Monday, July 28, 2008

Panduan Mandi Wajib

Bagaimana anda semua mandi wajib? Semua sudah tahukan cara-caranya. Yalah, kita sudah diajar berkenaan ini sejak di awal sekolah menengah lagi kan? Saya pun, yakin bahawa mandi wajib saya sempurna. Kaedah umum yang saya guna pakai ialah asalkan dimulai dengan berniat dan memastikan air mutlak sampai dan merata ke seluruh bahagian badan.

Semasa di tingkatan dua lagi kami telah diajar oleh Ustaz Mohammad, guru agama di sekolah kami tentang mandi wajib ini. Antara yang saya ingat ialah ada dua jenis hadas iaitu hadas kecil dan hadas besar. Mengangkat wudhuk adalah untuk mensucikan diri daripada hadas kecil manakala mandi wajib untuk mensucikan diri daripada hadas besar, yang mana juga menghilangkan hadas kecil sekaligus. Oleh itu, dengan mandi wajib telah mensucikan diri daripada kedua-dua hadas kecil dan besar dan boleh terus menunaikan sembahyang tanpa perlu berwudhuk lagi.

Hadas besar yang mewajibkan mandi wajib ini berlaku apabila berlaku perkara-perkara seperti berikut;
1. keluar air mani samada secara sengaja atau tidak sengaja
2. berjima'
3. haidh
4. nifas

Hadas kecil berlaku dengan sebab-sebab membuang air kecil atau besar ataupun membuang angin daripada saluran depan maupun belakang, dan lain-lain lagi.

Nak tau cerita? Masa mula-mula berkahwin dulu, suami mengajak saya mandi wajib bersama-sama. Mandi sama-sama kan elok bagi pasangan suami isteri, jadi saya pun mengikut dia masuk ke bilik air. Maka mandilah kami berdua bersama-sama, dia mandi, saya pun mandi, manalah saya tahu rupa-rupanya dia memerhati cara-cara saya mandi wajib.

Dah tu kenalah tegur, sebabnya sudah menjadi kebiasaan saya sambil mandi kalau nak buang air saya buanglah dan menggosok tempat sulit untuk memastikan air sampai kepadanya dan merata. Itulah puncanya teguran itu datang!

Tegur suami saya, mana boleh tengah-tengah mandi wajib tu pi buang air la, sentuh tempat sulit tanpa berlapik la dan sebagainya. Saya pun ternganga sampai terjelir lidah. Katanya lagi, apa-apa yang membatalkan wudhuk itu membatalkan mandi wajib juga. Beritahunya lagi, sebelum niat mandi wajib hendaklah membersihkan badan daripada segala kekotoran terlebih dahulu barulah berniat untuk mandi wajib dan mandi. Ops!, selama ini saya mandi wajib dengan cara yang salah ke?

Suami saya juga mengingatkan, kalau sudah selesai mandi wajib dan hendak terus menunaikan solat adalah sunat mengambil wudhuk terlebih dahulu walaupun mandi wajib tadi sudah membolehkan kita terus bersolat.

Sebenarnya suami saya membuat teguran ini berdasarkan pengajiannya secara berguru dengan Allahyarham Ustaz Mohamad Ismail, di sekitar tahun 80an. Allahyarham Ustaz Mohamad adalah seorang bekas pensyarah di Jabatan Al Quran dan As Sunnah di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Saya mencari-cari juga berkenaan ini selepas itu di dalam beberapa buah buku panduan mandi wajib tapi saya tidak menjumpai ayat, 'apa-apa yang membatalkan wudhuk itu membatalkan mandi wajib juga', melainkan saya terjumpa dalam sebuah buku menuliskan 'jaga-jaga jangan tersentuh zakar tanpa berlapik'.

Di sini saya perturunkan cara-cara mandi wajib sebagaimana yang saya semak dalam kitab Bimbingan Mukmin untuk ulangan kita bersama;
1. Mula-mula, basuh kedua belah tangan 3 kali.
2. Kemudian beristinja'.
3. Kemudian menghilangkan segala macam kenajisan yang ada pada badan, kalau ada.
4. Selepas itu, berwudhu', kecuali membasuh kedua belah kaki.
5. Kemudian, mula menyirami badan dengan air, bermula dengan kepala.
6. Kemudian menyirami bahagian kanan badan dan kemudian bahagian kiri badan pula.
7. Kemudian gosoklah bahagian hadapan badan dan kemudian bahagian belakangnya.
8. Hendaklah menyela-nyela rambut di kepala dan janggut agar air sampai ke pangkal tempat tumbuhnya rambut itu samada rambut itu lebat maupun nipis.
9. Seorang perempuan yang mandi wajib tidak perlu menghuraikan siputnya melainkan ia bimbang air tidak akan sampai ke celah-celah rambutnya.
10. Dan hendaklah ia memelihara pula lipatan-lipatan pada badannya.

Panduan mandi wajib di atas saya semak daripada buku Bimbingan Mu'minin Untuk Mencapai Tingkat Mau'izhatul Mukminin Pada Mencari Redha Rabil-'Alamin Jilid 1-2, ms 34, susunan APAllamah Almarhum Asysyaikh Muhammad Jamaluddin Addimasyqi terbitan Al-Maktabah At-Tijariyyah Al-Kubro (tidak bertahun) terjemahan Moh. Abdai Rathomy, 1979, daripada judul asal Mau'izhatul Mukminin ringkasan daripada Ihya' Ulumuddin karangan Imam Alghazali.

Sebenarnya kitab Bimbingan Mukminin ini digunakan dalam kelas fardhu ain saya sebagai buku teks. Pelbagai soalan, ulasan dan komen ditimbulkan oleh pelajar-pelajar daripada kelas kami yang terdiri daripada wanita-wanita berusia 40 tahun ke atas. Antaranya;
1. Eh mandi kena duduk ke ustaz? Kalau tak duduk tak boleh ke?
2. Gaya bebas kan ustaz asalkan air sampai ke seluruh bahagian badan?
3. Perkara-perkara yang membatalkan wudhu' tu membatalkan mandi wajib kan ustaz kalau berlaku sewaktu mandi tu belum selesai?
(Soalan ketiga ini sudah tentu datangnya daripada saya.)

Jawapan ustaz kepada kesemua soalan di atas ialah ya. Kepada soalan ketiga, ya, kalau berlaku sebelum selesai mandi hendaklah diulang semula.

Mandi wajib dikira bermula dengan bermulanya niat serentak dengan menjirus air ke bahagian badan dan dikira berakhir dengan ratanya air keseluruhan bahagian badan.

Di bawah ini pula ialah hasil rujukan saya daripada buku Sairus-Salikin;
1. Sunat meletakkan bejana di sebelah kanan.
2. Kemudian baca Bismillaahirrahmaanirrahiiiim.
3. Basuh kedua belah tangan 3 kali.
4. Beristinjak.
5. Hilangkan segala yang cemar-cemar yang ada di badan.
6. Ambil air sembahyang serta segala doanya.
7. Kemudian tuangkan air ke atas kepala 3 kali serta berniat mandi wajib samada mandi jenabah dll.
8. Kemudian tuangkan air di atas badan sebelah kanan 3 kali kemudian sebelah kiri pula 3 kali.
9. Sunat menggosok di bahagian hadapan dan belakang.
10. Sunat menyelang-nyelangkan segala rambut.
11. Wajib menyampaikan air ke sekelian tempat perlipatan badan dan sekelian tempat tumbuh rambut samada jarang atau tebal.
12. Peliharakanlah daripada menyentuh zakar pada ketika mandi itu kemudian daripada mengambil air sembahyang, maka jika tersentuh hendaklah kembali mengambil air sembahyang kerana yang demikian itu membatalkan air sembahyang.

Pada fahaman saya, (untuk tatacara ke 12 ini), ialah tidak boleh menyentuh zakar selepas mengambil air sembahyang (iaitu pada tatacara ke 6), maka jika tersentuh, hendaklah kembali mengambil air sembahyang iaitu mengulang semula bermula dengan tatacara ke 6 itu.

Panduan ini saya rujuk daripada buku Sairus-Salikin (Perjalanan Orang Yang Salik Kepada Allah) karangan Syaikh Abdus-Shamad Al Falimbani (Meninggal dunia sekitar tahun 1203H/1789M) Rahimallahu Taala Juzuk Pertama halaman 124-125, terbitan Khazanah Banjariah, Maahad Tarbiah Islamiah Derang, 06400, Pokok Sena, Kedah Darul Aman terjemahan daripada Lubab Ihya Ulumiddin karangan Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Al-Ghazali (450-505H/1058-1111M) Rahimallahu Taala.

Anak perempuan kami yang bergraduat dalam bidang pengajian Islam pun ada bertanya kepada saya tentang masalah mandi wajib ini. Saya hanya menggunapakai kaedah yang paling asas dan wajib sahaja sedangkan beliau mengamalkan kaedah yang lebih terperinci daripada pra mandi wajib sehinggalah ke akhirnya termasuk segala adab-adab dan sunat-sunatnya seperti membersihkan kuku, hidung dan telinga. Banyak lagilah yang perlu diperincikan selain daripada yang tersebut di atas itu.

10 comments:

Yasmin's Mummy said...

kalau tak boleh sentuh camana nak make sure air boleh sampai rata seluruh tubuh?

nida said...

tq for sharing the info. Nak tanyalah, cy ada tulis pasal x blh buang air masa mandi wajib, then cy tulis tak jumpa 'apa2 yg membatalkan wudhuk itu membatalkan mandi wajib' kecuali 'jaga2 jgn tersentuh ..'. Boleh ke buang air masa mandi wajib? bkn apa kdg2 tu, dah buang sblm mandi, tgh mandi rasa nak buang lg..

Ibu WA Alim said...

Baguslah kome berdua dah bertanya..sbnrnya saya masih sdg mengedit post ini..kalu ada masa nanti refer la balik.
1/Kita dianjurkan mandi sambil duduk untuk memastikan air sampai ke bahagian sulit
2/Blh menggosoknya tp hendaklah berlapik, YM.
3/Ikut apa yg Cy fhm skrg tak blhlah lakukan perkara2 yg membatal kan wudhu' tu selagi mandi tu blm selesai. Mandi dikira selesai apabila tlh rata air ke semua bahagian badan, dgn berniatlah.
4/Itulah yg berlaku kat Cy dulu2, Nida..tgh2 mandi rasa nak buang air kecil..itu yg hubby tegur tu..yalah mandi tu kan lama sikit..sejukla pulak tu..
5/Ikut logiknya mcm tula kan..kalu apa2 yg batalkan wudhu' maka ia membatalkan jugalah mandi wajibkan..cth yg Cy jumpa dlm buku tu itu sj..
6/Rujukan Cy terhad kpd3/4 buah buku yg ada dlm koleksi rumah ini sj..

Ummu Auni said...

kalau macam tu, dulu ada diskusi di BIcara Muslim, katanya terangkat hadas besar dengan mandi wajib, dan mandi wajib juga dikira wuduk..maka betullah cara yang CY cakap nih...

Ibu WA Alim said...

Tk Aini..hrpnya/rasanya betullah..
Dan sama2 kita tambah mana-mana yg krg..

Ibu WA Alim said...

Tk Aini..hrpnya/rasanya betullah..
Dan sama2 kita tambah mana-mana yg krg..

Editor said...

apabila melakukan perkara membatalkan wudhuk seperti terkentut, mandi wajib masih sah, tetapi wajib ambil wudhuk untuk solat selepas mandi wajib. MAknanya dengan mandi wajib itu tidak boleh terus-terus solat.

Editor said...

boleh layari http://fekah.blogspot.com

Anonymous said...

bestnye kencing depan suami...
sweeeet je............stim aku


kalu dh nikah mcm2 boleh buat
bestnye......hehe

Anonymous said...

Kalau kena chicken pox macam mana nak mandi wajib iyaa??