Sunday, March 16, 2008

Panduan Melembutkan Hati

Ada juga kita terdengar keluhan ibubapa, anak-anak tidak mendengar kata dan macam-macam ..
Ada pula kita terdengar keluhan isteri, suami buat hal.. dan macam-macam..


Di bawah adalah beberapa panduan yang pernah saya perolehi/dengari untuk ikutan bersama :-


1. (Ayat 200 daripada Surah Al Imran)

Yaaaa Ayyuhalladziina aamanuszbiruu waszaabiruu waraabithuu wattaqullaha la'a'llakum tuflihuuuun.

Maksud ayat :

Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiapsiaga (di perbatasan Negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.


Ayat terakhir daripada surah Al Imran ini hendaklah dibaca ketika memasak/menyediakan makanan dan dihembus ke dalam makanan tersebut bertujuan untuk melembutkan hati anak-anak, suami.. dsb. Doa ini diberi oleh kakak sulong saya beberapa tahun dahulu.


2. (Ayat 30-31 Surah AnNaml)

Innahuu min sulaimaana wainnahuu bismillaahirrahmaanirrahiiiim. Allaa ta'luu a'layya wa'tuunii muslimiiiin.

Maksud ayat :

Sesungguhnya surat itu, dari Sulaiman dan sesungguhnya (isi)nya : 'Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bahawa janganlah kamu sekelian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri".


Ayat ini dibaca dan dihembus ke muka atau ke arah orang yang dimaksudkan secara berdepan. Panduan ini diberi oleh kawan saya Kak SyajaraatulDur untuk mengatasi masalah anak-anak yang tidak mendengar kata, tidak hormat kepada ibubapa dsb dan boleh diamalkan terhadap suami. Hendaklah diingat, pesan Kak Syaja, sebelum diamalkan ayat ini kepada orang lain hendaklah diamalkan terhadap diri sendiri terlebih dahulu.


3. (Ayat 74 Surah Al Baqarah)

Tsumma qasat quluubukum min ba'di dzaalika fahia kaalhijaarati au asyaddu qaswah. Wa'inna minalhijaarati lamaa yatafajjaru minhul'anhaaaar. Wa'inna minha lamaa yasysyaqqaqu fayakhruju minhulmaaaa'. Wa'inna minha lamaa yahbithu min khasyyatillaaaah. Wamallaahu bighaafilin 'amma ta'maluuuun.

Maksud ayat :

Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu sungguh ada yang mengalir sungai-sungai daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang meluncur jatuh, kerana takut kepada Allah. Dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan.


Ayat ini pula diperolehi daripada seorang ustaz yang mengajar di kelas tajwid di tempat saya. Ceritanya, ada seorang isteri mengadu suaminya tak balik-balik rumah, selepas ustaz bagi ayat ini dah balik dah. Caranya ialah dengan membaca ayat ini dan dihembus ke dalam minuman dan diberi minum orang yang dimaksudkan. Orang lain minum pun tak apa.

Ibu kawan saya yang berada dalam kelas tersebut mengajar ayat ini kepada anak perempuannya untuk diamalkan kepada cucu lelakinya yang tidak bertegur sapa dengan ibunya lantaran menegur perbuatannya yang suka keluar malam dan balik lewat dan berkawan dengan entah sapa-sapa. Kawan saya mengikut panduan ustaz tersebut iaitu dengan membaca ayat itu dan menghembus ke dalam minuman dan diberi minum anaknya itu. Di samping itu kawan saya juga mengikut panduan ibunya supaya membaca dan menghembuskan ayat ini sebelum anaknya bangun tidur, dihembus dari ubun-ubun ke belakang, jangan dari kepala ke bawah. Setelah diamalkan sedemikian, nampaklah ada perubahan, mula bertegur sapa..

Ulasan Saya :
Jika dilihat kepada maksud ayat yang pertama itu, seolah-olahnya ayat itu dimaksudkan kepada ibubapa agar bersabar dengan segala perlakuan anak-anak dan kepada isteri/suami agar bersabar dengan pasangan masing-masing dengan sabar yang sesabar-sabarnya. Waallahu a'lam.

Peringatan Daripada Saya :
Sesiapa yang ingin mengamalkan panduan ini hendaklah mengikhlaskan hati sebenar-benar kepada Allah swt. Janganlah berniat serong terhadap sesama manusia dan janganlah melakukan penganiaan terhadap sesama insan. Ingatlah bahawa Allah Maha Berkuasa terhadap segala perkara dan terhadap sesiapa sahaja. Dan ingatlah juga kehendak Allah mengatasi kehendak kita dan sudah semestinya ada hikmah di sebaliknya. Kepada Allah sahaja hendaknya kita berserah..6/7/2008



Mari kita perhatikan surah An Nasyrah,

Bismillaahirrahmaanirrahiiiim.

Alam nasyrah laka szadrak.
Wa wadha'naa a'nka wizrak. Alladzii anqadha dzahrak. Wa rafa'naa laka dzikrak. Fa inna ma'a'l u'sri yusraa. Inna ma'a'al u'sri yusraa.

Fa idza faraghta fanshab.

Wa ila rabbika farghab.


Maksudnya,
Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?, dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu, yang memberatkan punggungmu? Dan Kami tinggalkan bagimu sebutan (nama) mu. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.

Semasa kecil saya melihat kakak saya Nun membacakan surah ini di kepala adik-adik saya semasa mereka sudah tidur lena di rumah lama pusaka keluarga kami. Kakak memberitahu saya, surah ini dibacakan dan ditiup ke kepala anak-anak yang sedang tidur agar hati/dadanya menjadi lembut/lapang, mudah menerima pelajaran dan mendengar kata, dan tidak degil. Apabila saya meningkat dewasa saya juga mendengar kawan-kawan membicarakan yang sama.

Saya bertanya kepada suami, katanya, surah ini dibaca agar Allah membuka dada anak-anak agar mudah mempelajari ilmu termasuk mendengar kata. Bukankah maksud An Nasyrah itu ialah Kami lapangkan..? 15/7/08

Kita sering bertanya-tanya,
bagaimana untuk melembutkan hati suami, bagaimana untuk melembutkan hati isteri, bagaimana untuk melembutkan hati anak-anak.. pernahkah pula kita bertanya bagaimana melembutkan hati sendiri..?

Eloklah direnung-renung ayat 74 daripada surah alBaqarah itu, takut nanti ibarat itu menyerupai diri kita. Eloklah juga diingat pesan Kak Syaja, amalkanlah dulu buat diri sendiri.

Banyak berzikir dan banyak membaca al Quran adalah ubat untuk ini.. Membaca ummul kitab itu adalah zikrullah yang terbesar.
Banyak bercakap, banyak bergelak ketawa, banyak makan dan banyak tidur adalah sebaliknya..23/7/08

Marilah kita ingat kembali tujuan asal kita,
mengapa kita inginkan agar hati kita dan hati orang-orang yang hampir dengan kita menjadi lembut? Jangan tersalah, jangan terpesong dari tujuan kita yang sepatutnya iaitu agar kelembutan hati itu akan membawa kita semua ke arah kebaikan dan bukan sebaliknya. Ke arah jalan Tuhan dan bukan sebaliknya. Mudah-mudahan Allah sentiasa berlembut terhadap kita. Dan menolong kita di dalam segala urusan kita..2/8/08

13 comments:

ummuhani said...

salam. patut tulis dalam arab senang nak baca..

Ibu WA Alim said...

Tak reti tulis kot Arab sbb tu tulis kot Rumi je..Haa..dah check blm komen2 tu? Baru balik dr hantar anak ke asrama ni, keluar pukul 6 sampai balik 9.30, so terlpsla RS kat TV tu..ni baru nak check blog ni..

aida said...

ada website boleh link kat sini ayat al-Quran. try la search kot google

Ibu WA Alim said...

TK Aida, nanti CY search. Reti ke tak, tak taulah..

Yasmin's Mummy said...

mana resipi lagi. bagi la resepi masak sayur keladi lak.

Ibu WA Alim said...

Sorryla semua, dah beberapa hari tak dpt masuk internet, sejak tghari Selasa, asyik2 server not found, tak fhm kenapa jd mcm tu, hari ni baru blh ni..
Betul2 ke nak resepi sayur keladi ni, Yasmin's Mummy? Sedap tu, nanti nak cari..
(Tak minat ke doa2 pelembut hati tu..?)

wan sgmt said...

ibu .. bole dptkan emel tak? byk sy nak bersembang dgn umi pasal kehidupan ..

wan sgmt said...

tak salah saya , bole juga ayat pelembut hati mcm nih..

1) Baca Alfatihah
2) Baca Surah Al-Hashr, ayat 21-24
3) Baca Surah Tohaa , ayat 1 - 5
4) Doa pelembut hati

"Allahumma layin li qalbah, kama layinta li daudal hadid"

terjemahan

Ya Allah, lembutkanlah bagiku hatinya sebagaimana Engkau lembutkan besi bagi Nabi Daud Alaihissalam.

..

semoga dpt berkongsi dgn semua..

Anonymous said...

salaam..
ni boleh ke guna utk lembutkan hati isteri.? sy dok cari2, byk jumpa lembutkan hati suami & anak2 je.

nk ikut ckp dia je, kdg2 bangga diri, ckp mak bapak dia pn dia sound kdg2. nk klua jumpa kwn2 x lpas, nk blk jap umah mak kite pn ade je alasan, sy tgk tv smpi larut mlm pn masam, bising kata sy xnak tdo dengannya, xnak teman dia tdo.
suka2 hati je nk lari umah. klu biar, isteri kita, takut apa2 jadi..

mudah mudahan doa yg tuan/puan beri melembutkan hati istri sy. insya Allah..

wan sgmt said...

InsyAllah... bole juga. yg penting hati ikhlas dan betul2 mengharap isteri tu berubah. Waktu die tidur.. bacakan doa ni

Allahumma layin li "sebut nama isteri berbinkan ibunya" qalbah, kama layinta li daudal hadid

maksudnya : ya Allah, lembutkan bagiku "nama isteri berbinkan ibunya" , sebagaimana Engkau lembutkan besi bagi nabi Daud AS.

lepas tu tiupkan ke kening isteri... insyAllah.. lama2 oklah tuh.. takpun tiupkan kedalam air.. bg isteri minum..


yg penting usaha tu jgn putus ...

InsyAllah..

Ibu WA Alim said...

Tk Wanz d atas perkongsian..
Ramadhan mubarrak..

Anonymous said...

salam..

maaf ye.. rasa sy ada kesilapan sikit kat nama surah an-Nasyrah.. klau x silap sy, nama sebenar surah tu al-Insyirah atau an-Sharh.. :)

mama wana said...

terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ini :)