Monday, August 25, 2008

My First Time, Tag By Aida

Sebenarnya masa mula-mula tengok tajuk ni masa baca Aini jawab soalan tag ini, terasa seram juga sebab teringat kat tajuk-tajuk yang pernah terbaca di laman web sebelum ini..

1. My first time naik kapa terebe
Rasanya June 1985, dari Penang nak balik Kelate, gi semester tambahan end of 1st year, nak balik kampung tapi tiket bas dah habih ..ni rasanya semester tambahan pertama dalam sejarah u tu..ingat lagi nampak air laut selat apa ke namanya berbalam-balam..yang biru kelihatan hijau..sambil2 dok rasa diri diangkat naik ke udara..setelah berada dalam perut kapal terbang yang bergerak perlahan-lahan di landasan.. dan kemudian memecut mendongak..teringat lagi betapa gahnya pilot diiringi oleh beberapa pramugari.. menyeret beg siap berkot dan seragam pakaiannya di Bayan Lepas Airport itu sebelum berlepas..

Ataupun May 1985, dari KB nak ke Penang, nak gi semester tambahan tu juga..takdak tiket bah..ingat lagi nampak rumah-rumah dan jalan-jalan di sekitar Pengkalan Chepa Airport serta Jambatan Sultan Yahya dan Sungai Kelantan yang semakin mengecil dan mengecil dan kemudiannya langsung tak kelihatan..yang kelihatan hanyalah kehijauan jauh nun di bawah sana..dan dikelilingi oleh kebiruan ..dan keputihan kepulan awan di atas sini..hebatnya..Illahi.

Kali kedua dalam tahun 1986, di sekitar May atau June juga, nak balik kampung dari Practical Teaching I di Sek. Men Syed Hassan, Kangar, Perlis, dekat raya, tiket bas takde, so naik kapa terebe dari Kepala Batas Airport ke Kota Bharu..sapa-sapa di KB Airport hujan sedang turun renyai-renyai..pramugara bersedia dengan payung di kepala tangga..den terus meluru turun tangga..tinggallah si pramugara dengan payungnya.. di atas tangga..perak betoi..tak besa naik kapa terebe..perak tu orang utara cakap..maksudnya darat kalu di pantai timur..

Kali ketiga di sekitar Nov - Dec 1991, KTR-KUL-KTR, one day training di ibu pejabat di Petaling Jaya..ini pun masa turun di Lapangan Terbang Sultan Mahmud tu hujan juga dan petang yang gelap tak bermatahari..tp rasanya takdelah sesapa tunggu nak payungkan..terus ambil teksi..chow..balik ke rumah sewa..very lonely..(Cz sedang bercuti sekolah di kampung).

Kali keempat di sekitar August 1992, PG-KTR, naik kapa terebe kecik yang boleh muat hanya 12 penumpang saje..satu single seat sebaris..satu pilot tanpa pramugara/i, terbang pun taklah terlalu tinggi, Pelangi Air kot..ni pun terdesak sebab nak balik kerja esoknya, singgah di Pulau Pinang dari Taiping, Perak selepas bawa mok dan maksu melawat ayahsu rasanya..mok dan maksu balik terus naik bas ke Kelate dari Taiping ..dulu saya menjadi pemandu pelancung keluarga untuk trip2 ke utara ni..sekarang boleh pass kat my anak sedara yang terdok kat Kuala Perlis la pulak kot..since saya dengan rasminya dah babai Pulau Mutiara dengan linangan air mata.. dalam deruan bas malam di akhir October 1990..masa berlalu..

Kali kelima di sekitar August juga, 1996, KBR-KUL, dengan hubby, balik dari majlis perkahwinan Cz, berdesing dan sakit telinga yang tak tertahan..entah kenapa kali ni telinga tak tahan betul dengan tekanan udara tu..rasa serik dah nak naik kapa terebe..hidup ini penuh cabare..

Kali keenam di sekitar Oct 1998, KUL-KBR, balik rumah mok kerana ayah ngah meninggal bersama MDSIL and kids, MDEB dah ada kat kampung semasa ayah ngah sedang nazak..di Subang Airport jumpa Su Pak Su Tar, dia pun nak balik lawat jenazah ayah ngah..kami semua naik folker.. di lapangan terbang KB, Ayah Man, ex-Cz siap menunggu..sementara Su dijemput oleh abangnya Pandi..saba Ze..Inna lillah!

Pahtu..10 tahun dah tak naik kapa terebe ni..naik pulok nok gi aji gamok..InsyaAllah!

2. My first time beranak
Friday, Nov 02, 2001, 3.++ pm WA Alim, 3.89 kg..Syukran ya Allah!

3. My first time gi oversea
Oversea ni seberang laut kan? Kalau ya, dalam tahun 1983 rasanya, gi Pulau Pinang, lawatan balas ke Matrikulasi II di kampus induk, yang datang melawat kami sebelum itu di Sek. Men Tun Syed Syeikh Shahabuddin..first time dapat rasa naik ferry..dengan bas-bas sekali..besarnya ferry Pulau Pinang..dapat muat deretan bas, lori, kereta, motosikal di tingkat bawah...semua pakat turun bas pi dok di kepala, ekor atau sisi ferry nak tengok deburan ombak dilanda dan merasa tamparan angin yang kuat di muka..pi kerabat naik tangga pulak nak pi tengok tingkat atas nu..tak kiralah angin punya kuat dok menyelak kain biru sekolah tu..manakala tingkat atas dipenuhi penumpang di bangku-bangku panjang yang disusunletak dalam tiga lajuran..masa ni Jambatan Pulau Pinang masih belum dibina..setelah dibina kami jugalah antara orang yang paling awal menggunakan jambatan ini kerana ia dibina semasa kami sedang menuntut di pulau ini..ddegok turun di pintu utama u..masa ni jugalah berpeluang melawat Akuarium Tunku Abdul Rahman atau Tun Abdul Razak, maaf lupa, sebab dah terlalu lama, di Gelugor, Penang dan Botanical Garden..Subhanallah!

Kalau maksud oversea tu luar negara, lebih awal lagilah, 1976 atau sebelumnya, semasa masih di sekolah rendah, ikut mok gi Ggolok..beli baju raya..naik perahu, tambang 30 sen sorang..time gi perahu tu dikayuh terus ke pengkalan di sebelah sana..dalam garisan memenjuru..time balik kena buat lencongan U kerana melawan arus untuk balik ke pengkalan di sebelah sini..lepas tu dah masuk sekolah menengah rendah gateh basika je gi ssana..uu..bestnye..kayuh basika di jalan besar yang bermula di Jambatan Rantau Panjang - Sungei Golok tu..memang rasa dah betol2 pegi oversea..merayap kat taman bunga kat sana..dengan geng kita yang terdiri daripada kawan-kawan dari RP dan Sg. Golok..Lailaha illallah!

4. My first time duduk jauh dari family
Jan 1980, masuk tingkatan 4 aliran sains di Sek. Men. Lemal..duduk di Huda Hostel, asrama milik seorang YB..tapi jarak dari rumak mok hanyalah +-15km..dan balik setiap hujung minggu..dengan bas biru..ikut jalan lama ..masa ni highway tu belum siap dibina..masa tingkatan 5/1981 baru lah highway tu boleh diguna..so kita jadi perasmi juga le..

June 1982, masuk matrikulasi I di Sekolah Menengah Sains Pulau Pinang di Bukit Mertajam, yang bertukar ke nama Sek. Men. Tun Syed Syeikh Shahabudin, kami jadi perasmi nama baru ni juga.. yang lebih jauh ..dapat balik setiap hujung semester..dan kamilah antara pengguna awal Lebuh Raya Timur Barat yang masih belum dibuka dengan resmi tetapi kami dah lalu dengan mendapat special permit..naik bas chartered..kepunyaan bapa salah seorang pelajar matrik berpangkat Datu'..MasyaAllah!

5. My first time keroje
Julai - Nov 1989, tolong jaga anak senior di Batu Uban, rasanya dibayar sekitar RM50 per month, try mengajar di tadika Islam di Sg. Nibong dan try2 juga jadi pembantu klinik di Glugor..tengah gelong tak tau nak buat apa masa ni..AllahuAkbar!

Jan - Oct 1990, jadi pembantu klinik di sebuah klinik milik seorang doktor yang juga ustaz di Gelugor, Pulau Pinang. Ada juga yang perasan, klinik ini mengambil pelajar u bekerja..sebab ada juga junior yang bekerja sebagai pekerja gantian di sini..dan lepasan University of Reno, Nevada..Bayaran di sekitar RM190-210 per month, sehingga MDBIL terkejut bxxxx semasa melihat borang permohonan jawatan yang diisi untuk post di Kuala Terengganu, tapi itulah realiti pendapatan bulanan seorang pembantu klinik pada masa itu, di situ..walau bagaimanapun saya bagi ibu RM100 daripada my first salary..La haulawala quwwata illabillah!

