Wednesday, March 12, 2008

Panduan Membuat Epok-epok Telur

(dan Panduan Membuat Sos Pencicah)

Bahan-bahan inti :
2-3 biji telur
Daun bawang secukupnya
Sedikit garam

Cara-cara :
1. Pecahkan telur ke dalam sebuah mangkuk.
2. Potong halus daun bawang dan masukkan ke dalam mangkuk telur.
3. Tambahkan sedikit garam dan bancuh telur sehingga bergaul rata.
4. Sedia untuk dimasukkan ke dalam pastri.

Bahan-bahan untuk pastri :
2 cwn tepung gandum
1/4 - 1/2 cwn mentega (bergantung kepada kesukaan anda)
Sedikit garam
Sedikit air

Cara-cara :
1. Gaul tepung gandum bersama garam.
2. Masukkan mentega dan gaul sehingga rata.
3. Tambahkan air sedikit demi sedikit (agar tak berlebihan).
4. Uli ringan untuk membentuk doh. Doh yang baik tidak melekat di tangan.
5. Canaikan doh dan bentukkan bulatan sebesar piring.
6. Letakkan doh yang telah dicanai di dalam sebuah piring dan masukkan bancuhan telur.
7. Lipat doh di atas piring dan kelimkan tepinya tanpa diangkat daripada piring (supaya bancuhan telur tak tumpah keluar).
8. Terus menggoreng dalam minyak yang panas sehingga kuning keemasan.
9. Angkat dan sedia untuk dimakan bersama sos pencicah.

Panduan Membuat sos pencicah
Bahan-bahan :
5 biji cili merah
3 biji cili kering
1 labu bawang putih
Sedikit sos tomato
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Cara-cara :
1. Blend halus cili merah, cili kering dan bawang putih.
2. Campurkan semua bahan ke dalam sauce pan.
3. Masak di atas api sederhana sehingga mendidih, biarkan seketika.
4. Angkat dan sedia untuk dihidangkan bersama epok-epok.
Nota :
Jika anda tidak suka rasa bawang putih yang kuat kurangkan sukatan kepada setengah labu sahaja. Sos pencicah ini juga boleh dimakan bersama tauhu sumbat dan lain-lain.
Komen saya :
Percubaan pertama saya membuat epok-epok ni tak menjadi..saya telah menghasilkan epok-epok berkulit tebal dan tak sekata dan tak cukup masak bahagian dalam pastri apatah lagi telurnya..agaknya sebab saya tak canai betul-betul kulit karipap tu dan tak menggunakan roller pencanai.
Dalam percubaan kedua, untuk mengelakkan masalah yang sama berulang, saya telah menggoreng/mendadar nipis dulu telur yang hendak digunakan. Pastri pula saya canai dengan lebih berhati-hati untuk mendapatkan ketebalan/kenipisan yang sesuai, dan menggunakan roller pastri tu.
Untuk sos pencecah pula, hasilnya amat memberangsangkan. Tentu ahli keluarga anda berbangga anda dapat menghasilkan sos pencecah sendiri, tak perlu lagi terlalu bergantung kepada sos ready made.
(Panduan membuat epok-epok telur dan sos pencicah ini diperolehi daripada kawan saya, Hjh Sapiah).

No comments: