Tuesday, November 10, 2009
Nov I - Ke Tanah Suci
Wednesday, October 14, 2009
Oct I - Doa dan Harapan
diperteguhkan iman
diperkuatkan azam
dibukakan segala tutupan
jelas penglihatan dan pemikiran
bersih hati
tulus
ikhlas perbuatan
banyakberamal
istiqamah
sanggup berkorban
hikmah
diampunkan segala dosa
rendah hati
mulia peribadi
tinggi darjat
insaf segala dosa dan kekurangan
Monday, September 14, 2009
Sept II - Jihadun Nafs
Ada jihad qitali iaitu berjihad dengan senjata seperti yang berlaku di Palestine sekarang ini. Ada jihad daa'wi iaitu jihad untuk menyebarkan syiar Islam. Ada jihad iktisadi iaitu jihad di bidang ekonomi seperti yang diperjuangkan oleh sebuah badan berkanun demi mewujudkan usahawan Melayu Islam.
Dan ada bermacam-macam ragam lagi.
Namun semua jihad-jihad itu tidak akan berjaya tanpa dimulai dengan jihadun nafs.
Menurut Imam Ibnu Qayim ada 4 peringkat jihad melawan nafsu :
Hidayah tidak datang dengan bergolek. Perlu ada mujahadah untuk mendapatkannya.
3. Jihad melawan nafsu untuk mendakwahkan ilmu dan kefahaman.
Wednesday, September 9, 2009
Ramadhan dan Al Quran
Nabi bersabda :
Ya Allah, berkatilah aku di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah aku ke bulan Ramadhan..
Tarbiah Ramadhan adalah untuk mencapai taqwa.
Ada orang yang berjalan dalam kehidupan dengan betul dan ada yang melaluinya dengan salah.
Lantaran dia tidak tahu matlamat kehidupannya. Dia berjalan begitu sahaja.
Tujuan manusia dijadikan adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah sebagaimana yang difirmankanNya dalam al Quran yang bermaksud : "Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu". (Az Zariat : 56)
Umpama jam, kasut, kerusi..
Jika tidak dapat berfungsi sebagaimana maksud ia diciptakan ia menjadi tidak bermakna.. atau tiada nilainya..
100 tahun yang lalu kita adalah sesuatu yang tidak dapat disebut..
Lam yakun syai'an masykuura..
Al Araf 172 :
Kami akan penuhi neraka jahannam itu dengan..
Bagi mereka..
dan bagi mereka penglihatan..
dan bagi mereka telinga..tetapi tidak untuk mendengar..
Barang-barang yang tidak berfungsi sebagaimana dimaksudkan akan kita bakulsampahkan..
Demikian, kita, yang dicipta oleh Allah, jika tidak menepati tujuan penciptaan akan dibakulsampahkan oleh Allah swt..
Bakul sampah Allah itu adalah neraka jahannam.. wal'iadzubillah
Kehidupan kita di sini adalah perjalanan.
Ramadhan dan Hubungan Dengan Al Quran
Ramadhan = syahrul quran
Quran = petunjuk dan pembeda
Hubungan yang kuat dengan Al Quran di bulan ini dan bulan-bulan seterusnya. Intensif di bulan ini dan diteruskan di bulan-bulan selepasnya.
Dengan al Quran kita menjadi individu hebat.
Hubungan
1/ Baca
Al Quran,
mesti di baca
sentiasa dibaca
setiap hari dibaca,
kecuali wanita haidh, yang tidak dibolehkan oleh syariat, melainkan wirid-wirid, di sekolah-sekolah..
setiap hari,
walaupun sedikit
walaupun tidak lancar
Hadis mengenai galakan daripada Rasulullah untuk mendekati Al Quran
i/ Orang yang mahir membaca al Quran, peringkatnya sama dengan malaikat.
Mahir dari segi
tajwidnya,
makhrajnya,
sifat-sifat hurufnya.
Orang yang membaca terbata-bata/tersekat-sekat/tidak lancar lagi lidahnya, baginya dua pahala.
ii/ Bacalah al Quran, kerana dia akan datang pada hari qiamat sebagai syafaat/sebagai sahabat.
Syafaat = pertolongan
Di hari akhirat tiada yang dapat memberi pertolongan melainkan amalan dan salah satunya ialah membaca al Quran.
iii/ Alif, lam, mim bukan satu huruf tetapi adalah 3 huruf..
Di akhirat ada orang kaya, ada orang miskin dan ada orang bangkrup..
2/Faham
Di yaumul akhir semua catatan amal kita ada. Pahala hendaklah dijaga, jangan ada yang bocor di tengah jalan.
Contoh :
Sedeqah mendatangkan pahala tetapi
menyebut-nyebutnya,
mengungkit,
membangkit,
akan membocorkan/membatalkan pahalanya
Pahala membaca al Quran pun boleh habis, melainkan ada hidayah.
Oleh itu, tingkatkan hubungan dengan al Quran dengan memahaminya untuk mendapat hidayah yang seterusnya untuk mendapat taqwa..
Al Quran adalah dalam Bahasa Arab. Adalah suatu nikmat yang besar jika kita boleh memahaminya langsung semasa membaca. Oleh itu bacalah terjemahannya sehingga kita mendapat cahaya/hidayah/aura al Quran.
Kisah : Cat Steven/Yusof Islam
Beliau masuk Islam kerana membaca terjemahan al Quran. Dari situlah beliau mendapat nur..
Kisahnya bermula dengan suatu hari beliau lemas di laut..beliau berdoa kepada Allah.. sekiranya Allah menyelamatkanku..aku akan kembali ke jalan agamamu..
Setelah terselamat, beliau dimasukkan ke hospital.. abangnya membawa terjemahan al Quran.. beliau membacanya semasa di wad.. akhirnya beliau masuk Islam..
2 i/ Membaca terjemah al Quran = selapis/sebahagian
2 ii/ Membaca tafsir al Quran = menggali makna di sebalik apa yang kita baca
Tafsir al Quran ada pelbagai samada memfokus kepada perkara-perkara tertentu contohnya aqidah, hukum atau general.
Kitab Tafsir Ibnu Kathir
Kitab Tafsir Al Qurtubi - fokus kepada sejarah dan penghayatan
Kitab Tafsir Azhar - oleh Prof Dr Hamka
Kitab Tafsir Munir - oleh Wahba
Kitab Tafsir Fi Zilal - oleh Syed Kutb
Dengan sebab itu pemahaman al Quran menjadi lebih mendalam lagi.
Dan hubungan dengan al Quran makin dalam/akrab/rapat.
Sampai ke tahap ini, kita masih di tahap user = baca dan faham
3/ Sesungguhnya kami menurunkan al Quran dan memeliharanya..
Hafaz = memelihara/menjaga
Yang terbaik 30 juzu'..memang susah..kalau tak dapat.. sekurang-kurangnya juzu' 30..
Yang penting, biar ada peningkatan. Jika sama sahaja, tiada penambahan..jemu..ibarat makan nasi yang sama setiap hari..
Biarlah ilmu/amal meningkat selari dengan umur meningkat.
Al Quran dijaga oleh Allah swt melalui para
Penting..Kalau kita tidak dapat mengambil semua..jangan tinggalkan semua..
Ambillah sebahagiannya..
Pepatah Arab
Mengukir di masa kecil ibarat mengukir di atas batu..
Mengukir di masa tua ibarat mengukir di atas air..
Salah satu mukjizat al Quran ialah ia dapat dihafal. Bukan sahaja oleh para ulama tetapi oleh orang awam malahan kanak-kanak. Tiada kitab lain yang dihafal sebagaimana al Quran.
Penting..di atas..semuanya untuk mengamalkan al Quran
4/ Ta'liimul Quran = mengajarkan al Quran = orang yang berkhidmat untuk al Quran
i/ Khat - tulisannya di jaga
ii/ Bacaan,
peringkat sederhana - tajwid, makhraj, sifat-sifat huruf
peringkat tinggi- qiraat-qiraat
Quran banyak sisi yang perlu didekati
Hadis
"Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar al Quran dan mengajarkannya"
Jadilah kamu orang-orang yang rabbani dengan membaca al kitab dan mengajarkannya.
Janganlah kamu menjadi hamba Ramadhan semata-mata, tetapi jadilah hamba Allah yang rabbani.
Kata pemudahcara : Cikgu Ritzduan
Moga-moga tazkirah ini mengetuk pintu-pintu hati kita untuk menjadi insan yang lebih bermakna. Agar hidup lebih bermakna.
Soaljawab
S1/ Bagaimana hendak maintain momentum di bulan Ramadhan? (Oleh Sabri)
Jawab
1/ Puasa itu sendiri
Sebab itu selepas Ramadhan masih ada puasa 6/Syawal
Dan selepasnya di bulan-bulan lain, puasa Isnin Khamis atau sekurang-kurangnya 3 hari pada hari-hari putih/hari qamariah iaitu pada 13, 14 dan 15 hb.
2/ Disiplin
Jangan ikut orang lain
Ikut diri sendiri, yakni ada prinsip/pendirian
..yang ini aku mesti lakukan..
Tarbiah dzatiah = self training, untuk capai kecemerlangan
Untuk berdisiplin mesti ada niat dan azam
Bermula dengan niat
Niat memperngaruhi fikiran kita
S2a/ Membaca Al Quran ; sebanyak mana dan semasa bila. Sila beri panduan. (Oleh Megat)
S2b/ Baca dan faham
Jawab
J1/ Tiada had dalam membaca al Quran.
Kalau tidak membacanya termasuk dalam kategori orang yang lalai.
UDU pernah dengar tetapi tidak pasti,
kalau membaca 40 ayat sudah mencapai tahap orang yang tidak lalai.
Khatam sebulan sekali
1/4 = rubu'
1 juzuk = 8 hari
30 juzu' = 240 hari
campur uzur semua..
1 tahun 1 kali
Tingkatkan kepada 1/2 juzu' sehari..
Tingkatkan, baru kita tahu kita ada masa..
Ada atsar,
Tidak boleh khatam kurang dari 3 hari sekali.
J2/ Orientalis baca/kaji al Quran bukan untuk iman. Al Quran dijadikan sebagai objek yang terpisah daripada dirinya.
Kita membaca al Quran dalam rangka untuk mengimani dan mengamalkannya. Beriman dan beramal.
Baca - faham - hafal - ajar
Semuanya dalam rangka untuk mengamalkan al Quran dan melaksanakannya.
S3/ Membaca al Quran di dalam dan di luar solat
Jawab
Dalam solat, lebih banyak pahala
Yang paling sempurna ialah membaca dari hafazan dalam solat..
Disiplin solat fardhu lebih dari solat sunat
Contoh, solat fardhu, usahakannya sebolehnya dengan berdiri
Manakala solat sunat, boleh duduk.
S4/ Dualisma dalam sistem pendidikan
Jawab
Ulama-ulama Islam hafal Al Quran = cemerlang
Di antara impact : dah biasa menghafal
Yang baiknya adalah pendidikan seimbang, bukan terpisah.
Profesional tetapi tiada agama. Agama tetapi tidak profesional.
Otak kita masih ada banyak ruang yang belum digunakan.
Intergrated ; dari sekolah hingga ke universiti
cemerlang
melalui sistem pendidikan
Malangnya sistem pendidikan di mana-mana di dunia adalah dualisme = terpisah
Aljebra = Al Jaber
Algoritma = Al Khawarizmi
Tanpa memisahkan ulummuddin, demi mengembalikan kegemilangan Islam..adalah projek kita, akan datang.
S5/ Mukjizat al Quran
Mushaf, boleh dibakar.
Mukjizat al Quran adalah kandungannya. Al Quran adalah ta'zilnya. Wahyunya diturunkan Allah dari tempat yang tinggi.
Di zaman Rasulullah al Quran tidak dibukukan. Ia dihafal oleh sahabat, setengahnya penuh, setengahnya sebahagian.
Di zaman S A Bakr..berlaku suatu perang..ramai sahabat..pada mulanya S Omar tidak bersetuju..sebab nabi tidak buat..siapa melakukannya : Zaid..Zaidpun tidak bersetuju..bagaimana melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh Rasulullah..bagaimana aku melakukan..ibarat memindahkan satu gunung yang besar..setelah mendengar penjelasan daripada kedua-duanya..akhirnya Zaid bersetuju dan memulakan, pengumpulan dengan mengumpulkan sahabat-sahabat, dicatat, siap, disimpan di rumah Abu Bakr..selepas kewafatannya disimpan oleh S Omar..kemudian Hafsah selepas kewafatan S Omar..kemudian S Othman..
Di zaman S Othman, disalin semula dari naskhah asal, dibuat beberapa salinan dan dihantar ke kota-kota Islam. Sedari zaman S A Bakr, masing-masing ada catatan sendiri. Di zaman S Othman ini yang dicatat sendiri dimusnahkan/bakar sebab bercampur dengan tafsir untuk mengelakkan kekeliruan.
Mushaf resam Othmani lebih dekat. Mushaf imla'i pun boleh. Kedua-duanya sah.
Ada ditemui di Yaman baru-baru ini, dikaji oleh orientalis, berbeza dengan yang asal, sebab tak ikut perintah khalifah.
Mukjizat terbesar adalah ia hidayah, ia dihafal oleh jutaan orang, ia diamal.
Al Quran tidak terbakar, al Quran terbang adalah mukjizat kecil. Apa-apapun ia tidak menggugat keimanan kita.
Mukjizat terbesar adalah kandungannya. Ia dihafal walaupun tidak difahami. Betul-betul menghairankan. 30 juzu' boleh hafal.
(Masjid Zubair AlAwwam 29/8/09 Ustaz Dr Umair)
Wednesday, August 26, 2009
Ogos III - All in one
Sempat lagi mencari rumah Kak Pah di Kg Pak Tuyu. Bertemu selepas lebih kurang 13 1/2 tahun aku meninggalkan negeri itu.
Sampai di bandar Kuala T jam 1.15 tengahari dan suamiku terus ke destinasi rasminya. Aku dan anakku melilau di kawasan taman di hadapan Istana M. Duduk-duduk sambil melepaskan pandangan ke puncak Bukit P, pejabat pos di sebelahnya dan laut luas di hadapannya.
Aku mengajak pula anakku menyeberangi jalan dan memasuki kawasan Taman Syah B sambil menuju ke sebuah gerai tudung yang menghadap laut. Anakku kelihatan tidak berminat dan akhirnya sudah tidak tahu hendak ke mana kami mengambil keputusan untuk berehat di surau Tanjung yang terletak di kawasan perhentian bas bukan domestik sambil menunggu suamiku menghabisi tugasannya. Sebenarnya anakku tidak mahu pusing-pusing lagi.
Jam 5 lebih suamiku datang dan kami meneruskan perjalanan. Lebih kurang jam 10 malam kami check in di Hotel V yang terletak di tengah-tengah bandar K. Kami bertolak pulang dari bandar di negeri P itu jam 1.15 tengahari esoknya selepas suamiku menghabiskan lawatannya dan sampai di rumah di A lebih kurang jam 6 petang selepas singgah di pasar juadah Taman M dan Az Zain Bukit I juga kedai ikan dan kedai runcit.
Sunday, August 16, 2009
Ogos II - Sama-sama Kasih
Friday, July 31, 2009
Julai VI Merah Jingga Selat Teberau
Lakunan Ako Mustafa (sebagai Roslan), Intan Azura (Maria/Salina), Wan Maimunah (Ibu Roslan), Ismail Din (Bapa Roslan), Shukri Hasyim (Bapa Maria & Salina), Azizah Mahzan (Ibu Maria & Salina) dan Rosdi Ramli (Doktor).
Cerita ini saya tonton bermula dari babak Roslan dan Salina bernikah iaitu selepas separuh jalan ianya berlangsung Saya terlepas bahagian kehidupan Roslan bersama Maria sehingga ke bahagian Maria mati bersalin dan Roslan menderita selepas kematian isteri dan anak yang dikandung itu.
Salina pula redha menggantikan tempat kakak kandungnya sebagai isteri Roslan walaupun Roslan masih tidak dapat melupakan Maria.
Ibu Roslan pula kemudiannya meratapi kematian anaknya sehingga keadaannya menjadi tidak keruan.
Setelah lima bulan Salina berada di dalam keadaan koma dan tiada harapan untuk pulih, ibu bapa Salina datang ke rumah ibubapa Roslan untuk memberitahu keadaannya. Mereka membawa bersama bayi kembar itu. Bapa Roslan mengatakan bahawa mereka bereempatlah yang harus memikul tanggungjawab untuk membesarkan bayi-bayi anak-anak mereka itu.
Tiba-tiba telefon bimbit bapa Salina berdering. Suatu panggilan daripada hospital tempat Salina dirawat. Mereka semua bergegas ke sana kemudiannya untuk melihat Salina yang sudah sedarkan diri. Salina yang melihat kedatangan mereka bertanyakan Roslan. Setelah pertanyaannya yang berulangkali tidak berjawab Salina akhirnya faham Roslan sudah tiada.
Thursday, July 30, 2009
Julai V - Kembalinya Ke Rahmatullah
Saya terdiam memikirkan siapakah orang yang dimaksudkan. Saya mengagak mereka adalah sebuah keluarga yang tinggal di hujung jalan sana kerana tiada orang lain yang saya kenali dengan nama-nama sedemikian di kejiranan ini melainkan mereka suami isteri. Saya terus terbayang wajah anak sulongnya itu seorang pemuda berusia tiga puluhan, belum beristeri.
Ketika itu hujan turun dengan lebat sekali. Saya bangun berdiri lalu menuju ke tingkap bilik tidur kami, memerhatikan hujan yang turun menimpa permukaan jalan di depan rumah kami.
Sebenarnya banyak berita kematian yang saya terima akhir-akhir ini. Memanglah mati itu lumrah kehidupan dan setiap saat ada saja yang 'pergi' dari seluruh dunia ini. Tetapi saya bercakap mengenai orang-orang yang kita kenali atau orang-orang yang dikenali oleh kenalan kita.
Bapa saudara saya, bapa Kak Asiah, bapa mertua Anini..dan ramai lagi di antara itu dan sebelum itu. Teringat komen saya apabila mendengar berita kematian seseorang tempoh hari, saya berkata, rasa macam baru saja menerima berita kematian sebelum ini..
Jelaslah, hidup ini begitu rapuh sekali.
Saya lalu terbayang wajah anak muda itu walaupun tidak rapat dengannya dan agak baru mengenalinya. Ibubapanya sudah saya kenali sejak mula saya datang menghuni kota ini tetapi tidaklah selalu kami bertemu. Hanya kami tinggal di kawasan kejiranan yang sama. Sekali sekali bersua dan bertegur sapa. Ibubapanya memang dari kalangan orang baik-baik.
Saya mula mengenali anak sulongnya awal tahun 2006. Semasa itu dia dan ibubapanya baru mengendalikan sebuah restoran di kawasan kedai di kawasan taman perumahan kami. Ada juga saya singgah di kedai makannya itu apabila pulang dari mengambil anak di tadika. Sebenarnya saya dan anak suka juga melilau di kawasan kedai-kedai di situ. Tengok-tengok apa yang boleh kami beli.
Saya selalu juga mengambil peluang untuk singgah membeli nasi belauk/kerabu/lemak dari kedainya sebagai tanda sokongan saya terhadap dirinya dan keluarga. Ibunya pernah memberitahu restoran itu dibuka demi masa depan putera sulongnya itu. Harapannya agar jika berjaya perniagaan itu ia dapat menyusun kehidupan puteranya ke arah yang lebih sempurna dengan berumahtangga.
Apabila singgah di sana saya sering melihat ibu dan ayah itu membantu sedaya mungkin di situ. Demikianlah harapan dan kasih seorang ibu dan ayah terhadap anak yang dilahirkan.
Tetapi kasih Allah mengatasi segala. Dan nampaknya kita hanya merancang dan Allah yang menentukan amat benar sekali. Dia dijemput pulang ke dalam rahmatnya. Al Fatihah.
Wednesday, July 29, 2009
Julai IV - Jadilah Awang
Jadilah Awang ssiang ke ayoh
jadilah isak dadoh
baleklah Awang tulong ayoh
wat kerije bbaroh
Peringat, leboh, tebuang jjanji doh
mu die ni dok ketek
kubo baroh ajakmu kkubang
kambeng ayoh ajakmu kerabat buket
ayang lang got ajakmu mmain galoh panjang
Baleklah Awang
ayoh nok ajo mung semayang berimang
dok pase juge mung bbilang bulang bintang
Awang
mung kang llaki
bakpe dok panda pileh heroin
Tra dulu makang peta
dok payoh makang ganja
tinggalla daong kketong
tra pulok makang makjong
Awang
belajo makang bubu lambok
mane ttau buleh gati ubat batok
Tinggalla dadoh hai Awang
mari ikot ayoh gi nnureh getoh
tinggallah sabu ektesi
balek ke rumoh mok rebuh tukat Ali
Awang
dulu mung gemuk setuko
leni kuruh cceding
lawo kucing
Jadilah Awang
Ayoh ingat lagi
jamang budok mung panda cabut ubi
Ayoh rindu nok tengok
mung piko padi uboh dalang kembong
Ayoh suke tengok mung dok ddango
tarek llayot ambat burong
mate kerleng anok Kelesong
Jamang mu kecek ayoh woning tikuh
jangang berambat takot mung kkejut
ayoh sms ke kkatok suroh pangge ujang
nok surohnye mung tido panjang
Bile mu beso mung jadi anyut
pade mung makang bende busuk
baik mung makang ruput
sedap mate tengok mung gemuk
Jadila Awang
balekla ayoh nok suroh mung jjadi urang
Ayah piat ayah debung
bukang beci ke mung
Mok baloh nga ayoh malang
mok lari kkilek kkusang
mung tetap mok mmenang
Kalu temilu ayoh tu maha
ayoh nok gada nok cari petue
dadoh ganja nok suroh mu tingga
Awang
kite bukang orang kaye
ayoh nnureh getoh
mok mu jua gambe
Kalu mu bereti isak dadoh
kulit mu lembok macang kulit ayoh
Tinggalla dadoh tu Awang
baleklah mok nok ajo mung semayang
Tuesday, July 28, 2009
Julai III - Birrul Waalidaini
= Berbakti kepada ibu bapa
Suatu wasiat yang diturunkan oleh Allah swt kepada manusia.
Di zaman Islam kembali dagang manusia berhajat agar wasiat ini dapat diulang.
Rasulullah saw menitikberatkan birrul waalidaini.
Berbuat baik kepada ibubapa adalah perkraS besar, berada di tangga kedua selepas taat kepada Allah dan Rasul.
Di zaman Islam kembali dagang, air mata ibubapa seperti tiada apa-apa.
Ulama menyimpulkan dua keadaan :
1. Berbakti kepada ibubapa semasa hidup
2. Berbakti kepada ibubapa selepas mati
Bagaimana?
Allah swt telah memuliakan kita dengan ibubapa. Sebagaimana kita telah mendapat kemuliaan itu maka muliakanlah mereka.
Semua orang akan menjadi anak dan ibu atau bapa.
Daripada surah Al Isra' Allah swt telah berfirman yang bermaksud :
'Dan kepada kedua ibubapa berlaku ihsan'
Di dalam ayat di atas itu Allah swt telah mensyariatkan :
1. Jangan mensyirikkan Allah
2. Berbakti kepada dua ibubapa
Berbakti kepada ibubapa ada dua cara :
a. Berbakti dengan lisan
b. Berbakti dengan sifat/tubuh badan
Lisan yang menghormati mereka/memuliakan sehingga di sana jangan sedikitpun ada mengeluarkan/ satu pun perkataan yang boleh mengguris hati mereka.
Memilih perkataan yang mulia.
Allah tidak menyebut hasana yang bermaksud baik tetapi qoulan kariima yang bermaksud perkataan yang mulia.
= Qoul yang menjadikan mereka merasa mulia.
Qoulan kariima adalah suatu perintah daripada Allah swt kepada anak tidak kira berapa usia ibubapa. Qoulan mesti meletakkan ayah sebagai ayah dan ibu sebagai ibu walaupun mereka adalah orang musyrik.
Contoh daripada kisah Nabi Ibrahim :
Nabi Ibrahim mengucapkan :
'Ya abatii, lima ta'budu.. la yasma' wala yabsir'
'Ya abati' dalam bahasa Arab adalah kalimah yang terlalu lembut/halus.
Dalam Bahasa Melayu, panggilan ayah adalah seiring dengan maksud ini atau lain-lain panggilan yang setimpal dengan statusnya sebagai bapa.
Dalam doa, kalimah ;
waliwaalidiina = dua ibubapa termasuk datuk nenek, terangkum semua
2. Qaul kariima yang kedua
Kalau dalam sebuah majlis adanya ibubapa bersama tidak boleh bercakap melainkan dua perkara :
i. Ilmu
ii. Hajat
Yakni tidak boleh menyampuk mereka melainkan dua perkara yang di atas sekiranya mereka sedang ada tetamu/kawan/majlis.
Contoh daripada kisah Ibnu Sirin :
Tatkala Ibnu Sirin sedang berada di dalam sebuah majlis, ibunya masuk ke majlis itu. Lantas Ibnu Sirin tidak banyak berkata-kata. Apabila ditanya akan keadaanya itu, dia menjawab 'kerana menghormati ibunya'.
Dalam adat Melayu pun ada adat yang baik ini, diwarisi daripada ulama Islam dahulu.
Menggunakan perkataan yang halus dan tinggi
'falaa takullahuma auffin'
Ulama mengatakan jika ada lagi perkataan yang lebih ringan daripada 'uff' itupun Allah akan mengharamkannya. Akan tetapi tiada yang lebih ringan daripada 'uff' itu yang menunjukkan ketidakpuasan hati seorang anak.
Luka atau calar di hati ibubapa sampai mati. Sekali terkeluar sesuatu perkataan itu tidak boleh ditarik balik. Jadi berhati-hatilah apabila mengeluarkan kata-kata.
Berbakti dengan jawaarih yakni anggota atau tubuh badan
1. Yang paling besar sekali ialah 'suhbatul aba' yakni bersama mereka
Tidak boleh bermusafir tanpa keizinan ibubapa.
Tidak boleh duduk jauh/bekerja jauh daripada mereka tanpa keizinan mereka. Kalau pergi juga sudah dikira derhaka kepada ibubapa.
Ulama mengistinba'kan :
Daripada kisah seorang sahabat :
Nabi bertanya : Adakah kedua mereka atau antara salah satu mereka masih hidup?
Sahabat menjawab : Na'am
Nabi berkata : Adakah kamu datang untuk mencari pahala?
Sahabat menjawab : Na'am
Nabi berkata : Baliklah kepada mereka, sentiasalah bersama mereka, berbuat baik kepada mereka.
'Suhbatul' adalah bermaksud sahabat, yang sentiasa berada di sisi mereka, untuk berbakti kepada mereka.
Kisah sahabat yang kedua :
Di suatu ketika yang lain, seorang sahabat dari Yaman hendak berbaiah untuk berjihad.
Nabi bertanya : Adakah ibu kamu masih hidup?
Sahabat jawab : Ya.
Nabi berkata : Pergilah pegang kakinya, sesungguhnya di situlah syurgamu.
Rasulullah saw bersabda :
nafasa = hajat ibubapa lebih utama daripada hajat anak-anak.
Hajat ibubapa hendaklah diutamakan daripada hajat isteri dan anak-anak.
Hajat :
i. Beri makan kalau mereka lapar
ii. Beri pakaian kalau mereka berhajat
Berbakti kepada ibubapa selepas mati
Selepas mati tiada yang dihajatkan ibubapa melainkan doa anak-anak.
Isu solat jenazah
Hak solat jenazah adalah hak 'al qarabah' yakni kaum kerabat. Ia adalah hak warisan walaupun telah diwasiatkan oleh simati kepada orang tertentu dari luar kaum keluarga contohnya imam. Orang lain tidak boleh melakukannya melainkan dengan keizinan ahli waris.
Isu khenduri arwah
Adalah suatu kelencongan memanggil orang makan dan berdoa untuk ibubapa sedangkan anak-anak sendiri duduk di luar ataupun sibuk dengan urusan khenduri itu.
Kisah sahabat lagi :
Seorang sahabat bertanya :
Nabi menjawab :
1. Doakan mereka
2. Mohon ampun untuk mereka
3. Baikkan silaturrahim
Silaturrahim, silatul qorobah, silatul waalidaini
Silah = hubungan, rahim = perut
Menunjukan bakti kepada ibubapa yang sudah mati ialah ialah dengan meneruskan hubungan dengan saudara mara ibubapa walaupun mereka sudah tiada. Menziarah orang yang pernah mereka ziarahi. Menghubungkan silaturrahim yang ada dengan adanya mereka. Bahkan ada yang mengatakan sahabat-sahabat mereka juga.
Kisah Ibnu Omar
Ibnu Omar terjumpa seorang tua di jalanan. Orang tua itu adalah seorang Yahudi. Ibnu Omar lalu menyelimutkannya dan memberi unta tunggangannya sedangkan Ibnu Omar sendiri berjalan kaki.
Sahabat-sahabat bertanya : Siapakah dia?
Ibu Omar menjawab : Dia adalah kawan al Khattab semasa jahiliah.
Kesan berbakti kepada ibubapa
1. Amalannya diterima oleh Allah swt. Sebaliknya, amalannya ditolak oleh Allah swt walaupun beliau bersolat, berpuasa, belajar/berilmu. Apabila amalan diterima, hidup diberkati di dunia dan di akhirat.
Allah menetapkan berbuat baik kepada ibubapa selepas tidak syirik kepada Allah, dalam ayat di atas tadi, menunjukkan besarnya ia.
2. Diampunkan dosa.
Manusia yang memenuhi hajat ibubapa dihapuskan dosanya oleh Allah swt. Sebaliknya, derhaka kepada ibubapa menyebabkan amalan tidak diterima walaupun siang malam bersolat. Dosanya tidak diampun.
3. 'Mustabun do'a' = doa dimakbulkan
Doanya Allah pandang + dengar. Adalah suatu musibah doa yang tidak Allah dengar.
Kisah Uwais al Qorni
Telah datang satu gerombolan dari Yaman. Orang Yaman baik akhlaknya. Dalam rombongan itu ada seorang yang bernama Uwais al Qorni yang suatu ketika dulu pernah kena sakit sopak. Kerana taat kepada ibubapa dan beliau berdoa kepada Allah, dia sembuh, kecuali sedikit tanda tinggal di kakinya.
Rasulullah saw menyuruh sahabat-sahabat mencari Uwais al Qorni dalam gerombolan itu dan meminta Uwais membacakan doa untuk mereka kerana doanya mustajab kerana dia seorang anak yang taat kepada ibunya.
Sangat sedikit doanya ditolak, banyak diterima.
Dan sekiranya dia bertawassul..
Tawassul ialah menjadikan amalan soleh sebagai suatu wasilah atau jalan. Yakni bertawassul dengan amal soleh, contohnya :
Ya Allah, sekiranya amalan solehku dulu diterima maka (jadikanlah ia wasilah) aku bertawassul dengannya, berikanlah aku...bantulah aku...
Ada keadaan di mana tiada siapa yang dapat menolong melainkan Allah swt.
Kisah daripada hadis sohih, Rasulullah menceritakan :
Tiga orang lelaki terperangkap di dalam sebuah gua di mana pintu gua telah tertutup dengan batu besar. Mereka bertiga bertawassul dengan amalan soleh mereka yang lalu..
1. Lelaki pertama yang berpeluang berzina tetapi tidak melakukannya.. memohon sekiranya Allah swt mengiranya sebagai amal soleh, bertawassul dengannya, agar dibuakkan pintu gua itu. Batu yang menutup itu bergerak/beralih sedikit..tetapi mereka masih belum dapat keluar..
2. Lelaki kedua, seorang pemotong kayu, tiap-tiap hari bawa balik susu untuk ibubapanya dan tidak membenarkan orang lain meminumnya melainkan ibubapanya makan/minum terlebih dahulu. Suatu hari, beliau terlewat balik, ibubapanya sudah tidur, dia tidak membangunkannya, walaupun anak-anaknya menangis kelaparan mahukan susu itu..memohon kepada Allah sekiranya Allah menerimanya sebagai amal solehnya membukakan pintu gua itu..pintu gua itu terbuka sedikit lagi..tetapi meweka masih belum dapat keluar..
3. Lelaki ketiga, seorang majikan yang tidak diambil upah oleh seorang pekerja yang meninggalkan pekerjaannya sehingga pekerja itu menuntutnya lama kemudian, dia telah memberi kesemua upah termasuk untung yang terkumpul dari pelaburan upah itu untuk sekian lama..bertawassul dengannya agar Allah swt membebaskan mereka dari terperangkap itu..batu itu beralih lagi dan akhirnya mereka semua dapat keluar dari gua itu..
Seorang guru penceramah semasa penceramah masih belajar pernah berkata, jarang orang yang berbakti kepada ibubapa susah hidupnya.
Sesungguhnya rahmat Tuhan tidak akan turun kepada orang yang memutuskan silaturrahim.
Ditanya : Bagaimana pula orang yang derhaka kepada ibubapa?
3. Ketaatan kepada ibubapa membawa kepada kelapangan hati kerana ketaatan ibubapa merupakan suatu ubudiah.
Sesungguhnya manusia yang engkar ia tidak tenang.
Jadi, kalau rasa hidup susah, doa tidak diterima, mintalah ibubapa mengampunkan dosa-dosa kita. Mungkin ia penyebab hati kita tidak bahagia. Kemudian cari kemungkinan ada hak-hak ibubapa yang tidak kita tunaikan.
Ada orang berbuat baik kepada ibubapa tetapi ibubapa tidak suka kepadanya. Samada ia seorang anak atau seorang menantu. Kita muliakan dia, dia hina kita. Kita buat baik, dia tidak terima.
Itulah sebaik-baik bakti. Mungkin Allah swt hendak mengangkat darjat kita, hendak mengampunkan dosa kita.
Kisah Omar Al Khattab
Omar al Khattab semasa menjadi khalifah pernah masuk ke dalam sebuah wadi lalu mengambil tanah dan meletakkan ke mukanya. Apabila ditanya, beliau memberitahu : Aku teringat di dalam wadi ini aku pernah menggembala unta ayahku. Dan tiap-tiap hari ayahku memukul aku.
Walaupun ayahnya seorang pemabuk tetapi dia tetap taat sedangkan semasa itu dia masih seorang jahiliah.
Allah mengajarkan bahawa tidak boleh membuka sayap/bahu di depan ibubapa, tidak boleh berjalan di depan ibubapa.
Urusan syurga bukanlah suatu urusan yang kecil.
Soalan : Kalau demikian kewajipan kita berbakti kepada ibubapa bagaimana pula dengan kebaktian kepada ibubapa mertua ? - by Wash
1. Hak utama suami adalah berbakti kepada ibubapanya. Isteri hendaklah membantu itu, walaupun dia (isteri) tidak suka, dikira dia (isteri) berbakti kepada ibubapanya (isteri) juga.
2. Walaupun isteri wajib mentaati suami tetapi Islam menetapkan suami menolong isteri mentaati ibubapanya (isteri) walaupun dia (suami) tidak suka dan pahalanya seperti dia (suami) mentaati ibubapanya (suami) sendiri.
Kebaktian, kedudukan adalah sama walaupun mertabat berbeza.
Manzilah
Bila berkahwin, dengan akad walaupun belum dijima' keluarga isteri sudah menjadi muhrim si suami..
26/7 10 pagi - 12 tengahari Masjid Zubair Ustaz Najib Usim Birrul Waalidaini
Monday, July 27, 2009
Julai II - Ketentuan
Slot Cerekarama TV3 Sabtu 10 mlm 25/7 Ketentuan
Lakunan Jasmin Hamid (Norhayati-Angah), Aida Aris (Norliza-Ashu), Safura (Norbayah-Along), xxx Damanhuri (ibu), xxx Chin (bapa), Khairul Anuar (suami Yati), Den Wahab (suami Bayah), Rozi Othman (pembantu rumah Yati) dan Fatimah Yassin (ibu mertua Yati). Saya tidak tahu nama pelakun-pelakun yang melakunkan watak-watak 2 orang anak Yati dan 2 orang anak Liza itu.
Cerekarama ini biasa sahaja, jalan ceritanya straight forward, tetapi mesej yang hendak disampaikan itu baik, masih berada dalam tema saya yang baru lepas dan saya masih dalam mood attribute.
Berlatarkan kisah 3 beradik perempuan, Liza, Yati dan Bayah yang mempunyai ibu bapa yang masih hidup tetapi sudah uzur dan berada di umur tua.
Liza yang telah kematian suami menumpang tinggal di rumah ibubapanya bersama dua orang anak remajanya yang sedang bersekolah menengah. Dengan pendapatan sebagai guru tadika kehidupan Liza dan anak-anak sekadar cukup makan sahaja.
Bayah dan suami yang mempunyai sebuah kedai runcit di kampung itu juga kesempitan hidup kerana perniagaan yang tidak memberangsangkan. Lantaran kekurangan modal dan anak-anak yang hendak menyambung pelajaran ke universiti, Bayah pernah cuba meminta bantuan kewangan daripada Yati.
Yati setelah menamatkan pelajaran di luar negara berkahwin dengan seorang lelaki daripada keluarga kaya di bandar dan tinggal di sana. Bapa mertuanya adalah seorang yang bergelar datuk. Suami Yati seorang yang berjaya dan Yati sendiri mempunyai sebuah butik. Kehidupan mereka mewah dan senang lenang. Begitu juga dengan dua orang anak mereka yang sedang meningkat remaja. Walau bagaimana pun mereka sekeluarga hidup dengan tidak menjalankan perintah solat walaupun pembantu rumah mereka seorang muslimah yang baik.
Kisah bermula dengan Yati sedang menemani ibu mertuanya yang berbaring di katil kerana menghidap selsema setelah pulang dari London. Walaupun ibu mertuanya itu hanya menghidapi selsema biasa tetapi Yati tetap menunjukkan sikap mengambil berat.
Sepulang ke rumah, Yati menegur suaminya yang tidak menemani ibunya. Ia dijawab oleh suaminya dengan kata-kata, "Mak saya sakit sikit sahaja dan tiap-tiap hari saya ke rumahnya tetapi mak awak sedang sakit di kampung dan awak tidak pun menjenguknya". Yati menjawab dengan kata, "Ah..mak saya itu mengada-ngada, dia berlakun saja tu sebab nak suruh saya balik, saya sibuk". Jadi suami pun Yati berkata, "Saya dah beri awak izin, jangan nanti awak salahkan saya pula".
Sebenarnya ibu Yati menghidap diabetes dan sering pengsan. Apabila kakak, adik atau ayah Yati menelefon Yati sering mematikan telefonnya kerana enggan melayani mereka. Apabila kakak atau adiknya meminta bantuan keewangan pun Yati juga enggan menolong mereka. Dia sering menghamburkan kata, "Ingat aku ni bank ke.." atau "Ingat aku ni cetak duit ke..?
Terhadap ibu bapanya pun Yati bersikap berkira. Bukan setakat dirinya sahaja, dia turut menghalang suaminya daripada bermurah hati terhadap keluarganya (keluarga Yati : ibubapa, kakak, adik dan anak-anak saudaranya).
Terhadap anak-anaknya sendiri Yati teramatlah lebar tangan. Anak-anaknya diberi kemewahan, kewangan dan kebebasan sewenang-wenang. Contohnya kalau anak lelaki Yati hendak keluar malam, dia memberikan wang 100 ringgit untuk berbelanja sekali keluar sahaja dan tidak kisah jika anaknya itu ponteng sekolah keesokan harinya. Untuk anak perempuannya yang tinggal di rumah pun dia memberi wang sebanyak itu apabila dia dan suami hendak keluar ke parti.
Dia pernah memeriksa semula sampul duit raya yang diberikan oleh suaminya kepada anak-anak saudaranya dan menukarkannya kepada nilai seringgit dua tanpa pengetahuan suami dan keluarganya.
Yati juga menegur perbuatan suaminya yang melawat ibubapanya semasa suaminya itu melawat tapak projek di sana dan bertanya kalau-kalau suaminya memberi wang kepada mereka. Dia menghadkan suaminya memberi wang tidak lebih daripada 100 ringgit kepada ibubapanya itu.
Nak dijadikan cerita suatu hari Yati dan suami pulang ke kampung setelah diberitahu ibunya sakit. Tetapi apabila dia dan suami sampai di sana ibunya sudah pulih dari pengsan dan berjalan keluar ke ruang tamu untuk menyambut mereka. Yati terus marah kepada adiknya Liza kerana menelefonnya sedangkan padanya ibunya itu tidak apa-apa dan terus mengajak suaminya pulang ke bandar.
Ibunya yang tertekan dengan peristiwa itu pengsan semula dan dimasukkan ke hospital. Ayahnya menggesa supaya Yati yang sudah pulang ke bandar diberitahu sekali lagi tetapi kakak dan adiknya sudah tawar hati kerana sukar malahan tidak dapat menghubungi Yati dan mereka juga sedang kalut dengan keadaan ibu mereka di hospital. Ayahnya masih berusaha untuk menghubungi Yati walaupun dengan cara menulis sepucuk surat. Di ketika itulah, sedang Liza hendak melangkah keluar untuk ke hospital dan menggesa ayahnya yang sedang menulis cepat bersiap untuk ikut serta manakala along sudah/sedang berada di sana telefon berbunyi untuk menyampaikan berita ibunya sudah tiada.
Yati yang ditunggui oleh pembantunya dengan kantuk dengan sepucuk telegram di tangan di tengah malam itu sepulang dari satu majlis mencampakkan telegram itu tanpa membukanya dan memarahi orang gajinya, "Tak boleh tunggu esok ke?".
Di tanah perkuburan esoknya Yati menangis kerana ibunya telah pergi meninggalkan. Di rumah ibubapanya dia memarahi adiknya Liza kerana tidak menunggunya pulang sebelum menyempurnakan jenazah ibunya itu. Katanya sekurang-kurangnya dia masih sayang kepada ibunya.
Kak Longnya yang baru sampai menyampuk masuk, dengan mengatakan, "Kalau kau sayangkan mak, kau tau ke dia sakit apa..dia makan hati kerana perangai kau."
Yati terus mengajak suaminya pulang dengan alasan mereka tidak dikehendaki di situ. Dalam perjalanan Yati dihubungi oleh seorang kawan. Yati meminta maaf kepada kawannya itu kerana tidak dapat menghadiri partinya kerana ibunya baru meninggal dunia. Dia juga memberitahu kawannya itu, "Buat apa nak sedih-sedih, hidup perlu diteruskan". (Lebih kurang begitulah bunyinya, saya sudah lupa patah-patah katanya). Sebaliknya Yati cuba membantu kawannya itu dengan cuba memberikan contact number seorang pengacara lain kerana pengacara majlisnya yang asal tidak dapat hadir. Malangnya nombor pengacara yang dicadangkan itu ada di dalam telefon bimbit suaminya. Suaminya pula baru menyedari bahawa telefon dan dompetnya telah tertinggal di rumah keluarga Yati semasa mereka pergi dengan tergesa-gesa tadi.
Yati mengarahkan suaminya berpatah balik. Katanya bimbang kalau-kalau anak-anak Liza akan mengambilnya. Semasa itulah, semasa sedang berpusing itulah mereka dirempuh oleh kenderaan lain yang mengakibatkan suaminya meninggal dunia dan Yati lumpuh..
Ibu mertua yang diagung-agungkannya itu tidak mahu menjaganya dan mengarahkan dia dihantar pulang ke rumah keluarganya.
Akhirnya Yati dijaga oleh adiknya Liza dengan dibantu oleh anak gadis Liza dan kakaknya Bayah serta ayahnya yang sering diremehkan dan dihinanya dulu.
Anak-anak Yati yang datang melawat tidak selesa untuk bersamanya kerana dia yang terbaring itu berak kencingnya di pembaringan. Liza menyuruh anak-anak Yati pulang ke bandar, katanya, "Tak apalah maksu uruskan, kamu datang melawatpun sudah cukup".
Akhirnya Yati sedar segala kesilapan dan keangkuhannya selama ini terhadap keluarganya. Juga kasih sayang keluarga yang tidak boleh ditukar ganti terhadapnya. Kemudian, dia pergi mengadap illahi dengan keinsafan.
Thursday, July 16, 2009
Julai - Pemeriksaan Kesihatan
Sebelum itu saya disoaljawab untuk masalah-masalah kesihatan yang telah dan sedang saya hadapi dan sejarah kesihatan saya dan keluarga. Saya memaklumkan masalah sesak nafas apabila naik tangga atau berjalan mendaki, sakit lutut kanan dan tumit kiri yang sedang dihidapi serta kebas tangan/lengan kanan yang telahpun dirawati/fisioterapi di HKL pada Jan - Jun 2005.
Daripada MSCT heart scan calcium score-risk keputusannya adalah 0 dengan 1% 10 years risk of heart desease.
Daripada ECG dan exercise stress test, keputusannya adalah normal.
Daripada optometry eye screening pula dicatatkan refractive error, otherwise normal eyes.
Lapuran doktor mencatitkan :
Diagnosis :
CAD risk factor : Dyslipidaemia. raised hsCRP
Hyperuricaemia
Hep BsAb negative
Microscopic hematuria
Fatty liver & choletithiasis
Rekomen :
Risk factor control - Low cholestrol diet & regular exercise. Lipid control
Advised for cardiac echo and MRI cervical spine
Low fat and purine diet
Advised for hepatitis B vaccination - 3 doses
Repeat urine FEME in 1-2 months. Advise to see urologist if haematoria is persistent
Repeat ultrasound abdomen/pelvis in 6 months to assess fatty liver & GB stone
Saya diprescribekan dengan glucosamine untuk masalah lutut dan tumit, neorobion untuk masalah kebas tangan dan omega-3 fish oil untuk kesihatan keseluruhan, lebih kepada jantung rasanya. Saya difahamkan sebelum ini bahawa glucosamine ialah vitamin untuk sendi manakala neurobion pula vitamin untuk saraf.
2 biji karipap = 1 x 256 Cal = 256 Cal = 1 1/4 bowl of rice
Tak ke dasyat tu..? Dah hampir 1000 Cal dengan sekali makan je. Ataupun dengan makan macam tu je saya dah tak perlu makan seharian..?
- Avoid any coconut milk containing food products
- Minimized intake of fried foods, fatty meat, animal skin, oily foods, meat sauce
- Limit to no more than 3 egg yolks per week
- Reduce intake of products made from partially dehydrogenated oils (crackers, cookies, doughnuts, instant noodle, snack food, fries, frozen processed foods & pastry)
- Uses of healthier cooking techniques using minimum oil (steam, boil, grill, baked, roast, stew, microwaves)
- Increase vegetable and fruit intake to at least 3 servings each daily
- Increase intake of soluble fibers (oats, oatmeal, bran, beans, legumes, barley, citrus fruits)
- Lose weight (Goal 90 kg in 6 months)
- Eat small regular meal/snack focus on low fat, low calories food choices
- Brisk walking : minimum 3-5 times a week for 30 -45 minutes
- Select food choices appropriately when eating out
- Rx : fenugreek chocolate
Tuesday, June 30, 2009
Jun II
Jadi siapalah yang nak dengar cakap saya.. ini?
Terlajak perahu boleh diundur tetapi terlajak kata badan binasa.. eeeee..
Jun
Walaupun memang terpaksa diakui bahawa kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan terhadap mereka namun kita sepatutnya tidak memandang ringan terhadap sesuatu perkara yang berkaitan dengan ibu bapa kita di atas sikap mereka yang sentiasa merestui dan mengharapkan kebaikan kita itu. Kepada Allahlah kita memohon ampun terhadap kesemua dosa dan kesalahan kita, pasangan-pasangan kita, anak-anak kita, adik beradik kita dan seterusnya.. terutama sekali ibubapa kita.
Friday, May 15, 2009
Suatu Jumaat Yang Santai
Tom and Jerry di saluran 616 Cartoon Network dari jam 12.++ hingga 1.05.
Saya on TV dan rancangan kartun Tom and Jerry sedang ditayangkan. Saya tengok.
Jenguk Komputer
Lepas tu saya pergi 'jenguk' komputer. Setelah 'jump' ke sana sini untuk melihat 'update' kaum kerabat dan 'mengganggu' mereka di sana-sini, saya berbalik ke ruang tamu semula.
Menunggu-nunggu untuk menelefon ibu sambil check channel tv
Saya on TV sekali lagi dan mengalih-alih channel untuk melihat apa yang menarik untuk saya tontoni sementara menunggu masa yang sesuai untuk menelefon bonda saya, sambil berfikir-fikir samada beliau sudah habis makan tengahari yang biasanya dilakukannya pada jam 1 dan bersolat Zohor sesudah itu. Saya sampai ke saluran Astro Oasis dengan Anjakan Paradigma DDFKamsah sedang bermula.
Anjakan Paradigma DDFKamsah di saluran 106 Astro Oasis jam 1.30-2.30 petang
Merasakan rancangan DDFK ini baik dan menarik yang mengundang pelakun Fahrin Ahmad sebagai tetamu minggu ini dengan tajuk 'Adakah saya Menawan?' lantas saya menontonnya.
Saya tahu rancangan ini akan diikuti pula oleh rancangan Bersama DDFK selepasnya.
Bersama DDFKamsah di saluran 106 Astro Oasis jam 2.30-3.00 petang..
Dengan tajuk hari ini 'Mengapa Lelaki Mudah Berbohong?'
Mengira-ngira untuk menelefon ibu sambil check channel TV lagi
Lepas itu saya check semua channel TV.. 101, 102, 103, 104 105 dan 106 sahaja sebenarnya, mungkin juga 107, 108 dan 119. Sebenarnya saya hendak memastikan apakah rancangan yang sedang disiarkan untuk mengagak adakah bunda saya sedang menonton rancangan kegemaran atau sedang berehat. Sebenarnya saya hendak menelefonnya yang tertangguh sejak Rabu. Minggu lepas dia yang terlebih dahulu menelefon saya. Dalam dok check mengecheck itu saya terjebak dengan beberapa siaran lagi yang menarik hati lantas tertontonnya..!
Drama Garapan Kenangan di saluran 102 TV2 jam 3.00-5.00 petang
Kisah guru dan murid sempena Hari Guru esok kot..
Lakunan Zila Bakarin sebagai Cikgu Rosmah, saya tidak sempat mengekod nama budak yang melakonkan watak Afendi Nasir..tetapi dia pandai berlakun.. Nasir Bilal Khan sebagai Nasir, bapa Afendi, Norseha sebagai Cikgu Fauziah, Kazarudin sebagai Cikgu Razak dan apa Khureizmi sebagai Fauzi, sepupu Cikgu Fauziah..
Kisah mengenai seorang guru Bahasa Inggeris, Cikgu Rosmah, yang baru bertukar dari Mentakab, Pahang ke sebuah sekolah rendah di negeri Perak dan seorang anak muridnya, Afendi Nasir pelajar tahun 6 di dalam kelasnya di sekolah baru itu yang telah kematian ibu. Menarik cerita ini kerana bagi saya ia hampir dengan realiti sebenar peranan dan hubungan guru-murid di sekolah. Tidak diganggu dengan cerita cinta seperti yang biasa kita lihat, cerita ini memfokus tentang ketulusan hubungan antara guru dan murid. Di pertengahan cerita, Cikgu Rosmah menyesali tanggapan awalnya terhadap Afendi setelah mengetahui bahawa selepas kematian ibu, Afendi mengambil alih tugas mengurus rumahtangga seperti memasak, membersih rumah termasuk membeli barangan keperluan dapur. Ayah Afendi sendiri seperti orang kesasauan dan tidak terurus, walaupun beliau adalah seorang yang kaya dan mempunyai perniagaan sendiri. Cikgu Rosmah memberitahu Cikgu Fauziah : "Saya mengganggapnya murid yang tidak berguna kak..yang pemalas dan pengotor.." Cikgu Rosmah berjaya akhirnya menyedarkan bapa Afendi akan tanggungjawabnya terhadap anaknya itu semasa Nasir dimasukkan ke hospital kerana lemah harapan dan hampir berputus asa dengan hidupnya. Sebenarnya kedua-dua beranak ini hidup dalam kenangan terhadap isteri/ibu yang telah tiada. Di akhir cerita, Afendi yang telah dewasa menjemput Cikgu Rosmah untuk melihat calun isteri pilihannya. Cikgu Rosmah mengatakan : "Kamu tidak terhutang apa-apa dengan cikgu Afendi..Cikgu hanya mengajar kamu Bahasa Inggeris sedangkan kamu mengajar cikgu erti kehidupan.. "
Menelefon ibu
Sebaik cerita ini habis saya telefon ibu. Saya kontrol mood sebab semasa tengok cerita Garapan Kenangan tadi airmata saya mengalir.
Drama Liang Lahad di saluran 106 Astro Oasis jam 4.50-6.30 petang
Semasa saya mula tengok drama ini ia sudah berlangsung selama 10-20 minit.. Tak tahulah ia bersempena dengan hari ibu atau hari bapa atau hari isteri atau hari anak..
Lakunan MRajoli sebagai Pak Dolah, Norlia Ghani sebagai Hasmah, isteri Pak Dolah, Jalil Hamid sebagai Talib, Rosnah Mat Aris sebagai Ros, isteri Talib dan Shahezi Sham, betul kot macam ni namanya, sebagai anak Pak Dolah.
Mengenai kisah seorang imam kampung, Pak Dolah, yang telah lanjut usia dan uzur yang tinggal bersama isterinya, Mak Mah, juga tua dan uzur di sebuah rumah bersebelahan kubur di kampungnya. Pak Dolah sering didatangi roh-roh orang-orang yang telah meninggal dunia yang memberitahunya azab yang mereka tanggung di kubur dan meminta pertolongannya untuk meringankan siksaan itu. Lantaran hanya dia yang dapat melihat roh-roh itu dan kejadian itu berlaku di larut malam semasa isterinya sedang tidur, hal ini kelihatan ganjil oleh isterinya yang tidak mengetahui keadaan sebenar. Mak Mah merasakan sesuatu yang pelik sedang berlaku kepada suaminya. Dalam kebimbangannya tentang keadaan suaminya, hal ini dieksploit oleh pasangan suami isteri, Talib dan Ros yang ingin membalas dendam, sebenarnya Taliblah yang lebih beria-ria lantaran marah kerana ditegur perbuatan mereka makan cendol di tepi pantai di siang hari bulan Ramadhan dengan mengatakan Pak Dolah gila. Talib mengarahkan budak-budak kampung mengurung Pak Dolah dalam sebuah kurungan yang dibina di perkarangan rumah Pak Dolah. Isteri Pak Dolah walaupun tidak sampai hati tetapi termakan tuduhan yang dikenakan oleh pasangan tersebut menurut kemahuan dan arahan Talib untuk mengurung Pak Dolah. Apabila anak lelaki Pak Dolah balik dari tempat lain dan mendapati ayahnya dikurung sedemikian dia berusaha untuk melepaskan ayahnya walaupun pada permulaannya ditegah-halang oleh ibunya dan budak-budak kampung yang ditugaskan Talib menjaga kurungan itu yang merupakan kawan-kawannya .
Talib pula yang sedang berjudi ketika itu kemudiannya mengalami kemalangan apabila motorsikal yang dinaikinya dalam perjalanan pulang di larut malam itu bertembung dengan beberapa ekor kambing yang berkeliaran di jalan yang dilaluinya langsung terbabas dan melanggar tiang/pokok..
Apa yang menarik daripada drama ini ialah kata-kata PD kepada isterinya Mak Mah apabila dia berjaya dilepaskan oleh anaknya.."abang kesal kerana rupa-rupanya isteri abang masih belum mengenali siapa abang..dan dia lebih mempercayai orang lain daripada suaminya sendiri.."
Drama ini diakhiri dengan tangisan Ros di perkuburan yang tidak menyangka suaminya pergi meninggalkannya dengan sekelip mata. Talib meninggal dunia dalam kemalangan itu di tempat kejadian.
Cerita ini digarap dengan begitu menarik bagi saya. Demikian juga lakunan pelakun-pelakunnya.
Telah kembalinya ke rahmatullah..solat jenazah 10 pagi
Sebenarnya juga dalam saya duduk-duduk seorang diri di rumah ini saya ingat, yang bermakna saya tidak lupa, bahawa petang semalam telah kembalinya ke rahmatullah seorang sahabat di utara tanah air. Saya secara peribadi tidak berapa mengenalinya tetapi beliau adalah isteri kepada mudir atau pengetua sekolah beberapa orang anak-anak kami. Tidaklah dapat hendak saya ceritakan mengenainya dengan lebih lanjut kerana wajahnya pun mungkin saya tidak berapa mengecami. Apa yang boleh saya katakan ialah beliau adalah ibu kepada anak-anak di maahad tarbiah itu. Sekalung takziah daripada saya untuk ahli keluarganya, sahabat-sahabatnya serta 'anak-anak' yang ditinggalkannya..AlFatihah.
Monday, May 11, 2009
May II
Aku tahu aku tidak dapat memberikan ibu hadiah..apatah lagi yang berharga..sempena hari ibu.. atau bila-bila..
aku juga tahu aku tidak dapat memberikan ibu kesenangan dan kemewahan sebagaimana anak-anak lain dapat memberikannya..
Bagiku kesenangan, kemewahan dan hadiah fizikal bukanlah apa-apa berbanding dengan nilaian jiwa..
tetapi aku juga tidak dapat memeluk dan membelai ibu sentiasa..
tidak dapat menjenguk dan bertanya khabar ibu sekerap mana..
aku tahu aku juga tidak dapat menjaga dan merawat ibu sedangkan orang lain dapat melakukannya..
Mungkin.. aku berharap.. aku boleh..
tetapi nampaknya..
dan tidak banyak juga berdoa untuk ibu sebagai anak yang soleh..
atau banyak beramal yang membolehkan ibu mendapat pahala terus menerus daripadanya untuk kesejahteraan ibu di negeri sana..
Lalu apa yang dapat aku berikan kepada ibu untuk membalas jasanya..?
Apakah sumbangan baktiku untuknya..?
Nampaknya..seperti..benarlah..
ibu mengandungkan aku 9 bulan 9 hari adalah percuma..
ibu mengasuh dan membesarkan aku selama ini adalah percuma..
ibu bersusah dan berjaga malam keranaku adalah percuma..
ibu bersabar dengan kerenahku dari kecil sehingga dewasa adalah percuma..
ibu risau tentang segala-galanya di dalam hidupku sehingga kini adalah percuma..
Walaupun demikian aku masih tidak malu-malu meminta-minta daripada ibu..permintaan yang besar-besar..
restuilah aku ibu..
redhailah aku ibu..
doakanlah aku ibu..
Layakkah aku..?
Monday, May 4, 2009
May
Semasa aku berkahwin dulu ibu masih sihat. Demikian juga semasa adik-adikku yang seramai 4 orang itu berumahtangga. Beliau mula uzur hanya sebaik sahaja selepas adik bongsuku bernikah. Aku jelas tentang ini selepas bercerita-ceriti dengannya semasa beliau datang ke rumahku baru-baru ini.
Sebenarnya ibu amat jarang datang bermalam di rumahku walaupun boleh dikatakan setiap tahun beliau datang ke kotaraya ini dengan lawatan sepanjang lebih kurang sebulan setiap kali bermula pada tahun 2001. Kali pertama dia bermalam lama di rumahku ialah pada hujung tahun lepas iaitu selama seminggu. Sebelum-sebelumnya, mungkin semalam atau dua atau lebih banyaknya hanya melawat sepagi atau sepetang sahaja tanpa bermalam.
Ini adalah kali kedua beliau mahu datang ke rumahku selama seperti hujung tahun lalu atau sebenarnya aku berharap juga kalau boleh lebih lama daripada itu.
Sebenarnya juga sedari awal aku teragak-agak untuk mengajak ibuku ke mari pada kali ini memandangkan kekangan-kekangan yang aku hadapi. Aku bimbang juga ia akan menjejaskan ibu yang sudah sememangnya uzur sedangkan ibu perlu dilayani mengikut jadualnya sendiri yang agak ketat bagiku yang selalu tidak berjadual ini.
Selasa, ibu mula menunjukkan tanda-tanda tidak sihat selepas dua hari berada di rumahku. Aku membawa ibu dari rumah adik pada Sabtu malam lalu.
Rabu pagi, anakku bangun tidur dengan mata merah. Kata suamiku, sebab tidur terlungkup barangkali. Selepas itu, aku menerima berita bapa kawanku meninggal di Subuh hari itu. Hari itu juga aku kena jaga baby sebab maknya ke JB. Baby mula tercirit-cirit sampai 'tembus' setiap kali kemudiannya. Setelah balik dari sekolah agama anakku memberitahu ustazah tidak benarkan dia datang ke sekolah keesokannya kerana takut menjangkiti pelajar lain pula. Sahlah anakku kena sakit mata berjangkit daripada kakak pembantu pemandu dalam bas sekolahnya. Suamiku balik untuk solat jenazah allahyarham bapa kawanku pada tengahari walaupun terlepas akhirnya. Langsung beliau membawa anakku ke klinik untuk mendapatkan ubat mata yang perlu dititik setiap 2 jam sekali. Aku masih boleh manage. Malamnya ibuku terkincit di tempat tidur. Aku okey kerana aku tidak pernah lagi membasuh najis ibuku walaupun beliau entah berapa kali membasuh berakku sewaktu aku kecil dulu dan aku juga teramat tahu adik beradikku di kampung terlebih-lebih bersusah payah untuk ibu yang tidaklah dapat untukku bandingkan dengan diriku ini.
Khamis, anakku masih tidak ke sekolah, masih sakit mata tetapi dia kelihatan ok saja. Cuma aku perlu menitiskan ubat matanya setiap 2 jam. Ibu sudah menunjukkan tanda yang lebih tidak sihat dari semalam tetapi tidak mengaturku. Tengah harinya, aku mula sakit mata yang merebak dengan pesatnya. Terus mukaku 'bekak ccobong', airmata menitik sekejap-sekejap. Bukan menangis tetapi symptom sakit mata. Kepalaku berat dan pening, belakang badanku sakit-sakit dan lenguh-lenguh, aku seperti mahu demam. Baby pula hari ini tidak mahu duduk, mahu didukungi sedangkan semalam dia tidak 'kkiut' lantaran letih keciritan barangkali. Hari ini dia mula muntah sewaktu suamiku hendak keluar ke pejabat di waktu pagi dan muntah lagi sewaktu suamiku pulang dari pejabat di sebelah petang dan muntah 2, 3 kali lagi selepas itu.
Dalam pada itu, aku teringat kursus bersiri yang sepatutnya aku dan suami hadiri pada hari Sabtu nanti. Aku mula bertanya pendapat ibu macam mana dengan dirinya bilamana aku dan suamiku ke kursus itu. Dia bersetuju bila aku mencadangkan agar adikku mengambilnya untuk berhujung minggu tetapi rupanya adikku itu tidak dapat menjemput ibu setelah aku meny'sms'nya melainkan pada hari Ahad yang sudah dirancangnya untuk belanja ibu makan..
Aku beritahu ibu tentang itu dan cakap padanya aku nak tanya abangku pula. Ibu setuju, terus aku sms abang. Abang sms balik dengan jawaban ok tetapi pada masa itu abang sedang berada di Johor Baharu dan akan balik esoknya, Jumaat petang. Kira oklah semuanya setakat itu walaupun ibuku berkata, 'dia rasa seperti dilambung macam buah selambut'. 'La..kataku, saya bermaksud agar ibu dapat pergi ke semua rumah adik beradik walaupun sekejap memandangkan abang dan adik tidak dapat mengambil ibu di dalam minggu kerana mereka berdua dan isteri masing-masing bekerja.
Jumaat, anakku masih tidak ke sekolah, cucu sudah ke taska, aku masih sakit mata, ibu makin tidak lalu makan. Seharian hanya satu dua suap sahaja yang dapat ditelannya sewaktu sarapan pagi, tengah hari mahupun malam. Aku kebingungan. Rasa macam mahu cepat-cepat beliau diambil oleh abang atau adikku agar mereka dapat membantunya mengatasi masalah itu. Ibu memberitahu dia sebenarnya ingin mengikuti kami ke kursus bersiri itu tapi tak apalah since kami dah arrange agar abang mengambilnya. Aku pula memberitahunya aku pun tidak tahu dapat hadiri kursus itu atau tidak kerana mataku semakin 'bborat'.
Aku tidak dapat berkata apa-apa lagi. Hanya membiarkan keadaan berlalu begitu. Aku rasa macam failed kali ini dan tidak dapat memujuk hati ibu daripada tersinggung kepadaku terutamanya. Memang dia ulangi lagi, rasa macam buah selambut dan aku rasa kegagalanku turut menjejaskan abang dan dua adikku.
Malam itu aku tidak memasak. Hanya memakan lebihan makanan tengah hari. Bila ku ajak anakku makan, beliau tidak mahu lebihan nasi goreng itu. Aku membancuhkannya minuman Vico tetapi dia sudah mula terlena-lena semasa aku menyuruh dia meminumnya. Biskut pun tidak dijamahnya.
Malam itu aku tidur di sofabed yang masih berlapik dan berbantalkan bantal yang ditiduri ibu sebelumnya. Anakku telah tergolek lena di atas tikar Serawak dan berbantalkan bantal yang ditiduri anak saudaranya sebelum ini. Aku resah di tempat tidur memikirkan kepergian ibu begitu dan kegagalanku. Apatah lagi sofabed itu langsung tidak menyelesakan aku. Aku beralih dari sofabed ke tikar bersebelahan anakku yang kemudian beralih pula ke sofa bed itu. Tidak dapat memejamkan mata..dalam keresahan..dalam kepanasan..