Monday, March 10, 2008

Dah kena tag dah..! Reading List

(Kita ni dah kena tag kat anak saudara kita Mardhiah12).

La..tak tau kena tag kena buat macam ni..Dahla baca-membaca ni dah jadi nostalgia..history gitu..Anyway, cuba jugalah..

Background
Kita membesar dalam kewujudan bahan-bahan bacaan yang terhad, yang ada pun koleksi di rumah mak kita, entah abang-abang kita punya kot..kerana memenuhi keperluan buku-buku sastera sekolah menengah dan leisure reading ..di kampung terpencil dan pekan kecil dalam suasana tahun 70an..mana ada bookstore kat kita punya hometown..? Kita pulak jarang amat keluar dari kampung/pekan kita, yalah masa tu perhubungan/pengangkutan bukanlah perkara mudah macam sekarang ni..duit pun tarak..

Kat sebuah negeri di utara pula, bookstore yang kita pergi satu-satunya kepunyaan kawan kita, (dah arwah beberapa tahun yang lalu, sakit jantung dengarnya, wujud lagi atau tidak bookstore tu tak taulah..) yang menjual buku-buku agama dan dakwah..! Kat sebuah negeri di pantai timur pun sama, kita pergi bookstore kawan boss kita, juga buku-buku agama/dakwah di samping buku-buku sekolah..

Kat sini, adalah kita pergi book fest kat PWTC, ataupun jualan apa-apa kat perkarangan DBP, ke bookstore masa nak beli buku-buku keperluan sekolah anak-anak..

Last book read?
Tak ingat dah tu bila kali terakhir membaca..oo..The Food We Eat By Farah Sardar..kena suruh baca dek cucu..baru beberapa hari lepas..

Currently reading?
Rasa advance sikit dari maksu, Iqra' Cara Cepat Membaca Al Quran Resam Uthmani Jilid 6 by Ustaz Haji As'ad Humam, ajar DS, ms 15 malam tadi.. daripada 31 mukasurat semuanya..dah nak habis dah..

Adab-adab dan Peribadi Agung Seorang Muslim oleh Imam Jaafar AsSayuthi, baru habis satu bab 26 mukasurat daripada 181 mukasurat satu dua minggu lepas..tak sambung-sambung lagi.

Favourite genre?
Romance kot..? Sepatutnya buku agama kan..? Sebenarnya ikut terambil..!

Zaman kanak-kanak, masa sekolah rendah dulu suka baca siri penyiasatan.. 7 Penyiasat, 5 Sekawan kedua-duanya oleh Enid Blyton dan siri bebudak kat sekolah berasrama, karangan sapa entah dah lupa. Buku-buku ni diperoleh daripada perpustakaan sekolah kat kampung. Kebanyakannya telah dialih bahasa ke Bahasa Malaysia. Baca juga buku-buku yang ada dalam koleksi kat rumah, seperti Sinbad, Hikayat Seribu Satu Malam, Rimau Di Lembah Pahit..Nama pengarang tak payah tanyala..tak ambil tau pun masa tu..kalau tau pun dah lupa..

Zaman awal remaja, masa sekolah menengah rendah masih mengekalkan genre yang sama tetapi daripada siri Hardy Boys, Salma apa entah, buku ini saduran daripada siri Inggeris lupa juga namanya..oo dah ingat dah..Nancy Drew. Ini pun buku-buku daripada perpustakaan sekolah kat pekan, kebanyakannya juga telah dialih bahasa. Kecenderungan ini seiring dengan siri penyiasatan yang ditayangkan kat TV masa tu Hardy Boys, Charlie's Angel dan Chips. Buku yang ada kat rumah, Jejak Langkah, Musafir, Hikayat Malim Deman, Pak Pandir, ..tak tau karangan sapa semua tu.

Zaman remaja, masih suka kisah-kisah penyiasatan dan kanak-kanak tetapi beralih pula ke romance..The Pride and The Prejudice, ini novel Cik Nun kat MPPM dan versi Bahasa Malaysianya disiarkan secara bersiri dalam majalah Wanita pada masa tu..The Sting, novel ayah kot.. dan ada novel tulisan Barbara Cartland, lupa tajuknya, ayah punya juga kot..

