Tuesday, October 21, 2008

5/15 Tentang Saya..Saya Seorang.. (Tag By Aini)

11. Saya seorang anak kampung..
..kampung kelahiran saya..
..tempat saya dilahirkan..tempat saya menghabiskan zaman anak kecil..
..berlari-lari di padang..bermain to-kubang..meniti titian di alur..memerhati berudu ungu yang besar saiznya di air yang jernih..mengail..mengutip buah kerian..bermain di tangga rumah Mak Nik..melihat Mek Limah mengayam tikar mengkuang..mengikut Mek Limah mencabut anak-anak padi....membiarkannya terendam di dalam air yang bergenang..memerhati pesawah mengangkut gemal-gemal padi..terhenjut-henjut di batas-batas sawah..dengan kandaran..mengutip siput hitam di bawah gertak kecil..berenang (tapi tak pandai) dan menyelam..menemani kakak menghantar bekalan untuk ibu dan kakak yang mengetam di padang..di balik sana jalan keratapi..menunggu kemunculan keretapi dari arah Gertak Bakat..melintasi padang..hingga hilang di sebalik semak rimba mendekati Sslow..menolong kakak mengelak itik pulang..mengail semut dari lubang..melihat kawan-kawan berlawan main pecah buah getah..mendengar bunyi gemersik dedaun buluh bergeseran..mendengar ibu/kakak mengeloi daripada jendela berpalang (besi=wrought iron?)..kami berlari-lari pulang kala senja mendatang..kegelapan menyelubungi..yang tinggal adalah kesuraman di bawah naungan pokok-pokok getah..dan pokok medang..
..kampung tempat saya meniti zaman awal keremajaan..
..bersama kakak abang dan adik-adik..juga sepupu-sepupu..dan jiran-jiran perkampungan yang mesra..
12. Saya seorang anak daerah..daerah tempat tinggal saya..tempat saya menghabiskan zaman persekolahan menengah..dengan ceria menghadapi pelajaran ..dan aktiviti-aktiviti sukan..bersama teman-teman..
13. Saya seorang anak negeri..negeri asal saya..negeri kelahiran saya..yang kaya dengan adat-adat ketimuran..yang saya banggakan..
14. Saya seorang anak Malaysia..Malaysia..negara saya..yang saya cinta..anak bangsa saya yang saya damba..
15. Saya seorang anak dunia..dunia ciptaan Tuhan saya..dunia milik saya..dunia milik kita semua..

Siapapun saya..saya adalah makhluk ciptaanTuhan .. walau bagaimanapun diri saya..
Siapapun anda..anda adalah makhluk ciptaan Tuhan .. walau bagaimanapun diri anda..

Semuanya adalah makhluk ciptaan Tuhan
..

Saya nak tag : Abg Mad, Ana, T, Adik, Ida, Lumy dan Aby..boleh ke?

No comments: