Tuesday, July 28, 2009

Julai III - Birrul Waalidaini

Birrul Waalidaini
= Berbakti kepada ibu bapa

Suatu wasiat yang diturunkan oleh Allah swt kepada manusia.

Di zaman Islam kembali dagang manusia berhajat agar wasiat ini dapat diulang.

Rasulullah saw menitikberatkan birrul waalidaini.

Berbuat baik kepada ibubapa adalah perkraS besar, berada di tangga kedua selepas taat kepada Allah dan Rasul.

Di zaman Islam kembali dagang, air mata ibubapa seperti tiada apa-apa.

Ulama menyimpulkan dua keadaan :

1. Berbakti kepada ibubapa semasa hidup

2. Berbakti kepada ibubapa selepas mati

Bagaimana?

Allah swt telah memuliakan kita dengan ibubapa. Sebagaimana kita telah mendapat kemuliaan itu maka muliakanlah mereka.

Semua orang akan menjadi anak dan ibu atau bapa.

Daripada surah Al Isra' Allah swt telah berfirman yang bermaksud :
'Dan kepada kedua ibubapa berlaku ihsan'


Di dalam ayat di atas itu Allah swt telah mensyariatkan :

1. Jangan mensyirikkan Allah

2. Berbakti kepada dua ibubapa


Berbakti kepada ibubapa ada dua cara :

a. Berbakti dengan lisan

b. Berbakti dengan sifat/tubuh badan


Lisan yang menghormati mereka/memuliakan sehingga di sana jangan sedikitpun ada mengeluarkan/ satu pun perkataan yang boleh mengguris hati mereka.

Memilih perkataan yang mulia.
Allah tidak menyebut hasana yang bermaksud baik tetapi qoulan kariima yang bermaksud perkataan yang mulia.
= Qoul yang menjadikan mereka merasa mulia.

Qoulan kariima adalah suatu perintah daripada Allah swt kepada anak tidak kira berapa usia ibubapa. Qoulan mesti meletakkan ayah sebagai ayah dan ibu sebagai ibu walaupun mereka adalah orang musyrik.

Contoh daripada kisah Nabi Ibrahim :

Nabi Ibrahim mengucapkan :

'Ya abatii, lima ta'budu.. la yasma' wala yabsir'

'Ya abati' dalam bahasa Arab adalah kalimah yang terlalu lembut/halus.

Dalam Bahasa Melayu, panggilan ayah adalah seiring dengan maksud ini atau lain-lain panggilan yang setimpal dengan statusnya sebagai bapa.

Dalam doa, kalimah ;
waliwaalidaina = dua ibubapa, lebih tepat, lebih khusus

waliwaalidiina = dua ibubapa termasuk datuk nenek, terangkum semua


2. Qaul kariima yang kedua

Kalau dalam sebuah majlis adanya ibubapa bersama tidak boleh bercakap melainkan dua perkara :

i. Ilmu

ii. Hajat

Yakni tidak boleh menyampuk mereka melainkan dua perkara yang di atas sekiranya mereka sedang ada tetamu/kawan/majlis.

Contoh daripada kisah Ibnu Sirin :

Tatkala Ibnu Sirin sedang berada di dalam sebuah majlis, ibunya masuk ke majlis itu. Lantas Ibnu Sirin tidak banyak berkata-kata. Apabila ditanya akan keadaanya itu, dia menjawab 'kerana menghormati ibunya'.

Dalam adat Melayu pun ada adat yang baik ini, diwarisi daripada ulama Islam dahulu.

Menggunakan perkataan yang halus dan tinggi

'falaa takullahuma auffin'

Ulama mengatakan jika ada lagi perkataan yang lebih ringan daripada 'uff' itupun Allah akan mengharamkannya. Akan tetapi tiada yang lebih ringan daripada 'uff' itu yang menunjukkan ketidakpuasan hati seorang anak.

Luka atau calar di hati ibubapa sampai mati. Sekali terkeluar sesuatu perkataan itu tidak boleh ditarik balik. Jadi berhati-hatilah apabila mengeluarkan kata-kata.

Berbakti dengan jawaarih yakni anggota atau tubuh badan

1. Yang paling besar sekali ialah 'suhbatul aba' yakni bersama mereka

Tidak boleh bermusafir tanpa keizinan ibubapa.

Tidak boleh duduk jauh/bekerja jauh daripada mereka tanpa keizinan mereka. Kalau pergi juga sudah dikira derhaka kepada ibubapa.

Ulama mengistinba'kan :

Daripada kisah seorang sahabat :
Suatu ketika ada sahabat hendak berbaiah kepada nabi untuk berhijrah dan berjihad.

Nabi bertanya : Adakah kedua mereka atau antara salah satu mereka masih hidup?

Sahabat menjawab : Na'am

Nabi berkata : Adakah kamu datang untuk mencari pahala?

Sahabat menjawab : Na'am

Nabi berkata : Baliklah kepada mereka, sentiasalah bersama mereka, berbuat baik kepada mereka.

'Suhbatul' adalah bermaksud sahabat, yang sentiasa berada di sisi mereka, untuk berbakti kepada mereka.

Kisah sahabat yang kedua :
Di suatu ketika yang lain, seorang sahabat dari Yaman hendak berbaiah untuk berjihad.

Nabi bertanya : Adakah ibu kamu masih hidup?

Sahabat jawab : Ya.

Nabi berkata : Pergilah pegang kakinya, sesungguhnya di situlah syurgamu.


Rasulullah saw bersabda :

nafasa = hajat ibubapa lebih utama daripada hajat anak-anak.

Hajat ibubapa hendaklah diutamakan daripada hajat isteri dan anak-anak.

Hajat :

i. Beri makan kalau mereka lapar

ii. Beri pakaian kalau mereka berhajat


Berbakti kepada ibubapa selepas mati

Selepas mati tiada yang dihajatkan ibubapa melainkan doa anak-anak.

Isu solat jenazah

Hak solat jenazah adalah hak 'al qarabah' yakni kaum kerabat. Ia adalah hak warisan walaupun telah diwasiatkan oleh simati kepada orang tertentu dari luar kaum keluarga contohnya imam. Orang lain tidak boleh melakukannya melainkan dengan keizinan ahli waris.

Isu khenduri arwah

Adalah suatu kelencongan memanggil orang makan dan berdoa untuk ibubapa sedangkan anak-anak sendiri duduk di luar ataupun sibuk dengan urusan khenduri itu.

Kisah sahabat lagi :
Seorang sahabat bertanya :
Adakah lagi hak yang hendak aku sempurnakan, ibubapaku telah mati?

Nabi menjawab :

1. Doakan mereka

2. Mohon ampun untuk mereka

3. Baikkan silaturrahim


Silaturrahim, silatul qorobah, silatul waalidaini

Silah = hubungan, rahim = perut

Menunjukan bakti kepada ibubapa yang sudah mati ialah ialah dengan meneruskan hubungan dengan saudara mara ibubapa walaupun mereka sudah tiada. Menziarah orang yang pernah mereka ziarahi. Menghubungkan silaturrahim yang ada dengan adanya mereka. Bahkan ada yang mengatakan sahabat-sahabat mereka juga.

Kisah Ibnu Omar
Ibnu Omar terjumpa seorang tua di jalanan. Orang tua itu adalah seorang Yahudi. Ibnu Omar lalu menyelimutkannya dan memberi unta tunggangannya sedangkan Ibnu Omar sendiri berjalan kaki.

Sahabat-sahabat bertanya : Siapakah dia?
Ibu Omar menjawab : Dia adalah kawan al Khattab semasa jahiliah.

Kesan berbakti kepada ibubapa

1. Amalannya diterima oleh Allah swt. Sebaliknya, amalannya ditolak oleh Allah swt walaupun beliau bersolat, berpuasa, belajar/berilmu. Apabila amalan diterima, hidup diberkati di dunia dan di akhirat.

Allah menetapkan berbuat baik kepada ibubapa selepas tidak syirik kepada Allah, dalam ayat di atas tadi, menunjukkan besarnya ia.


2. Diampunkan dosa.

Manusia yang memenuhi hajat ibubapa dihapuskan dosanya oleh Allah swt. Sebaliknya, derhaka kepada ibubapa menyebabkan amalan tidak diterima walaupun siang malam bersolat. Dosanya tidak diampun.


3. 'Mustabun do'a' = doa dimakbulkan

Doanya Allah pandang + dengar. Adalah suatu musibah doa yang tidak Allah dengar.

Kisah Uwais al Qorni
Telah datang satu gerombolan dari Yaman. Orang Yaman baik akhlaknya. Dalam rombongan itu ada seorang yang bernama Uwais al Qorni yang suatu ketika dulu pernah kena sakit sopak. Kerana taat kepada ibubapa dan beliau berdoa kepada Allah, dia sembuh, kecuali sedikit tanda tinggal di kakinya.

Rasulullah saw menyuruh sahabat-sahabat mencari Uwais al Qorni dalam gerombolan itu dan meminta Uwais membacakan doa untuk mereka kerana doanya mustajab kerana dia seorang anak yang taat kepada ibunya.

Sangat sedikit doanya ditolak, banyak diterima.

Dan sekiranya dia bertawassul..
Isu tawassul

Tawassul ialah menjadikan amalan soleh sebagai suatu wasilah atau jalan. Yakni bertawassul dengan amal soleh, contohnya :

Ya Allah, sekiranya amalan solehku dulu diterima maka (jadikanlah ia wasilah) aku bertawassul dengannya, berikanlah aku...bantulah aku...

Ada keadaan di mana tiada siapa yang dapat menolong melainkan Allah swt.

Kisah daripada hadis sohih, Rasulullah menceritakan :

Tiga orang lelaki terperangkap di dalam sebuah gua di mana pintu gua telah tertutup dengan batu besar. Mereka bertiga bertawassul dengan amalan soleh mereka yang lalu..

1. Lelaki pertama yang berpeluang berzina tetapi tidak melakukannya.. memohon sekiranya Allah swt mengiranya sebagai amal soleh, bertawassul dengannya, agar dibuakkan pintu gua itu. Batu yang menutup itu bergerak/beralih sedikit..tetapi mereka masih belum dapat keluar..

2. Lelaki kedua, seorang pemotong kayu, tiap-tiap hari bawa balik susu untuk ibubapanya dan tidak membenarkan orang lain meminumnya melainkan ibubapanya makan/minum terlebih dahulu. Suatu hari, beliau terlewat balik, ibubapanya sudah tidur, dia tidak membangunkannya, walaupun anak-anaknya menangis kelaparan mahukan susu itu..memohon kepada Allah sekiranya Allah menerimanya sebagai amal solehnya membukakan pintu gua itu..pintu gua itu terbuka sedikit lagi..tetapi meweka masih belum dapat keluar..

3. Lelaki ketiga, seorang majikan yang tidak diambil upah oleh seorang pekerja yang meninggalkan pekerjaannya sehingga pekerja itu menuntutnya lama kemudian, dia telah memberi kesemua upah termasuk untung yang terkumpul dari pelaburan upah itu untuk sekian lama..bertawassul dengannya agar Allah swt membebaskan mereka dari terperangkap itu..batu itu beralih lagi dan akhirnya mereka semua dapat keluar dari gua itu..

Seorang guru penceramah semasa penceramah masih belajar pernah berkata, jarang orang yang berbakti kepada ibubapa susah hidupnya.

Sesungguhnya rahmat Tuhan tidak akan turun kepada orang yang memutuskan silaturrahim.

Ditanya : Bagaimana pula orang yang derhaka kepada ibubapa?


3. Ketaatan kepada ibubapa membawa kepada kelapangan hati kerana ketaatan ibubapa merupakan suatu ubudiah.

Sesungguhnya manusia yang engkar ia tidak tenang.

Jadi, kalau rasa hidup susah, doa tidak diterima, mintalah ibubapa mengampunkan dosa-dosa kita. Mungkin ia penyebab hati kita tidak bahagia. Kemudian cari kemungkinan ada hak-hak ibubapa yang tidak kita tunaikan.
Isu
Ada orang berbuat baik kepada ibubapa tetapi ibubapa tidak suka kepadanya.
Samada ia seorang anak atau seorang menantu. Kita muliakan dia, dia hina kita. Kita buat baik, dia tidak terima.

Itulah sebaik-baik bakti. Mungkin Allah swt hendak mengangkat darjat kita, hendak mengampunkan dosa kita.

Kisah Omar Al Khattab
Omar al Khattab semasa menjadi khalifah pernah masuk ke dalam sebuah wadi lalu mengambil tanah dan meletakkan ke mukanya. Apabila ditanya, beliau memberitahu : Aku teringat di dalam wadi ini aku pernah menggembala unta ayahku. Dan tiap-tiap hari ayahku memukul aku.

Walaupun ayahnya seorang pemabuk tetapi dia tetap taat sedangkan semasa itu dia masih seorang jahiliah.
Ulama mengatakan, Allah menunjukkan bahawa dengan ketaatannya dia diangkat menjadi khalifah Islam.


Allah mengajarkan bahawa tidak boleh membuka sayap/bahu di depan ibubapa, tidak boleh berjalan di depan ibubapa.


Urusan syurga bukanlah suatu urusan yang kecil.


Soalan : Kalau demikian kewajipan kita berbakti kepada ibubapa bagaimana pula dengan kebaktian kepada ibubapa mertua ? - by Wash

1. Hak utama suami adalah berbakti kepada ibubapanya. Isteri hendaklah membantu itu, walaupun dia (isteri) tidak suka, dikira dia (isteri) berbakti kepada ibubapanya (isteri) juga.

2. Walaupun isteri wajib mentaati suami tetapi Islam menetapkan suami menolong isteri mentaati ibubapanya (isteri) walaupun dia (suami) tidak suka dan pahalanya seperti dia (suami) mentaati ibubapanya (suami) sendiri.

Kebaktian, kedudukan adalah sama walaupun mertabat berbeza.

Manzilah

Bila berkahwin, dengan akad walaupun belum dijima' keluarga isteri sudah menjadi muhrim si suami..
..tetapi anak kepada isteri tidak dikira mahram suami selagi isteri dan suami baru itu belum berjima'..
..sebab itu suami baru boleh menceraikan isteri dan mengahwini anak kepada isteri selagi pasangan itu belum 'bersama'..


26/7 10 pagi - 12 tengahari Masjid Zubair Ustaz Najib Usim Birrul Waalidaini

Monday, July 27, 2009

Julai II - Ketentuan

Slot Cerekarama TV3 Sabtu 10 mlm 25/7 Ketentuan

Lakunan Jasmin Hamid (Norhayati-Angah), Aida Aris (Norliza-Ashu), Safura (Norbayah-Along), xxx Damanhuri (ibu), xxx Chin (bapa), Khairul Anuar (suami Yati), Den Wahab (suami Bayah), Rozi Othman (pembantu rumah Yati) dan Fatimah Yassin (ibu mertua Yati). Saya tidak tahu nama pelakun-pelakun yang melakunkan watak-watak 2 orang anak Yati dan 2 orang anak Liza itu.

Cerekarama ini biasa sahaja, jalan ceritanya straight forward, tetapi mesej yang hendak disampaikan itu baik, masih berada dalam tema saya yang baru lepas dan saya masih dalam mood attribute.

Berlatarkan kisah 3 beradik perempuan, Liza, Yati dan Bayah yang mempunyai ibu bapa yang masih hidup tetapi sudah uzur dan berada di umur tua.

Liza yang telah kematian suami menumpang tinggal di rumah ibubapanya bersama dua orang anak remajanya yang sedang bersekolah menengah. Dengan pendapatan sebagai guru tadika kehidupan Liza dan anak-anak sekadar cukup makan sahaja.

Bayah dan suami yang mempunyai sebuah kedai runcit di kampung itu juga kesempitan hidup kerana perniagaan yang tidak memberangsangkan. Lantaran kekurangan modal dan anak-anak yang hendak menyambung pelajaran ke universiti, Bayah pernah cuba meminta bantuan kewangan daripada Yati.

Yati setelah menamatkan pelajaran di luar negara berkahwin dengan seorang lelaki daripada keluarga kaya di bandar dan tinggal di sana. Bapa mertuanya adalah seorang yang bergelar datuk. Suami Yati seorang yang berjaya dan Yati sendiri mempunyai sebuah butik. Kehidupan mereka mewah dan senang lenang. Begitu juga dengan dua orang anak mereka yang sedang meningkat remaja. Walau bagaimana pun mereka sekeluarga hidup dengan tidak menjalankan perintah solat walaupun pembantu rumah mereka seorang muslimah yang baik.

Kisah bermula dengan Yati sedang menemani ibu mertuanya yang berbaring di katil kerana menghidap selsema setelah pulang dari London. Walaupun ibu mertuanya itu hanya menghidapi selsema biasa tetapi Yati tetap menunjukkan sikap mengambil berat.

Sepulang ke rumah, Yati menegur suaminya yang tidak menemani ibunya. Ia dijawab oleh suaminya dengan kata-kata, "Mak saya sakit sikit sahaja dan tiap-tiap hari saya ke rumahnya tetapi mak awak sedang sakit di kampung dan awak tidak pun menjenguknya". Yati menjawab dengan kata, "Ah..mak saya itu mengada-ngada, dia berlakun saja tu sebab nak suruh saya balik, saya sibuk". Jadi suami pun Yati berkata, "Saya dah beri awak izin, jangan nanti awak salahkan saya pula".

Sebenarnya ibu Yati menghidap diabetes dan sering pengsan. Apabila kakak, adik atau ayah Yati menelefon Yati sering mematikan telefonnya kerana enggan melayani mereka. Apabila kakak atau adiknya meminta bantuan keewangan pun Yati juga enggan menolong mereka. Dia sering menghamburkan kata, "Ingat aku ni bank ke.." atau "Ingat aku ni cetak duit ke..?

Terhadap ibu bapanya pun Yati bersikap berkira. Bukan setakat dirinya sahaja, dia turut menghalang suaminya daripada bermurah hati terhadap keluarganya (keluarga Yati : ibubapa, kakak, adik dan anak-anak saudaranya).

Terhadap anak-anaknya sendiri Yati teramatlah lebar tangan. Anak-anaknya diberi kemewahan, kewangan dan kebebasan sewenang-wenang. Contohnya kalau anak lelaki Yati hendak keluar malam, dia memberikan wang 100 ringgit untuk berbelanja sekali keluar sahaja dan tidak kisah jika anaknya itu ponteng sekolah keesokan harinya. Untuk anak perempuannya yang tinggal di rumah pun dia memberi wang sebanyak itu apabila dia dan suami hendak keluar ke parti.

Dia pernah memeriksa semula sampul duit raya yang diberikan oleh suaminya kepada anak-anak saudaranya dan menukarkannya kepada nilai seringgit dua tanpa pengetahuan suami dan keluarganya.

Yati juga menegur perbuatan suaminya yang melawat ibubapanya semasa suaminya itu melawat tapak projek di sana dan bertanya kalau-kalau suaminya memberi wang kepada mereka. Dia menghadkan suaminya memberi wang tidak lebih daripada 100 ringgit kepada ibubapanya itu.

Nak dijadikan cerita suatu hari Yati dan suami pulang ke kampung setelah diberitahu ibunya sakit. Tetapi apabila dia dan suami sampai di sana ibunya sudah pulih dari pengsan dan berjalan keluar ke ruang tamu untuk menyambut mereka. Yati terus marah kepada adiknya Liza kerana menelefonnya sedangkan padanya ibunya itu tidak apa-apa dan terus mengajak suaminya pulang ke bandar.

Ibunya yang tertekan dengan peristiwa itu pengsan semula dan dimasukkan ke hospital. Ayahnya menggesa supaya Yati yang sudah pulang ke bandar diberitahu sekali lagi tetapi kakak dan adiknya sudah tawar hati kerana sukar malahan tidak dapat menghubungi Yati dan mereka juga sedang kalut dengan keadaan ibu mereka di hospital. Ayahnya masih berusaha untuk menghubungi Yati walaupun dengan cara menulis sepucuk surat. Di ketika itulah, sedang Liza hendak melangkah keluar untuk ke hospital dan menggesa ayahnya yang sedang menulis cepat bersiap untuk ikut serta manakala along sudah/sedang berada di sana telefon berbunyi untuk menyampaikan berita ibunya sudah tiada.

Yati yang ditunggui oleh pembantunya dengan kantuk dengan sepucuk telegram di tangan di tengah malam itu sepulang dari satu majlis mencampakkan telegram itu tanpa membukanya dan memarahi orang gajinya, "Tak boleh tunggu esok ke?".

Di tanah perkuburan esoknya Yati menangis kerana ibunya telah pergi meninggalkan. Di rumah ibubapanya dia memarahi adiknya Liza kerana tidak menunggunya pulang sebelum menyempurnakan jenazah ibunya itu. Katanya sekurang-kurangnya dia masih sayang kepada ibunya.

Kak Longnya yang baru sampai menyampuk masuk, dengan mengatakan, "Kalau kau sayangkan mak, kau tau ke dia sakit apa..dia makan hati kerana perangai kau."

Yati terus mengajak suaminya pulang dengan alasan mereka tidak dikehendaki di situ. Dalam perjalanan Yati dihubungi oleh seorang kawan. Yati meminta maaf kepada kawannya itu kerana tidak dapat menghadiri partinya kerana ibunya baru meninggal dunia. Dia juga memberitahu kawannya itu, "Buat apa nak sedih-sedih, hidup perlu diteruskan". (Lebih kurang begitulah bunyinya, saya sudah lupa patah-patah katanya). Sebaliknya Yati cuba membantu kawannya itu dengan cuba memberikan contact number seorang pengacara lain kerana pengacara majlisnya yang asal tidak dapat hadir. Malangnya nombor pengacara yang dicadangkan itu ada di dalam telefon bimbit suaminya. Suaminya pula baru menyedari bahawa telefon dan dompetnya telah tertinggal di rumah keluarga Yati semasa mereka pergi dengan tergesa-gesa tadi.

Yati mengarahkan suaminya berpatah balik. Katanya bimbang kalau-kalau anak-anak Liza akan mengambilnya. Semasa itulah, semasa sedang berpusing itulah mereka dirempuh oleh kenderaan lain yang mengakibatkan suaminya meninggal dunia dan Yati lumpuh..

Ibu mertua yang diagung-agungkannya itu tidak mahu menjaganya dan mengarahkan dia dihantar pulang ke rumah keluarganya.

Akhirnya Yati dijaga oleh adiknya Liza dengan dibantu oleh anak gadis Liza dan kakaknya Bayah serta ayahnya yang sering diremehkan dan dihinanya dulu.

Anak-anak Yati yang datang melawat tidak selesa untuk bersamanya kerana dia yang terbaring itu berak kencingnya di pembaringan. Liza menyuruh anak-anak Yati pulang ke bandar, katanya, "Tak apalah maksu uruskan, kamu datang melawatpun sudah cukup".

Akhirnya Yati sedar segala kesilapan dan keangkuhannya selama ini terhadap keluarganya. Juga kasih sayang keluarga yang tidak boleh ditukar ganti terhadapnya. Kemudian, dia pergi mengadap illahi dengan keinsafan.

Thursday, July 16, 2009

Julai - Pemeriksaan Kesihatan

Eh nak cerita pasal pemeriksaan kesihatan jugalah..

18/6 yang lalu suami membawa saya ke sebuah pusat perubatan. Appointment telah disetup semalamnya untuk pemeriksaan kesihatan saya pada pagi itu.

Pemeriksaan merangkumi ujian air kencing, ujian darah, pap smear, chest (PA view), mammogram, ultra sound, scan jantung, pemeriksaan mata, ECG dan ujian stress dan analisa komposisi badan.

Sebelum itu saya disoaljawab untuk masalah-masalah kesihatan yang telah dan sedang saya hadapi dan sejarah kesihatan saya dan keluarga. Saya memaklumkan masalah sesak nafas apabila naik tangga atau berjalan mendaki, sakit lutut kanan dan tumit kiri yang sedang dihidapi serta kebas tangan/lengan kanan yang telahpun dirawati/fisioterapi di HKL pada Jan - Jun 2005.

