jam manakala suami saya menghadiri mesyuarat 2 hari di Bangkok..

Di sekitar tarikh itu juga, cucu kedua kami diserang virus chicken pox, selama lebih kurang dua minggu, diikuti anak bongsu kami di penghujung Dec/awal Jan.. mengakibatkan orientasi masuk sekolah/darjah satunya tergendala.. dan diakhiri dengan saya sendiri bermula pada pertengahan Januari 2008..lalu kami tidak dapat menghantar adik bongsu saya ke lapangan terbang untuk terbang ke luar negara sepulang dari bercuti belajar selama lebih kurang sebulan..

Pada malam sebelum 1 Dec 2004, suami saya diserang sakit jantung..pada awal dinihari 5 Dec 2004 kami menyambut kehadiran cucu pertama..pada awal pagi 26 Dec 2004 kejadian tsunami melanda negara-negara Indonesia, Thailand, Afrika, Burma, .. termasuk Malaysia mentraumakan ramai manusia..pada usia saya menyekitari 40 tahun..

Pada 16 Dec 2001, jatuhnya 1 Syawal pada tarikh ini, di mana Aidilfitri pada tahun itu disambut dengan kehadiran cahayamata 'bongsulong' yang baru berusia 44 hari.. sambil saya tersenyum duduk di sofa di samping suami sementara disalami oleh 3 puteri dan 3 putera kekanda-kekanda WA Alim..pada usia saya mencecah 37 tahun..

Sms baru diterima :

Congratulations & a glorious annivesary year of 44. May Allah guide and bless u with happiness. Thanks 4 all your support & patience all these years. Together we seek repetence from Allah.

Sender:
WASH

Sent:
09:58:05am
16-12-2008

Iya, 16 Dec adalah tarikh lahir saya sebagaimana tercatat di atas kad pengenalan dan surat beranak saya tetapi ..

Sebenarnya saya dilahirkan bukan pada tarikh ini kerana ibu bapa saya telah mendaftar lewat kelahiran saya. Begitu juga dengan 4 daripada adik beradik saya yang lain bermula daripada anak ketiga (Sept 1959) hingga ke anak ketujuh (July 1966). Alasannya kerana abang saya (anak kedua) yang dilahirkan di hujung tahun (Oct 1953), terlalu kecil untuk masuk sekolah pada waktu itu..?

Ceritanya, abang saya yang semasa itu berada di darjah satu, terpaksa dibangunkan seawal pukul 4 lebih pagi, dimandikan dan diletakkan di dalam tempayan hijau, sebuah tempayan yang bermulut besar di rumah pusaka keluarga kami kerana kesejukan sementara menunggu di 'kekkong' oleh bapa saudara kami, Abah Daud, ke stesen keretapi untuk menaiki keretapi yang biasanya tiba pada pukul 5 lebih pagi. Di stesen, beliau ditunggu oleh datuk kami sebelah ibu, Che Tok Jusoh, dari kampung sebelah, yang menemani cucu tirinya yang sebaya dengan abang saya untuk menaiki keretapi ke pekan yang berjarak lebih kurang 2 batu dari kampung kami. Mereka berdua belajar di sekolah rendah yang sama. Pada masa itu, rasanya masih belum wujud sekolah rendah di kampung kami. Che, akan menunggu di sekolah/pekan hingga tamat waktu persekolahan dan membawa mereka berdua pulang ke kampung dengan menaiki keretapi juga..? (Al Fatihah untuk kedua-dua mereka, Allahyarham Che Tok Jusoh dan Allahyarham Abah Daud..)

[Agaknya, disebabkan kesulitan-kesulitan yang dialami pada masa itulah, terwujudnya sebuah sekolah rendah di kampung kami atas inisiatif datuk kami (Che Tok Jusoh, Tok Penghulu), bapa saudara kami (Pak Cik Ya, Pengerusi PIBG) dan seorang lagi bapa saudara kami (Pak Su Tar, Guru) yang mendapat latihan perguruan. Kesemua maklumat penubuhan sekolah rendah di kampung kami ini boleh dilawati di laman web sekolah berkenaan! Al Fatihah untuk Allahyarham Pak Cik Ya juga].

Oleh sebab itu, kami 5 beradik tidak mengetahui dengan tepat tarikh lahir kami yang sebenar.. walau bagaimana pun secara congakan berdasarkan ingatan ibu tentang jarak umur di antara setiap kami berapa tahun dan berapa bulan, saya mengagak bahawa saya dilahirkan di sekitar Feb tahun itu.. walaupun ada di antara adik beradik kami beralih tahun kelahiran disebabkan kelewatan ini..? (Kalau saya pilih 16 Feb sebagai tarikh lahir saya boleh..?)

Hm..

Walau bagaimana pun saya tidak terkilan..memang keadaan hidup pada masa itu dan takdir telah menentukan..lagipun kami dari generasi lalu tidak biasa dengan sambutan-sambutan harijadi ni..tak kisah pun!

Monday, December 1, 2008

Chickenpox

Herpes Zoster
A highly contagious viral disease, chickenpox is common but mild in children; it is more severe in adults. Infection is easily spread via airborne droplets that are exhaled or expelled (eg. when coughing or sneezing), causing outbreaks in places where there are close person-to-person contacts. Epidemics are thus common in schools, military camps, dormitories, and crowded areas. A single attack gives a person lifelong immunity. However, the virus may remain dormant in the nerve tissues and reappear later in life as shingles. (See SHINGLES page 478)

Symptoms
  • Fever and malaise (headache, backache, sore throat, weakness, etc), runny nose which precedes the rash.
  • Rash, which start as small, very itchy red bumps on the upper arms and armpits, behind the ears, and on the torso (chest, abdomen, and back). The bumps turn into fluid-filled blisters and after several days, dry up, crust over, and finally fall off on their own. Duration of illness is about 2 weeks.
  • Severe itch.

Complications

  • Secondary bacterial infection.
  • Pneumonia (lung infection), which is common in adults.
  • Encephalitis (inflammation of the brain), in rare cases.
  • If a pregnant woman gets infected a few days before delivery, the newborn could get a severe form of the disease.

Cause

  • Infection by the Varicella zoster virus. A person is highly infectious about two days before the rash appears and about a week after, or when all blisters have crusted over.

Chickenpox is transmitted via:

  • Airborne nose and mouth secretions expelled when an infected person exhales, coughs, or sneezes.
  • Direct contact with ruptured blisters.

What you can do

  • Take a complete rest until all blisters have dried up. Full recovery comes a week to 10 days after the rash breaks out.
  • Do not burst the blisters, scratch, or peel off the scabs to avoid spreading the viral infection, as well as to prevent secondary bacterial infection and scarring. Trim a child's fingernails or put mittens on his hands to keep him from scratching.
  • Take antifever medicine for the fever; this will also take care of the aches.
  • Consult a doctor if you think you or your child has the symptoms and have not had the disease.

What your doctor can do for you

  • Prescribe antiviral tablets for an adults. (Children usually need only rest.) To be effective, however, the treatment must be started very soon after the rash appears (at least within 24-48 hours).
  • Prescribe antibiotics, if there is secondary infection.
  • Treat the complications.

For products see Skin anti-itch agents & antihistamines page 491

This article is reffered to Malayssia Healthcare Guide-The family health guide, MIMS, 2nd edition, 1997, page 269