Bahan-bahan asas:
3 ekor ikan kembong bersaiz sederhana
5-6 hiris lengkuas
2-3 ulas bawang putih dihiris nipis
2 keping asam gelugor
Sedikit garam
Air secukupnya
Cara-cara :
1. Ikan dibuang perut dan dibersihkan. Potong atau tidak, ikut kesesuaian.
2. Masukkan ke dalam periuk yang sesuai bersama-sama hirisan lengkuas, bawang putih, asam keping dan garam.
3. Tambahkan air sehingga menenggelamkan ikan dan bahan-bahan lain di dalam periuk.
4. Masaklah di atas api yang sederhana dan biarkan ia mendidih.
5. Biarkan seketika barulah diangkat dan sedia untuk dihidangkan.
Bahan sampingan :
Bolehlah ditambah sedikit 'manisan' (gula melaka) jika suka. Juga boleh dimasukkan cili api atau cili hijau.
Jenis ikan yang sesuai untuk disinggang :
Selalunya di kampung dulu kami menggunakan ikan kembung, ikan aya atau ikan tamban beluru.
Menyinggang ikan air tawar :
Mak saya kata kalau nak singgang ikan darat bubuh bawang merah selain dari bahan asas tadi. Ikan air tawar yang allahyarham abah saya selalu suruh singgang ialah ikan selat.
Variasi dari resepi tradisional :
1. Saya pernah makan di sebuah restoran di Ampang ikan singgang yang dimasukkan hirisan bawang besar dan hirisan daun bawang ke dalamnya di samping beberapa biji cili api..
2. Di sebuah restoran di Teluk Chempedak pula saya dihidangkan dengan ikan singgang yang dihiris masuk daun sup .. dan menggunakan jenis ikan besar yang saya tak pasti ikan apa..putih isinya..entah tenggiri..bukan tongkol kot.
Nota :
Saya rasa ikan singgang sesuai dimakan oleh orang-orang yang menjaga diet pemakanannya kerana ia dimasak tanpa menggunakan minyak masak dan tidak berlemak. Ia amat menyelerakan bagi yang menggemarinya samada di musim panas atau sejuk..

5 comments:
ikan selat tu macammana rupe ye?
buleh lah nok gi make ike singge nih
wah wah, ni best ni ada resepi..boleh tiru..hihihi
Selamat dtg ummuhani, tk krn sudi singgah..saya pun dah melawat blog ummuhani..ikan selat tu mcm mana nak describe pun tak tau..
Yasmin's mummy, slekela..suko ko make ike singe..?
Puan yag diredhai ni..! Tp apa salahnya tiru benda yg bermunafaatkan..? Blhla kita yg tak reti masak ni mencuba..
Post a Comment