Keputusan keseluruhan ujian boleh dikatakan ok, cuma seperti biasa obesiti adalah masalah yang paling ketara dengan berat badan yang ditimbang pada hari itu selepas berpuasa selama 8 jam dari pukul 12 malam hingga ke 8 pagi ialah 96.1 kg, tinggi 154.6 cm dan BMI 40.2.

Daripada blood and urine tests, keputusannya ialah total cholestrol normal, 5.1 mmol/L kurang daripada 5.2 mmol/L dengan bad cholestrol, LDL 3.5 melebihi paras normal, 2.5 mmol/L dan good cholestrol, HDL 0.8 mmol/L kurang daripada paras normal, 0.9 mmol/L. Selain itu bacaan uric acid 399 umol/L lebih tinggi daripada paras normal (140-340 umol/L) dan ada sedikit darah (1+) dalam air kencing. Kumpulan darah A +ve.
Keputusan keseluruhan ujian darah dan air kencing ini adalah :
Lipid profile : Abnormal, LDL 3.5, HDL 0.8, TG 1.7
Liver function tests : Abnormal, Glo 45, AG ratio 0.9
Renal function : Abnormal, UA 399
Electrolytes : Abnormal, Sod 135
Serology : Abnormal, Hep BsAb negative
Urinalysis : Abnormal, Blood 1+
hsCRP : Abnormal, 23.3
Daripada ujian pap smear keputusannya belum diketahui.
Daripada CXR keputusannya adalah normal.
Daripada ultrasound scan of abdomen and pelvis keputusannya ialah no significant abnormality detected apart from fatty liver with cholelithiasis. (Gall bladder appears normal with multiple gall stones seen, the largest measuring about 1.1 cm).
Daripada mammogram both breasts keputusannya adalah no significant abnormality detected. Please compare with previous mammograms to assess if there is any significant interval change.

Daripada MSCT heart scan calcium score-risk keputusannya adalah 0 dengan 1% 10 years risk of heart desease.

Daripada ECG dan exercise stress test, keputusannya adalah normal.

Daripada optometry eye screening pula dicatatkan refractive error, otherwise normal eyes.

Lapuran doktor mencatitkan :

Diagnosis :

CAD risk factor : Dyslipidaemia. raised hsCRP

Hyperuricaemia

Hep BsAb negative

Microscopic hematuria

Fatty liver & choletithiasis

Rekomen :

Risk factor control - Low cholestrol diet & regular exercise. Lipid control

Advised for cardiac echo and MRI cervical spine

Low fat and purine diet

Advised for hepatitis B vaccination - 3 doses

Repeat urine FEME in 1-2 months. Advise to see urologist if haematoria is persistent

Repeat ultrasound abdomen/pelvis in 6 months to assess fatty liver & GB stone

Saya diprescribekan dengan glucosamine untuk masalah lutut dan tumit, neorobion untuk masalah kebas tangan dan omega-3 fish oil untuk kesihatan keseluruhan, lebih kepada jantung rasanya. Saya difahamkan sebelum ini bahawa glucosamine ialah vitamin untuk sendi manakala neurobion pula vitamin untuk saraf.

Akhir sekali jumpa dietitian. Tentulah cara pemakanan sihat dinasihatkan kepada saya, apa yang saya makan, jumlahnya dan bila. Daripada perbincangan dengan Cik Diet itu saya menyedari DI MANA saya telah terlebih makan..selama ini saya rasa saya makan macam orang lain juga, tak berlebih-lebih.

Dapatan terbaru daripada perbincangan ini ialah apa yang saya makan untuk sarapan pagi sahaja sudah cover keseluruhan keperluan makan/calori saya untuk sehari yang berjumlah lebih kurang 1000 Cal itu.

Nak tau macam mana kira..begini..
1 plate beehoon goreng = 510 Cal = 2 1/2 bowl of rice
2 biji karipap = 1 x 256 Cal = 256 Cal = 1 1/4 bowl of rice
2 cawan teh o = 2 x 20 Cal = 40 Cal
Jumlah = 806 Cal
(1 bowl of rice = 207 Cal)

Tak ke dasyat tu..? Dah hampir 1000 Cal dengan sekali makan je. Ataupun dengan makan macam tu je saya dah tak perlu makan seharian..?

So, advice Cik D kepada saya, tukar diet anda..jangan ambil beehoon goreng, nasi goreng, nasi lemak dan apa-apa lagi yang sepertinya..yang bergoreng..sebenarnya sama jugalah rasanya dengan karipap, popia dll kueh mueh..yang bergoreng atau tidak..sebaliknya makan oat atau roti atau lain-lain yang tak berminyak dan tak tinggi calori. diet yang tinggi kandungan fiber..lebih makan buah dan sayur..dan makan dengan kerap..5 kali sehari..dan jangan skip makan..dan jangan makan lewat..dgn kata lain ikut jadualla..

Dia juga menunjukkan saiz mangkuk untuk saya agak jumlah nasi yang saya perlu makan setiap kali..uh tak kenyang getus hati saya.

Tetapi saya cuba juga mengikuti caranya walaupun tidak yakin pada mulanya..selepas mencuba baru saya yakin boleh ikut cadangannya..sebab rupanya minda kita amat berperanan sekali dalam menentukan cukup atau belum cukup kita makan, lapar atau tak lapar kita dan kita boleh cakap kat diri kita "tahanlah sikit lapar ia baik utk diri kita krn tenaga/lemak simpanan sdg dicairkan.." "blh tunggu/tangguh makan ke masa makan yg seterusnya" dan saya kena ucapkan selamat tinggal kepada selera sedap mulut saya ini dan nafsu..InsyaAllah. Lagipun En. A dah janji nak bagi saya RM1000 kalau saya dapat turunkan berat badan saya kepada 90 Kg Disember ini berdasarkan cadangan dietitian saya itu. Apatah lagi bila saya iklankan ada lagi penaja yg bersetuju nak bagi ganjaran..he..he..
Di bawah ini adalah senarai rekomen dietitian kepada saya :
  • Avoid any coconut milk containing food products
  • Minimized intake of fried foods, fatty meat, animal skin, oily foods, meat sauce
  • Limit to no more than 3 egg yolks per week
  • Reduce intake of products made from partially dehydrogenated oils (crackers, cookies, doughnuts, instant noodle, snack food, fries, frozen processed foods & pastry)
  • Uses of healthier cooking techniques using minimum oil (steam, boil, grill, baked, roast, stew, microwaves)
  • Increase vegetable and fruit intake to at least 3 servings each daily
  • Increase intake of soluble fibers (oats, oatmeal, bran, beans, legumes, barley, citrus fruits)
  • Lose weight (Goal 90 kg in 6 months)
  • Eat small regular meal/snack focus on low fat, low calories food choices
  • Brisk walking : minimum 3-5 times a week for 30 -45 minutes
  • Select food choices appropriately when eating out
  • Rx : fenugreek chocolate
Goal :
Improve lipid profile, increase fiber intake, increase exercise

Tuesday, June 30, 2009

Jun II

Menghampiri dan melepasi setahun berblogging.. kehambaran menghambat lantas saya seperti memaksa diri.. saya rasa macam malas nak berblogging lagi.. apa yang saya tulis dan apa yang saya luah mungkin tidak atau kurang bererti.. terasa macam saya tidak mempunyai apa-apa untuk diblogkan.. ataupun kalaupun ada mungkin ia tidak patut atau tidak wajar untuk saya blogkan..

Walaupun sekadar untuk meluahkan rasa hati tetapi kadang-kadang saya takut luahan saya akan mendatangkan keaiban kepada keluarga dan diri.. saya juga takut tulisan saya boleh menyinggung, menyakitkan dan mengundang kemarahan sesiapa saja yang terkena tempias lahar saya.. yang berapi..

Walaupun sekadar hendak berkomunikasi tetapi kadang-kadang saya bimbang kalau-kalau ianya disalahfahami..

