Minuman-minuman ini telah diamalkan oleh suami saya sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan saya sebagai penyedia dan tumpang minum juga, kadang-kadang setiap hari dan kadang-kadang tidak, tetapi masih berterusan hingga ke hari ini. Kami berdua percaya jus buah-buahan dan sayur-sayuran ada khasiat tertentu untuk kesihatan, contohnya pegaga untuk meningkatkan memori dan mencuci jantung, manakala yang lain-lain tu untuk masalah tekanan darah tinggi dan juga jantung.
A. Jus Pegaga
Saiz hidangan : 1
Bahan-bahan
1 cekak kecil pegaga
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 gelas air minuman
Cara-cara
1. Bersihkan pegaga dan buang akarnya.
2. Kupas bawang putih dan bawang merah, bersihkan.
3. Blend kesemua bahan dengan segelas air minuman.
4. Tapis dan sedia untuk diminum.
(Jika tidak ditapis, sukar untuk menelan minuman ini kerana jus yang terhasil agak kasar dan berserabut)
Jus ini diberitahu oleh doktor suami saya, Dr. Kadir, dapat meningkatkan daya ingatan. Suami saya mengambil minuman ini ekoran daripada merasa lemah memori sebagai kesan sampingan daripada ubat jantung yang diambilnya. Jus pegaga ini juga berfungsi untuk mencuci jantung.
B. Jus Epal Hijau dan Celeri
Saiz hidangan : 1
Bahan-bahan
1 biji epal jijau
4-6 inci celeri
1 gelas air minuman
Cara-cara
1. Bersihkan epal dan potong kecil tanpa dikupas.
2. Bersihkan celeri dan potong kecil-kecil.
3. Blend kesemua bahan di atas dengan segelas air minuman.
4. Sedia untuk diminum, tanpa ditapis.
Jus ini pula diambil oleh suami saya kerana berguna untuk mengawal tekanan darah tinggi.
C. Jus Epal hijau, Carrot, Peria Katak dan Saderi
Saiz hidangan : 2-3
Bahan-bahan
1 biji epal hijau
1 batang carrot
1 biji peria katak
1-2 tangkai saderi
1-2 sudu besar madu
2-3 gelas air minuman
Cara-cara
1. Bersihkan epal dan carrot, dan dipotong kecil tanpa dikupas.
2. Belah peria dan buang biji, bersihkan dan potong kecil, tanpa dikupas.
3. Bersihkan saderi.
4. Blend kesemua bahan dengan 2-3 gelas air dan madu.
5. Sedia untuk diminum, tanpa ditapis.
2-3 gelas air minuman
Cara-cara
1. Bersihkan epal dan carrot, dan dipotong kecil tanpa dikupas.
2. Belah peria dan buang biji, bersihkan dan potong kecil, tanpa dikupas.
3. Bersihkan saderi.
4. Blend kesemua bahan dengan 2-3 gelas air dan madu.
5. Sedia untuk diminum, tanpa ditapis.
Jus ini pula berguna untuk mencuci jantung yang tersekat/tersumbat.
Kami mengamalkan meminum jus-jus ini, satu pada satu masa, bersama-sama dengan hidangan pagi. Aturannya, minum jus dulu baru bersarapan. Suami saya kata memang ada perbezaannya meminum jus-jus ini. Cubalah..ia menyihatkan walaupun anda tidak menghidapi apa-apa penyakit.
8 comments:
hmm...bunyi sedap jer air tu...tambah ais lagi best ker? yum yum. Healthy.
Taklah sesedap jus epal atau fresh oren kat kedai sbb kita tak masukkan gula.. dan juga ais. Minuman pagi ni, jus-jus ni. Tp lalu lah tekak ini menelannya..
adui, terliur baca ni....nanti nak try jugaklah (bila entah tu...)
Elokla kalau minum sekali sekala, kalau tak jadi amalan harian pun.. Jus campuran epal, carrot dan peria tu..pegi buat kat rumah ayah sbb dpt byk tu, blh minum ramai2.. Jus epal dan celeri tu plg simple..buatla..kalu takde celeri taram epal je pun ok..
wahhh...tak tau pulak ada jus yg letak bwg2 ni. Hmmm...yg letak peria tu, tak pahit ke?
Doktor suami Cy yg bg panduan ni, tp kawan Cy yg professionnya m'urut org kata, bawang putih dan bawang merah tu saling m'kontra.. Kawan Cy ni sendiri blend pegaga dgn pekatan cordial Sunquick..
Tak pahit, Da..malahan lazat bg Cy..tambah2 dah di+ apple, carrot, saderi dan madu..
peria katak?! yang mana?
Peria katak ni saiznya kecil2 je dan warna hijaunya lbh gelap berbanding peria biasa, bentuknya lbh krg samala dgn peria yg besar2 tu..
Bawang yg saling mengkontra tu maksudnya kontra keburukan masing2la kot, kalu kontra segala2, buat apa nak masuk kan?
Post a Comment