Thursday, July 31, 2008

Panduan Persatuan Pengguna Pulau Pinang : Halal Haram - Buku Penting Untuk Umat Islam


Tajuk :
Panduan Persatuan Pengguna Pulau Pinang : Halal Haram - Buku Penting Untuk Umat Islam
Penulis : Tidak dicetak
Penerbit : Persatuan Pengguna Pulau Pinang
Tahun Keluaran : 2006
Bilangan Mukasurat : 226
Harga : Tidak dicetak


Dari sudut syariah, kesihatan berdasarkan "Halalan Thoyyiban"
- An Nahl 114



"Isu kesucian sesuatu produk atau perkhidmatan adalah sensitif kepada masyarakat Islam. Bagi orang Islam, sebarang isu berkaitan dengan persoalan halal dan haram perlu diberi perhatian serius.

Justeru, buku hasil penyelidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ini, pada hemat saya, akan mengisi keperluan masyarakat Islam, bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia.

Saya menganjurkan supaya buku ini dibaca dan dikaji oleh setiap lapisan masyarakat. Buku ini akan menghilangkan sebarang keraguan yang timbul dalam minda masyarakat Islam kerana ia dijelaskan secara saintifik."

-Dato' Seri Haji Harussani Haji Zakaria
Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan, Malaysia


Di Dalam
  • Kolagen daripada banduan yang ditembak mati, uri dan janin yang digugurkan digunakan dalam kosmetik
  • Hampir 3,000 bahan penambah digunakan dalam makanan, banyak yang diperolehi daripada binatang atau sumber yang meragukan. Ini termasuklah :
Derivatif rambut manusia ditambah ke dalam roti dan piza.
Pewarna daripada serangga yang dihancurkan dalam makanan kegemaran anda.
  • Serbuk plasma darah diperolehi daripada darah dari rumah sembelihan digunakan untuk membuat bebola ikan, burger dan daging yang diproses.
  • Gelatin dalam banyak makanan dan bukan produk makanan.
  • DNA babi dalam gelatin ditemui dalam daging ayam bahagian dada, dan gelatin terkandung dalam lain-lain produk berdaging.
  • Status makanan yang dipersoalkan di hotel dan restoran.
  • Logo halal palsu pada banyak produk makanan.
  • Banyak logo halal yang berbeza ditemui di pasaran. Yang mana satu boleh dipercayai.
  • Simulasi pati najis dalam rokok.
  • Pinggan mangkuk daripada abu tulang.
  • Berus daripada bulu babi sementara beg tangan, sarung tangan daripada kulit babi.

Isi Kandungan

Mukadimah

Prakata

BAHAGIAN I Pengenalan
1 Kepentingan menjauhi makanan yang memudaratkan dan meragukan
2 Dilema pengguna Islam di Malaysia
3 Sejarah pembabitan CAP dalam isu halal dan haram

BAHAGIAN II Masalah berhubung isu halal dan haram
4 Keraguan dan ketidakpastian yang menyelubungi logo halal
5 Kehalalan makanan di restoran dan hotel diragui
6 Hukum syariah dan bahan kimia dalam makanan
7 Ramuan dan penambah makanan daripada sumber binatang
8 Adakah penambah makanan halal?

BAHAGIAN III Adab makan umat Islam
9 Pembaziran dan kegelojohan pada bulan Ramadhan
10 Kenapa Islam mengharamkan babi?

BAHAGIAN IV Gelatin
11 Apakah gelatin?
12 Sejarah kajian CAP mengenai isu gelatin
13 Kegunaan gelatin dalam farmasi dan perubatan
14 Kegunaan gelatin dalam barangan fotografi dan percetakan
15 Gelatin yang meragukan dilabel halal

BAHAGIAN V Keju dan wei
16 Adakah keju haram atau meragukan?
17 Wei, lemak babi didapati dalam susu rumusan bayi
18 Kegunaan wei dalam makanan

BAHAGIAN VI Lemak binatang
19 Lelemak dalam makanan
20 Lemak binatang dalam produk kegunaan seharian
21 Gliserin/Monogliserida dalam makanan dan kosmetik

BAHAGIAN VII Lain-lain bahan haram dan meragukan
22 Plasma darah dalam makanan
23 Monosodium glutamate (MSG) - Serbuk perisa yang meragukan
24 Makanan ubah suai genetik
25 Rambut manusia dalam makanan
26 Alkohol dalam makanan dan minuman

BAHAGIAN VIII Lain-lain produk dan isu pengguna
27 Ramuan yang meragukan dalam kosmetik
28 Barangan daripada sumber binatang
29 Merokok adalah Haram : Majlis Fatwa Kebangsaan
30 Adakah binatang ternakan komersial halal dimakan?

Kesimpulan

Sumber rujukan


Google Search

Saya buat google search untuk 'buku halal haram persatuan pengguna pulau pinang (CAP)' dan menjumpai yang berikut di senarai pertama ;

1. Tempah online : Buku Halal Haram di myhalal.wordpress.com
2. Halal Search Network - Dunia Buku : Sekitar Isu Halal Haram
di www.alshahir.com.my
3. Muslim Halal Shop.com
di www.muslimhalalshop.com
4. View topic - HALAL DAN HARAM OLEH CAP
di www.protonclub.com
5. Pinggan mangkuk tak halal
di halaqah.net
6. Set31 blog. Halal dan Haram
di set31.blogspot.com
7. Forum Universiti Utara Malaysia - Info pengguna
di forum.novarsity.com
8. Intibah
di duniaherbahpa.com

'buku halal haram cap'
1. KUDIN : Must Read Book - halal/haram di kudinku.blogspot.com
2. Halalmall online di www.yakinhalal.com
3. Laire @ Jani : Halal @ Haram di azlanlinda.blogspot.com

'buku halal haram'
1. Senarai buku-buku dalam Bahasa Inggeris berunsur Islam yang diharamkan di www.islam.gov.my
2. Halal Haram Pemakanan dalam Islam mesra.net forum
di www.mesra.net

yang turut menyebut tentang buku ini.

3 comments:

Yasmin's Mummy said...

aik cepatnya letak post baru :p

i was waiting for more comments and discussions on previous topic sebab masih lagi confused.

buku Halal Haram ni available kat mana?

nida said...

simulasi pati najis ada dlm semua rokok ke? biasalah org merokok ni, mcm2 kita pet pot, x mkn saman, kot2 citer benda nih, berhentila kot..

mcm mak su gakla, kat mana blh dpt buku ni?

Ibu WA Alim said...

Saya pun ingat byk perbincangan akan timbul..tp nampak mcm org lain dah fhm..tp kalu awak masih nak timbulkan apa2 ..komen jelah kat post tu..jgn biarkan kekeliruan tu tak terlerai..nanti saya atau org lain blh tgk lg..saya sendiri pun nak dgr pandangan org lain jugak..yg lbh arif..
Abe We beli buku ni masa ada program berkaitan isu IFC di UKM/Bangi rasanya..masa buku ni masih baru lg..
Saya teringat nak naikkan post ni sbb kemaren gi beli nasi lemak terdiskusi dgn kawan yg jual nasi lemak tu..dia pun ada baca buku ni..
Cy dulu2 tu baca celup2 je..tp cover lebih 70% la..rokok ni tak beri tumpuan sgt..byk dok tumpu isu2 lain..