Walaupun saya bermaksud untuk memandu dan menasihati namun sudahkah saya menasihati diri sendiri?

Walaupun saya bermaksud untuk menyebarluas kebaikan namun apalah kebaikan yang ada pada saya ini..

Kadang-kadang saya rasa diri saya ini hanyalah seperti sebuah tin kosong.. kuat berbunyi tetapi kosong isi..

Jadi siapalah yang nak dengar cakap saya.. ini?

Terlajak perahu boleh diundur tetapi terlajak kata badan binasa.. eeeee..

Jun

Saya sering teringatkan cerita ini yang telah saya tonton di slot cerekarama TV3 sempena sambutan Maulidur Rasul tahun lalu. Tetapi maaf, kerana saya tidak ingat tajuknya begitu juga nama watak-wataknya.

Sebuah cerita di dalam cerita yang mempunyai dua watak utama lakunan Zamarul Hisyam dan seorang lagi pelakun lelaki yang tidak saya ketahui namanya tetapi dia berlakun dalam banyak juga drama termasuk sebagai kekasih Azizah Mahzan yang mencintai adik kekasihnya, lakunan Norish Karman dalam drama bersiri SpaQ2.

Kisah bermula dengan Watak Utama I (WUI) sering melihat seorang lelaki (Watak Lakunan Zamarul Hisyam, WLZH) selalu berada di sekitar tempat WUI bekerja. Ada yang tidak kena pada lelaki itu yang membuatkan WUI tertanya-tanya siapakah dia yang sebenarnya. Lelaki itu kelihatan seperti ingin mendekati WUI tetapi mengelak apabila ingin dihampirinya. Hinggalah pada suatu hari lelaki itu menyapa WUI yang sedang minum di sebuah kedai makan. WUI mempelawa lelaki itu makan minum bersamanya yang diterima oleh lelaki itu dengan teragak-agak. Lelaki itu memberitahu dia sememangnya mengekori WUI selama ini kerana kagum dengan kejayaan WUI dalam kerjaya dan kehidupan sedangkan lelaki itu sendiri adalah seorang yang gagal dan tidak terurus.

Di pejabat WUI bertanya kepada beberapa orang pekerja kalau-kalau mereka tahu kisah hidup lelaki itu. Nasib baik kerana ada dua tiga orang lelaki yang tahu mengenai lelaki itu dan sudi menceritakannya kepada WUI. Mereka memulakan cerita sambil minum-minum di kedai makan itu kemudiannya..

Dia adalah seorang anak tunggal kepada sepasang suami isteri (lakunan Abu Bakar Juah dan Kartina Aziz) yang dibelai dengan sepenuh kasih sayang oleh ibunya. Selepas menamatkan pengajian menengah dia yang bercita-cita tinggi ingin melanjutkan pelajaran keluar negara dan memujuk ibubapanya melepaskannya pergi. Setelah tamat pengajian dia pulang ke tanah air dan ingin bekerja sendiri. Dia meminta ibubapanya menyediakannya modal. Ibubapanya bukanlah orang kaya di mana ayahnya ialah seorang pesara polis berpangkat sarjan menjual rumah mereka di bandar demi hasrat anaknya itu menubuhkan sebuah perniagaan. Setelah itu, ibubapanya berpindah ke kampung.

Kemudian pada malamnya pekerja-pekerja itu datang ke rumah WUI untuk meneruskan kisah lelaki itu..

Dia yang semakin berjaya ingin mengahwini seorang gadis (Watak Lakunan Dinaz, WLD) menyembunyikan latar belakang keluarganya daripada pengetahuan gadis itu dan keluarga gadis itu yang kaya raya. Sehinggakan dia tidak memberitahu ibubapanya tentang rancangan perkahwinannya. Bapanya yang mengetahui tentang perkahwinan yang bakal berlangsung itu daripada orang lain berkecil hati dengan tindakannya manakala ibunya pula ingin menghadiri majlis tersebut walaupun tidak diminta.

Dia yang ternampak kelibat ibunya tampil di perkarangan masjid di mana majlis pernikahan itu sedang berlangsung keluar dari dewan masjid. Dia tidak membenarkan ibunya masuk. Walaupun ibunya merayu untuk berada di majlis itu namun dia tetap berkeras dan menyuruh ibunya pulang.

Sementara asyik mendengar cerita, telefon berdering dan diangkat oleh isteri WUI (Watak Lakunan Kuza, WLK). Isteri WUI memanggil WUI untuk menjawab telefon daripada ibu WUI yang menelefon dari kampung. Tetapi kerana asyiknya mendengar kisah lelaki itu, WUI menyuruh isterinya memberitahu ibunya bahawa WUI sedang ada tetamu. Kisah disambung lagi..

Selepas berkahwin dia dan isterinya tinggal di sebuah rumah yang besar dan mewah. Ibunya yang mengetahui dia sudah mempunyai sebuah rumah yang sebegitu sangat teringin untuk pergi ke rumahnya dan juga bertemu dengan isterinya. Walaupun ditegah oleh bapanya berkali-kali ibunya masih belum berputus asa terhadapnya. Dia yang kebetulan balik bersendirian dari mana-mana terserempak dengan ibunya di luar pagar rumahnya sekali lagi tidak membenarkan ibunya masuk. Dia menyuruh ibunya pulang dan mendorong ibunya masuk ke dalam teksi. Walaupun dengan teriak tangis ibunya merayu untuk masuk melihat rumahnya dan berjumpa dengan isterinya namun dia tetap berkeras menghalang.

Selepas kejadian itu ibunya jatuh sakit dan terlantar di pembaringan. Tidak lama kemudiannya isterinya yang amat dicintai yang mengetahui dia tidak jujur tentang ibubapanya meninggalkannya. Setelah itu, perniagaannya pula jatuh. Selepas kekecewaan-kekecewaan itu, dia mula kesasauan..

Semasa lelaki itu sudah sasaulah dia asyik mengekori WUI sehingga mereka bertemu di kedai makan itu dan WUI mula mengetahui kisah yang terjadi kepadanya. Selepas itu watak ini berada di dalam satu cerita..

WUI yang merasa terpanggil ingin membantu WLZH pulang menemui ibubapanya di kampung. Sesampai di sana, ibunya baru menghembuskan nafas yang terakhir tanpa sempat bertemu dengan anaknya yang sentiasa dinantikannya. WLZH yang kesal kerana tidak sempat bertemu dengan ibunya bertambah sasau lalu berlari ke sungai. Orang-orang kampung yang sedang sibuk hendak menguruskan jenazah ibunya tidak mempedulikannya kerana bencikan perbuatannya. Bapanya sendiri pun tidak mahu memandang wajahnya.

WUI mengekori WLZH ke sungai di kampung yang tidak dikenalinya itu di mana akhirnya WUI menyaksikan WLZH menghadapi sakratul maut dengan penuh azab. WUI amat terkedu dengan peristiwa itu apatah lagi apabila isteri WLZH sampai di tanah perkuburan dengan tangisannya dan meminta untuk melihat wajah suaminya buat kali terakhir di mana ketika kain kafan dibuka mukanya dipenuhi dengan ulat dan berbau busuk. Seterusnya apabila hendak disemadikan jenazah itu tidak dapat memuati liang lahad. Orang-orang yang bertanggungjawab menyempurnakan pengkebumian meminta bapa WLZH memaafkan segala perbuatan anaknya. Walaupun agak sukar dan enggan pada mulanya tetapi akhirnya bapanya itu meredhainya..

WUI yang sangat terkesan dengan rentetan kejadian itu terus pulang ke kampung untuk menemui ibunya. Sesampainya di sana, dia terus menyalami ibunya yang sedang mengayam tikar di laman sambil memohon ampun di atas semua kesalahan yang pernah dilakukannya. Ibunya yang tidak tahu apa yang berlaku mengatakan bahawa tiada ada kesalahan WUI yang hendak dimaafkannya. Apabila WUI memohon maaf lagi, ibunya tetap mengatakan WUI tidak pernah berbuat salah apa-apa terhadapnya. Setelah WUI memohon lagi barulah ibunya menangis dan mengakui bahawa dia ada berkecil hati kerana anaknya itu lebih mengutamakan isteri..

Yang istimewanya cerekarama cerita di dalam cerita di atas kerana ia menampilkan dua watak anak yang berbeza, seorang baik dan seorang lagi terang-terang tidak mengenang budi yang begitu senang untuk dinilai oleh kita tanpa perlu berfikir panjang lagi. Tetapi anak yang baik itupun bila dihalusi masih ada lagi bahagian-bahagian di mana ia mungkin telah membuatkan ibu atau bapanya berkecil hati dengan atau tanpa disedarinya.

Selepas melihat cerita ini saya agak kerisauan terhadap diri sendiri dan lain-lain terutama terhadap lelaki-lelaki yang penting di dalam hidup saya. Walaupun saya tahu mereka semua dan pasangan masing-masing adalah individu-individu yang baik terhadap semua orang dan semua perkara sebagaimana WUI dan isterinya digambarkan di dalam cerita ini tetapi kita juga tidak benar-benar tahu apa yang tersirat jauh di lubuk hati ibubapa kita yang paling dalam. Betapa halusnya perasaan hati seorang ibu atau bapa yang melahirkan dan membesarkan kita sehingga dewasa. Seperti dengan ibu WUI dalam cerita di atas yang tidak menzahirkan kesemua perkara yang ada di dalam hatinya, ibubapa kita juga tidak menyebut apatah lagi mengungkit dan membesarkan perkara atau kesemua perkara demi menjaga hati dan hubungan dengan kita anak-anaknya. Malahan kerana mereka sering memaafkan kita dan meminta tuhan mengampuni kita di setiap doa mereka dan di setiap langkahan kaki kita. Juga kerana mereka tidak mahu kita menjadi anak-anak yang berdosa..

Walaupun memang terpaksa diakui bahawa kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan terhadap mereka namun
kita sepatutnya tidak memandang ringan terhadap sesuatu perkara yang berkaitan dengan ibu bapa kita di atas sikap mereka yang sentiasa merestui dan mengharapkan kebaikan kita itu. Kepada Allahlah kita memohon ampun terhadap kesemua dosa dan kesalahan kita, pasangan-pasangan kita, anak-anak kita, adik beradik kita dan seterusnya.. terutama sekali ibubapa kita.

Walaupun cerita ini menampilkan dengan jelas perbuatan anak lelaki tetapi iktibarnya bolehlah diambil oleh anak-anak perempuan juga..

Oh ya, di kesempatan ini izinkanlah saya mengucapkan selamat hari bapa kepada semua bapa-bapa di mana-mana sahaja mereka berada.

Friday, May 15, 2009

Suatu Jumaat Yang Santai

Hari ini saya rasa lebih relax daripada biasa. Suami saya telah terbang ke Pulau Langkawi dengan penerbangan jam 11 pagi tadi dan anak saya pula telah menaiki van ke sekolah jam 12 tengahari. Tiada baju untuk dijemurbalikangkat kerana tiada sesiapa di antara kami yang mencuci baju petang semalam-malam tadi-pagi ini. Saya pula sedang 'bercuti' daripada bersolat..

Tom and Jerry di saluran 616 Cartoon Network dari jam 12.++ hingga 1.05.
Saya on TV dan rancangan kartun Tom and Jerry sedang ditayangkan. Saya tengok.

Jenguk Komputer
Lepas tu saya pergi 'jenguk' komputer. Setelah 'jump' ke sana sini untuk melihat 'update' kaum kerabat dan 'mengganggu' mereka di sana-sini, saya berbalik ke ruang tamu semula.

Menunggu-nunggu untuk menelefon ibu sambil check channel tv
Saya on TV sekali lagi dan mengalih-alih channel untuk melihat apa yang menarik untuk saya tontoni sementara menunggu masa yang sesuai untuk menelefon bonda saya, sambil berfikir-fikir samada beliau sudah habis makan tengahari yang biasanya dilakukannya pada jam 1 dan bersolat Zohor sesudah itu. Saya sampai ke saluran Astro Oasis dengan Anjakan Paradigma DDFKamsah sedang bermula.

Anjakan Paradigma DDFKamsah di saluran 106 Astro Oasis jam 1.30-2.30 petang
Merasakan rancangan DDFK ini baik dan menarik yang mengundang pelakun Fahrin Ahmad sebagai tetamu minggu ini dengan tajuk 'Adakah saya Menawan?' lantas saya menontonnya.

Saya tahu rancangan ini akan diikuti pula oleh rancangan Bersama DDFK selepasnya.

Bersama DDFKamsah di saluran 106 Astro Oasis jam 2.30-3.00 petang..
Dengan tajuk hari ini 'Mengapa Lelaki Mudah Berbohong?'

Mengira-ngira untuk menelefon ibu sambil check channel TV lagi
Lepas itu saya check semua channel TV.. 101, 102, 103, 104 105 dan 106 sahaja sebenarnya, mungkin juga 107, 108 dan 119. Sebenarnya saya hendak memastikan apakah rancangan yang sedang disiarkan untuk mengagak adakah bunda saya sedang menonton rancangan kegemaran atau sedang berehat. Sebenarnya saya hendak menelefonnya yang tertangguh sejak Rabu. Minggu lepas dia yang terlebih dahulu menelefon saya. Dalam dok check mengecheck itu saya terjebak dengan beberapa siaran lagi yang menarik hati lantas tertontonnya..!

Drama Garapan Kenangan di saluran 102 TV2 jam 3.00-5.00 petang
Kisah guru dan murid sempena Hari Guru esok kot..

Lakunan Zila Bakarin sebagai Cikgu Rosmah, saya tidak sempat mengekod nama budak yang melakonkan watak Afendi Nasir..tetapi dia pandai berlakun.. Nasir Bilal Khan sebagai Nasir, bapa Afendi, Norseha sebagai Cikgu Fauziah, Kazarudin sebagai Cikgu Razak dan apa Khureizmi sebagai Fauzi, sepupu Cikgu Fauziah..

Kisah mengenai seorang guru Bahasa Inggeris, Cikgu Rosmah, yang baru bertukar dari Mentakab, Pahang ke sebuah sekolah rendah di negeri Perak dan seorang anak muridnya, Afendi Nasir pelajar tahun 6 di dalam kelasnya di sekolah baru itu yang telah kematian ibu. Menarik cerita ini kerana bagi saya ia hampir dengan realiti sebenar peranan dan hubungan guru-murid di sekolah. Tidak diganggu dengan cerita cinta seperti yang biasa kita lihat, cerita ini memfokus tentang ketulusan hubungan antara guru dan murid. Di pertengahan cerita, Cikgu Rosmah menyesali tanggapan awalnya terhadap Afendi setelah mengetahui bahawa selepas kematian ibu, Afendi mengambil alih tugas mengurus rumahtangga seperti memasak, membersih rumah termasuk membeli barangan keperluan dapur. Ayah Afendi sendiri seperti orang kesasauan dan tidak terurus, walaupun beliau adalah seorang yang kaya dan mempunyai perniagaan sendiri. Cikgu Rosmah memberitahu Cikgu Fauziah : "Saya mengganggapnya murid yang tidak berguna kak..yang pemalas dan pengotor.." Cikgu Rosmah berjaya akhirnya menyedarkan bapa Afendi akan tanggungjawabnya terhadap anaknya itu semasa Nasir dimasukkan ke hospital kerana lemah harapan dan hampir berputus asa dengan hidupnya. Sebenarnya kedua-dua beranak ini hidup dalam kenangan terhadap isteri/ibu yang telah tiada. Di akhir cerita, Afendi yang telah dewasa menjemput Cikgu Rosmah untuk melihat calun isteri pilihannya. Cikgu Rosmah mengatakan : "Kamu tidak terhutang apa-apa dengan cikgu Afendi..Cikgu hanya mengajar kamu Bahasa Inggeris sedangkan kamu mengajar cikgu erti kehidupan.. "

Menelefon ibu
Sebaik cerita ini habis saya telefon ibu. Saya kontrol mood sebab semasa tengok cerita Garapan Kenangan tadi airmata saya mengalir.

Drama Liang Lahad di saluran 106 Astro Oasis jam 4.50-6.30 petang
Semasa saya mula tengok drama ini ia sudah berlangsung selama 10-20 minit.. Tak tahulah ia bersempena dengan hari ibu atau hari bapa atau hari isteri atau hari anak..

Lakunan MRajoli sebagai Pak Dolah, Norlia Ghani sebagai Hasmah, isteri Pak Dolah, Jalil Hamid sebagai Talib, Rosnah Mat Aris sebagai Ros, isteri Talib dan Shahezi Sham, betul kot macam ni namanya, sebagai anak Pak Dolah.

Mengenai kisah seorang imam kampung, Pak Dolah, yang telah lanjut usia dan uzur yang tinggal bersama isterinya, Mak Mah, juga tua dan uzur di sebuah rumah bersebelahan kubur di kampungnya. Pak Dolah sering didatangi roh-roh orang-orang yang telah meninggal dunia yang memberitahunya azab yang mereka tanggung di kubur dan meminta pertolongannya untuk meringankan siksaan itu. Lantaran hanya dia yang dapat melihat roh-roh itu dan kejadian itu berlaku di larut malam semasa isterinya sedang tidur, hal ini kelihatan ganjil oleh isterinya yang tidak mengetahui keadaan sebenar. Mak Mah merasakan sesuatu yang pelik sedang berlaku kepada suaminya. Dalam kebimbangannya tentang keadaan suaminya, hal ini dieksploit oleh pasangan suami isteri, Talib dan Ros yang ingin membalas dendam, sebenarnya Taliblah yang lebih beria-ria lantaran marah kerana ditegur perbuatan mereka makan cendol di tepi pantai di siang hari bulan Ramadhan dengan mengatakan Pak Dolah gila. Talib mengarahkan budak-budak kampung mengurung Pak Dolah dalam sebuah kurungan yang dibina di perkarangan rumah Pak Dolah. Isteri Pak Dolah walaupun tidak sampai hati tetapi termakan tuduhan yang dikenakan oleh pasangan tersebut menurut kemahuan dan arahan Talib untuk mengurung Pak Dolah. Apabila anak lelaki Pak Dolah balik dari tempat lain dan mendapati ayahnya dikurung sedemikian dia berusaha untuk melepaskan ayahnya walaupun pada permulaannya ditegah-halang oleh ibunya dan budak-budak kampung yang ditugaskan Talib menjaga kurungan itu yang merupakan kawan-kawannya .

Talib pula yang sedang berjudi ketika itu kemudiannya mengalami kemalangan apabila motorsikal yang dinaikinya dalam perjalanan pulang di larut malam itu bertembung dengan beberapa ekor kambing yang berkeliaran di jalan yang dilaluinya langsung terbabas dan melanggar tiang/pokok..

Talib yang balik ke rumah selepas kemalangan itu mengetahui daripada isterinya yang kunci kurungan Pak Dolah telah diserahkan kepada anak lelaki Pak Dolah langsung menyusul ke rumah Pak Dolah. Di sana Talib mengungkit dan menuduh Pak Dolah telah menganiaya keluarganya dengan merampas tanah milik mereka tetapi kemunculan roh ibubapa Talib yang menjelaskan bahawa Taliblah yang sebenarnya telah menyusahkan hidup mereka sehingga tanah mereka tergadai menyebabkan Talib tersedar bahawa beliau sedang dalam perjalanan menuju ke alam yang lain..

Apa yang menarik daripada drama ini ialah kata-kata PD kepada isterinya Mak Mah apabila dia berjaya dilepaskan oleh anaknya.."abang kesal kerana rupa-rupanya isteri abang masih belum mengenali siapa abang..dan dia lebih mempercayai orang lain daripada suaminya sendiri.."

Drama ini diakhiri dengan tangisan Ros di perkuburan yang tidak menyangka suaminya pergi meninggalkannya dengan sekelip mata. Talib meninggal dunia dalam kemalangan itu di tempat kejadian.

Cerita ini digarap dengan begitu menarik bagi saya. Demikian juga lakunan pelakun-pelakunnya.

Telah kembalinya ke rahmatullah..solat jenazah 10 pagi
Sebenarnya juga dalam saya duduk-duduk seorang diri di rumah ini saya ingat, yang bermakna saya tidak lupa, bahawa petang semalam telah kembalinya ke rahmatullah seorang sahabat di utara tanah air. Saya secara peribadi tidak berapa mengenalinya tetapi beliau adalah isteri kepada mudir atau pengetua sekolah beberapa orang anak-anak kami. Tidaklah dapat hendak saya ceritakan mengenainya dengan lebih lanjut kerana wajahnya pun mungkin saya tidak berapa mengecami. Apa yang boleh saya katakan ialah beliau adalah ibu kepada anak-anak di maahad tarbiah itu. Sekalung takziah daripada saya untuk ahli keluarganya, sahabat-sahabatnya serta 'anak-anak' yang ditinggalkannya..AlFatihah.
Selamat hari guru..
Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru yang masih bertugas dan yang telah bersara dan yang masih di dalam latihan. Istimewa buat guru-guruku di masa lalu dan guru-guru anak-anakku yang banyak berjasa kepadaku dan bangsaku. Juga buat kakak-kakak dan adik-adikku serta iparduaiku yang telah terlibat dalam bidang ini ditambah lagi anak-anak saudara kami dan seorang lagi adik kami barangkali..Juga kepada semua guru-guru di seluruh tanah air..

Monday, May 11, 2009

May II

Bersempena dengan hari ibu walaupun aku tidak biasa dengan sambutan hari itu dan aku tidak peduli pun dengan tarikh dan ketibaan hari ibu seperti aku tidak peduli dengan kedatangan tarikh-tarikh lain..sebagaimana yang ditulis oleh Prof Kamil di dalam blognya..tetapi aku ingin mengungkapkan perasaaanku bersempena dengan kesibukan orang lain menyambutnya..

Aku tahu aku tidak dapat memberikan ibu hadiah..apatah lagi yang berharga..sempena hari ibu.. atau bila-bila..
aku juga tahu aku tidak dapat memberikan ibu kesenangan dan kemewahan sebagaimana anak-anak lain dapat memberikannya..

Bagiku kesenangan, kemewahan dan hadiah fizikal bukanlah apa-apa berbanding dengan nilaian jiwa..

tetapi aku juga tidak dapat memeluk dan membelai ibu sentiasa..
tidak dapat menjenguk dan bertanya khabar ibu sekerap mana..

aku tahu aku juga tidak dapat menjaga dan merawat ibu sedangkan orang lain dapat melakukannya..

Mungkin.. aku berharap.. aku boleh..

tetapi nampaknya..

aku tidak banyak pun membaca ayat-ayat suci sebagai hadiah untuknya..
dan tidak banyak juga berdoa untuk ibu sebagai anak yang soleh..
atau banyak beramal yang membolehkan ibu mendapat pahala terus menerus daripadanya untuk kesejahteraan ibu di negeri sana..

Lalu apa yang dapat aku berikan kepada ibu untuk membalas jasanya..?
Apakah sumbangan baktiku untuknya..?

Nampaknya..seperti..benarlah..

ibu mengandungkan aku 9 bulan 9 hari adalah percuma..
ibu mengasuh dan membesarkan aku selama ini adalah percuma..
ibu bersusah dan berjaga malam keranaku adalah percuma..
ibu bersabar dengan kerenahku dari kecil sehingga dewasa adalah percuma..
ibu risau tentang segala-galanya di dalam hidupku sehingga kini adalah percuma..

Walaupun demikian aku masih tidak malu-malu meminta-minta daripada ibu..permintaan yang besar-besar..

restuilah aku ibu..
redhailah aku ibu..
doakanlah aku ibu..

Layakkah aku..?

Monday, May 4, 2009

May

Sebenarnya setelah berkahwin aku hanya dapat pulang menziarahi ibu jarang-jarang dengan lawatan sependek 2 atau 3 hari setiap kali dan jarang juga dapat menelefon. Lantaran itu, aku banyak ketinggalan dalam banyak perkara tentang ibu dan keluarga berbanding dengan adik beradikku yang lain.

Semasa aku berkahwin dulu ibu masih sihat. Demikian juga semasa adik-adikku yang seramai 4 orang itu berumahtangga. Beliau mula uzur hanya sebaik sahaja selepas adik bongsuku bernikah. Aku jelas tentang ini selepas bercerita-ceriti dengannya semasa beliau datang ke rumahku baru-baru ini.

Sebenarnya ibu amat jarang datang bermalam di rumahku walaupun boleh dikatakan setiap tahun beliau datang ke kotaraya ini dengan lawatan sepanjang lebih kurang sebulan setiap kali bermula pada tahun 2001. Kali pertama dia bermalam lama di rumahku ialah pada hujung tahun lepas iaitu selama seminggu. Sebelum-sebelumnya, mungkin semalam atau dua atau lebih banyaknya hanya melawat sepagi atau sepetang sahaja tanpa bermalam.

Ini adalah kali kedua beliau mahu datang ke rumahku selama seperti hujung tahun lalu atau sebenarnya aku berharap juga kalau boleh lebih lama daripada itu.

Sebenarnya juga sedari awal aku teragak-agak untuk mengajak ibuku ke mari pada kali ini memandangkan kekangan-kekangan yang aku hadapi. Aku bimbang juga ia akan menjejaskan ibu yang sudah sememangnya uzur sedangkan ibu perlu dilayani mengikut jadualnya sendiri yang agak ketat bagiku yang selalu tidak berjadual ini.

Selasa, ibu mula menunjukkan tanda-tanda tidak sihat selepas dua hari berada di rumahku. Aku membawa ibu dari rumah adik pada Sabtu malam lalu.

Rabu pagi, anakku bangun tidur dengan mata merah. Kata suamiku, sebab tidur terlungkup barangkali. Selepas itu, aku menerima berita bapa kawanku meninggal di Subuh hari itu. Hari itu juga aku kena jaga baby sebab maknya ke JB. Baby mula tercirit-cirit sampai 'tembus' setiap kali kemudiannya. Setelah balik dari sekolah agama anakku memberitahu ustazah tidak benarkan dia datang ke sekolah keesokannya kerana takut menjangkiti pelajar lain pula. Sahlah anakku kena sakit mata berjangkit daripada kakak pembantu pemandu dalam bas sekolahnya. Suamiku balik untuk solat jenazah allahyarham bapa kawanku pada tengahari walaupun terlepas akhirnya. Langsung beliau membawa anakku ke klinik untuk mendapatkan ubat mata yang perlu dititik setiap 2 jam sekali. Aku masih boleh manage. Malamnya ibuku terkincit di tempat tidur. Aku okey kerana aku tidak pernah lagi membasuh najis ibuku walaupun beliau entah berapa kali membasuh berakku sewaktu aku kecil dulu dan aku juga teramat tahu adik beradikku di kampung terlebih-lebih bersusah payah untuk ibu yang tidaklah dapat untukku bandingkan dengan diriku ini.

Khamis, anakku masih tidak ke sekolah, masih sakit mata tetapi dia kelihatan ok saja. Cuma aku perlu menitiskan ubat matanya setiap 2 jam. Ibu sudah menunjukkan tanda yang lebih tidak sihat dari semalam tetapi tidak mengaturku. Tengah harinya, aku mula sakit mata yang merebak dengan pesatnya. Terus mukaku 'bekak ccobong', airmata menitik sekejap-sekejap. Bukan menangis tetapi symptom sakit mata. Kepalaku berat dan pening, belakang badanku sakit-sakit dan lenguh-lenguh, aku seperti mahu demam. Baby pula hari ini tidak mahu duduk, mahu didukungi sedangkan semalam dia tidak 'kkiut' lantaran letih keciritan barangkali. Hari ini dia mula muntah sewaktu suamiku hendak keluar ke pejabat di waktu pagi dan muntah lagi sewaktu suamiku pulang dari pejabat di sebelah petang dan muntah 2, 3 kali lagi selepas itu.
Ibu mula tidak lalu makan, sebenarnya sedari semalamnya lagi. Tambah hari ini mataku pula yang perlu dititik 2 jam sekali. Setiap kali sujud dalam solat biji mataku terasa sakit seperti hendak jatuh terkeluar. Kain baju sedari semalam banyak yang hendak dijemurangkat. Terpaksalah aku meminta anakku tolong jaga baby juga dengan memakai cermin mata hitamnya. Apabila masuk dari ampaian di luar atas ubun-ubunku terasa panas yang kutepuk-tepuk dengan sapuan air wuduk fardhu Zohor. Kerana aku rasa macam berkesan lalu aku mandi dan keluar tanpa mengelapi badanku. Aku rasa agak lega dalam 2-3 jam selepas itu sambil duduk di kerusi rehat ruang tamu. Aku selesa di situ.

Dalam pada itu, aku teringat kursus bersiri yang sepatutnya aku dan suami hadiri pada hari Sabtu nanti. Aku mula bertanya pendapat ibu macam mana dengan dirinya bilamana aku dan suamiku ke kursus itu. Dia bersetuju bila aku mencadangkan agar adikku mengambilnya untuk berhujung minggu tetapi rupanya adikku itu tidak dapat menjemput ibu setelah aku meny'sms'nya melainkan pada hari Ahad yang sudah dirancangnya untuk belanja ibu makan..

Aku beritahu ibu tentang itu dan cakap padanya aku nak tanya abangku pula. Ibu setuju, terus aku sms abang. Abang sms balik dengan jawaban ok tetapi pada masa itu abang sedang berada di Johor Baharu dan akan balik esoknya, Jumaat petang. Kira oklah semuanya setakat itu walaupun ibuku berkata, 'dia rasa seperti dilambung macam buah selambut'. 'La..kataku, saya bermaksud agar ibu dapat pergi ke semua rumah adik beradik walaupun sekejap memandangkan abang dan adik tidak dapat mengambil ibu di dalam minggu kerana mereka berdua dan isteri masing-masing bekerja.

Jumaat, anakku masih tidak ke sekolah, cucu sudah ke taska, aku masih sakit mata, ibu makin tidak lalu makan. Seharian hanya satu dua suap sahaja yang dapat ditelannya sewaktu sarapan pagi, tengah hari mahupun malam. Aku kebingungan. Rasa macam mahu cepat-cepat beliau diambil oleh abang atau adikku agar mereka dapat membantunya mengatasi masalah itu. Ibu memberitahu dia sebenarnya ingin mengikuti kami ke kursus bersiri itu tapi tak apalah since kami dah arrange agar abang mengambilnya. Aku pula memberitahunya aku pun tidak tahu dapat hadiri kursus itu atau tidak kerana mataku semakin 'bborat'.

Aku tidak dapat berkata apa-apa lagi. Hanya membiarkan keadaan berlalu begitu. Aku rasa macam failed kali ini dan tidak dapat memujuk hati ibu daripada tersinggung kepadaku terutamanya. Memang dia ulangi lagi, rasa macam buah selambut dan aku rasa kegagalanku turut menjejaskan abang dan dua adikku.

Malam itu aku tidak memasak. Hanya memakan lebihan makanan tengah hari. Bila ku ajak anakku makan, beliau tidak mahu lebihan nasi goreng itu. Aku membancuhkannya minuman Vico tetapi dia sudah mula terlena-lena semasa aku menyuruh dia meminumnya. Biskut pun tidak dijamahnya.

Malam itu aku tidur di sofabed yang masih berlapik dan berbantalkan bantal yang ditiduri ibu sebelumnya. Anakku telah tergolek lena di atas tikar Serawak dan berbantalkan bantal yang ditiduri anak saudaranya sebelum ini. Aku resah di tempat tidur memikirkan kepergian ibu begitu dan kegagalanku. Apatah lagi sofabed itu langsung tidak menyelesakan aku. Aku beralih dari sofabed ke tikar bersebelahan anakku yang kemudian beralih pula ke sofa bed itu. Tidak dapat memejamkan mata..dalam keresahan..dalam kepanasan..