Jika ditanya, anda datang dari mana? Anda mungkin menjawab, saya datang dari Putera Jaya, ataupun saya datang dari Petaling Jaya. Ataupun dari Kuala Perlis ataupun dari Cambridge. Ataupun dari Gombak ataupun dari Ampang ataupun dari Teluk Kemang. Dari mana-mana sahaja tempat tinggal anda.
Jika ditanya pula dari mana anda berasal? Anda mungkin menjawab, saya berasal dari Kelantan ataupun saya berasal dari negeri Selangor, ataupun dari Bagan Serai, Perak. Dari mana-mana daerah atau negeri anda berasal.
Jika ditanya kepada anak kecil dari mana dia datang, dia mungkin terpinga-pinga, tidak mengerti apa yang ditanya kepadanya.
Jika saya tanya kepada cucu kami yang baru lahir 25 hari lalu, dari mana awak datang? Tentulah bayi kecil itu tidak tahu apa-apa.
Jika saya tanya pula kepada kakak-kakaknya yang berumur 2 1/2 dan 3 1/2 tahun dari mana adik baru datang? Dia mungkin juga tidak dapat menjawabnya ataupun mungkin menjawab umi atau menunjuk ke perut ibunya yang sebelum ini diketahuinya buncit mengandungi baby tetapi orang-orang dewasa yang berada bersama-samanya sudah tentu tersenyum-senyum mendengar soalan atau jawapan ini.Jika saya tanya kepada pelajar-pelajar yang mempelajari subjek biologi tingkatan empat atau lima, rasanya mereka boleh menjawab, percantuman benih ibu dan bapa membentuk fetus atau janin di dalam rahim seorang wanita. Sperma berenang menuju ke ovum, sel bercantum dan membahagi, proses miosis dan mitosis, semuanya saya pun sudah lupa, tetapi tahulah agak-agak penerangan secara saintifiknya.
Namun saya rasa, bagi wanita-wanita mahupun lelaki yang telah berkahwin bertahun-tahun lamanya tetapi sukar mengandung pastinya sudah banyak kali berfikir akan keterangan saintifik ini. Sperma sudah berenang ke ovumkah? Sperma sudah berjaya sampai ke ovumkah? Sperma sudah bercantum dengan ovumkah? Mungkinkah benih yang sudah bercantum itu sudah gugur sebelum tiba ke pusingan haid yang seterusnyakah?
Ataupun jika dia sudah mula mengandung, dia mungkin tertanya-tanya, bagaimana semua itu boleh terjadi? Sedangkan sudah sekian lama dia menunggu dan menunggu. Mungkin juga berusaha dan berusaha. Dia mungkin berfikir penerangan saintifik bukanlah jawapan kepada segala-galanya?
Dia pun mula merasa-rasa dari saat benih mula bertitik dalam dirinya. Adakah benih itu di dalam diriku? Berjayakah ia melalui setiap tahap, beralih dari satu fasa ke satu fasa, sebelum roh ditiupkan, sebelum ia cukup sifat, sebelum ia dilahirkan ke mukabumi?
Dia merasa-rasa, apabila ia mula bergerak perlahan dan kemudiannya menendang-nendang sambil berfikir-fikir sekarang ia berada di fasa ke berapa dan setakat manakah sifatnya telah terbentuk dan berkembang.
Hari ke hari dia meniti dan membilang, sehingga apabila pertama kali dia menatap wajah bayi yang dilahirkannya, dia seakan tidak percaya, bahawa bayi itu benar-benar telah berada di depan matanya, di dalam dakapannya, di dalam belaiannya.
Tentu dia amat bersyukur, ke hadrat Yang Maha Kaya. Dan dia memohon agar dipanjangkan usia mereka semua agar nikmat yang diberi itu tidak ditarik balik dalam sekelip mata.
Tentulah dia bertambah yakin dan percaya dengan firman Allah yang bermaksud :
Wahai sekelian manusia, jika kamu masih ragu-ragu terhadap hari Qiamat, sesungguhnya Kami (Allah Subhanahu Wata'a'la) telah jadikan kamu dari tanah, kemudian daripada air mani, dari air mani menjadi darah sampai ia menjadi sepotong daging yang telah sempurna kejadiannya dan yang belum sempurna, supaya Kami beri keterangan kepada kamu dan Kami tetapkan di dalam kandungan (rahim) ibu mengikut kehendak Kami, sampailah waktu tertentu maka Kami keluarkan kamu dari kandungan ibumu menjadi kanak-kanak sampai kamu menjadi orang dewasa. Di antara kamu ada yang dimatikan dan ada yang dipanjangkan hidupnya sampai terlalu tua hingga tidak mengetahui apa-apa sedangkan sebelumnya kamu mengetahui.
(AlHaj: 5)
Innaa lillaah(i)...
Sesungguhnya kita daripada Allah...
...wa innaa ilaihi raaji'uuuun.
...dan sesungguhnya kita kepadaNya dikembalikan.
...dan sesungguhnya kita kepadaNya dikembalikan.
11 comments:
yela cy, kdg2 kita lupa dari mana asal kita dan kemana kita akan kembali. emmm, cy...Putrajaya...
Cy rasa kemana kita kembali tu org tau..sbb sentiasa dok tgk/dgr org mati..
Tp dr mana kita dtg tu..tak taulah..kita benar2 sedar ke tidak..
Da, cari pulak solan/jawapan sebijik utk mandi wajib ni..Mak Su kata dia masih confius..dan Cy pun nak dgr hujjah muktamad gak..
Kalu bentuk soalan/jawapan ni lbh jelas..pulak2 Ustaz jwb dgn sandaran dalil serema..
rasa-rasanya asal dr ibu dan ayahlah dgn izin Allah
Mcm mandi wajib ni, ida x dela rasa 'marah' cam sentuh2 semayang tuh... hee...hee. Walaupun rasa satu 'tamparan' gakla, dah tua2 ni, baru dibetulkan...Sebabnya ida pernah ingatlah masa belajar dulu, bila mandi wajib ni, kalau x nak ambil air semayang pun x pe blh smayang sbb mandi wajib tu cam ambil air smayang gak. Cuma mungkin masa tu secara praktiknya x diulas cam cy ulas nih. So, buat ikut pemahaman sendiri, cy imaginelah dok mandi wajib since first period sampai ke saat cy tulis psl mandi wajib ni, adala rasa 'panas2' sikit bila rasa 'x betulke aku mandi wajib selama nih?' Maklumlah rasa diri dah betul tu adala, dan bila kena ubah, mulala rasa payah, tu yg ada gak rasa nak berdebat ngan cy (biasakan kitakan keturunan debater), tapi bila terkenang psl mandi wajib sah untuk smayang, ida rasa cy mmg betulla...
Pasal kena berlapik tu pun rasa logik jgk, sbb pernah teringat2 islam x galak kita mandi berbogel ni. Org dulu2 kan mandi pakai 'kain sehe' hok kotok2 tu, betulla x tersentuh z***. Tolong betulkan cy ye psl mandi berbogel ni, ida pun tak tahu sgt, cuma ada pernah terbaca atau terdengar, itu jer...
Insyaalah, nanti ida carikan pasal mandi wajib ni tapi rasanya ulasan cy dah cukup....
cy, link ni ada beberapa hadith pasal cara rasulullah mandi junub yg membersih kemaluan semasa mandi wajib, x dinyatakan berlapik atau tidak
http://syiarislam.wordpress.com/2007/10/17/cara-mandi-junub/
http://soaljawab.wordpress.com/2007/04/20/cara-cara-mandi-wajib-mengikut-sunnah/
Link ni pula explain cara mandi wajib, kalau tgk dlm komen yg bertanya pasal menyentuh kemaluan, terkencing, terkentut dikatakan tidak batal mandi wajib. Kata ustaz tu, kentut,kencing bkn termasuk hal2 membatalkan mandi wajib....
Rupanya 3 latest posts yg Cy naikkan ni mengundang sensitivity, sorila..Cy pun tak menjangkakan demikian.
