Tuesday, October 7, 2008

Cara-cara Menanam Uri

Adik bongsu saya yang baru menyambut kelahiran cahaya mata pertama pagi tadi menelefon bertanya di mana hendak ditanam uri dan bagaimana. Saya yang tidak berapa tahu tentang ini melanjutkan pertanyaan beliau kepada suami.

Kata suami saya, uri bukanlah bahagian tubuh manusia walau bagaimanapun kita menghormatinya. Beliau pun menerangkan cara-cara menanam uri seperti di bawah ini :

1. Basuh uri dengan air.. agar ia bersih daripada darah.. tertinggal sikit-sikit tak apa.. macam kita bersihkan daging..
2. Bungkus uri yang telah dibersihkan dalam kain putih.. kalau tak ada kain putih pun tak apa.. gunalah kain lain..
3. Ikat bungkusan kain berisi uri itu.
4. Masukkan bungkusan uri ke dalam tempurung betina.. tempurung yang ada lubang tu..
5. Tutup dengan bahagian tempurung yang lagi satu..
6. Gali tanah sedalam mungkin.. sedalam agak-agak tak dibau dan dikorek anjing nanti..
7. Letakkan tempurung berisi uri dengan keadaan bahagian berlubang ke arah bawah tanah.. agar kandungan air dalam uri akan mengalir ke bawah tanah nanti dan agar senang ia mereput ..
8. Akhir sekali.. timbuslah.

Wallahu a'lam. Sesiapa yang ada maklumat yang boleh dikongsi bersama, silakanlah.

8 comments:

Ummu Auni said...

erk, aini rasa abg yusoff basuh dan tanam macam tu je uri. tak balut dengan kain/tempurung dah..terus tanam gitu depan rumah

Ibu WA Alim said...

Cy pun tak tau adakah ini cara terbaik..
Ayahsu wp cy dah advise dia sedemikian tp tak boh jugak dlm tempurung.. katanya tak sempat cari..manakala dibungkus dlm balutan kain krn agaknya dia dah terima sedemikian drp pihak hospital..tanam dpn rumah Cy berhampiran tempat uri Alim ditanam..
Ayahsu basuh dgn garam dan asam keping..agaknya diberitahu oleh mertuanya..Cy pun pernah dgr sebegitu..tp hubby tak mention la pulak ..

Anonymous said...

bagus info ni. aku tengah mentelaah ni. stanby nak terima orang baru.

JEMPUT BACA DI BLOG SAYA
jom kemaskini email yahoo..... dengan fb filter

admin skl said...

dalam islam...uri di tanam utk mengelakkan dimakan oleh binatang dan sebagainya...adat bungkus membungkus tidak terdapat dalam quran atau hadis atau nas-nas yg berkaitan...moga kita dijauhkan dari syirik

love.happen said...

sila rujuk ke laman ini :
http://soaljawab.wordpress.com/2008/01/19/wajib-ke-tanam-uri-bayi-tu/

Anonymous said...

Salam. X de masalah kalau adat yg dibuat tu x de kepercayaan tertentu. Cuma sekadar nak elak dimakan binatang buas / anjing sahaja serta utk pastikan ianya mereput dlm keadaan sempurna tidaklah mengapa. Tapi kalau ianya dibuat krn sbb2 kepercayaan tertentu seperti masukkan paku utk elak diganggu makhluk halus, masukkan pensel utk jd kn anak pandai, masukkan kasut but utk jd kn anak pandai main bola... itu semua boleh jatuh ke unsur2 kesyirikan... Mintak berlindung dgn Allah dr perkara2 tersebut. Waallahu A'lam

mamamia said...

salam kat sini pun ada juge sedikit pengetahuan yang perlu sebelum kita nak tanam uri tue..
http://cara-tanam-uri.blogspot.com/2010/04/dikirim-oleh-mohd-masri-di-januari-19.html

yatty said...

Tips yang menarik..;)