Friday, June 13, 2008

7 Habits

Sebelum anak saudara yang tag saya merajuk (atau marah) baik saya post perkara yang dia tag saya ni, ayah dia kata, 'don't play-play with her'..

1. Suka sangat korek telinga, semenjak kecil, darjah satu tu memang dok mengorek telinga dah, sampai la sekarang ni, tak kira siang atau malam, beberapa kali dalam sehari, asal dok relax je, sambil duduk atau berbaring, korek telinga, sampai roomate, kalau kat Terengganu dulu, Cz, kalau sekarang, tau-tau la sapa, naik jelak la..DH kata luas dah kot lubang telinga tu..takkan ada apa-apa lagi dalam telinga tu.. kita balas..biarlah..ianya menenangkan..
2. Suka ggedik, ni pun seingat-ingat dari zaman sekolah menengah, tingakatan 4-5, ditegur dek kawan sekelas, budak lelaki tu.., kalau tidak tak perasan kot..ye la sambil duduk di bangku kat sekolah tu, ggedik..ni tengah taip post ni pun, selangan in between sambung idea, ggedik jugak..ingat ke dah hilang tabiat ni..
3. Suka goyang kaki (lebih kurang ggedik jugalah) semasa baring sebelum melelapkan mata..kalau biasa tu sebelah kaki.. kiri..kalau dah serious tu, dua-dua belah kaki sekali..yang ni suami tegur..memang sebelum dia tegur pun dah perasan..bila dia tegur tu jadi pengesahan je la..kita senyum je la..yang kelakar tu masa DS, kecil, ayahnya kata 'ha tengok tu.. mengikut', la ni tak perasan pulak dia masih terikut-ikut lagi ke tak goyang kaki ibunya tu..
4. Suka keruk kulit kepala..ni sebab gatal kulit kepala la..dan kelemumur memang menjadi masalah sejak di tingkatan lima lagi..memang berkeping-keping kelemumur tu melekat di celah-celah kuku..dan kalau dikumpulbulatkan, sebab selalunya ia lembap, jadi sebesar biji manik.. kalau semasa ia kering, gugur dari kepala tu macam hampas kelapa..sampai pernah la buat sajak masa kat u dulu pasal kelemumur ni..
5. Suka korek hidung, ini masa kecil-kecil ketara la kot, sebab pernah kena tegur dek kakak..sekarang.. entah.. masih ada sikit-sikit lagi kot.. tapi nak kata habit sangat tu tak tau la..controll juga..
6. Suka korek makanan yang melekat kat celah-celah gigi guna hujung jari je..ni pun masa kecil juga la..memang tak tahan kalau ada sisa-sisa makanan melekat tu..sekarang tengok jari DS, asyik dok dalam mulut je..walaupun tengah makan..dia tak bolehla makanan melekat tu..
7. Suka korek tahi mata juga..memang mata ni asyik nak bertahi je..
Eh..malu ke..tapi buat masa sekarang ni tiada facts lain yang mendahului..Sebenarnya ada lagi habit-habit yang tak baik ni, tapi eloklah dihadkan kepada tujuh je..

7 orang yang ingin anda tag
1. Abe mad, ..?
2. T
3. Adik Mad
4. Lumy
5. Aby
6. Muiz
7. Kak AS

Tak taula dia orang ni layan ke tidak..

5 comments:

nida said...

Heheh...ada 'menurun' kat anak sedara gak nih! Habit2 yang 'menurun' ialah no 1 dan 3. Korek telinga tu dulu habit gak tapi sbb masalah gatal. goyang kaki masa tidur tu, dulu entahla kenapa kalau tak goyang tak leh nak lelap.

Habit2 ni hilang bila dah kawin. Segan kat che' abg kiter...

Ibu WA Alim said...

Blh controll rupanye..Cy tgh dok controll malu ni..tak tau la kot delete nanti post ni..

Ummu Auni said...

hahaha! banyak betul habit pelik ni, tu tak tahan sangat tu..kita bab kelemumur tu lepas kahwin ada lagi, tapi macam dah hilang banyak. rasanya dulu duk sekolah asrama tu, asyik bertudung je, jarang basuh ramabut..sekarang ni, balik je buka tudung...terus tak gatal macam dulu

Ibu WA Alim said...

Slps Cy kena chicken pox ari tu, kelemumur Cy hilang dan kepala Cy dah tak gatal walaupun Cy tak syampoo rambut berminggu-minggu, lbh krg 3 bln aman dr kelemumur ni, sbb kena chicken pox ataupun sbb sblm tu Cy guna syampoo Selsun Blue - Cool, dlm 3 bln habis sebotol yg 200ml rasanya, tp balik P Mas ari tu, sbb makan budu kot atau sbb berbekam..mlm tu juga kepala Cy gatal dan sampai la ke hari ni kelemumur ada balik..

Anonymous said...

hobi u no 2 & 3 same as me, terutama masa menunggu lebih2 lgi kat public. asal dok atas kusi mesti goyang kaki or gedik. maybe nak hilangkan boring or malu krn dok sore2, pah tu prasan oghe kelik baru breti, rupa2nya tul lah cuba tarik prhatian oghe lain... so kalu boleh jgan amalkan hobi ni bahaya???