Sunday, July 6, 2008

Tagging Game

Senaraikan 5 hadiah yang anda impikan.
1. Seukir senyuman
2. Sesentuh belaian
3. Secalit ciuman
4. Sedekap pelukan
5. Sekuntum bunga

Senaraikan alasan atas pilihan anda itu.
1. Senyuman itu kan sedekah.
2. Belaian itu kan kasih sayang.
3. Ciuman itu kan menggembirakan.
4. Pelukan itu kan perasaan.
5. Bunga itu kan menawan.


5 impressi terhadap orang yang diminati.
1. Sayyidina Muhammad bin Abdullah saw, nabi akhir zaman yang membawa risalah Islam kepada sejagat.
2. Sayyidatina Khadijah bt Khuwailid, seorang isteri yang berdiri teguh di belakang suaminya.
3. Sayyidatina Fatimah bt Muhammad saw, seorang puteri yang amat menyayangi ayahandanya.
4. Sayyidatina Aishah bt Abu Bakar as Siddiq, seorang isteri yang pintar dan petah.
5. Asiah isteri Firaun, seorang hamba Allah yang teguh dalam beriman kepada Tuhan.

Perkara yang paling hebat pernah dilakukannya untuk anda.
1. Membawa risalah kebenaran kepada umat sejagat, termasuk saya.

2. Menjadi contoh ketabahan seorang isteri di belakang risalah suaminya.
3. Menjadi contoh hubungan kasih sayang antara anak dan bapa.
4. Menjadi contoh dalam kepintaran dan kepetahan berhujjah.

5. Menjadi contoh dalam keteguhan iman walaupun berhadapan dengan suami yang juga raja.

5 ciptaan yang paling disukai (tidak semestinya melibatkan teknologi yang maju).
1. Janin, bagaimana ia boleh berada di dalam rahim seorang ibu, bermula dengan setitis mani, berkembang menjadi segumpal darah, kemudian seketul daging, kemudian ia mempunyai roh..

2. Pokok, bagaimana ia dari sebiji benih yang anda luahkan dari mulut, kemudian mengeluarkan tunas dan menjulurkan akar, menonjolkan diri di permukaan bumi, membesar dan membesar..menjadi sebatang pokok yang rendang menaungi anda..

3. Akal bayi, bagaimana ia berkembang, memerhati dan mempelajari sesuatu dan anda tidak menyangka begitu cepat ia pandai..

4. Laut, yang anda perhati tidak berhenti mendatangkan ombak membadai pantai..saujana mata anda memandang ke kejauhan tetapi anda tidak tahu di mana penghujung dan pangkalnya..

5. Galaksi, begitu anda terpesona melihat deretan planet mengitari matahari sedang anda berada di atas salah satu daripadanya turut menjelajahi maya pada..

Apakah perkara yang paling dibenci?

Terpesong dari landasan kebenaran.

5 orang yang mahu anda tag.
1. Adik, rasanya dia tak sempat nak layan..
2. Lumi, dia lawat ke tidak blog saya, saya pun tak tahu.
3. Abi, sama juga.
4. Muiz, rasanya lagi la tak baca.
5. Kak As, tak tau la dia nak buat ke tak.

Harap anak saudara yang tag saya ni berpuas hati..ke nak kena buat lain?

11 comments:

aida said...

oh puas hati dah tag ni :)

Ibu WA Alim said...

Tp mcm silap je..impressi..ekspresi..Dah tua2 ni dua2 nampak mcm sama je..

Mohammad said...

salam, ehh...sapa kata tak sempat! hampir tiap hr dtg visit blog IWA. Cantik IWA punyer jawapan-jawapan...natural...moga diberkati Allah swt selalu hendaknyer. Tp utk respon pd soalan2 "tag" tuh, bukan dlm blog sy.

Ibu WA Alim said...

Tk la krn tak lupa utk melawat IWA dr kejauhan..moga diberkati Allah jua utk anda d sana..
Kalu tak jwb dlm blog anda, nak jwb mmana? Never mind..saja je nak penuhi quota 5 tu..
Sejak IWA pasang FEEDJIT ni, IWA tau jugakla sapa2 yg dtg melawat..
Cuma IWA blm reti lagi nak boh visiter's counter.

nida said...

deme teguling for 3 daysla cy.. tonsil bengkak sapa tak leh make.. tgn kananlak yg memang gatal tak pernah putus ubat nih kena infections pulak. Demam start hari rabu, hari ida tulis ida start sakit kepala tuh. ptg tuh, terus tergolek...

tiru cy nyer jwp boleh tak?

Aida...jwpan tagging game k.ida sama ngan cy...he..he..

*tulis ngan tgn kiri nih*

Camna nak buat feedjit tu cy?

Ibu WA Alim said...

Sukanya Cy Ida dah muncul semula. Tau dak dlm beb hari ni Cy punye kesunyian..masuk2 blog, tak dak sapa mai komen, takde sapa update blog..Cy ssore dok nnopat gi mari gi mari tak tau nak wat ggapa. Cy call Ida tgh hari td, tak jwb..t'pikir jugaklah bab2 tak sehat ni..tp ingat ko anak2 ko mcm Maksu tu..
Tiru la jawape Cy tu, kalu salah ke lagu mana? Ekspressi dgn impressi pun ttuka tu..
Mari Cy tolong buatla..bui mari user name dgn password tu..Cy ada 2nd version ni..
Uu..nak buat feedjit tu, Da scroll kat Cy punya feedjit ni, pahtu Da click kat 'click to get feedjit'..pahtu ikutla arahan dia tu..
Baru rasa mcm hidup semula hari2 Cy ni..

Ummu Auni said...

CY, munirah dah bersalin ke?

Ibu WA Alim said...

Belum lg..tp dia dan suami b'cuti minggu ni..ada d Kajang..menunggu hari..due date 13/7/08..Ahad ini..tp kalu ikut rekod lps..beb hari sblm due date..doakan semuanya selamat..

nida said...

Alaaa...jgnla gitu, kan ramai dok tinggal komen kat cy nya blog. Ida ni ngan cy muka x malu sikit, asal lalu je cy nye blog, mesti nak letak gak komen...heh...heh...

hari ni, lauk habis, x yah masak, dah beli lauk kat makcik yg jual nasik berlauk pagi tadi utk mkn tghari....yahoo!!

Ibu WA Alim said...

Mmg la..tp bila sorang tak muncul tu rasa mcm tak lengkap dah hari tu..pulak2 Mak Su dgn Yasmin masuk ward dan Aini pun dok jaga Afif tak sihat..Aida pulak sibuk buat apa ntah..tp hjg minggu kan..Cy ni tak kira..
Pasa muka tak malu tu Ida dan Cy sama kot..perasan tak kita b'dua je berani terjah Ayah Mad punye blog..
Ayah Chik tak gi keja semlm dan hari ni, dia krg sihat sikit, jadi Cy kena la masak utk tgh hari tp blh lg singgah kat computer ni dlm laluan ke dapur tu..

nida said...

ha..aala..cy, he..he..malunya..., hubby ida pun start selsema 2 hari dah, tapi pi gak ofis sbb keje b'lambak2, smlm pun sampai kul 12.30am...kesian tgk dia...