Thursday, April 24, 2008

Resepi Junjungan Kasih : Ikan Goreng Halia

Bahan-bahan
1 ekor ikan bersisik bersaiz sederhana
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam halus
minyak masak untuk menggoreng
1 1/2 inci halia
4-5 ulas bawang putih
1-2 sudu besar minyak bijan
1-2 sudu besar bawang goreng
2-3 biji limau kasturi
2-3 sudu besar kicap manis atau sederhana
hirisan cili merah
hirisan daun bawang
hirisan daun sup

Cara-cara
1. Ikan disisik dan dibuang perut, bersihkan dan kelar.
2. Perapkan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam .
3. Panaskan minyak masak dengan api sederhana.
4. Goreng ikan sehingga garing atau separuh garing, ikut suka.
5. Ketepikan.
6. Halia dibuang kulit dan dipotong halus, macam bilah mancis.
7. Bawang putih pun sama.
8. Panaskan minyak bijan dengan api sederhana.
9. Gorengkan halia dan bawang putih sehingga kekuningan.
10. Angkat dan tuang ke atas ikan goreng, dengan minyaknya sekali.
11. Taburkan bawang goreng ke atasnya.
12. Perah air limau kasturi dan renjiskan kicap sehingga bergenang.
13. Kalau suka, tabur hirisan cili merah, daun bawang dan daun sup.
14. Siap untuk dihidangkan.

Nota
1. Saya biasa menggunakan ikan siakap, gut-gut, kerapu, kerisi atau gelama. Gandakan jumlahnya jika menggunakan ikan bersaiz kecil.
2. Jika ketiadaan stok bawang goreng, kupaslah beberapa ulas bawang merah, hiriskan dan goreng bersama halia dan bawang putih atau secara berasingan.
3. Boleh juga menggantikan limau kasturi dengan limau nipis dan kicap manis atau sederhana dengan kicap masin, kalau suka, atau ketiadaan stok bahan-bahan itu di rumah, tetapi kurangkan jumlah garam semasa memerap ikan jika kicap masin digunakan.

Sebenarnya, suami saya yang mengajar saya memasak ikan goreng halia ini semasa saya mula-mula berkahwin dengannya dulu dalam rangka untuk memudahkan dan memesrakan saya dengan resepi dan selera keluarga.

4 comments:

Yasmin's Mummy said...

sedap ni. simple je, insyaallah boleh try.

nida said...

Kena guna minyak bijan ke masa menumis? Kalau minyak biasa x leh ke? CY ni blog ida myhome-wish.blogspot.com..

aida said...

ish minyak bijan cari mana eh

- dari anak saudara CY yang jarang memasak-

Ibu WA Alim said...

Tryla Yasmin's Mummy, sukanya kalau awak try..
Blh juga guna minyak biasa Da, cuma minyak bijan ni dia ada bau tersendiri..
Minyak bijan tu Aida blh didapati di pasaraya2 mcm Giant ke atau pun di kedai2 runcit biasa..Jarang masak blh dimaafkan kot, jgn tak masak langsung, nanti kempunan che abg nak rasa masakan isteri..hehe..CY pun bkn selalu masak..