Feb 1991, as a general clerk at a branch office of a distributor company in Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Tenggelam dalam boxes of stocks and bergelumang dengan lapisan bawahan terdiri daripada pemandu lori dan pengangkut barang serta salesmans, local sales retailers/dealers and head office's workers which are mostly non-Malays and without high academic qualification kebalikan daripada suasana sebelum ini yang dikelilingi oleh buku-buku dan golongan terpelajar terdiri daripada pensyarah dan mahasiswa..wa caya sama lu..dan grung greng grung greng ccakap Gganu kite..sapa den dapat 'kepujian' yang dianugerahkan oleh peniaga-peniaga China yang sering berurusan dari segi cepatnya den menguasai loghat tempatan, lebih kurang 3 bulan, yang menjadi kerisauan utama saya sebelum datang ke sini dan cekap juga mengendali permintaan pelanggan serta dokumentasi. Starting salary at RM400 per month, walaupun kecik, apatah lagi ditolak ngok-ngek ngok-ngek, dapat juga bagi ibu RM50 per month. Yearly increament RM40 tapi pada 1992 dapat RM509 instead of RM440 kerana ada salary revision which is fight by the union, nasib saya baik kata Yap, our salesman kerana baru masuk kerja dah dapat revise gaji, actually, all staff got it, based on percentage to their basic salary. 1993 saya dapat RM549 dan 1994 RM589 sehingga gaji naik kepada RM800 atau RM850 pada Jul/Aug 1994, hasil menyahut cabaran boss untuk claim extra increament, juga kerana dapat promotion to the position as a branch assistant selari dengan perkembangan cawangan, so dapatlah bagi ibu RM100 dan abah RM50.00 per month, tak pernah miss, dan dapatlah membayar tution fees for the Diploma in Business and Management course, kelas hujung minggu, Julai 1994 - Dec 1995, 18 months course split to two long semester, 9 months each, yang ditanggung sendiri. 1995, sekali lagi gaji direvise dan saya dapat RM900 lebih, dan saya sedang berkira-kira untuk memberi RM100 buat ibu dan RM100 buat abah setiap bulan tetapi..Allahu a'lam!

Lepas tu saya dah tak keroje..gaji masa berhenti kalau tak silap RM1089 untuk Jan 1996, boleh refer slip gaji terakhir, yang masih saya simpan hingga ke hari ini..buat kenangan..buat bukti..

6. My first time rasa gemuk
Masa form 3/1979 tu mula montel tetapi tak ingatlah dah rasa gemuk ke tak masa tu..tapi yang pasti dah rasa.. perut buncit.. dari form 1-2 lagi sebab kalu berjalan turun banggol depan rumah mok tu nampak perut dok depan je..so dari masa tu lagi dah belaja tahan nafas masa berjalan..supaya perut nampak kempis..

Agaknya betul2 rasa gemuk masa form 5/1981..dan selepas selepasnya..

7. My first time bercinta
Cinta-cinta monyetku sudah bermula seawal form 1/1977..sampai kat budak pikul beras seludup atas keretapi pun aku boleh jatuh cinta..masa tu pi sekolah naik keretapi weh..dan kawan allahyarham abang kat kampung dan class mate aku masa form 2/1978..

8. My first time rasa diri cantik
Selalunya rasa diriku tak cantik ttp kali pertama rasa cantik rasanya pada malam pertama perkahwinanku 22 Feb 1996 ataupun masa-masa mula-mula lepas kahwin tu..very sweet..

9. My first time masuk cinema
Ini rekod jugaklah sbb tak pernah masuk cinema yang betul-betul cinema..tp kalu cinema yang dilingkungi dengan kain/kanvas/guni tu rasanya masa darjah 6/1976 kat dalam kawasan sekolah rendah kat kampung tengok cerita Keluarga Si Comat lakonan Ibrahim Pendek dll..

Kalau wayang gamba public lesen, sekali-sekala ada kat kampung masa dulu2 tu, ada sekali tengok wayang gamba Kementerian Penerangan ni atas landasan keretapi, ikut allahyarham abang, cerita apa dah lupa..pun dalam tahun 1976 juga kot..masa ni keluarga kita dah tinggal di GS..

Dan wayang gamba dalam lingkungan tu sekali lagi dalam tahun 1977 tengok cerita Permintaan Terakhir lakunan Uji Rashid, Toni Abdullah dan Yusof Haslam..di padang/sawah terbiar di..lupa org panggil apa nama tempat tu secara specificnya..tapi antara Surau dan tapak rumah Allahyarhamahah Kak Som sekarang..hm..begitulah..

10. My first time admitted in hospital
Thursday, 1st Nov, 2001, HUKM, kerana kedapatan tanda-tanda untuk melahirkan anak pertama..Alhamdulillah!

31 Jan 1996, admitted kat wad sebuah klinik swasta di Kuala Terengganu kerana menjalani satu minor surgery..

Saya nak tag dia orang ni, walaupun Ida tak nak tag, tengoklah apa dia orang nak jawab..
1. MEB, Abe Mad
2. MYB, Adik Mad
3. MDN, Lumy
4. MDN, Aby
5. OES, Muiz

kalau dia orang nak jawablah..!

6 comments:

nida said...

tak kena tahan kat 'pak guard' ke masuk negara org ngan basikal tu?

ha..ha..ha..kelakar betul pasal jatuh cinta kat mamat angkut beras seludup tu, mesti hensem maut mamat tu...

Ibu WA Alim said...

Masa Cy kat sekolah menengah masuk keluar pekan golok tu agak bebas juga terutama bagi penduduk sempadan..rasanya untuk org sempadan..dikira dlm lingkungan 2 batu.. tak perlu guna passport untuk keluar masuk..
Kan ramai kawan2 kita org dr Golok yg bersekolah d RP dan berulang alik setiap hari..
Cuma sekali sekala ada penguatkuasaan sekatan sempadan..samada dr pihak berkuasa Siam atau dr pihak berkuasa kerajaan kita..so time mcm ni susah sikitlah..bg budak2 sekolah dan peniaga2..dan org2 kg/luar yg nak pegi Golok..
Cy dgn Yoh pernah kena tahan kastam masa balik dr Golok satu hari tu..masa tu Cy form 2..kita kan ke mana2 masa tu mana bawa IC..so lama jugalah dok ngok ngek kat dlm tu..tp Cy fikir punya fikir rasanya mrk cuma nak ngorat Yoh je..atau nak usik Cy..sbb rasanya mrk ni kenal/kawan2 cikgu2 Cy d RP tu..
Mamat tu takla hansem tp panda menackel kot..ala..budak form 1..tp Cy tak pernahlah berckp2 dgn dia..cuma taruh hati dlm diam je..
Kawan ayahngah tu hencem, dia tau Cy ada ati kat dia..tp dia dah ada makwe senior Cy kat sek men yg cun melecun....dan classmate Cy tu jenis yg kemas..mukapun lembut/baik..sbnrnya dia tgh meengorat school/form mate yg lain..tp Cy pulak yg perasan..

Mohammad said...

lamo tak dengaq...mesti pc rosok nih...betul dok? tertunggu2 kelibat IWA..he he..

Ibu WA Alim said...

Rosok..mmg beto..tp skrg dah makin panda pomen sediri..
Sbnrnya bkn pomen..cuma cari punca..selalunya check mana connection yg longgar dan kalu dah ketat tu ogeh2..kotla tak ssakut..
Nak on pun kena buka dulu penutup depan ni..picit suis on off kat dlm tu..kan terror comp ni..
Terharunya..ada org tertunggu2 kelibat kita..

nida said...

cy ni ida rasa boleh bukak kedai baiki komputer, selalu dengar cy baiki sendiri...ida plak kalu komputer 'kiok', tunggu hubby balik repair, x tau nok 'petek' mano...

Ibu WA Alim said...

Tak selalu..cuma 2 kali yg terakhir ni je..
Dulu2 kalu ada masalah, Cy call OES..dia balikla tgk..
Lps tu masa OSS ada kat rumah bercuti, hang2 ke, longgar2 ke, penat2 ke, kita org tau la nak cuit2..
Pahtu, sekali pulak tu, bila Cy call OES, dia suruh Cy buka penutup depan dan on secara manual..
Cuti sekolah minggu lps, bila jadi lagi problem, Cy buka penutup tu nak manually on..tp tak jadi so Cy call OES lagi.. dia pun dah pening..huby pun dah give up..so Cy tutup semua suis yg blh ditutup..biar comp rehat sementara @ selamanya..kita org pun chow pi Cameron Highland..
Balik Cameron Highland, Cy try pulak..cuit sana sini..ogeh-ogeh..ketat2..cabut cocoh..blhla plak..tak taula kot masa kita org bercuti ada pomen mai rumah..