Tuesday, June 17, 2008

Jika Anak Jatuh...

Semasa saya kecil, lebih kurang berumur 8 atau 9 tahun, saya pernah terjatuh daripada pokok rambutan yang 'sekah'. Saya, kakak saya Bi dan adik saya Ze, bersama-sama memanjat ke dahan pokok yang tidaklah setinggi mana, antara 5-6 kaki sahaja daripada paras tanah. Agaknya disebabkan pokok itu sudah tua dan dahannya yang tidaklah kecil sangat itu tidak dapat menampung berat badan saya dan kakak, yang berumur hanya setahun lebih tua daripada saya, lalu ianya 'sekah' lalu kami berdua jatuh ke tanah bersama-sama dahan tersebut. Ze berada di dahan lain, jadi beliau tidak ikut terjatuh. Bi jatuh sambil berdiri dan betisnya bergesel dengan dahan pokok manakala saya jatuh terduduk dan terhentak atau terhenyak punggung ke tanah. Hasilnya, saya tidak dapat mengeluarkan kata-kata, hanya mengeluarkan bunyi erk.. erk.. saja walaupun sebenarnya hendak bercakap dan nafas saya terasa macam tersekat .. di dada atau di kerongkong..

Kakak saya Nun, yang sedang datang ke arah kami, membantu saya. Dia memasukkan kedua-dua belah tangannya ke bawah kedua-dua ketiak saya dari arah belakang, mengangkat sedikit badan saya dalam kedudukan punggung saya terangkat sedikit daripada paras tanah tetapi kaki saya masih terjulur di atas tanah. Dia menggoyang badan saya beberapa kali, seperti mengocak. Selepas itu barulah saya boleh bersuara. Kakak saya itu hanyalah 3 tahun lebih tua daripada saya..

Semasa anak kami, Ali, masih kecil, dalam 2 atau tiga tahun umurnya ketika itu, beliau pernah terjatuh, di dalam rumah. Biasalah budak kecilkan. Saya tidak berapa ingat sangat keadaaannya pada masa itu, tetapi saya rasa macam jatuh biasa dan okey tetapi mertua saya yang berada di rumah kami pada masa itu, meminta saya menolongnya menggoyangkan badan Ali. Saya memegang di kedua-dua kaki dan ibu mertua saya memegang di kedua-dua tangan, kerana Ali masih kecil pada masa tu, badannya berada di udara dan kami bersama-sama menggoncang atau mengayak badan kecil itu. Kata ibu mertua saya, agar urat-urat yang mungkin tersalah semasa jatuh tadi kembali pulih.

Saya tidak pernah pula merujuk kaedah ini kepada sesiapa tetapi apabila anak atau cucu terjatuh saya rasa kadang-kadang perlu untuk melakukan perkara yang sama, ditambah dengan berselawat syifa' dan berdoa, apatah lagi jika nampak macam nafasnya tersekat..

(Walau bagaimana pun jika usaha ini tidak memadai, bawalah berjumpa doktor!)

Oleh sebab itulah juga sekali sekala apabila saya berada bersama-sama dengan anak saya yang berumur 7 tahun, sambil melayan ia berbual atau bercerita, sambil bergurau dan memeluknya, kadang-kadang saya goyang perlahan badannya sambil di dalam hati saya berselawat syifa' dan berdoa. Begitulah juga ketika menolong anak saya mandi, dengan menyabun dan menggosok seluruh badannya, sambil meyiram dan mengusapi tubuh kecil itu, saya berselawat syifa' dan berdoa di dalam hati juga. Dan di waktu saya membacakan doa tidur untuknya, di samping bacaan-bacaan lain, dan selawat syifa' juga, saya hembus dan saya usapi seluruh badannya, agar anak saya sihat dan soleh dan lain lain lagi. Moga-moga Allah swt perbetulkan kalau ada mana-mana bahagian dalam badannya yang tidak betul, kerana anak saya ini di masa kecil banyak jatuhnya, yang amat saya kesali hingga ke hari ini..

Selawat Thib atau Selawat Syifa' :
Allahumma szolli a'laa saidina muhammadin
thibbil quluubi wa dawaa iha
wa aa'fiatil abdaani wa syifaa iha
wa nuuril abszoori wadhiaa iha
wa a'laa alihi waszohbihii wabarik wasallim

Maksudnya :
Ya Allah! Kurniakanlah rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad saw
yang mudah-mudahan dapat mengubati hati dan menjadi penawarnya
dan mudah-mudahan menyihatkan badan dan menyembuhkannya (dari segala penyakit)
dan mudah-mudahan memberi cahaya penglihatan dan menyinarkannya.
Dan juga limpahkanlah keberkatan dan kesejahteraan ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya sekelian.

(Selawat dipetik dari buku Himpunan Doa-doa Pilihan dari Al-Quran & Al-Hadis serta Terjemahannya oleh Prof. Dr. Haron Din & Ust. Ishak Din, Terbitan Darul Nu'man, Cetakan Keempat 1997, ms 58)

8 comments:

alyaa said...

alyaa takde blog. sebab tu cy tak jumpe..

Ibu WA Alim said...

Hm..rugila kalu mcm tu..tak dptla Cy nak chit chat dgn Alyaa..dan mengintip! Dgr kata Alyaa sedih..jgnla sedih..nanti Cy pun sedih juga..byk2 berdoa Ya, agar Allah menenangkan hati..dan memberikan yg terbaik buat Ya..dan semua..(including Cy..kena!)

nida said...

tulisla maknanya sekali cik yah

Ummu Auni said...

CY, kita selalu amal do`a ni...minta2 anak semua sihat. bukan sakit2 macam kita.. Alhamdulillah, harapnya begitu..anyway, dah try buat kek CY tu, tapi tak boleh lawan kek guna butter la, sedap lagi kut! (& gemuk)

nida said...

orang2 dewasa tak leh goyang2 gak ke?...asyik sakit urat (lenguh2 badan) je skrg nih...

Ibu WA Alim said...

Maknanya tu nanti Cy refer kat mana2, Cy tahu sebhg sj, Nida..(Ini ingat dah nak jwb pg tadi, tp fikir nak refer dulu baru jwb..)
Org dewasa blh goyang juga, tp kena goyang sendiri la..goyang Inul ke..Cy dapati senaman regangan berkesan utk sakiturat/lenguh2 tu..Awal tahun lps, 2 bln Cy ikut senam robik kat dataran rukun tetangga kat tepi rumah Cy ni..kesannya bagus utk masalah yg Da sebutkan tu, pulak2 Cy ni selalu sakit2/lengguh2 atas belakang dan tengkuk, tambah dgn kena sinaran matahari pagi pukul 8-9 tu, mcm kita buat treatment urut/berdiang je..mungkin lbh baik!
Tentu UA tak lupa amalkan selawat tu utk diri sendiri ye..pasal kek tu, mmgla, dan kalu nak sihat kena berkorban sikit..

Ummu Auni said...

memang duk amal sokmo....berharap, dan berusaha. jangan pula putus harap, ye dak? ni pun baru ambil medical takaful untuk budak2 ni...moga2 tak mudrat/terkena penyakit cam aini. doc kalau sakit apa2 mesti tanya, ada tak dlm family sakit macam ni...nampaknya kesan migraine dgn blood pressure dah ada...tu yang bersedia sekarang kan...

Ibu WA Alim said...

Ha.. Nida, Cy dah tambah terjemahan penuh/lengkap selawat tu.
Baguslah kalu mcm tu UA dan tq lah krn sudi cuba resepi tu..