Cy dah buat searching and surfing dlm beb hari ni, rupanya isu ini tlh menjadi perbincangan d byk laman web jugakla..menandakan ia mmg menjadi tandatanya kpd ramai org?
Byk perbincangan, ada kata blh, ada kata tak blh, ada tak kata apa2..Cy pun naik pening.
Cy pun tak pasti laman2 tersbt drp siapa dan merefer ustaz/kitab mana..
Nasihat my DH, ikut apa yg diberitahunya, krn ia belajar secara khusus/berguru drp ustaz yg mmg dikenali/perakuinya sbgmn Cy tambah d main post, krn ia cara yg plg selamat..
Kalau apa yg kita buat sblm ini tak salah Alhamdulillah..
Kalau salah, perbaikilah..dan mohon Allah ampunkan kejahilan kita..
Dan yg terbaik ialah mengikut yg plg benar, yg plg tertib dan yg plg sempurna..?
Dlm apa jua ibadah ada perkara yg wajib dan sunnat..dan ada perselihan pendpt dlm menghujahkannya..mana pendpt jumhur/sebaliknya..asalkan ia tidak menyimpang terus dr yg benar..
Sefhm Cy, wudhu dlm mandi wajib tu sunat..dan berbogel semasa mandi/tidak adalah makruh..
ttp sunat2 itu menjadikan sesuatu amalan itu lbh baik, lbh tertib dan lbh sempurna..kan?
Lps ni takut dah kot nak publish post2 sebegini..?
(Cara2 yg Cy utarakan dlm post Cy ini direfer kpd Kitab Bimbingan Mukmin dan Sairus Salikin spt Cy catatkan d post.)
Wallahu a'lam.
lama senyap, ingatkan cy dah merajuk kat ida...hee...hee...anak2 x sihat x leh nak blogging sgt...
(ni reply IWA dlm blog saya)...Alhamdulillah, saya masih waras, waras buk.
Dekat2 nak abis ni, baru terasa pressure yg kian menggunung..
dok tengah belaja balik camne nak wat pengamilan (integration) secara numerical..matematik tambahan tingkatan 5 hu hu...
tenggelam dlm data...tapi tetap jengok blog IWA everyday as a short break, albeit quite frequently..
IWA doakan adik blh manage segala kerja dan pressure tu..
Simbol kamil/kamir tu menggerekot mcm huruf f tu kan..IWA dah hampir2 lupa ni..kerbeza/kerbeda pun..
IWA tau adik dtg..kan IWA ada pasang perangkap feedjit..
IWA pon selalu pegi blog adik..tp dah adik tak pasang perangkap..mana adik tau..pulak2 IWA selalu pegi dr link blog Ida, Ti dan Lumy as my central stations 1, 2, 3..dr blog IWA sendiri kdg2 je..sbb IWA taknak busykan traffic IWA..manakala blog Ida tak boh Feedjit dan semua link ada kat blog dia..
Tenggelam tu jgn tak timbol dah lah..
IWA doakan selamat suma2..
salam, tq IWA....
betul tu kamil dia bergerekot cam huruf f....TAPI tahukah IWA bahawa sebenarnya dia menyerupai huruf S. Dan asal usulnya dari perkataan "Sum" sebb itulah kerja kamil yakni menge"sum"kan. Saya pon baru tahu minggu ni setelah dok cuba belaja balik...ada dlm wikipedia kalo tak silap. Bagus wikipedia ni...byk info bermanfaat.
insyaAllah saya terus timbul....cuma mungkin airnya menghampiri paras hidung ;P
Tak tau pun rasanya masa belaja dulu fungsi kamil/kamir tu menge'sum'..sbb tu fail kot..
Masa IWA belaja dulu, ada guna istilah kamil dan ada pulak guna istilah kamir..
Surut2kanlah air tu dek..
Tak blh merajuk Ida, alang2 menyeluk pekasam bialah sampai ke pangkal lengan..sekali dah turun padang kenalah bergelut hingga menang..
Sekali dah terjun ke laman blog ni..bialah betul2 bermakna..?
Tp tertakluk jugaklah kpd had dan batasannya..
Post a Comment