Awal kedewasaan, beralih tumpuan ke buku-buku agama, dakwah, harakiah,..seiring dengan kehidupan kampus dalam tahun 80an yang disebut sebagai era kebangkitan Islam..Asas-asas Islam oleh Abul A'la Al Maududi, Apa Erti Saya Menganut Islam oleh Fathi Yakan, Asas-asas Ilmu Dakwah oleh Dr. Abdul Karim Zaidan, TariqudDakwah oleh Mustafa Mashur, Di Bawah Naungan alQuran oleh Syed Kutb, Halal dan Haram Dalam Islam oleh Dr. Yusof al Qardhawi, Nasihat Agama dan Wasiat Iman oleh Abdullah Nasih Ulwan, Generasi Muda dan Perubahan, Tribulasi Dalam Perjuangan, Bahtera Penyelamat, kebanyakan daripada karangan Fathi Yakan..dan banyak lagi..tak semua buku-buku ini habis dibaca..saja nak memeranjatkan korang je..

Pernah mencelah dengan buku-buku MB, koleksi kawan, korang tau ke..Mills & Boon (ee..tak solehnya..). Juga pernah baca Kahwin Paksa, novel terjemahan dan pernah disiarkan secara bersiri juga dalam majalah Wanita, terjemahan Malungun, dan Hingga Hujung Dunia, novel Indonesia yang disiarkan secara bersiri juga dalam majalah Wanita juga..

Buku-buku akedemik pula kena baca jugalah kan..kan student..buku biologi dan kimia masa matrik sangat menarik hati..dapat result pun boleh tahan jugalah..buku-buku pendidikan .. Psikologi Pendidikan dan Remaja (tak ingat nama pengarang), Sejarah Pendidikan Di Malaysia oleh Dr. Awang Had Salleh, dan satu buku pendidikan oleh Dr Ibrahim Saad dan Dr. Koh Tsu Koon suka..Maaflah nama-nama buku dah tak ingat penuh dan nama pengarang pun mungkin tertukar sesama sendiri..

Lepas tu, buku-buku perakaunan semasa buat LCCI, dan masa buat kursus pengurusan perniagaan tu pulak ada la baca buku-buku pengurusan, pemasaran, ekonomi..level STPM/Diploma..tajuk buku dan nama pengarang dah lupa ya.. macam Kontz gitu dan Kohler & Kohler.

Zaman dah jadi makcik ni pulak bacalah juga buku-buku kekeluargaan, rumahtangga (korang tahu buku Mutiara Taman Wangi oleh Ibnu Yusof.. heh?), resepi..Masih baca buku-buku agama dan kanak-kanak, Pocahontas contohnya dan Walts Disney Series seperti 101 Dalmatian dan Bambi dan novel ringan ..Pulang oleh Toha Mohtar (104 ms, novel Indonesia), The Big Wave oleh Pearl S Buck (94 ms, kisah gelombang besar di Jepun dulu-dulu), Lorna Doone oleh R. D. Blackmore (596 ms dalam versi Bahasa Malaysia), tetapi terhad kepada koleksi yang ada di rumah saja..tambahan dibuat time book fest tu tak banyakla..tak macam ulat buku macam korang..

Hm..penat baca..? Eh korang kan ulat buku..mesti ulat baca juga kan..?

Favourite author?
Masa suka baca kisah romance tu, suka jugalah tulisan Barbara Cartland..?
Danielle Steela..macam pernah dengar, Sydney Sheldon..macam pernah nampak nama tu (kat kulit buku dalam bilik DDs), John Grisham, Jefrey Archer, Dan Brown macam tak pernah dengar..Usman Awang, Shahnon Ahmad, Azizi Abdullah..tau!

Buku SS yang ada dalam koleksi DD, The Other Side of Midnight (435 ms, tak larat baca aku) dan 2 cerita dalam satu buku The Doomsday Conspiracy (445 ms) dan The Stars Shine Down (442 ms).

Favourite book - fiction?
Entah..
(Rimau Di Lembah Pahit, Musafir, The Pride and The Prejudice, The Sting, Kahwin Paksa, Hingga Hujung Dunia, Pulang, The Big Wave..semuanya suka, yang tak suka selalunya tak habis baca).

Favourite book - non fiction?
Entah juga..
(Langkah Menuju Allah kot..by Labib Al Buhi, Sejarah Pendidikan Di Malaysia pun menarik)

3 books you wish to read next?
Tinggal kosong dululah..
1. Adab-adab dan Peribadi Agung Seorang Muslim tu, nak kena habiskan..
2. Sebuah buku yang DH hadiahkan, lupa tajuk, dan entah mana-mana dah entah perginya..
3.

3 Books I wish you to read next?
Nanti nak check dulu..ha..dah ingat dah..
1. Tautan Hati oleh Fatimah Syarha, studen master kat UIAM ni, novel mengisahkan kehidupan pelajar di kampus, anak kita dah baca tapi kita belum..
2. 7 Formula Individu Cemerlang oleh Dr. Danial Zainal Abidin, buku ni kita hadiahkan kat DH tapi kita tak baca pun..sebab tu kita tak cemerlang..
3. satu lagi nak cari..Ha.. dah jumpa dah, Ladang Hati Mustika oleh Ummu Hani Abu Hassan, kita terjumpa buku ini secara kebetulan dari laman web ummuhani.com yang kita termasuk secara tak sengaja kerana tertukar dengan kawan kita punya laman blog ummuhanisuatumasa.com. Seorang penulis muda yang berlatarbelakangkan sekolah agama juga..nak berkenalan lebih lanjut lawatlah laman webnya yang kita sediakan alamat di laman pilihan kita. Ataupun buku Kutemui Jalan Pulang oleh Ummiroses, antologi kisah benar remaja puteri Raudhatus Sakinah. Penulis ini adalah kawan kepada kawan kita Ummuhanisuatumasa.com. Dari laman web Ummiroses.com inilah kita jumpa blog Arrayyan tu. Nak tahu buku-buku lain lawatlah lamannya yang kita sediakan di laman pilihan.

Soalan ni kita tambah, nak balancekan soalan-soalan yang kita tak jawab tu..

5 people I'd like to tag :
Mana ada lagi..? Hm.. ada sorang..Ummuhani!

(Sorryla, ada nampak macam tiru maksu punya tak..?)

4 comments:

Ibu WA Alim said...

Ehm..dah boleh dah! Tadi tu dok buat kat post yg atas tu, pttla tgk mcm takde yg tak kena..haiya..!

aida said...

reading list interesting.. hehehe
aida belum buat lagik, tapi aini review tautan hati hari tu tak sedap, dia kata macam baca kitab agama. and banyak tak logik.. mungkin sebab kami compare dengan tulisan Habiburrahman El-Shirazy yang digelar 'hamka kecil'

Ibu WA Alim said...

Tk, oo..A dan A dah tau novel tu rupenye..sj CY rekomen sbb pernah jumpe penulisnye..bg sokongan kat penulis mude yg ada background agame..ada buku yg dia tulis bersame Dr. Fadhilah Kamsah tp CY tak ingat tajuk, buku motivasi rasenye..Ni CY dah bubuh blog A dan A kat my links ni, izinkanla ye..! Maksu dan ayahsu pun! Kite ni baru belaja buat blog, rule die kite sign accepted tp kita tak bacepun dan tentunye tak taulah ape rulenye kan..setting2 punye hal tu pun kite bengang jugak!

Ibu WA Alim said...

CY juga kenal penulis buku 7 Formula Individu Cemerlang, pernah kerja dengannya semasa kat utara dulu..kalau nak tau lain2 buku2 hasil tulisannya cuba lawat laman webnya kat Laman Pilihan CY : DDZA @ Syifa'.