Wednesday, March 5, 2008

Panduan Menyembuhkan Penyakit

Ini pula panduan untuk menyembuhkan penyakit-penyakit seperti penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi dll..

1. Baca doa sebelum makan :-
Bismillahilladzi at'a'mana wasaqana waja'a'lana muslimin. Maksud doa ini ialah : 'Dengan nama Allah yang memberi kami makan dan kami minum dan menjadikan kami orang Islam'.
(Sila rujuk buku doa berkaitan untuk sebutan yang tepat.)

2. Baca doa maathur yang berikut :-
Bismillahilladzi layadhurru ma'a'smihi syai'un fil ardhi wala fissama'i wahuassami'u'l a'lim. Maksud doa ini ialah :- 'Dengan nama Allah yang tiada memberi mudharat selagi bersama dengan namaNya segala sesuatu yang di bumi dan tidak yang di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui'.
(Untuk sebutan yang tepat sila rujuk buku doa atau Al Maathurat.)

3. Baca doa berikut sebanyak 3 kali :-
Wayazidkum quwwatan ila quwwatikum wala tatawallau mujrimin (petikan ayat 52 surah Hud). Maksud ayat ini ialah :- 'Dan Dia menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa'.
(Petikan yang dimaksudkan ialah di baris kedua ayat 52 surah Hud di atas ini)

Amalkan panduan 1-3 di atas setiap kali sebelum makan.

Panduan ini diperolehi oleh anak sulong kami daripada salah seorang ustaz di tempat kerjanya, khas untuk ayahnya yang ada masalah jantung.

Update
Baru-baru ini pula saya berpeluang menonton siaran ulangan rancangan TV Astro iaitu Bersama Dato' Dr. Fadhilah Kamsah. Topik yang diperbincangkan lebih kurang berbunyi 'Bagaimana Menurunkan Berat Badan Berlebihan' atau berkenaan dengan diet pemakanan sihat, saya tak berapa ingat dengan tepat tajuknya tetapi yang saya ingat dengan pasti ialah Dato' Dr. Fadhilah Kamsah berkata, boleh makan semua benda tetapi dengan jumlah yang sedikit dan kalau nak makan makanan yang mungkin mendatangkan mudharat seperti udang dan sotong, kerana kandungan kolestrolnya, bacalah 'Bismillahilladzi layadhurru ma'a'smihi shai'un fil ardhi wala fissama'i..sehingga habis' seperti di no. 2 di atas.

Satu lagi siaran rancangan TV Astro yang saya tonton pada 17/8/2008 berkenaan seorang isteri yang menceritakan pengalamannya menemani suaminya yang jatuh sakit semasa menunaikan fardu haji di Mekah dan dirawat di sana selama berbulan-bulan. Ceritanya, apa yang dilakukan oleh doktor dan jururawat di sana selain merawat secara moden ialah membacakan ayat-ayat suci al Quran al Karim kepada suaminya termasuklah membacakan surah al Ikhlas, Al Falak dan An Nas.

Ini pula kes yang berlaku kepada Ustazah S yang membimbing kelas harfiah saya yang mana ibunya yang berusia 60an didapati diserang penyakit kanser, hati, kalau tak silap, stage 4. Beliau membawa ibunya dari Melaka untuk tinggal di rumahnya di Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan dari salah sebuah hospital kerajaan di sini. Sementara menjalani beberapa sessi kemoterapi, Ustazah S sering membacakan ibunya ayat-ayat suci alQuran al Karim dan memasang kaset ayat-ayat suci al Quran jika beliau tidak dapat membacakannya ataupun tidak berada di rumah kerana menghadiri kelas-kelas pengajian agama, yang banyak dihadirinya, samada sebagai guru atau sebagai murid agar rumah sentiasa dilimpahi dengan bacaan alQuran.

Sekarang, setelah selesai menjalani sessi kemoterapi 7 atau 8 kali, ibu Ustazah S kelihatan sihat dan berat badan beliau bertambah lebih kurang 10 kg. Ibu Ustazah S telah pulang ke rumahnya di Melaka. Kita berusaha dan berdoa kepada Allah swt, kemudian berserah kepadaNya. Allahlah yang menentukan apa yang terbaik untuk kita, di dunia dan juga di akhirat. 19/8/2008

Updates terkini
Di bulan Ramadhan yang baru lalu, saya berpeluang menyertai tadarrus al Quran secara berkumpulan bersama-sama dengan kawan-kawan di kejiranan saya ini yang juga merupakan murid-murid dari kelas pengajian al Quran yang kami ikuti di dewan RT berhampiran dengan rumah saya. Sambil bertadarrus kami berkesempatan juga untuk menyaring beberapa ayat suci al Quran yang lazim digunakan sebagai pengubat/penawar mahupun doa. Kak B, ketua kumpulan tadarrus kami mengatakan bahawa beliau pernah mendengar ayat di no. 3 di atas digunakan sebagai doa untuk sakit-sakit tulang.

Manakala Kak Z pula memberitahu bahawa ayat berikut :
Innahuu min sulaimaana wa innahuu bismillaahirrahmaanirrahiiiim, yang bermaksud :

Sesungguhnya surat itu, dari Sulaiman dan sesungguhnya (isi)nya : "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang." daripada ayat 30 surah An Naml dibaca sambil mengusap-ngusap lutut untuk masalah sakit lutut. 11/10/2008

Ketika singgah di rumah kakak sulong saya semasa balik berhari raya di kampung tempohari, kakak dan abang ipar saya mengesyorkan kami memakan kunyit muda sebagai ulaman untuk perlindungan kepada masalah sakit lutut yang mungkin bakal dihidapi nanti.12/10/2008

Melalui perbualan telefon dengan kakak saya Bi, tempohari, beliau memberitahu, seorang tukang urut yang datang ke rumahnya mengesyorkan menyapu kapur sireh ke lutut untuk menghindari daripada menghidapi masalah sakit lutut ini di kemudian hari. Beliau juga mengesyorkan menyapu kapur sireh di perut untuk mengatasi masalah sengkak dan tidak selesa di perut.20/02/2009

No comments: