Bahan-bahan
2 cwn tepung gandum
1 cwn gula
1 cwn serbuk koko
1 cwn minyak masak
1 cwn susu
1 cwn air panas
2 biji telur
sedikit esen vanilla (opsyenal)
sedikit soda bikarbonat
sedikit garam
Cara-cara
0. Panaskan oven.
1. Campurkan kesemua bahan-bahan kering dulu ; tepung gandum, gula, serbuk koko, soda bikarbonat dan garam. Gaul rata.
2. Masukkan bahan-bahan basah pula ; minyak masak dan susu dulu. Gaul rata.
3. Pecahkan telur dan pukul rata.
4. Masukkan esen vanilla, kalau suka.
5. Akhir sekali, masukkan air panas dan dikacau rata.
6. Bakar dalam oven dengan kepanasan sesuai, sehingga masak.
Apa yang saya buat :
1. Setakat ini saya hanya menggunakan tepung gandum biasa tetapi untuk hasil yang lebih baik, gunakanlah tepung naik sendiri.
2. Kalau tiada stok gula halus, saya menggunakan gula pasir kasar sahaja tetapi menggunakan gula pasir halus ataupun gula kastor adalah lebih mudah.
3. Setakat ini saya menggunakan serbuk koko Van Houten dan pernah menggunakan serbuk MILO apabila tiada stok serbuk koko di rumah cuma rasa MILO tidaklah sepekat serbuk koko. Bagi yang tidak sukakan rasa koko yang pekat, atau tidak cukup serbuk koko atau tidak menggunakan susu pekat manis, 1/2 cwn serbuk koko Van Houten sudah memadai, ttp saya mengesyorkan 3/4 cwn jika tidak bermasalah seperti yang dinyatakan.
4. Saya menggunakan antara 1/4-1/2 sudu teh soda bikatrbonat dan garam.
5. Saya menggaul bahan-bahan kering menggunakan tangan je..guna jari jemari saya yang gemuk-gemuk dan comel ni..
6. Setakat ini saya pernah menggunakan minyak kelapa sawit, minyak kelapa dara dan minyak zaiton dan pernah mencampurkan dengan minyak sapi, marjerin Planta juga butter, satu jenis minyak dan satu jenis lemak pada satu masa, untuk rasa yang lebih baik, tetapi menggenapkannya hanya kepada 1 cawan sahajalah. Untuk bau yang lebih baik, disyorkan menggunakan minyak sayuran seperti minyak jagung, minyak soya dll.
7. Pada saya, apa-apa susu pun boleh digunakan samada susu pekat manis, susu cair, susu segar, susu tepung malahan serbuk krimer Nestle pun saya pernah gunakan, cuma perlu di'adjust' jumlah gula dan cairan tertakluk kepada apa yang kita guna. Jika tidak menggunakan susu pekat manis, bolehlah ditambah sukatan gula kepada 1 1/2-2 cawan, untuk rasa yang lebih manis. Jika menggunakan susu tepung, tambahlah sejumlah air agar mencukupi cecairnya. Biasanya, saya mencampurkan susu pekat manis dan susu cair, tetapi menggenapkannya hanya kepada 1 cawan sahaja agar saya dapat mengimbangkan jumlah cairan dan gula, kerana saya biasanya menggunakan 1 cawan gula sahaja.
8. Jika telur yang digunakan bersaiz kecil atau tak berapa cukup bahan-bahan yang saya fikir boleh menyedapkan kek atau ragu akan kualiti hasilnya atau keenakannya, saya mengggunakan 3 biji telur atau lebih, tetapi saya berhati-hati agar tidak terlebih memasukkan jumlah air.
9. Saya membakar selama 30 minit dalam oven sederhana panas, berdasarkan kerja terakhir saya pada 8 June lalu.
Nota :
Resepi ini diberi oleh kawan saya Wan Marinah. Saya telah mencubanya beberapa kali dan hasilnya pada saya yang bukan pakar ni, agak memberangsangkan. Kalau anak-anak saya makan kira pass la tu..
Resepi ini dikira mudah kerana tidak perlu memukul, main campur je..sepeti yang di'instruct' oleh kawan saya, cuma saya je menulisnya dengan terperinci..itukan gaya saya!
Gelagat Penjaja
10 years ago
6 comments:
yum...yum...ida ni kalau bab yang ber'coklat' ni memang suka. Oven sederhana panas tu agak2nya berapa degree celcius ye?
Cutenyer description jari jemari tu....
Cy pun tak tau berapa celcius sbb oven Cy ni settingnya dlm apa pun Cy tak tau, maxnya lbh sikit dr bacaan 200 (apa tak tau la). Cy ltk ant 180-200, tak la panas membahang pd Cy, tu pun kek tu dah mula naik tak seimbang dan pecah dan permukaannya agak garing..tp masihla blh diselamatkan..
Jari jemari tu mmg kiut..kalau tak describe pun..
ini dah kira seasoned chef...talking from experiences! Kalau tak masuk minyak pon ok rasanya, kurangkan kolesterol ;P
Pasal nak kurangkan kolestrol dan nak jaga kesihatanla yang Ky guna minyak zaiton, minyak kelapa dara, dan minyak sapi tu..orang lain mana ada guna minyak-minyak tu semua..susu cair kalau ikut tulis kat tin tu tanpa kolestrol, betul ke tidak tak tau la..dan juga kurangkan gula..mmg krgla umphnya..tapi masih ok..
minyak masak tu ganti butter kan?
pakai minyak masak biasa tak gemuk ke
tengah try nak diet ni...
Ya! Yg sebenarnya minyak sayuran spt minyak soya atau minyak jagung, yg dikatakan lbh baik baik dr minyak kelapa sawit, dr segi kandungan kolestrolnya.. Butter, Cy tak pasti, tp kalu majerin, adalah lemak tepu yg sukar diuraikan oleh badan, ikut kata doktor my hubby. Doktor tu juga advise suami Cy ambil minyak sapi berbanding marjerin..kalu nak yg mahal, pakaila minyak zaiton, ia menyumbang kpd good colestrol ataupun minyak kelapa dara yg baik utk kesihatan..
Post a Comment