Air tersat ialah air mandian untuk wanita selepas bersalin. Air suam-suam kuku dengan campuran beberapa bahan dipercayai boleh membersih, menyegar dan menyihatkan wanita-wanita di dalam hari, sekurang-kurangnya di 3 hari pertama di hari-hari awal bersalin ataupun elok juga diamalkan selama sepenuh hari-hari berpantang. Lebihan air ini juga boleh digunakan untuk campuran mandian bayi baru lahir.
Bahan-bahan Yang Diperlukan
2-3 liter air biasa
1 sudu kecil mumbun/1 sudu besar rata garam buku/halus
1-2 inci kunyit hidup
1 sudu kecil halba
1-2 helai daun kunyit atau daun-daun lain seperti lengkuas, kemudu, kkua, pandan, nilam dan serai wangi
Kalau tidak memperolehi daun-daun seperti di atas itu, memadailah dengan 3 bahan utama sahaja iaitu garam, kunyit dan halba.
Cara-cara Menyediakan
1. Bersihkan kunyit dan potong dengan ketebalan 2-3 mm, tidak dikikis kulit pun tidak apa.
2. Bersihkan halba di dalam penapis teh atau penapis santan.
3. Bersihkan daun kunyit, boleh dikoyakkan kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil.
4. Campurkan kesemua bahan-bahan di atas di dalam sebuah periuk besar.
5. Jerangkan di atas api sederhana sehingga nngiak atau beriak, sebelum mendidih.
6. Tutupkan api.
7. Campurkan dengan air biasa untuk mendapat kepanasan suam-suam kuku.
8. Sedia untuk mandian.
Kata ibu saya, menjerang air mandian tersat ini tidak boleh dibiarkan sehingga mendidih kerana takut nanti anak jadi banyak cakap, tak larat nak hho!
Cara-cara mandi air tersat
1. Bersihkan seluruh badan dengan air mandian biasa.
2. Mandi dengan air tersat.
Jika jumlah air yang disediakan mencukupi, tidak perlulah menggunakan air biasa untuk pembersihan awal.
Semasa kecil saya sukakan haruman dari air mandian ini apabila melihat ibu saya mandi tersat selepas bersalinkan adik-adik saya.
Panduan membuat air tersat ini saya perolehi daripadanya juga daripada kakak saya B, semasa mereka melawat saya sewaktu bersalinkan anak saya dulu.
Dengan panduan ini saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada anakanda sulong kami dan suami yang baru menyambut kelahiran puteri ketiga pada awal pagi Ahad 13/7/08 yang baru lalu. Juga ucapan tahniah kepada semua ibu-ibu yang berjaya mengharungi pahit getir selama mengandung, bersalin, dalam hari dan hari-hari seterusnya dalam kehidupan dengan rencam ragam anak-anak, terutama kepada ibunda saya yang telah melahir, mengasuh, mendidik dan membesarkan kami 11 beradik. Juga tidak lupa kepada almarhum ayahanda saya yang setia di sampingnya sehingga ke akhir hayat.

15 comments:
kalau bersalin nanti, nak jugalak mandi macam ni...masa no 2, mak long ada datang dari kampung dan sibuk mandi air ni..harum bau dia...anyway, munirah dah berpantang kat rumah CY ker?
Cy mandi air tersat ni selama 40/60 hari semasa bersalinkan Al..sbb mmg suka sgt..Munirah pun suka ni..
Ya, dia sampai sini Maghrib Jumaat lalu..
aida pula pantang sendiri-sendiri. mandi air panas je. org melaka tak reti air tersat ke apa ni..
ingat nanti kalau ngandung no 4, minta CY siapkan rempah air tersat ni.. boleh beli ngan CY je :)
Mandi air panas pun okey jugakla..cuma krglah sikit bab aromatherapynye..tp blh dimodify sbnrnye dgn mencampurkan alat2 mandian aromatherapi yg byk dijual di pasaran..juga ada sabun mandi buku drp sireh dll utk berbg kegunaan..
Mok bila ditanya, apa tujuannye mandi air tersat ni, cuma blh jwb utk segar, sehat..pahtu dia kata, kita tak tanya pun org tua sbb apa kena mandi air tersat ni..mandi/ikut je..
Bkn rempahanla che mek..semua bahan segar dr pasar..
Ni nak sampaikan satu berita..masa tgh taip post ni..telefon M utk tanya2 confirm pasa air tersat ni..dia beritau..Maksu Mek Jah meninggal dunia mlm td sekitar 7.10/20 krn sakit jantung..pd usia 63 thn..M menyebut..takdak dahla kawan baik kita..tlh selamat dikebumikan masa IWA call M lk 11.++ pg td..
Dan PokYi Ssurau, meninggal dunia 4/5 hari lps krn sakit jantung juga..beliau meninggalkan 8 anak..pd usia 50 thn..
Asyik terlupa je sedari td nak beritau..
AlFatihah utk kedua2nya dan utk semua kaum muslimin dan muslimat yg tlh pergi terlebih dahulu meninggalkan kita terutamanya daripada ahli keluarga kita..
innalillah...ingat dulu sokmo beli buah kelubi jeruk rumah mak su mek jah...
Kalu umi, air tersat ni dia buat byk, so mmg mandi air ni terus tanpa perlu mandi air mandian biasa dulu. Yg ida perasan, selain segar, ia juga menghilangkan gatal2 kepala.
Teringatlak cy tulis psl kelemumur tu, hubby ida pi beli syampu di farmasi dgn toniknya sekali, jenama audace preven. ida pakai mmg hilang gatal2 kepala, dulu mcm2 jenama try, apa2la yg iklan kat tv tu, yg ni mmg bestla pakai.
tahniah to munirah. Itulah Mek ckp tadi, awak call nak minta 'resepi' air teresat. She said the same thing to me.. mok su mek jah best friend dia yg selalu jenguk dia.. kecil2 dulu saya sokmo pergi bbeli di kedai dia.. chickadees, masam masin, coklat limau. Eh boleh tak suka2 mandi air teresat? Ya lah nak tunggu anak kedua, entah ada entah kan tiada..kang kempunan lak..
Innalillah...Moga Allah swt rahmati ruh beliau. Rasa nyesal lak tak sempat nak contribute utk surgery dia. Dia hajat nak buat surgery tapi tak cukup duit rasanya sebab tak leh dpt medical benefit dr anak dia Sedi.
Cy tembak je Da kena mandi air biasa dulu..sbb periuk rumah Cy kecik..jd air yg terhasil tu terhad..lupa nak tanya mok dulu td..
Hari tu, stlh sekian lama tak pakai Selsun, sejak zmn di kampus dulu lg, pegila beli kat farmasi..Selsun Blue with menthol..cool..mmg cool sungguh..bestla pakai..tp kelemumur tu tak terus hilang..katanya kena pakai dlm 3 bln..
Mmg slps 3 bln kepala Cy dah tak gatal langsung wp tak bersyampoo..tp Cy tak pasti sbb Selsun ke atau sbb elok2 masa tu Cy kena c/pox..tp cukup2 3 bln pulak gatal tu dtg semula..lbh teruk lg..berbiji2..tak tau sbb apa..tp ia bermula d rumah Cb masa balik utk tuntutan pusaka baru2 ni..dan masa tu sakan makan budu..juga berbekam seluruh badan kecuali kepala..
Saya baru sebut2 yg mek kehilangan 3 kesayangan sederet pd 96/97 dulu ..dan saya takut ia memberi tamparan pdnya, YM..ini tinggal sapa lg kat kg yg take care/bercerita/bertanyakan khabar dia..
Our BLF, 1929-1996, kembali ke rahmatullah pd usia lk 67 thn.
Sedihnya Mohammad hajatnya tak sampai..
YM, saya rasa blh..dan rasanya IWA pernah tanya M..rasanya kalau badan kita rasa tak segar dan lemah2..blh juga kita mandi air tersat ni..
innalillah... bukak blog CY baru tau.
CY, selsun blue tu menjadi ke? aida kelumur agak teruk ni.. mmg teruk sgt.
kak da pun ada kes kelumumur ke?
pasal air tersat ni, aida sebenarnya tak kenal pun daun-daun tu.. hehehe.. sebab tu kalau bersalin no 4, nak minta CY sediakan bahan. boleh aida beli ngan CY jer
Nanti Da tlg b/tau ayah dan ummi..
Selsun tu dah wujud masa CY masih di USM lg..dan dikenali sbg shampoo yg plg power masa tu..maknanya kalu pakai Selsun tak baik jugak..habislah segala ikhtiar..
Tp, itu dah 20 thn dulu..skrg ni Cy tak taulah..
Cy hari tu dah habis sebotol 250ml..RM 22++..tahan lk 3 bln..hubby gi beli syampoo lain pulak..suka hati dia je..
Kalu Da nak try, blhla..ataupun try yg Kak Da ckp tu..
Nanti Cy tgk mcmmana blh tlg Da pasa air teresat tu..
eh! nak betulkan balik...hee..hee. Air tersat tu, mmg umi buat byk, tapi dia letak yg panas2, so kita campur air biasa sampai jadi suam2 kuku, baru mandi.
maksu, boleh nak suka2 mandi air tersat tu. Hubby ida dulu suka menghabiskan mandi air tersat tu dan dia kata mmg rasa segarla. Masa ayah sakit dulu pun, umi buatkan air tersat ni...
Aida, tanamla serai wangi kat rumah tu. x yah siram tiap2 hari..serai wangi x suka sgt kat air. K.ida ada tanam kat blkg rumah...
Cy masak dlm periuk kukusan..itulah Cy sukat air plg byk pun blh masuk 3 liter..bila campur dgn air biasa dptlah dlm 1 baldi @ 1 besen..pd Cy tak cukup tu tanpa mendahului dgn air biasa..
Hubby Nida tu menyibuk lah..
Hm..betul tu..selain serai wangi, pandan, nilam, lengkuas blh tanam belakang rumah je..kemudu tak taulah blh tanam dlm pasu ke tak..tp kalau pokok kari dgn limau purut mmg Cy dah tanam dlm pasu..
Nilam tu nama yg dikenali d Kelate, d sini org panggil pokok ati2..pokok ati2 ni byk jenis..yg ditanam sbg pokok hiasan..tp yg dijadikan ubat ni..yg berwarna hijau penuh..dan berbau wangi..
Selain sbg campuran dlm air mandian teresat, ati2 juga digunakan utk demam, batuk dan lelah..
KKua tu Cy pun tak kenal..tp sbb mok sebut so Cy listkanlah..
Nak betulkan word Cy dlm komen kat atas tu..bkn tembak..tak sedap dgr tu..tp agak2..lbh tepat rasanya..
kkua tu kkuah la kot...lengkuas ;)
Dak..double check dah dgn mek.
Kata byk kerja..de lg mari..?
Post a Comment