Thursday, March 6, 2008

Panduan Membuat Co' Mudah

(dan panduan men'drop' adunan co')
Bahan-bahan :
Tepung gandum 1 cwn + 1/2 cwn + 1/4 cwn + 1/8 cwn
Ikan bilis 1/2 cwn + 1/4 cwn
Bawang besar 1 labu + 1/2 labu
Garam 1/4 sudu teh
Serbuk penaik 1/4 sudu teh (baking powder)
Air 1 cwn
Cara-cara :
1. Gaul rata bahan-bahan kering : tepung gandum, garam dan serbuk penaik.
2. Blend kasar bawang besar dan ikan bilis secara berasingan menggunakan air yang dah disukat tu, jangan ditambah air lain!
3. Campurkan kesemua bahan ke dalam sebuah bekas dan gaul rata.
4. Uji kepekatan/kecairan adunan dengan cuba men'drop'kan adunan ke dalam bekas, tengok samada ia turun dengan laju atau 'slow motion' atau tak turun langsung. Kepekatan adunan yang turun dengan slow apabila di'drop' itulah yang paling sesuai..
5. Jika adunan agak cair, tambah sedikit tepung, dan jika agak pekat tambahlah sedikit air, pandai-pandaila korang..
6. Goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga kuning keemasan.
7. Sedia untuk dimakan bersama pencicah pilihan.
Panduan men'drop' adunan co'
Men'drop' menggunakan tangan
1. Anda boleh men'drop' adunan co' ke dalam kuali menggunakan tangan, tetapi sediakanlah air celup tangan dulu dalam sebuah mangkuk kecil.
2. Celupkan tangan kanan anda ke dalam air dan mulalah mengambil sedikit adunan dengan tangan agak-agak menghasilkan saiz yang anda kehendaki.
3. Bengkokkan sedikit jari jemari agar adunan berada di lekuk jari jemari anda.
4. Menggunakan ibu jari, anda usap dan golek-golekkan sedikit adunan di tapak tangan agar ia menjadi bulat.
5. Kemudian menggunakan ibu jari juga anda tolaklah adunan itu agar ia melurut jatuh melalui jari jemari anda ke dalam kuali.
6. Ulanglah beberapa kali sehingga jumlah co' mencukupi untuk digoreng.
7. Lepas tu celup tangan anda untuk membersihkannya sementara menunggu round men'drop' yang seterusnya.
Men'drop' menggunakan tangan ini hanya dengan menggunakan sebelah tangan saja tau..!Kelebihan men'drop' menggunakan tangan ini ialah ia ada nilai tradisional dan ada 'air tangan' orang yang membuatnya. Panduan men'drop' menggunakan tangan ini diajar oleh kakak ipar saya semasa saya mula-mula kahwin dulu..
Men'drop' menggunakan sudu
1. Jika anda tidak suka menggunakan tangan untuk men'drop' adunan, anda bolehlah menggunakan 2 sudu yang dicelup ke dalam minyak terlebih dahulu (agar adunan tidak melekat kat sudu dan mudah di'drop')
2. Satu sudu di pegang dengan tangan kanan digunakan untuk mencedok adunan daripada bekas, manakala sudu kedua dipegang dengan tangan kiri untuk membentuk adunan dalam sudu pertama agar ia agak bulat seterusnya melurutkan adunan agar jatuh daripada sudu di tangan kanan tu ke dalam kuali.
3. Saiz co' yang terhasil bergantung kepada saiz sudu yang digunakan dan jumlah adunan yang anda cedok ke dalam sudu. Kalau nak co' yang bersaiz kecil gunalah sudu teh. Kalau nak lagi kecil cedokkan separuh atau 1/3 sudu teh sahaja. Sebaliknya kalau nak co' bersaiz lebih besar gunalah sudu makan samada anda cedok separuh atau penuh mumbun, suka hati andalah..
Kelebihan menggunakan sudu untuk men'drop' ialah tangan tidak kotor, oleh itu ia bebas untuk memegang sudip ke apa.. dan adunan tidak dibazirkan apabila tangan asyik nak kena celup dalam air.
Panduan men'drop' menggunakan sudu ini diajar oleh sepupu saya Izon kepada kakak saya ketika kami semua masih muda remaja dulu.
Selamat mencuba..
(Jumlah air bergantung kepada kualiti tepung yang digunakan..panduan ADABI. Saiz bawang juga akan mempengaruhi kepekatan/kecairan adunan).

No comments: