Wednesday, March 5, 2008

Panduan Mengukuhkan Kandungan

(Untuk kes kandungan lemah, diancam keguguran)

1. Untuk permulaan amalan, baca Al Fatihah sekali, selawat 11 kali dan baca petikan ayat di bawah 11 kali selepas solat fardhu, sambil mengusap kandungan :-


Wayazidkum quwwatan ila quwwatikum wala tatawallau mujrimin (petikan ayat 52 surah Hud).

Maksud petikan ayat ini ialah :- 'Dan dia menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu dan janganlah kamu berpaling dengan membuat dosa'.

(Petikan yang dimaksudkan ialah yang berada di baris kedua dalam teks Arab ayat Al Quran di atas ini)

2. Seterusnya hendaklah dibaca petikan ayat di atas sebanyak 11 kali setiap kali selesai solat fardhu sambil mengusap kandungan juga.

3. Banyakkan bersedeqah dengan niat diberi rezeki oleh Allah (anak adalah salah satu daripada rezeki Allah).

4. Selebihnya hendaklah berserah kepada Allah.

(Panduan ini diperolehi daripada Ustaz Yusuff, guru al Quran saya, khas untuk adik ipar saya, Lin, yang sedang mengandung untuk kali ketiga tetapi dua yang pertama itu mengalami keguguran).

Update 20/2/2009 :

Dengan kehendak Allah swt, Lin sudah selamat melahirkan cahaya mata pertama pada 7/10/2008 yang lalu dan sekarang ini, putera yang bernama Mohd Daniel Haniff bin Muhammad itu sudah berusia 4 bulan lebih. Semoga Mohd Daniel Haniff dan kedua ibubapanya serta seluruh ahli keluarganya diberi kesihatan, kecergasan, kepintaran dan kebijaksanaan; kesempurnaan fizikal, mental dan ruh oleh Allah swt; panjang umur, murah rezeki; dirahmati, diberkati, diredhai dan diampuni; berilmu, beriman, beramal dan berakhlak mulia; dan semua yang baik-baik di dunia dan di akhirat. Ameen.

No comments: